FYI, masa kitorang junior dulu dalam SUKSIS (sekarang dah senior.. Hehehe), kitorang ada buat Program OPKIM iaitu Program Anak Angkat kat Kg Tenang ni. Lepas habis program tu pun family angkat kitorang kat sini selalu suruh kitorang balik. Diorang sangat-sangat mesra dengan kitorang. Sampai sekarang, semua masih contact-contact lagi. :)
Sambung cerita balik. Dah alang-alang aku sampai Labis, aku pun fikir baik aku balik tidur sana je kan. Mcpah, Afiey, Nabil, Ayen dengan sorang kawan Nabil balik hari. Maknanya diorang balik hari tu jugak, lepas Maghrib kot kalau tak silap aku. Aku memang dah lama tak balik Labis. Sibuk sangat masa final exam hari tu, sambung pulak dengan training SUKSIS. Memang tak ada masa teman... Hihihi
Habis majlis baca Yaasin tu, aku balik rumah family angkat aku. Memang terasa lama aku dah tak balik sini. Sampai-sampai je aku terus makan periuk kera ibu buat cicah dengan daging salai masak lemak. Sluurrpppp!!!! Hihihi... Sebelum aku sampai rumah, orang-orang dari RTM datang rumah ibu buat liputan pasal periuk kera yang ibu buat. Memang aku pun tak pernah jumpa kat tempat lain periuk kera ni. Ayah cakap rugi aku sampai lambat. Hahahaha.... Korang mesti tertanya-tanya pe jadahnya periuk kera tu kan? ;P
Ni haaa..!!! Hehehe... Ni periuk kera betul taw. Bukan plastik kera ke apa ke.. Kat dalam tu ada pulut santan. Alaaa.. Dia lebih kurang macam lemang atau ketupat palas tu cuma yang ni bekasnya periuk kera. :)
Petang tu aktiviti aku macam biasalah. Bila aku sampai je, adik-adik aku dah ajak keluar pusing-pusing kampung. Kat Labis ada 1 kolam air panas yang famous jugak. Setiap petang mesti ramai orang mandi-mandi kat situ. Ramai orang dari luar Labis. Aku tak adalah nak mandi situ, dah merasa banyak kali dah. Hehehe.. Just gi situ dengan adik-adik tangkap gambar kat taman dia.
Ni haa adik-adik aku. Yang pakai tudung tu yang bongsu baru balik ngaji, Adik Dila. Lagi sorang tu Adik Fiza.
Dalam pukul 6:30 petang kitorang balik rumah. Lepas tu aku pi nyibuk kat ibu aku yang tengah ber-farmville kat tepi rumah. Petik-petik cili... Hihihii.. (Betul ke petik?? Ke cabut?? Huhuhu)
Satu benda yang aku tak perasan masa aku sampai tu... Ada arnablah!!!!!!!!!!!! Comel wehh.. Geram giler.. Rasa macam nak picit-picit je.. Huhuu.. Aku mintak 1 kat ibu dengan adik, diorang tak bagi. Hahahahaa... Yela kan.. Dah bela dari arnab tu lahir kan. Memanglah sayang. Tapi comel sangatlah... Huhuhu
Ada 4 ekor semuanya. Ini anak-anak arnab. Mama dengan papa dia kat dalam sangkar belakang rumah.
Ni sangkar dia. Time ni hujan.. Lepas tu arnab-arnab ni dok dekat-dekat macam tu maybe sebab nak dapat haba kot, bagi panas...
Malam tu makan nasik berlaukkan ikan keli goreng dengan daging salai masak lemak tu. Simple tapi aku makan berselera kot!!! Hihihi....
Ahad pagi bangun tidur, sarapan roti canai. Aku bedal 1 roti telur, 1 roti kosong.. Hihihi... Korang bayangkanlah, aku pernah duduk sana dalam 3 hari 2 malam macam tu, aku dah tak boleh nak pakai baju aku yang lengan panjang yang aku bawak time tu. Cepat giler badan aku naik!! Hahahaha....
Petang dalam pukul 5 petang Acu hantar aku balik dengan 2 orang adik aku, Akim dengan Fiza...
Thanks ibu, ayah, adik-adik.... Thanks jugak kat Acu yang tolong hantar aku. Ayah tak dapat hantar aku sebab demam kena hujan. Acu tu adik ibu aku yang bongsu. Tak kahwin lagi.. Ada siapa-siapa yang berminat nak isi borang? Hihihi....
Till then.. ;)
Weekend yang terisi... :)
so... xdpt ms0k RTM r nie ekh??? hehehehe
ReplyDeletexpe2... at least u dpt rase mknn tue kn... hehehe
mst sdap mndi air pnas tue kn... :)
ajk r teman tr0n sana.... :p
@Anonymous Hahahaha.... I da byk kali la mkn periuk kera tu bila blk sana.. :)
ReplyDeletesuke r tue kn.... hahahaha
ReplyDeletetapau r t0k mmbe2 skit der... hehehe
@Anonymous Ahahaa.... Ada lebih aku tapau... ;P
ReplyDeletehek elehhhhh..... dah telan abis,mcm r ad lebih kn... ahahahaha
ReplyDeletenway,c0mel arnab tue... huhuhuu
@Anonymous Hahahha..... Arnab tu mmg comel sgt yg teramat..... Rasa nk picit-picit je!
ReplyDeletehang jgn r d0k picit arnab tue...
ReplyDeletemampuih nt,xd dah c0mel2... hahahaha
awatnye hang xmintak ja.... xpa2,nt teman bg hang noh... hahahaha
@Anonymous Uishhh... Bhsa pe ni?
ReplyDeletehahahaha... 1malaysia 1bahasa... hado0oiii
ReplyDelete;p