September 29, 2010

Bersyukur.

Jelous bila tengok kawan-kawan rapat semua dapat belajar overseas. Tu lahh.. Dulu time sekolah taknak belajar betul-betul. Main je tahu.. Padan muka! Tapi aku bersyukur dengal setiap rezeki yang Allah kurniakan. Aku still dapat sambung belajar jugak walaupun bukan dekat overseas. Alhamdulillah. (:

Ini gambar masa Sambutan Hari Raya UTHM 2009. (:


September 28, 2010

Melaka.

Entri sebelum ni aku ada cakap nak tunjuk gambar aku kena prengggg time birthday aku kan? So.. Here they are.. (: Tapi ini tak upload semua lah. Certain je ok. (:

Kita ikut turutan ek. Masa ni baru sampai.



Bakar-bakar ayam. Kerja-kerja mereka. ^^








Surprise dah tiba... (:


Masa ni lah konon-kononnya nak snap gambar apalah semua. Kurang asam betul.








Keesokannya harinya, ber-gold dust!!



Kawan-kawan yang plan celebrate birthday aku. Sayang korang!! :D





Aku rindu dia. Aku sedih tengok dia. Aku sedih bila fikir dia. Aku sedih bila ingat dia. Aku harap dia akan jumpa dengan orang yang lebih baik dari aku. Aku doakan dia akan bahagia dengan orang tu sampai bila-bila. Aku doakan takkan ada orang lagi yang akan lukakan hati dia, yang akan susahkan dia. Amin.

September 27, 2010

Thanks To You.

Kehadiran beg kertas SUMMIT atas meja kecil kat hujung katil aku menimbulkan tanda tanya...

????????????


Bila aku tengok, nampak kat dalam tu ada 1 kotak kecil panjang berikat reben putih. And kat belakang kotak tu ada 1 kad colour hitam. Beg kertas brand SUMMIT, atas kotak kecil panjang tertulis perkataan SUMMIT.





Aku dah tahu apa isi kat dalam kotak tu. Hmmm... Aku bukak dengan penuh perlahan, berdebar.. Memang betul. Then aku baca kad.. Aku sedih tapi aku taknak dah sedih-sedih lagi. Aku penat bersedih. Aku tak sangka dia akan bagi hadiah sempena birthday aku. Aku memang tak sangka langsung sebab dia tak wish birthday aku thru phone. Aku tunggu tapi aku taknak fikir sangat. Entahlah..

Abg... Thanks hadiahkan Dea ni. Dea tak sangka abg bagi ni sebab Dea memang mahu ni dari dulu lagi.. Thanks a lot..

Aku Sudah Nombor 21.

Tanggal 26 September 1989..
Aku dilahirkan.......... (Thanks mak sebab lahirkan kakak and besarkan kakak sampai kakak ke tahap ni. Kakak sayang mak sangat!)

Tanggal 26 September 2010..
Aku bermandikan air golden dust. Hehehee... Aku happy sangat-sangat. Thanks sangat aku nak ucap kat orang-orang yang selama ni ada dengan aku time susah senang. Lagi-lagi Along. Angah sayang Along sangat-sangat.

Rentetan peristiwa indah.. (:
Minggu lepas semua dah plan nak gi Melaka. Rumah Along.. Along buat majlis open house untuk member-member rapat hari sabtu malam. Along kena balik hari Jumaat sebab nak kena wat preparation semua. Aku tak dapat ikut sebab aku kena gi kawad Suksis. So aku gerak gi Melaka lepas abis kawad lah. Dah siap-siap semua, Kong dengan Adha amet aku. Kitorang gi 2 kereta. Aku naik dengan Adha and Kong. Lagi 1 kereta Lan, Kecit (Ayie) dengan Acap.

Sampai rumah Along dalam pukul 5pm kot. Aku pun tak perasan lah pukul berapa time tu. Sampai-sampai, semua take part masing-masing. Aku tolong buat kerja bahagian dalam rumah, budak-budak ni bakar ayam. Aku mandi pun masa Maghrib. Bila turun, orang dah ramai. Aku duduk borak-borak dengan Ain Raus and bf dia. Ain Raus is 1 of my bestfriends. (: Tengah best-best borak, tiba-tiba Kong panggil aku gi dapur. Nampak macam nak cakap benda serius giler. Aku ikut je lah...... Aku macam tak ada rasa apa-apa yang pelik pun sebab masa tu memang macam biasa semuanya. Ida dengan Atun pun ada kat dapur. Lepas tu, Al datang dapur. Cakap Along panggil aku...

Bila aku keluar je dari dapur......

Happy Birthday to You...
Happy Birthday to You...
Happt birthday to Nad...
Happy Birthday to you...

And I was speechless!!
Aku memang tak sangka langsung yang diorang akan celebrate birthday aku sebab open house to bukan semua kawan yang aku kenal. Kawan-kawan Along masa sekolah dulu pun ada. Aku terharu sangat-sangat! Nasib baik tak menangis guling-guling kat situ kan.. Hahahhaaa...

Lepas habis semua orang dah balik, kitorang bersiap-siap nak keluar. Diorang nak gi Jonker Walk. Tapi bila sampai sana, dah tutup dah pun.. Hahaha... Tapi macam pelik jugak kenapa dia tutup awal kan.. Saja je kan... Then konon-konon nak g karoke tapi itu pun da tutup. Apalah punya malang kitorang ni. Hahahaa.... Sampai rumah Along dah pukul 4am lebih. Aku mengantuk giler kot. Nak tidur dah tapi diorang ajak borak-borak lagi. Diorang suruh aku tukar baju semua sebab Kecit pun cakap aku memang dah nampak flat giler dah.. Penat sangat..

