July 25, 2010

Sayang MAK!!!!

Sekian lama tak balik rumah, bila dah sampai je rumah terus peluk mak kuat-kuat! Nangis-nangis cakap rindu kat mak.. (Ni bukan cengeng tapi dah rindu sangat kat mak) Bayangkanlah aku tak balik rumah dah dekat 7 bulan kot. Cuti semester tak balik sebab kerja part time, cari duit lebih untuk semester ni..huhu... Sedih je bunyi.

Aku sampai rumah dekat nak pukul 7pm cemtu, tapi adik aku, Sapiq dah balik PD dah kul 10am. Sangat sedih tak sempat nak jumpa Sapiq. Kitorang adik-bearadik susah nak jumpa sebab masing-masing duduk jauh. My second brother, Sapiq sekarang di AFAT PD and my youngest brother, Boy sekolah asrama. So cuti kitorang semua tak sama. Sedih. ='(

Tapi, walau apa pun, aku sangat happy sebab akhirnya dapat jugak balik rumah. Borak-borak dengan mak. Tengok uban mak yang dah makin banyak, makin sedih aku sebab tahu macam mana susahnya mak nak cari duit untuk besarkan kitorang adik-beradik. Aku sendiri sekarang tak sabar nak habiskan belajar and nak senangkan hidupkan mak satu hari nanti. Kakak sayang mak!

Esok aku balik. Sepatutnya balik hari ni tapi tiket bus dah habis. Salah aku sebab tak beli awal-awal. Selalunya aku akan terus beli tiket balik bila sampai tapi kali ni tak tahu la kenapa aku tak beli terus semalam.huhuhuu.... Sedih je rasa nak balik esok. Kejap sangat dapat jumpa mak. Ehmm...takpe la.. Ada rezeki boleh balik lagi. :)

Rumah adalah tempat paling heaven kat dunia! ^^

July 17, 2010

HAVING STEAMBOAT WITH MY BESTIES =D

Ni dah mengantuk sebenarnya tapi nak update jugak sebab dah lama tak update blog ni. Sajalah nak bagi korang baca entry aku yang bukannya best pon..hahaha... Tapi aku rasa entri ni best lah kot sebab pasal MAKANAN!!!hahahaha... Aku kan pencinta makanan..hihihi..

Tadi siang kitorang gi jalan-jalan kat City Square JB. Tapi petangnya lagi sikit dalam kul 5:30pm centu kitorang gerak g D'Terrace sebab nak makan steamboat. Ni dah seminggu plan (kot..). Makan kat sini korang cuma perlu bayar RM18.90 satu kepala and boleh makan sampai sepuas-puas hati perut..hihi..tapi tak boleh membazirlah.. Sebab dia akan charge RM10 untuk setiap 100g yang korang tak habis makan tu. Dalam Islam pon ada cakap kita ni tak elok membazir kan...

Aku tak tahu nak tulis apa dah ni sebab mengantuk sangat and penat. Sok nak gi Jusco Tebrau and terus balik rumah sewa tercinta di Parit Raja. Jadi, korang tengok je lah gambar yang aku upload ni tapi tak banyaklah. Yang lain tengok kat fb yeaa.. Tak larat nak upload banyak-banyak.





Yang kat dalam mangkuk tu ada kuah sup and tomyam untuk rendam bola-bola and sayur, yang kat tepi-tepi tu untuk memanggang ye puan-puan..



Pandangan dari atas.




July 08, 2010

WANGSA WALK FOR THE LAST WALK

Weehuuuu~ Penatnya packing barang..huhu.. Esok da mao balik UTHM dah.. Macam tak sabar rasa tapi rasa cuak je sebab sem baru da start plak. Sekarang dah jadi budak tahun 3 dah.. Senior lah tu kononnye..hahahhaaaa... Sepanjang cuti ni aku membanting tulang bekerja mencari nafkah. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..hahahaa...enuf!! ;P

Esok da mao balik Johor da.. So ari ni keluar dengan Alya. Dia mao g Wangsa Walk cari barang. Then bila sampai sana barang yang dia nak tu tak ada. Aku pon tak tau dia nak cari barang pe...hahahhahaa.... Jalan-jalan, pusing-pusing.. Dah jadi fenin..hihihi... Last-last g tengok wayang. Biasa la u kan... Korang pon mesti cemtu kan kalau da tak tau nak wat pe.. Wayang, wayang, wayang...hahahaha...

Mahu tengok cerita Knight and Day..tapi masa plak tak ngam. Masa kitorang beratur nak bali tiket tu da pukul 2:45pm. Cerita tu pukul 2:30pm.. So tak berbaloi lah kan??huhuhu.. Then kitorang decide mao tengok cerita Predator...(:






Haaa...inilah Alya...;)


Masa kat dalam tuh kat sebelah aku ada sorang mamat ni duduk bau rokok kuat giler babeng!!!huhuh... Sakit kot lubang hidung aku... Pastu plak dia goyang-goyang kaki dia.. Adoiii...pening aku!!huhuh... Tak bersopan sungguh...aa.... Cerita Predator tu oke2 lah jugak... Tapi aku tak suka ending dia. Macam tergantung. Alaaa..memanglah pengarah dia nak orang predict sendiri apa yang jadi lastnya tapi orang macam aku ni sengal sikit.. Tak reti nak bayangkan ending dia macam mana.. So tadi aku rasa cerita tu macam tergantung sikit lahh...huhuu...

Esok da mao balik Johor.. So ari ni adalah ari last aku kat KL and jalan-jalan sini..bye-bye KL!! I'll come back here again soon!! (:



Tata ^^

APA??

Apa yang apa??




Alaaa.....rindu kat inche kesayangan...macam da lama tak jumpa..waaaaaaaa~

July 01, 2010

AKU DAH KAHWIN??

Kali ni mahu cerita pasal inai di jari..hehee...tetiba terasa mahu kahwin..makk!!!!kakak dah ready nak kahwin ni!!!hihiihii.. =p wahh..apa rasa bila da kahwin ek??mesti best kan?mahu gi mana-mana dengan inche kesayangan pon boleh..nak manja-manja selalu pon dah boleh..dah halal kan..huhu..bila la agaknya nak kahwin ni..aa.....

Apa la nad ni..da keluar topik pulak dahh..ni mahu cerita pasal inai..hehe...semalam dah takde kerja sangat, aku gi pakai inai bila nampak alya dok tenyeh-tenyeh kat kuku jari dia..teringat pulak masa kecil-kecil dulu..masa arwah embah (nenek) ada lagi..dia selalu pakaikan aku inai..penuh sepuluh jari.macam orang nak kahwin dah..arwah embah rajin layan aku. kalau dia tahu aku nak balik kampung, dia mesti akan petik daun inai kat tepi rumah, pastu giling untuk aku...giling okehh...bukan blender ke apa ke..pastu dia simpan dalam peti sejuk..bila aku sampai kampung, malam-malam kalau tidur, aku mesti tidur dengan embah..sebelum tidur dia akan pakaikan aku inai..masa kecik, mestilah tidur lesak kan?pastu embah siap balutkan setiap jari aku dengan plastik sebab taknak bagi tercabut inai tu sampai esok pagi..betapa baiknya embah aku... (rindu zaman kanak-kanak aku kat kampung dengan embah..hurm..al-fatihah untuk embah)

oke!!back to the story of inai..hehe...ni aku tempek kat jari..aku tak suka pakai kat kuku je..da biasa pakai macam pengantin tu..penuh satu jari.. (:





Dan inilah hasilnya.. (: (abaikan mimik muka yang penat baru balik dari kerja..sila melihat kepada warna di jari sahaja yeaa..) merah la jugak..pakai inai Mekah..sekarang da tak ada da orang nak gilingkan inai untuk aku macam dulu...ehmm.....



Inilah sahaja entri untuk kali ini..sekian terima kasih.. (: tata..