January 07, 2011

Langsam Habis.

Hye! Hello!!!! Dah lama sangat tak update blog ni. Aku tak boleh nak online sebab tak ada internet kat rumah sewa aku. Tapi sekarang..... Hahahahhaha... Aku akan meng-update selalu sebab aku dah boleh online!!!!!!!! Weeeehhuuuuuuuuuuuu!!!! ;D

Aku sangat banyak cerita yang aku hold sebab ketidakupayaan aku untuk online. So hari ni aku update sekali banyak ok. ;)

Ini sambungan cerita entri lepas, bulan lepas, tahun lepas. Mungkin dah basi tapi aku nak jugak sambung sebab entri lepas tergantung.

Sebelum kitorang gi latihan menembak, kitorang ada rest 1 hari and hari rehat tu dimanfaatkan sepenuhnya. Hihihiii... Gi tengok wayang bersama-sama 6 Jahanam. Tapi ada sorang lain spesis join kitorang gak. Hihihii.....

Makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. :)




Haaa... Masa kitorang gi BP Mall hari tu, macam ada event kat situ. Ada lebih kurang macam kiosk-kiosk kat situ. Macam-macam ada. Contohnya.. Tadaaa.. Hihihi.... Hospital Pantai! Boleh check kita punya BMI dengan fat dalam badan, kandungan air dalam badan. Lebih kurang laaa... Walaupun berat aku dah naik, tapi BMI aku 21.. Kira ok lah tu. ;P


Ni haaa spesis lain yang join kitorang tu. Hahahahhaa...




Isnin bersamaan dengan berapa hari bulan entah (aku dah lupa), kitorang pun pagi-pagi dah bertolak ke Bukit Kangkar, Muar (setengah jam aku stuck kat ayat ni sebab lupa nama tempat tu. Huhu). Mula-mula Revolver. Sambung dengan M16. Aku kat dalam Detail 2 so aku punya turn cepat. Dah lama tak menembak pakai revolver. Aku memang excited lebih sebab antara Revolver dengan M16, aku lagi suka Revolver. Jarak dekat, so aku boleh nampak peluru kena kat mana. Hihhihii.... ;P Disebabkan ke-excited-an aku, untuk Revolver, aku dapat ke-3 keseluruhan terbaik. Epul dapat full marks. Semua peluru masuk. Jealous i nyahhh....



Yang ni adalah kelongsong peluru yang kitorang dah guna. Kelongsong ni kitorang kena ketuk dia menandakan yang benda ni dah digunakan sebelun dihantar ke Bukit Aman. Ko ingat lepas tembak boleh buang-buang sukahati ke kelongsong ni. Tak boleh wehh... Boleh didakwa kalau ada di antara kitorang yang simpan benda ni.


Mari mengetuk!



Yang baju putih tu Tuan Mat, Pegawai Penyelaras kitorang.


Duduk ikut detail sebelum menembak.



Ok, nampak tak aku yang kat kanan sekali tu? Memng tak nampak pun sebab dilindungi dengan jurulatih aku. Hehehehhee... Time tengah menembak Revolver.

Aku yang disebelah kiri untuk M16.


Tu nampak tak kepala aku?? Tengah tenang... Hihii.... M16.


Habis hari untuk menembak, kitorang camping plak kat Teluk Gorek selama 4 hari. Hari-hari permulaan, kitorang ada LDK oleh Tuan Hamid. Lepas tu aktiviti luar. Best weh sebab dia tepi pantai. Hehehee.. Malam 1st kitorang kat sana, tak boleh nak tidur dalam khemah sebab hujan lebat sangat-sangat. So kitorang yang jantina perempuan tidur kat dalam Dewan Pak Malau. Esok pagi bangun tidur, 2 khemah budak perempuan terbalik sebab angin kuat sangat.

Ni haa.. Terbalik terus. Memang tak ada rupa khemah dah....


Bantal busuk wajib dibawa ke mana-mana sahaja yeaa... Hihihi.. ;P




Ini aktiviti kitorang waktu riadah. Bola tampar dengan futsal.





Aktiviti LDK,



Semangat group aku wat cantik-cantik bangunan ni. Sekali test letak bata atas dia, hancus... Hihihii....

Pagi macam biasa, kitorang ada PT (physical training). Hari ke-2 kot kalau tak silap aku, kitorang jog kat tepi pantai sampai la hujung sebelah sana. Kaki aku terlanggar batu. Sakit wehh.... Dah jog kaki ayam. Terima je laaa... Huhuhu..

LDK malam, main saham. Hehee... Tak paham aku..








Malam last kitorang ada Majlis Perpisahan dengan jurulatih kitorang, Encik Lan. Dia dah pindah gi Unit Trafik Batu Pahat kalau tak silap aku. Lagi 1, malam ni jugak kitorang ada kena buat persembahan. Cuba korang tengok stage ni, macam dah kena taufan gamaknya.. Hihihii.. Tapi ok apa... Barulah hutan.... Hehehehe

Walaupun namanya camping, tapi makannya sodap menjilat jari... Hehehee..



Habis camping, aktiviti last kitorang sebelum habis Latihan Intensif ni adalah lawatan. Kali ni punya lawatan, kitorang gi kat Unit Forensik PDRM dengan Unit Udara PDRM. Yang Unit Forensik tu aku dah gi dah masa aku Junior dulu. Ni kira macam aku tak teruja sangat nak gi Unit Forensik tu. Tapi kalau tang udara tu, hehehee... Memang tak sabar-sabar.. Hahahaha....

Di Unit Forensik PDRM,










Masa kitorang gi kat Unit Udara PDRM, kitorang kena bahagi 2 kumpulan. So senang sikit la kot kalau diorang nak bawak pusing-pusing kan. 1 group perempuan, 1 group lelaki. Aku dah tentulah group perempuan. Kitorang diberi taklimat sikit dulu kat bangunan simulator oleh Cif Inspektor Amirul before pusing-pusing situ. Bukanlah taklimat sangat pun. Lebih kurang macam presentation sikit pasal Unit Udara PDRM.



Banyak jugak benda yang aku tau. Macam helikopter dengan kapal terbang, diorang tak panggil macam tu. Kalau helikopter, diorang panggil Rotery Wing @ Chopper and kalau kapal terbang tu diorang panggil Fixed Wing. 1 contoh fixed wing yang PDRM ada ialah jenis King Air 350 buatan USA. PDRM ada 5 buah yang kelajuan dia 180 knot. Jenis ni boleh memuatkan 12 penumpang dengan sorang pilot and sorang co-pilot. (Wahh.. Cerita macam expert je.. Hahaha) Nah, layan gambar.












Ok dah. Bye-bye! ^^


3 comments:

  1. pergghhh!!!! mmg langsam abes hah... hehehehe
    mmg mnarik aktvty u olz nie kn...
    eh... bantal bus0k perlu ke bwk kmne2 je???? hahahaha
    plik bt0l r....
    smart tg0k u in uniform... style!

    ReplyDelete
  2. amboi, lain spesis nohhh...


    ada bantal busuk ru[anya.. haha

    ReplyDelete

kuman komen (: