January 21, 2011

Yesterday Was My First Time.

Assalamualaikum. :)

Semalam cuti umum satu Malaysia, perayaan Thaipusam. Untung kita duduk Malaysia. Ada macam-macam bangsa, berlainan agama. Negara kita negara demokrasi, semua perayaan kita boleh sambut. Kan 1 Malaysia!! :D (Macam pantun dah pulak..)

Semalam bersamaan dengan 20 Januari 2011, aku telah melakukan sesuatu yang aku tak sangka pun aku akan buat. Hehee... Aku memang seorang sangat minat dengan kamera sebab aku suka snap gambar. Tak kisahlah kamera biasa ataupun DSLR. Walaupun aku cuma ada kamera kat handphone aku yang berkuasa 5 mega piksel, aku tetap tahu serba sedikit pasal DSLR. Hehehe...

Ok, benda yang aku tak sangka terjadi semalam adalah aku telah ber-photoshooting! Heheheh.. Selama ni aku memang tak berminat pun untuk jadi talent ke apa ke sebab aku lebih minat nak shoot gambar. Kalau ikut Along (Mashie) gi photoshoot, aku mesti sibuk-sibuk suruh photographer tu ajar aku function dalam camera tu. Hehehe... At least, sekarang kalau orang bagi aku pegang DSLR, tak adalah aku macam terpinga-pinga nak tekan apa kan.. ;P

Antara Canon dengan Nikon, aku lebih suka Canon. :) --> atas tunjuk ajar Arm yang mengajar aku function kat DSLR dia, aku dah boleh tau sikit-sikit.. Hehehe

Sambung balik pasal photoshoot semalam. Nabil ajak aku outing sebab Sabtu lepas aku dah terlajak tidur, so tak dapat join dia gi outing kat Pontian. 5:30 pagi kot! Aku dah la tidur lambat malam tu. Huhu... Ni dia nak balas balik lah ni. Huhuh.. Semalam aku ingat dia sorang je tapi rupa-rupanya sampai 5 orang photographer. Waa.... Segan aku. Dah lah first time. Tapi nasib baik ada sorang fotographer perempuan, Nisa.. Tak adalah segan sangat. Hai Nisa! :) Diorang semua baik and aku pun senang nak get along dengan diorang. :)

First location: Pura Kencana
Second location: Dataran Kluang

Pukul 1 pagi baru sampai rumah lepas dah makan-makan. Lapar giler aku! Huhu... Hari ni Nabil ajak gi Mersing tapi aku tak boleh join sebab ada kelas. Kelas lagi penting. :)

Gambar semua aku tak dapat lagi. Nanti dah dapat aku upload la tapi sikit je la kot sebab segan lerrrrrr... Huhuhuu...

Anyway, ni aku pakai semalam. Aku pakai sukati aku je. Simple macam selalu. Mana tau kalau nak photoshoot kena pakai baju lain sikit ke kan.. Hahahaha..... Ok la kot ni..


Ni dengan Miera semalam. Kat dalam Levi's fitting room. Hihihi...


Try spek Ayie.. Sesuai tak? Hihi.. ;P

Hari ni hari Jumaat. Esok Sabtu, lepas tu Ahad. So, have a great weekend readers!
(Aku kena tinggal sorang-sorang lagi kat rumah.. Uhuk!)

5 comments:

  1. tahniah!!!! hehehe
    m0ga pasnie dpt dslr sndri k....
    amin...

    ReplyDelete
  2. korang outing eh semalam?seronok kan dgn geng2 aku?

    ReplyDelete
  3. @Khairul Azkar Babe, Nabil tu budak kelas aku laa... Sama Suksis gak dgn aku. Ko mn ek? Lama xnmpk?

    ReplyDelete
  4. hmm.aku ada je.cuma aku sekarang berehat dari dunia foto.aku bawa diri kejap.nanti kalau lepak aku cerita.korang mana seyh?aku nak ajak lepak pun susah.suruh la along 2 balas mesej aku.

    ReplyDelete
  5. @Khairul Azkar Along pakai macam-macam number la. Nati aku mtk num ko kt bdk2 ni, aku text ko keyh.

    ReplyDelete

kuman komen (: