January 30, 2011

Tamatlah Riwayat Se-? Kukuku.

Assalamualaikum.
Salam sejahtera.


Hehehehe.. Kan bagus tu entri dimulakan dengan salam. :)

Semalam kan.. Aku punya kuku kan... Kena cabut! Waaa.... Sakit wehh.. Huhuu... Al-kisahnya macam ni. Masa training Suksis dulu, kuku kaki ibu jari sebelah kiri aku ada darah beku sebab tekanan kasut kawad aku. Lama-lama, darah beku tu hilang and kuku aku jadi lekang. Lepas tu, semalam aku terlanggar tumit kaki aku sendiri. Kuku yang dah lekang tu terangkat sebelah. Seriau aku! Disebabkan dah terkeluar sebelah, memang kena cabutlah. Kalau tak, nak jalan pon takut sebab kang kalau orang terlanggar aku tak pasal-pasal makin sakit pulak kan. Aku try nak cabut sendiri tapi tak bolehlah. Tak berani. Kang berdarah pulak. Huhuhu.. (T.T)

Disebabkan takut terjadinya kemungkinan-kemungkinan tersebut, aku gi jugak klinik.Tapi otak aku dah terfikir, kalau gi klinik, confirm doktor tu akan cabut aku punya kuku dengan penuh kekejaman. Huhuhuhu....

Tapi semalam gi klinik, doktor tu sangat baik. :) Jatuh cinta dahh.. Hihihi.. Choyy!!!! ;P Lepas masuk jumpa doktor, dia suruh cabut sebab takut kalau terlanggar apa-apa ke kan. Doktor tu siap-siapkan barang nak cabut kukuku. Masa tunggu kat luar mata aku dah berair-air dah. Takut wohh...

Masuk je bilik tu aku dah start debar-debar. Doktor suruh baring. Aku cakap kat doktor tu suruh dia spray ubat bius tu banyak-banyak. Masa spray memang rasa sejuk je. Masa inject, pergghhh!! Jerit-jerit aku. Siap nangis lagi. Buat malu je.. Hahahha... Doktor tu dah gelakkan aku dah. Aku peluk Along kuat giler kot. Takut wehh.. Hahahhaa..

Masa dia cabut memang tak sakit, tapi rasa kot kukuku ditarik dan dicabut. Uhuuuu.... Lepas tu doktor balut ibu jari aku yang dah bogel ni. Doktor bagi ubat sapu dengan pain killer. Kadang-kadang rasa denyut-denyutlah jugak.



Dah tak boleh nak pakai kasut. Kena pakai selipar jepun je. Uhuk!

Tengok ibu jari sebelah kanan tu. Itupun dulu hampir-hampir nak jadi macam kuku kiri jugak tapi nasib baik tak. Dia just tumbuh kuku baru and tolak kuku lama ke atas. Nasib baikkk........ Taknak dah gi klinik lagi cabut kuku. Takutt... :(

Haa, jom cerita pasal lain plak. Hehehhee.... Semalam siang, sebelum terjadinya kisah riwayat kukuku itu, aku gi BP dengan Azza and Judine. Aku nak beli tiket balik and cari beg sekali. Gue enggak ada beg nak balik kampung ni. Aku beli beg sandang yang untuk gi tracking tu. Senang nak gi mana-mana.

Lepas tu kitorang singgah BP Mall. Konon-konon nak beli Cool Blog je padahal lepas tu dok merayau-rayau dalam tu sampailah terjumpa Anip dengan Wana ber-dating. Hihihi....

Kat BP Mall ada satu kedai baru bukak. Kedai ayam goreng lebih kurang. Shihlin Taiwan Street Snacks. Aku dengan Azza beli ayam goreng yang besar gilerrrrr berharga hanya RM6 sahaja. Best wehh... Nanti trylah! :D

Kedai ni kat tepi wayang BP Mall.






Lepas tu Anip dengan Judine gi mengurut kat rumah urut.. Eh, bukan! Diorang mengurut kat Rest dan Blah! Hehehe.....

Azza. (:


Wana-Anip.


Judine.

Dah pukul 6:30pm, kitorang pun balik rumah sebab malam tu aku nak gerak balik dah. Thanks Azza, Judine sebab bawak aku gi beli tiket dengan beg. And sebelum tu plak bawak aku gi Pasar Karat JB.. :)

Thanks! Hihihi....

January 28, 2011

Nak Excercise Malas, Jom Makan Je Lah!!

Mesti semua pun macam tu kan?

Hehehe... Kadang-kadang kita bukannya tak nak bersenam tapi sibuk dengan jadual pergi kelas, jadual kerja.. Kan? (Ceh ceh, ayat sedapkan hati.)


Macam aku, walaupun sibuk dengan jadual kelas, hari Sabtu pagi aku mesti akan excercise sebab kat tempat aku belajar, UTHM, aku join Kor SUKSIS. :) So join badan beruniform macam ni sebenarnya satu kelebihan jugak untuk aku sebab secara tak langsung aku akan keluarkan peluh. (Dan hitamkan kulit. Hihihi)


Yang tu untuk weekend. Kalau hari-hari biasa pulak macam mana kan?
Jarak rumah sewa aku ke kelas tak adalah dekat sangat walaupun nampak macam dekat. Kalau jalan kaki ambil masa dalam 15-20 minit macam tu. Alternatif lain aku untuk excercise adalah dengan berjalan kaki ke kelas. Hehehe.. Nak melintas jalan kena naik jejantas. So hari-hari aku pergi kelas jalan kaki, plus naik-turun tangga, adalah jugak kalori yang terbakar kan? And benda ni jugak aku praktik untuk bagi fit.

Yelahh.. Kalau dah makan pun main balun semua makanan selagi boleh. Hahahha... Dulu berat aku 48kg. Lepas tu naik 53kg and sekarang 56kg. Nampak memang macam agak berat tapi kalau kira BMI aku, berat tu ideal lah dengan tinggi aku. :)


Walau macam mana pun, sebenarnya kita kena jaga jugak cara pemakanan kita. Orang yang kurus, yang berat dia ideal dengan tinggi tak semestinya sihat kan?

So, apa kata kita jaga kesihatan dengan cara MAKAN!!

Hehehehe...
Apa yang korang kena makan waktu breakfast, lunch, dinner and supper (tetiba jadi perkataan BI plak), korang boleh start dengan tahu dulu apa cara pemakan and cara hidup kita. Nak singkat lagi, kenalah tahu lifestyle korang. Macam aku, aku start dari sini:


Good Food Good Life


:)

Bila kita makan makanan sihat, hidup kita jadi sihat and kita pun happy-happy je sentiasa. Kan? :D
Aku nak keluar ni. Jom ikut aku shopping breakfast cereal Nestle! Nyum! Nyum! :D

p/s: Ni kira tips jugak lah kan untuk korang. :)

January 26, 2011

Ketepungan Dan Keminyakan Semua Orang.

Ok tak buat tajuk macam tu? Hihihi...

Hari hujan, seronok tidur ni. ;P Tapi sekarang mood tengah ada untuk meng-update pasal birthday Along 25 Januari hari tu. Tapi nak cerita dulu pasal kegagalan aku punya test. :(


Pagi hari Rabu lepas aku gi amet Ujian Komputer KPP tu. Alaaaaa, ujian komputer lesen tu haa.. Part 1, markah penuh. Part 2, betul semua. Part 3, hamik ko!! GAGAL terus! Huhu... Emo betul lah!! Macam manalah boleh fail. Malas betul aku nak amet lagi sekali. Ni aku dah macam tak ada semangat betul nak amet lesen. Isk laaa..

Dah tu jalan balik dengan muka penuh tension. Aku pun tak tahu kenapa aku jadi tension sangat ni. Nak gi kelas pun dah tak ada mood. Huhu.. Biarlah!! Malas nak fikir dah.. :(

Haaa, Along punya birthday jatuh pada tanggal 25 Januari. Aku dengan semangatnya telah merancang untuk menyambut hari jadi Along. (Gapo ayat skema neh???) Kek Black Forest Secret Recipe telah ditempah sehari sebelum birthday Along. Tapi gambar keknya tak ada. Aku lupa nak amet gambar kek. Waaaaaa.... Ni baru teringat rupa-rupanya gambar kek tak ada. Huhu..

Ni kitorang celebrated birthday Qiqi sekali. Mereka-mereka yang join, Azza, Shasha, Syak, Mady, Tqah, John, Acap, Kong, Lan, Adib, Rebond, Ayie.... Thanks sangat sebab join ek... :)




Birthday girls, Qiqi dan Along. :)



With girlfriends. ;)




Cian Qiqi.. Heheheh.... Ni baru intro-intro je.. ;P


Mady buat muka jahat nak pekena Along. Hahhaaa...


Part yang paling best time birthday celebration ialah apabila kita dapat mengenakan orang-orang yang disambut itu!! Hahahaha!!! Tapi semalam semua kena. Si budak kecik yang jahat lagi senget, Ayie memang macam kerang busuk punya orang. Kurang asam giler budak nehhh.... Teruk kot Along dengan Qiqi kena.. Hihihi.. Tapi aku pun jadi mangsa terawal kena siram dengan minyak ayam goreng oleh Ayie Si Budak Jahat Toet Udang Punya Budak.. Uhuk! Habis rambut bau ayam goreng!

Otak budak laki ni memang pelik dan jahat kalau bab-bab nak pekena orang ni lagi-lagi Ayie. Sebelum kitorang gerak gi kedi makan Puan Rezeki, diorang sibuk-sibuk nak bawak bahan-bahan nak pekena orang. Ayie bawak nasik basi dengan minyak goreng-goreng yang dah guna tu. Adib bawak gris motor satu tong. (Ayat nak metafora lebih.. Haha) Lan bawak 1 kotak cengkerik yang kitorang beli petang tu. Aku telur sebijik je. (Betapa baiknya aku. Hahaha..) Mady dengan Syak bawak telur dengan tepung.

Lepas dah makan-makan kek semua, nak baliklah konon-kononya. Harapan la wehhh.... Memang terbaik punya malam tu. Hahaha... Along sampai menangis cengkerik melekat-lekat kat badan dengan kepala dia. Hahaha.. Qiqi pulak sampai terbaring-baring. Yang lain-lain pun semua kena. Tapi Ayie memang paling jahat. Hahahhaha...


Tu haa yang baju kuning tu Ayie. Harap je kecik, otak tak boleh blah kalau bab nak pekena orang.





Aku pun kena sekali haa... Huhuhu

Balik rumah, memang berjam-jamlah kat dalam toilet nak bersihkan rambut. Bayangkanlah segala minyak gris, tepung, telur semua melekat kat rambut dengan baju. Memang ter-best! Huhu... Along sampai 4-5 kali syampu rambut dia. Hahahaa....


Rambut yang bau segala benda yang digoreng. Huhuhu..

Terbaik kan? Dah lah masa birthday aku tahun lepas aku kena gak. Ni birthday Along pun aku kena lagi. Ayie ni memang nak kena taw. Budak-budak ni pun sama. Tunggu la turn korang nanti. Tak payah tunggu birthday korang pun tak apa. Harharharharharr..!!! (Terasa macam jahat tak gelak macam ni? ;P

Cuti CNY dah bermula lepas aku habis kelas pukul 10 pagi tadi. Jom bercuti! :D

January 22, 2011

IMY.

Ceh, ceh.. Sekarang dah pandai pakai short form BI, IMY. Hahahaha.. Nasib baik tak jadi Omang! Omang! ;P Hihihii...

Lagi seminggu cuti Raya Cina. Cuti seminggu and aku budget aku memang nak balik rumah kat Perak lepas setelkan pasal duit buat lesen tu. Yeaa... Aku memang baru nak amet lesen. Hihii... Haa, tapi tup-tup semalam aku dapat mesej yang tertulis macam ni:

Tuan/puan
Pengeluaran pembiayaan PTPTN untuk semester II sesi 2010/2011 dijangka akan dikreditkan ke akaun tuan/puan mulai 31hb Januari 2011.

Wohh!!! Lari semua plan aku! Huhu.. Baru aku ingat nak duduk sini kejap cuti ni sebab nak gi kelas memandu tu. Dah macam ni, memang tak jadi teruslah. Huhu.. Sedih i nyahhh.... Ingatkan bolehlah setel awal sikit. Aku ni dah lah Sabtu memang ada kawad. Ahad je yang free. Takkanlah aku nak buat buat lesen ni seminggu sekali. Sampai bila nak habisnya. ;(

Tak apalah. Tak ada rezekilah tu kan. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Siapa tahu kan? :)

Lately, aku asyik teringat kat family aku je. Bukan bermakna sebelum-sebelum ni aku tak ingat. Aku mestilah ingat je selalu tapi kali ni aku rasa macam "bilalah nak balik rumah ni"... Rindu kat mereka-mereka ni..


Mak. :)


Cuba teka mana 1 adik, mana 1 abang? Hihi


Budak bertuah atas ni gi Lost World time aku tak ada kat rumah. Saje je kan nak bagi aku jeles. Mana aci aku tak ikut... Cissss!!

Cepatlah cuti datang.......

January 21, 2011

Aku Tak Suka Profile Baru Facebook Sekarang.

Sebab kat profile tu ada 5 kotak gambar yang memang annoying buat aku rasa macam nak delete je facebook aku. (Delete-lah sangat.. Hihihi) Ni haaa menatang nye..

Pinjam profile Qiqi ekk.. Hehehehe....


(Click to enlarge)

Tengok tu.. Jadi macam tak cantik dah kan profile? Aku lagi suka profile lama tu. Huhuu...

Tapi sekarang dah suka dah profile baru ni sebab boleh buat ini. Hihihii......


(Click to enlarge)

Best kan? Nak jugak tak? Hihihii.....
Moh ler kite pegi SINI yee...

Jom make-up profile FB!! :D

Yesterday Was My First Time.

Assalamualaikum. :)

Semalam cuti umum satu Malaysia, perayaan Thaipusam. Untung kita duduk Malaysia. Ada macam-macam bangsa, berlainan agama. Negara kita negara demokrasi, semua perayaan kita boleh sambut. Kan 1 Malaysia!! :D (Macam pantun dah pulak..)

Semalam bersamaan dengan 20 Januari 2011, aku telah melakukan sesuatu yang aku tak sangka pun aku akan buat. Hehee... Aku memang seorang sangat minat dengan kamera sebab aku suka snap gambar. Tak kisahlah kamera biasa ataupun DSLR. Walaupun aku cuma ada kamera kat handphone aku yang berkuasa 5 mega piksel, aku tetap tahu serba sedikit pasal DSLR. Hehehe...

Ok, benda yang aku tak sangka terjadi semalam adalah aku telah ber-photoshooting! Heheheh.. Selama ni aku memang tak berminat pun untuk jadi talent ke apa ke sebab aku lebih minat nak shoot gambar. Kalau ikut Along (Mashie) gi photoshoot, aku mesti sibuk-sibuk suruh photographer tu ajar aku function dalam camera tu. Hehehe... At least, sekarang kalau orang bagi aku pegang DSLR, tak adalah aku macam terpinga-pinga nak tekan apa kan.. ;P

Antara Canon dengan Nikon, aku lebih suka Canon. :) --> atas tunjuk ajar Arm yang mengajar aku function kat DSLR dia, aku dah boleh tau sikit-sikit.. Hehehe

Sambung balik pasal photoshoot semalam. Nabil ajak aku outing sebab Sabtu lepas aku dah terlajak tidur, so tak dapat join dia gi outing kat Pontian. 5:30 pagi kot! Aku dah la tidur lambat malam tu. Huhu... Ni dia nak balas balik lah ni. Huhuh.. Semalam aku ingat dia sorang je tapi rupa-rupanya sampai 5 orang photographer. Waa.... Segan aku. Dah lah first time. Tapi nasib baik ada sorang fotographer perempuan, Nisa.. Tak adalah segan sangat. Hai Nisa! :) Diorang semua baik and aku pun senang nak get along dengan diorang. :)

First location: Pura Kencana
Second location: Dataran Kluang

Pukul 1 pagi baru sampai rumah lepas dah makan-makan. Lapar giler aku! Huhu... Hari ni Nabil ajak gi Mersing tapi aku tak boleh join sebab ada kelas. Kelas lagi penting. :)

Gambar semua aku tak dapat lagi. Nanti dah dapat aku upload la tapi sikit je la kot sebab segan lerrrrrr... Huhuhuu...

Anyway, ni aku pakai semalam. Aku pakai sukati aku je. Simple macam selalu. Mana tau kalau nak photoshoot kena pakai baju lain sikit ke kan.. Hahahaha..... Ok la kot ni..


Ni dengan Miera semalam. Kat dalam Levi's fitting room. Hihihi...


Try spek Ayie.. Sesuai tak? Hihi.. ;P

Hari ni hari Jumaat. Esok Sabtu, lepas tu Ahad. So, have a great weekend readers!
(Aku kena tinggal sorang-sorang lagi kat rumah.. Uhuk!)

January 20, 2011

OMG!

Oh, My Gucci!!!

Fazura cakap macam tu kat dalam cerita Pisau Cukur. Hehehe... Lain dari yang lain.. Fazura ni antara pelakon yang aku suka. Walaupun dia macam gedik-gedik jelly macam tu, aku still minat kot.. Hahaha... Sebab bila dia berlakon tu memang menjadi beb.

Haaa, OMG!
Dalam perkataan BI, banyak sangat orang buat short form macam ni kan? OMG, IDK, OTW, etc.. Tapi dulu, masa aku muda-muda belia (muda lah sangat), aku memang tak paham orang tulis short-short sangat ni. Gapo dio lah maksudnya kan.. Hahaha.. Tak pehe.... Kalau bahasa Kelantan ke, Kedah ke, longat Negeri Sembilan ke... Adalah jugak aku paham sikit-sikit.. Ni kalau dah short-short macam tu, macam mana lah aku nak paham... Huhuhu..

First time aku cuba nak paham apa itu OMG masa online dengan kawan aku, Azza kat dalam kelas autocad.. (Kantoi online dalam kelas! Hehehe) Kitorang YM kot masa tu. Aku pon dah tak ingat. Ke komen-komen entah.... Lepas tu dia taip, "OMG! OMG!"

Aku manalah tau menatang gapo tu. Lepas tu aku pi sebut, "Omang! Omang!" Hahahahahhahaaaa!!!! Lepas tu Azza pi bantai gelakkan aku. Hahahaha... Dia pi cerita kat kawan aku yang lain kan. Manalah aku tahu kan.... Hahahaha.. Sampai sekarang kadang-kadang cerita tu asyik keluar je. Siot tol! Hahahaha...

Lepas tu, aku memang take note lah apa maksud di sebalik shot form BI ni.. Hahaha... Sengal!!

Omang! Omang!! Hahahaha....

January 19, 2011

Paksu Burger.... Taq... Satu!!

Sepanjang start semester baru ni aku agak sibuk dengan kehidupan aku kat sini. Siang sibuk dengan kelas, malam aku sibuk dengan gerai burger. Hehehee... Walaupun kehidupan aku sekarang agak padat, aku suka. Aku suka macam ni. Aku tak buang masa. Walaupun balik rumah pukul 1 pagi, semua tak jadi masalah kat diri aku sebab diri aku memang macam ni sebenarnya.

Pernah banyak hari aku rasa sedih. Sedih bukan sebab orang buat aku sedih ke apa ke. Tapi sedih sebab aku rasa hidup aku kosong hari tu. Budak-budak rumah semua tak ada. Ada yang balik kampung, ada yang gi berkampung. Hihihi.... Tapi memang aku rasa macam tak sedap badan bila satu hari aku tak tahu nak buat apa. Huh!


Haa... Sambung cerita pasal gerai burger aku. Sebenarnya, itu adalah gerai burger kawan aku ataupun senang cakap dia senior Suksis aku yang dah tauliah dah pun. Bos Paksu Burger... Taq.... (Sebut pakai loghat Kedah.. Hihihii) Bila Paksu offer aku join dia bukak gerai burger tu, aku tak menolak sebab aku memang suka berniaga dan jugak dapat pengalaman berniaga. Lagi satu, tak adalah aku buang masa and bad mood sebab tak tahu nak buat apa. Hihihii......

Pengalaman hari pertama kerja... Hmm, aku rasa seronok. Hehehe.. Gain experience macam mana nak handle order, handle customer, handle barang-barang burger.. Seronok! Tak tahu nak cakap macam mana.. Hihihi.. ;)


Hari kedua kitorang bukak gerai, memang tak menang tangan. Roti habis, daging ayam habis, sayur pun habis. Alhamdulillah.. :) Semua ni satu permulaan untuk aku tambah pengalaman aku sebelum aku habis belajar and keluar cari kerja. :) Thanks to Paksu. :)


Ni haa Paksu nya @ Zack... Hehehe... Dia taknak tunjuk muka. Kedek!!


Gerai Paksu Burger.. Taq.... bertempat di Kolej Kediaman Perwira, UTHM. Hehehe... Ada je kitorang kat sebelah bus stop. Mari-mari pekena Paksu Burger... Taq......!!! Hihihi.. Dah rasa sekali mesti nak beli lagi. ;D

Tapi satu kelemahan aku. Aku sangat mudah rasa kesian kat orang. Bila ada budak-budak datang nak beli burger tapi time tu burger dah habis, aku rasa macam kesian sangat sebab diorang tak dapat burger and mesti tak dapat makan. Korang pun mesti tahu kebanyakan orang yang datang beli burger adalah orang-orang yang maybe tak sempat nak makan berat-berat, atau orang-orang yang tengah lapar tapi tak ada makanan nak makan... Aku kesian sangat-sangat..... :(
Sedih sangat bila jadi macam tu. Kadang-kadang aku sampai boleh jadi nak nangis bila asyik fikir sangat pasal ni. Huhuhu.. Ni je lah yang aku rasa susah berniaga makanan ni.

Overall, aku rasa ok dan best. :)
So kepada student-student UTHM yang duduk Perwira, meh-meh datang gerai Paksu Burger.. Taq....... Dijamin beli sekali, esok beli lagi. Hehehe... :)


Sedang berehat.. ;P Cap wajib pakai sebab kalau tak nanti ranbut bau Burger.. Taq... Hehehehe



Silalah datang beramai-ramai untuk memeriahkan suasana gerai Paksu Burger... Taq.... ;P




Nyum! :D

January 10, 2011

Weekend Di Labis.

Semalam dekat nak pukul 7 malam baru aku sampai rumah. Hari sabtu hari tu Mcpah ajak aku gi Kg Tenang, Labis sebab ada kenduri baca Yaasin kat rumah family angkat Nabil.

FYI, masa kitorang junior dulu dalam SUKSIS (sekarang dah senior.. Hehehe), kitorang ada buat Program OPKIM iaitu Program Anak Angkat kat Kg Tenang ni. Lepas habis program tu pun family angkat kitorang kat sini selalu suruh kitorang balik. Diorang sangat-sangat mesra dengan kitorang. Sampai sekarang, semua masih contact-contact lagi. :)

Sambung cerita balik. Dah alang-alang aku sampai Labis, aku pun fikir baik aku balik tidur sana je kan. Mcpah, Afiey, Nabil, Ayen dengan sorang kawan Nabil balik hari. Maknanya diorang balik hari tu jugak, lepas Maghrib kot kalau tak silap aku. Aku memang dah lama tak balik Labis. Sibuk sangat masa final exam hari tu, sambung pulak dengan training SUKSIS. Memang tak ada masa teman... Hihihi

Habis majlis baca Yaasin tu, aku balik rumah family angkat aku. Memang terasa lama aku dah tak balik sini. Sampai-sampai je aku terus makan periuk kera ibu buat cicah dengan daging salai masak lemak. Sluurrpppp!!!! Hihihi... Sebelum aku sampai rumah, orang-orang dari RTM datang rumah ibu buat liputan pasal periuk kera yang ibu buat. Memang aku pun tak pernah jumpa kat tempat lain periuk kera ni. Ayah cakap rugi aku sampai lambat. Hahahaha.... Korang mesti tertanya-tanya pe jadahnya periuk kera tu kan? ;P

Ni haaa..!!! Hehehe... Ni periuk kera betul taw. Bukan plastik kera ke apa ke.. Kat dalam tu ada pulut santan. Alaaa.. Dia lebih kurang macam lemang atau ketupat palas tu cuma yang ni bekasnya periuk kera. :)




Petang tu aktiviti aku macam biasalah. Bila aku sampai je, adik-adik aku dah ajak keluar pusing-pusing kampung. Kat Labis ada 1 kolam air panas yang famous jugak. Setiap petang mesti ramai orang mandi-mandi kat situ. Ramai orang dari luar Labis. Aku tak adalah nak mandi situ, dah merasa banyak kali dah. Hehehe.. Just gi situ dengan adik-adik tangkap gambar kat taman dia.


Ni haa adik-adik aku. Yang pakai tudung tu yang bongsu baru balik ngaji, Adik Dila. Lagi sorang tu Adik Fiza.


Budak ni memang ganas. Dah panjat ni tak reti nak turun. Hihihi..


Tengok tu. Beria panggil adik dia suruh tolong. Hahaha...


