August 06, 2011

Cambodia.



Selamat Hari Jumaat.. (:

Gambar dah boleh upload tapi amet masa sikit laa... Huhu..

Macam yang aku dah janji, aku akan update cerita yang lepas-lepas dulu ek. Mari-mari aku share dulu pasal yang aku gi Kemboja sebelum praktikal tu.. (:

Sebelum tu, aku nak bagitahu sebab apa kitorang gi Kemboja. Kitorang gi Kemboja under Kor Suksis UTHM untuk buat Program Khidmat Masyarakat dekat Kampung KM 8.


Tanggal 15 May 2011 (bapak lama giler baru aku nak hapdet!) aku dan rakan-rakanku berangkat ke Kemboja.. Flight kitorang pukul 10pagi kot. Aku pun tak ingat dah.. Ni first time aku naik flight so memang seksaited la sikit... Hihi.. Gi Kemboja amet masa dalam 2 jam macam tu.Pukul 12 waktu Kemboja kitorang dah sampai dah.. Waktu Kemboja cepat 1 jam kalau aku tak silap..


Tengah tunggu turn nak check in beg and barang-barang dekat KLIA.

Welcome to Cambodia. Ecehh...

Baru je jejak kaki kat bumi Kemboja, kitorang dah ada masalah dahh... Tunggu... Punya tunggu.... Punya tunggu.... Beg kitorang banyak yang tak sampai... Waaaaa!!! Beg aku tak ada weh! Masa kat KLIA, kitorang check in beg sorang 1 beg and 1 kotak... Lepas... Tapi mungkin ada masalah masa nak bawak masuk dalam flight. Huhu....

Tapi masalahnya lagi, bukan kitorang je yang kena. Ada orang lain pun beg diorang tak sampai gak... Huuhuhu... Tak tahu lah kenapa... Kotak-kotak kitorang yang bawak barang medik plak memang sampai tapi masa kat kastam tu tak lepas. Then diorang bincang and bagitahu yang barang medik tu kitorang nak bawak gi kampung yang kitorang nak gi tu untuk majlis khatan..


Tengok Jihah ni.. Kitorang kena isi borang kat kaunter ni untuk tuntutan beg. Kecoh time ni sebenarnya..


Aku dah la sehelai sepinggang weh.. Nasib baik beg yang ada barang-barang penting macam dompet, passport, handphone aku semua ada dalam beg yang aku pegang.

Lepas tu kitorang naik bus gi lunch kat City Cats Cafe.

Ni jurulatih kitorang, Sarjan Samsuddin.


Deco dalam dia best tapi makanan dia macam kureng sikitlah.. Tomyam tak pedas. Lauk lain pun rasa ala-ala macam tu je.. Bolehlahhhh......

On the way nak gi kampung tu, aku perasan banyak benda pasal orang Kemboja ni. Mungkin sebab debu jalan, diorang kebanyakannya pakai mask. And boleh dikatakan semua orang yang naik motor, walaupun motor tu buruk macam nak masuk kebun, mesti pakai helmet full-face. Hihi... Safety first babe! ;P Dan jugak, according to our tourist guide yang cakap-cakap kat dalam bas tu, 1 motor tu kalau boleh diorang memang akan naik seramai mungkin.. Kalau korang nampak 3-4 orang naik 1 motor tu perkara biasa kat sana.

Kalau kena saman pun dalam USD 1 je. Bayangkan macam diorang boleh gi balai, bayar USD 1 then gi naik motor 3 orang. Heheheee.... Selalunya yang bawak motor tu pakai helmet, yang duduk belakang tak pakai.


Traffic light ada 4 1 tiang.. Tapi diorang tak ikut sangat pun.. Hihi
Yang kat bawah ni gambar bangunan bertingkat-tingkat. Kalau kat bandar diorang, macam ni lah penempatan diorang. Bawah kedai and atas tu semua adalah perumahan.

Sampai kat kampung, kitorang dibahagikan kepada family angkat. 2 orang 1 family. Masa hari pertama, aku tak ada amet gambar pon sebab bateri phone aku plak dah flat. Then nak charge, charger kat beg lagi 1. Kalau ada pun, plug diorang tak sama dengan kita. Diorang pakai 2 pin je kat sana.

Kat kampung tu kitorang buat aktiviti mengajar English, gotong-royong, kenduri dengan berkhatan. Ada 2 MA dari PKU kitorang ikut sekali untukbuat khatan tu. Aku part jadi cikgu.. Hahahaa..... Dah la nakal budak-budak ni..... (:



Ini family angkat aku dengan Jihah.. (: Manja budak kecik tu... Hehe..


Masa dekat kampung tu, agak bermasalah dalam bahasa. Tapi ada antara budak-budak remaja situ tau cakap BM. And ustaz masjid kat kampung tu pun bolehlah cakap BM sikit-sikit.. Masa nak ajar English tu, adik angkat aku kena jadi translator untuk kitorang bila kitorang nak cakap benda selain daripada yang kitorang ajar tu.

Tidur kat kampung tu 2 malam je. Hari ke-3 tu kitorang gi kat Cambodian Islamic Center, Chroi Mentri.. Tempat ni macam pusat Islam la lebih kurang. Macam kolej Islam.. Student dia semua perempuan.



Lepas tengok-tengok diorang belajar, kitorang minum air kelapa and makan bahulu kat belakang masjid kat situ, tepi Sg Mekong.. (: Cantik sangat.. Kat tepi-tepi tu banyak bot-bot kecik yang sebenarnya tu adalah rumah untuk diorang yang tak ada tanah. Hmm...

Lepas tu kitorang gi check in hotel Holiday Villa. Malam tu ada dinner dengan VIP apa entah tapi cancelled sebab VIP tu kata hari tu diorang punya hari cuti. Isshhhh.. Ishh... Pelik betul..


Beria la aku siap sampai kena pakai kasut Converse huduh tu dengan baju kurung sebab aku tak bawak kasut tutup.


Lepas dah setel dinner tu, kitorang gi pung-pusing naik tut-tut sekitar bandar Phnom Penh..


Malam kat sana dalam pukul 9 macam tu dah tak ada apa-apa. Tutup dah semua kedai. Yang bukak cuma pub and tempat-tempat massage. Ada 1 tempat tu sepanjang Sg Mekong, kawasan tu macam Bukit Bintang.. Mat Salleh pun ramai lepak-lepak situ aku tengok. Tempat tu je lah yang hidup waktu malam kot.

Sampai sini je dulu aku cerita ek.. Hari esoknya tu aku cerita next entri pasal Kemboja. (:

Till then.. Mwahh!


4 comments:

  1. bestnya dpt experience pergi kemboja...tapi semua islam sepenuhnya ke? ke ade agama lain?

    ReplyDelete
  2. Dari apa yg diberitahu kat kitorg, Kemboja bukan negara Islam so org Islam kat sana susah nak tempatkan diri diorang dalam pekerjaan ke apa ke... Kalau gi bandar Phnom Penh tu sangat susah nak jumpa orang yang pakai tudung (Islam)..

    ReplyDelete
  3. jeles glerr...... nway nice job.. hehehe
    xd pape ke untuk org sini? huhuhu

    ReplyDelete

kuman komen (: