November 25, 2011

Off to Melaka for 2 Days.

Aku baru siap 1 report. Banyak lagi ni nak kena siapkan. Due date minggu depan. Adoi.. Presentation lagi, interview lagi. Memang bertapa depan laptop je ni.

Sekarang aku tengah bersiap-siap nak gi Melaka. Along aku kahwin wehh!! Weewiiiittt!! Hehe.. Tak sabar ni. Rindu kat Along ku yang gedik garang tu. ;P Aku janji dengan dia nak gerak pukul 2 petang tadi tapi dari celik mata aku pagi tadi aku mengadap laptop buat report.

Sekarang dah final year. Aku tak berani nak main-main pasal assignment ni. Huhu. Sorry la Along. Aku lambat. Ampun.. Ampun.. Hehee..

Tadi lepas siap 1 report, Inche Kesayangan ajak gi beli hadiah kahwin untuk Along. Dia tak dapat datang sebab ada program Finishing School. Aku dah lepas dah. Minggu ni turn fakulti dia dengan fakulti awam and fakulti elektrik kalau tak silap aku.

Apa isi di dalam? (:



Baju dah siap packing, baju kurung dah siap iron. Mari mandi manda!!!

Bye! (:

November 23, 2011

Second Year Anniversary of Us.

Tanggal 23.11.2009 jam 2311, Inche Kesayangan hantar sms cakap he want me to be his special girl. And that time I was like impian jadi kenyataan. Boleh tak? Hahahahaaa

Sebelum dia, ada orang lain. Sebelum aku, ada orang lain jugak. Tapi mungkin masing-masing tak serasi bersama, ambil jalan untuk berpisah. Dan mungkin, ini jodoh kami. (:

Dah, dah. Tak boleh cerita lebih-lebih. Kang korang kepochi sangat. Hahahaa...

Dah dua tahun relationship ni, macam-macam dah jadi. Semua tu jadi pengajaran untuk aku dan dia. Pernah jugak kitorang break sebab masing-masing macam ada je yang tak kena tapi kalau jodoh tak kemana. Dan aku harap hubungan kitorang kekal sampai bila-bila.

Sepatutnya kitorang celebrate hari ni, 23.11.2011 tapi malam ni Inche Kesayangan ada test so kitorang keluar celebrate semalam. Last year kitorang just gi makan malam je. Nothing special. This year, makan-makan jugak plus tengok wayang tapi yang special bagi aku, dia spent the whole day dengan aku and melayan kerenah aku yang saje nak tengok dia macam mana handle. Hahahaaa. Jahat wohh..

Keluar pukul 1 pm, tengok wayang cerita Tintin. Kitorang sekarang dah jarang sangat-sangat tengok wayang. Memang rasa macam dah lama gila tak tengok wayang. Tu sebab rasa special. (:

Lepas tu, makan dekat Juz Waffle. Sebelum ni aku pernah cakap nak belanja dia makan kat situ. Tapi belum kesampaian hajat tu, dia yang belanja aku makan kat situ dulu. Haha.. Apalah aku ni.



Suka gambar yang ni. (:




Cheese Ham Waffle. Lama nak habiskan ni sebab masing-masing  dah kenyang.

Motif gambar ni: Saje nak bagi korang tengok betapa keciknya cawan tu sampaikan nak masuk jari dalam telinga dia pun tak muat. Hahahaaa

Inche Kesayangan punya, Penne Cheese Cream.

Tengok gambar bawah ni, makin berisi kan aku? Huhuhu.. Berat dah naik balik 55 kg. Ciss...


Lepas makan, kitorang jalan-jalan dekat BP Mall and terjumpa Kak Faren dengan Muaz for the second time that day. Hahahaa.. Iche Kesayangan cakap, aku kalau dah jumpa member lupa dia terus. ;P

Semalam telah berlaku satu kejadian yang memang tak disangka-sangka sampaikan terpaksa beli yang baru. Hahahahaaa.. Kalau tak, memang laaahhhhh.. Hahahaa.... Korang tak paham kan? Bagus! Bagus! Hahahaa

Balik Parit Raja, lepak minum air buah, main Angry Bird. Pukul 8 lebih dah sampai rumah.

Sampai rumah, dalam setengah jam lepas tu Inche Kesayangan hantar sms cakap dia happy sangat and thanks. Aku punyalah seronok. Message tu memang pendek tapi sangat bermakna bagi aku sebab dia jenis orang yang jarang tunjuk perasaan dia macam tu dekat aku.

So, message tu memang sangat bermakna untuk aku. (:


"At the touch of love everyone becomes a poet". (Plato)

Wordless Wednesday #4.





(Aku nak gi jogging petang ni tapi tertidur. Hmm..)

November 22, 2011

Aku Bila Lagi Ni?

Hujung tahun depan mungkin? Hahahaa.. Sila tunggu dan lihat. (:

Weekend bulan 11 ni aku memang busy betul. Tak ada kat Parit Raja ni. Minggu lepas aku gi kenduri Emi. Siapakah Emi? Boipren lama aku tuh. Dia dah kahwin dengan orang lain. Iskk.. Iskk..

Hahaaa, gurau je weh. Mampus aku kalau Kak Aliyah baca ni. ;P Emi tu abang kepada Inche Kesayangan. Seronok bila involved dalam wedding. Bukan involved aku yang kahwin tapi involved sibuk-sibuk mengacau kerja orang. Heheee. Aku just tolong sikit-sikit je.

Diorang punya tema color purple pink. Siapa entah cakap kat aku, baju Kak Aliyah tu Emi yang design. Boleh tahan. (: Emi gi sana jadi designer lah. Lepas ni bukak butik pulak. Hihihihihi....

Macam artis, camera sana sini. (: Bestnya!
Hilmi & Aliyah. 

Semoga kekal selamanya sampai anak cucu cicit. ^^

Budak kecik ni anak Along Inche Kesayangan. Noty macam boy ni. Hahahaaa... Masa ni pagi lagi. Gi breakfast kat bawah tu dengan Along. Sarah ni lari sana, lari sini. Risau kalau dia gi jauh sebab sebelah tu swimming pool.

Last-last Along pi letak dia atas ni. Tinggi tu, dia tak berani nak turun. Hahaa..

Damia Sarah.
Comotnya dia.. 

Nampak dia senyum je. Mula-mula sukalah, lepas tu merengek nak turun. Hehee.. Dah habis makan aku bawak dia gi kat swimming pool tu. Terus dia nak masuk dalam.

Then Along cakap, mandikan je lah Sarah kat situ. Haha. Along naik atas ambil baju Sarah sebab lepas tu kitorang nak gi ambil Dania balik sekolah. Tapi masalahnya, aku dah mandi and masa tu aku pakai jeans. Mana boleh nak masuk dalam tu. 

Aku lepas Sarah main kat tepi-tepi tapi budak kecik ni advance. Nak gi kat tengah. Dah dengan aku sekali basah. Hahaaa.. Bila suruh naik, dia taknak. Sekali tiba-tiba Sarah terjatuh, cepat-cepat aku angkat dia. Budak noty memang tak nangis. Hahaaa

Lepas tu aku pulak naik atas gi tukar baju.

Alamak, cekci!
Bila kakak dia tau yang adik dia gi mandi-manda kat swimming pool, dah dia pun nak jugak. 2 malam aku teman Dania pulak swimming. Kaki siap luka, tights siap koyak. Semua gara-gara tangga swimming pool tu yang dah tercabut tiles dia.

Dania Sophia.

Habis minggu lepas, minggu ni pulak aku akan ke Melaka sempena wedding bestfriend aku, Mashita Aziman. Macam wedding planner pulak dah aku every weeks busy dengan wedding. Hahahaa. Wedding Along nanti aku akan jadi penyibuk jugak.

Tema wedding diorang color gold. Aku pun tak tengok lagi baju Wedding Along dengan Abg Chy. Nanti aku snap gambar baju dia banyak-banyak. ;P


Chyrill Anwwar & Mashita Aziman.

Kad kahwin pun color gold jugak tapi dia punya tulisan lah.




Selamat pengantin baru. Semoga perkahwinan korang kekal selamanya. Tempuhlah setiap dugaan dengan penyelesaian yang terbaik untuk korang berdua. Amin. (:


Kenangan Emas Netball.

Ni entri berhabuk aku jumpa kat list aku. Tak post lagi rupanya. Hahaaa.. Berapa kurun dah. Silalah tengok muka kitorang yang burn main netball dari pagi-tengah hari-petang.

Baju putih tu coach kitorang. Sayang gila kat dia sebenarnya. Aku ingat lagi, nama dia Cikgu Aishah. Cikgu ni agak sarcastic sikit tapi dia memang best. Dah mungkin aku suka cikgu jenis macam tu. Tak lemah lembut sangat, tak garang macam singa sangat.

Kalau garang macam singa semua orang takut. Tengah jalan nak gi cafe kat sekolah kalau nampak dari jauh pun sanggup pusing balik ikut jalan jauh nak gi cafe. Hahaaa.

Emas tu beb!
Aku dulu adalah GANAS dan tidak keperempuanan sangat. Haha
Dulu masa sekolah aku sangat aktif dengan sukan. Dari sekolah rendah aku dah jadi wakil untuk sekolah dalam pertandingan sukan. Salah satu sukan yang sangat aku suka adalah bola jaring! Hehee.. Sekolah rendah aku main bola jaring and olahraga, 4x100, 4x400 (betul ke ek jarak ni? Aku pun lupa dah). Naik sekolah menengah, aku sekolah asrama, MRSM Transkrian, Penang. Kawan-kawan dalam team netball masa sekolah rendah dulu pun semua dah lain-lain sekolah dah. Tapi still, aku main netball lagi. Tak boleh tinggal lah. Hehe.. Setiap petang aku akan turun padang dengan penuh semangat untuk training. Tapi kalau tak ada training, aku akan join senior aku main bola tampar tapi ni saja untuk riadah je. Masa tu sukan tak boleh dipisahkan dengan aku. Haha.. Apa punya ayat lah! :P

Bila aku naik form 4, aku tukar sekolah yang dekat sikit dengan rumah aku, MRSM Pasir Salak. Hehee.. Konon-konon nanti nak balik rumah setiap minggu pun senang. Nak mintak mak datang selalu hantar makanan kat anak dia yang kuat makan ni pun boleh. Hahaha.. Masa upper form aku still main netball, still jadi wakil sekolah. Tapi aku pun involved sukan lain macam bola tampar and boling. Hihii.. Mana ada nak bolot semua tapi dah memang suka kan? Hahaa...

Masa upper form kitorang dapat main sampai peringkat negeri. Rasanyalahh. Hahaaa.. Aku tak ingatlah. Kalau tak pun peringkat bawah daripada peringkat negeri. Hahaaa. Malas nak gi tengok sijil balik.

Sekarang aku dah tak main netball dah. Rindu jugak tapi nak buat macam mana. Tak ada peluang lagi.

Tutti Frutti Dan Kesinambungannya.

Aku tertanya-tanya apakah Tutti Frutti yang menggiler tu dan digilai orang tu. Bila post dekat facebook, ada yang cakap ia adalah aiskrim. Ada jugak yang cakap ia adalah frozen yogurt. Bila minggu lepas dapat peluang dibelanja Tutti Frutti, barulah aku tau.

Tutti Frutti adalah frozen yogurt yang best dan sedap dan best dan sedappppp! Hehe.. Aku selalu dengar bila orang gi Tutti Frutti, ambil yogurt sikit je. Jangan banyak-banyak sebab nanti nak letak topping best banyak-banyak. Tapi aku tak hairan dengan topping dia semua tu. Aku jakun dengan yogurt dia. SEDAP!

Kalau beli Tutti Frutti tak letak topping pon tak apa. (:


Dah nak habis baru teringat nak ambil gambar. 

Sekarang kita cerita pasal kad pulak. Kawan-kawan yang rapat dengan aku taulah aku suka buat kad. Bila rasa macam hari tu sangat kosong, aku akan cuba color-kan dengan buat kad. Lepas tu bagi dekat Bubu. (:

Lama dah rasa tak buat kad untuk dia. Lepas tu fikir, taknak buat kad jenis sama je. Boring. Padahal aku yang buat, bukan dapat. Tapi boringlah jugak kan kalau asyik dapat kad petak segi empat je. Bukak, baca, simpan. Kalau dia simpanlahhhh.. Haha

Tiba-tiba datang idea nak suruh dia main tampat-tampal huruf. So aku pun gunting huruf-huruf macam ni.