Dalam pukul 6:30 petang kitorang balik rumah. Lepas tu aku pi nyibuk kat ibu aku yang tengah ber-farmville kat tepi rumah. Petik-petik cili... Hihihii.. (Betul ke petik?? Ke cabut?? Huhuhu)





Satu benda yang aku tak perasan masa aku sampai tu... Ada arnablah!!!!!!!!!!!! Comel wehh.. Geram giler.. Rasa macam nak picit-picit je.. Huhuu.. Aku mintak 1 kat ibu dengan adik, diorang tak bagi. Hahahahaa... Yela kan.. Dah bela dari arnab tu lahir kan. Memanglah sayang. Tapi comel sangatlah... Huhuhu


Ada 4 ekor semuanya. Ini anak-anak arnab. Mama dengan papa dia kat dalam sangkar belakang rumah.

Aku paling suka yang ni. Colour kelabu.. Badan dia macam bulat. Comelnyeeeeeeee!!!



Ni sangkar dia. Time ni hujan.. Lepas tu arnab-arnab ni dok dekat-dekat macam tu maybe sebab nak dapat haba kot, bagi panas...


Malam tu makan nasik berlaukkan ikan keli goreng dengan daging salai masak lemak tu. Simple tapi aku makan berselera kot!!! Hihihi....

Ahad pagi bangun tidur, sarapan roti canai. Aku bedal 1 roti telur, 1 roti kosong.. Hihihi... Korang bayangkanlah, aku pernah duduk sana dalam 3 hari 2 malam macam tu, aku dah tak boleh nak pakai baju aku yang lengan panjang yang aku bawak time tu. Cepat giler badan aku naik!! Hahahaha....

Petang dalam pukul 5 petang Acu hantar aku balik dengan 2 orang adik aku, Akim dengan Fiza...

Thanks ibu, ayah, adik-adik.... Thanks jugak kat Acu yang tolong hantar aku. Ayah tak dapat hantar aku sebab demam kena hujan. Acu tu adik ibu aku yang bongsu. Tak kahwin lagi.. Ada siapa-siapa yang berminat nak isi borang? Hihihi....

Till then.. ;)
Weekend yang terisi... :)

January 07, 2011

Langsam Habis.

Hye! Hello!!!! Dah lama sangat tak update blog ni. Aku tak boleh nak online sebab tak ada internet kat rumah sewa aku. Tapi sekarang..... Hahahahhaha... Aku akan meng-update selalu sebab aku dah boleh online!!!!!!!! Weeeehhuuuuuuuuuuuu!!!! ;D

Aku sangat banyak cerita yang aku hold sebab ketidakupayaan aku untuk online. So hari ni aku update sekali banyak ok. ;)

Ini sambungan cerita entri lepas, bulan lepas, tahun lepas. Mungkin dah basi tapi aku nak jugak sambung sebab entri lepas tergantung.

Sebelum kitorang gi latihan menembak, kitorang ada rest 1 hari and hari rehat tu dimanfaatkan sepenuhnya. Hihihiii... Gi tengok wayang bersama-sama 6 Jahanam. Tapi ada sorang lain spesis join kitorang gak. Hihihii.....

Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. :)




Haaa... Masa kitorang gi BP Mall hari tu, macam ada event kat situ. Ada lebih kurang macam kiosk-kiosk kat situ. Macam-macam ada. Contohnya.. Tadaaa.. Hihihi.... Hospital Pantai! Boleh check kita punya BMI dengan fat dalam badan, kandungan air dalam badan. Lebih kurang laaa... Walaupun berat aku dah naik, tapi BMI aku 21.. Kira ok lah tu. ;P


Ni haaa spesis lain yang join kitorang tu. Hahahahhaa...




Isnin bersamaan dengan berapa hari bulan entah (aku dah lupa), kitorang pun pagi-pagi dah bertolak ke Bukit Kangkar, Muar (setengah jam aku stuck kat ayat ni sebab lupa nama tempat tu. Huhu). Mula-mula Revolver. Sambung dengan M16. Aku kat dalam Detail 2 so aku punya turn cepat. Dah lama tak menembak pakai revolver. Aku memang excited lebih sebab antara Revolver dengan M16, aku lagi suka Revolver. Jarak dekat, so aku boleh nampak peluru kena kat mana. Hihhihii.... ;P Disebabkan ke-excited-an aku, untuk Revolver, aku dapat ke-3 keseluruhan terbaik. Epul dapat full marks. Semua peluru masuk. Jealous i nyahhh....