Isi kat tempat kosong, 


Dia kena susun apa yang aku bagi tu sampailah betul. Macam-macam boleh jadi. Heheheee.. Tapi aku dah dapat agak huruf tu agak susah nak susun sebab perkataan LOVED tu aku buat bentuk love dengan huruf D.

Semangat dia hantar gambar tau. Mula-mula dia susun tu dah nak betul dah tapi makin lama aku tengok macam makin sesat je. Hahaa


1st.

Yang ni Inche Kesayangan cakap huruf D tu short form untuk Dea. Harapan... Haha

3rd.

Dah start mengarut. Hahahaa..

Bila aku cakap jawapan yang first tu dekat nak betul, baru dia boleh jawab.

Bubu,
U are LOVED. (:

Motif gambar ni? Masa buat kad tu dah malam, lepas tu lapar. Lepas tu gi buat roti telur, makan dengan sos. Sedap! Sebab laparrrrrr. Hahahaa..


Mengalas perut (bahasa sopan untuk melantak) dengan Kikin. Kesian Kikin. Dia gi buang Mozilla dia, lepas tu install Google Chrome. Masalahnya, dia tak ingat pun password blog dia so dia tak boleh nak log in. Hehee.. Sengal betul.

November 15, 2011

The Crew.

Cuti seminggu dah habis. Cuti yang aku rasa memang best sebab selalunya kalau cuti aku memang duduk diam kat rumah tak tahu nak buat apa, lepas tu stress. Hahahaaa... Seminggu cuti ni balik kampung 3 hari Raya Haji. Aku rasa ni first raya haji kitorang tak pakai pun baju kurung. Hahahaa..

Yang pakai pun just kaum lelaki sebab diorang gi sembahyang raya. Aku, mak dengan Cik Iza duduk rumah mengemas, sembang-sembang. Hihi.. ;P

Balik dari kampung aku duduk rumah sehari je kot. Lepas tu aku gi Meru pulak sebab buat PSM. Lagi 2 minggu nak kena hantar seminar paper ni. Huhuhu... Takut tak sempat siap ni. Adoii....

Sekarang ni aku dah berada di Parit Raja, tanah tumpah dakwat-dakwat pen ku berjuang. Petang tadi ada test. Malam semalam baru study. Khamis ni ada test lagi. Yang tu entah bila nak study. Macam genius je ko nak study last minute sangat. Huh.

Sebelum ni aku ada cakap nak update pasal studio photoshoot yang aku join masa pesta konvo hari tu kan? Ni nak tunjuk gambarlah ni. Haha. Aku just kenal 3 orang crew je masa gi meeting tu. Yang lain memang aku tak kenal. Diorang semua budak-budak mechi and aku kos lain. So memang tak kenal.

Tapi diorang sangat best! Hehe.. Hari first aku dah kenal semua orang. Kitorang punya crew agak ramai jugak. 29 orang kot. Overall aku memang rasa sangat best bekerja dengan diorang. Aku pun buat kerja yang tak pernah aku buat. Ni first time aku join studio. If I have the second time chance, confirm aku akan join lagi. Hehe

Sepanjang 3 hari,



Wani. (:

Abang Azani, photographer.


Joi. Laki orang ni...... Hahaa

Dah start menggila dah tuuu..


Abang Long dengan gf-nya, Kak Shiela. (:



Mamat yang pakai kot hitam tu aku tak kenal. Kawan diorang ni tapi gf dia HOT kot wehhh...  Hehehehee

Budak ni aku tak sempat tanya nama.

Yang ni aku tau nama dia tapi aku tak ingat pulak.

The boss and the boss. Hehee..

Amad @ Ben. ;P


Akmal.

Ni budak baru keluar Hospital Tampoi. Kawan Kluang Man ni...

Kikin. (:

Maya gila pegang duit banyak. Hahaa...

Ni je gambar yang aku ada. Last day masa dah habis kemas semua tu kitorang ada tangkap gambar semua crew tapi aku tak ada gambar tu sebab kat camera Kak Liza kot. So ni je yang aku ada. Gambar siapa yang tak ada tu sorry ek. Korang pun aku tetap ingat sebab korang semua memang BEST! ^^

Esok aku kena jumpa supervisor aku nak setelkan PSM ni. Aku dah risau gila ni sebab takut tak sempat siap. Lagi 2 minggu weh nak hantar seminar paper. Waaaaaa...

Malam ni kena stay up. Babai korang!