Yang ni adalah kelongsong peluru yang kitorang dah guna. Kelongsong ni kitorang kena ketuk dia menandakan yang benda ni dah digunakan sebelun dihantar ke Bukit Aman. Ko ingat lepas tembak boleh buang-buang sukahati ke kelongsong ni. Tak boleh wehh... Boleh didakwa kalau ada di antara kitorang yang simpan benda ni.


Mari mengetuk!



Yang baju putih tu Tuan Mat, Pegawai Penyelaras kitorang.


Duduk ikut detail sebelum menembak.



Ok, nampak tak aku yang kat kanan sekali tu? Memng tak nampak pun sebab dilindungi dengan jurulatih aku. Hehehehhee... Time tengah menembak Revolver.

Aku yang disebelah kiri untuk M16.


Tu nampak tak kepala aku?? Tengah tenang... Hihii.... M16.


Habis hari untuk menembak, kitorang camping plak kat Teluk Gorek selama 4 hari. Hari-hari permulaan, kitorang ada LDK oleh Tuan Hamid. Lepas tu aktiviti luar. Best weh sebab dia tepi pantai. Hehehee.. Malam 1st kitorang kat sana, tak boleh nak tidur dalam khemah sebab hujan lebat sangat-sangat. So kitorang yang jantina perempuan tidur kat dalam Dewan Pak Malau. Esok pagi bangun tidur, 2 khemah budak perempuan terbalik sebab angin kuat sangat.

Ni haa.. Terbalik terus. Memang tak ada rupa khemah dah....


Bantal busuk wajib dibawa ke mana-mana sahaja yeaa... Hihihi.. ;P




Ini aktiviti kitorang waktu riadah. Bola tampar dengan futsal.





Aktiviti LDK,



Semangat group aku wat cantik-cantik bangunan ni. Sekali test letak bata atas dia, hancus... Hihihii....

Pagi macam biasa, kitorang ada PT (physical training). Hari ke-2 kot kalau tak silap aku, kitorang jog kat tepi pantai sampai la hujung sebelah sana. Kaki aku terlanggar batu. Sakit wehh.... Dah jog kaki ayam. Terima je laaa... Huhuhu..

LDK malam, main saham. Hehee... Tak paham aku..








Malam last kitorang ada Majlis Perpisahan dengan jurulatih kitorang, Encik Lan. Dia dah pindah gi Unit Trafik Batu Pahat kalau tak silap aku. Lagi 1, malam ni jugak kitorang ada kena buat persembahan. Cuba korang tengok stage ni, macam dah kena taufan gamaknya.. Hihihii.. Tapi ok apa... Barulah hutan.... Hehehehe

Walaupun namanya camping, tapi makannya sodap menjilat jari... Hehehee..



Habis camping, aktiviti last kitorang sebelum habis Latihan Intensif ni adalah lawatan. Kali ni punya lawatan, kitorang gi kat Unit Forensik PDRM dengan Unit Udara PDRM. Yang Unit Forensik tu aku dah gi dah masa aku Junior dulu. Ni kira macam aku tak teruja sangat nak gi Unit Forensik tu. Tapi kalau tang udara tu, hehehee... Memang tak sabar-sabar.. Hahahaha....

Di Unit Forensik PDRM,










Masa kitorang gi kat Unit Udara PDRM, kitorang kena bahagi 2 kumpulan. So senang sikit la kot kalau diorang nak bawak pusing-pusing kan. 1 group perempuan, 1 group lelaki. Aku dah tentulah group perempuan. Kitorang diberi taklimat sikit dulu kat bangunan simulator oleh Cif Inspektor Amirul before pusing-pusing situ. Bukanlah taklimat sangat pun. Lebih kurang macam presentation sikit pasal Unit Udara PDRM.



Banyak jugak benda yang aku tau. Macam helikopter dengan kapal terbang, diorang tak panggil macam tu. Kalau helikopter, diorang panggil Rotery Wing @ Chopper and kalau kapal terbang tu diorang panggil Fixed Wing. 1 contoh fixed wing yang PDRM ada ialah jenis King Air 350 buatan USA. PDRM ada 5 buah yang kelajuan dia 180 knot. Jenis ni boleh memuatkan 12 penumpang dengan sorang pilot and sorang co-pilot. (Wahh.. Cerita macam expert je.. Hahaha) Nah, layan gambar.












Ok dah. Bye-bye! ^^