Bila aku dah tukar-tukar baju, aku ingat nak tidur terus tapi macam tak elok lah pulak aku rasa. Aku turun bawah diorang semua dah get ready nak amet-amet gambar dengan DSLR Kecit. (Aku suka DSLR ko weh!!! Hehehe...) Lepas tu aku pun ikut je lah diorang nak susun-susun wat bentuk V lah apalah nak snap gmbar depan rumah kan.. Lepas tu, aku tengah sedap-sedap posing tiba-tiba aku rasa sejuk je ada benda mengalir baik punya kat atas kepala aku kan.. Sekali aku pusing belakang, macam-macam dah diorang tepek kat kepala aku, muka aku, baju aku semua.. Siot korang!! Aku dah berguling-guling dah kat atas rumput tuh... Air (untuk bagi aku basah), telur 2 bijik, gold dust.. Ngek!!!! Memang macam apa dah aku malam tu. Berkilat-kilat.

Tapi tak abis malam tu.. Esok pun kena lagi.. Huhhuu.. Tapi kali ni semua kena.. Adik-adik pun semua kena.. Hahaha... Kitorang main golden dust tu je. Kang kalau main telur sekali kang, abis la rumah.. Huhu.. Petang tu dalam pukul 5pm, kitorang gerak balik lepas Ateh, Atok dengan Nenek balik. Salam Mak, salam Babah, peluk adik-adik.. Tata Melaka~ (:

1 benda yang paling penting:
Walaupun aku kena agak teruk sampai main kejar-kejar malam tu, (tapi aku tak puas ati Acap tak kena.. Ko tunggu..Hehehehe...) aku sangat-sangat happy. Sebab aku memang tak sangka langsung yang diorang semua akan celebrate birthday aku. Sebelum gi tu, aku sendiri tak ingat birthday aku adalah Ahad tu. Guys.. Thanks sangat-sangat. Along, Angah sayang Along sangat-sangat. And yang lain, Kong, Acap, Lan, Kecit and Adha.. Aku pun sayang korang sangat. (:
(Qi tak dapat datang masa kitorang kat Melaka tapi Qi jangan risau. Nad pun sayang Qi jugak. Hehee..)

Gambar tak dapat nak dikepilkan kat sini sebab gambar semua kat Kecit lagi.. Later lah ekk.. (:

Kepada semua yang wish birthday aku, thanks sangat jugak ek.. (:

I'm officially 21 now!!!!!!!!!!!!!!!!!! ^^
(Alhamdulillah Allah panjangkan umur aku sampai saat ni)

September 23, 2010

Call Me Bad. Call Me The Worst.

Aku tahu aku tak sempurna. Ko boleh nak cakap aku ni jahat, teruk atau apa pun yang ko rasa nak cakap. Aku buat macam ni ada sebab. Aku malas nak cakap apa-apa budget macam nak bela diri ke apa ke. Sukati ko lah nak nilai aku macam mana. Sukati ko jugak kalau ko nak tuduh aku ni apa-apa. Aku dah jauh hati sangat dengan ko. Aku tahu aku teruk and aku rasa aku memang tak sesuai dengan ko. Aku kan suka buat masalah kat ko. Bagi ko masalah. Kalau ko rasa ko nak judge aku berdasarkan past aku, terpulanglah.. Semalam pon ko da cakap macam tu kan.. Yeaa... Aku lah yang teruk. Aku lah yang buruk. Aku tak puas hati dengan diri aku sendiri. Aku mintak maaf kat ko. Aku harap ko teruskanlah hidup ko dengan lebih baik. Jangan dah fikir pasal aku. I can face "it" alone. Aku dah malas nak harapkan siapa-siapa tolong aku. Ko baik. Fikirlah pasal diri ko dulu. Aku ni haa beban kan.. OK-lah. Sorry again. Aku dah taknak susahkan ko. Lepas ni ko jangan risau dah pasal aku keyh. Thanks for the times ko ada dengan aku. Aku appreciate sangat.

Sekian, terima kasih.

September 22, 2010

Memang Tak Boleh Ek?

Hai. Hello. Good Morning! (:

Aku sebenarnya dah lama nak tulis entri pasal ni tapi aku tak suka sangat nak tulis entri tapi tak ada gambar sebab kalau baca blog orang pun aku nak tengok gambar banyak-banyak. Hehehee.... Tapi tak apalah. Entri ni memang aku nak tulis je, gambar tak ada.

Aku dah lama terfikir. Pasal bf@gf dengan friendship. Aku cakap berdasarkan apa yang aku tengok kat keliling aku. Aku pelik. Kenapa bila seseorang tu dah ada gf@bf, dia dah tak boleh nak berkawan? Kenapa mesti nak kena ada kongkongan? Kenapa tak boleh nak buat itu, nak buat ni? Kenapa tak boleh pergi sana? Tak boleh jalan-jalan sini? Memanglah bf@gf dia akan cakap, dah couple kenalah ada batas-batas nak keluar dengan siapa-siapa lagi-lagi kawan yang berlainan jantina. Tapi bila ko keluar dengan gf@bf ko, ada batas ke? Pegang-pegang tangan apa semua tuh. Kalau keluar dengan kawan-kawan, kemungkinan kebanyakannya tak adalah nak pegang-pegang berjiwang-jiwang macam tuh kan?

Aku memang selalu terfikir sangat amat pasal benda ni. Tapi ini pun soal hati dan perasaan. Mana kita boleh nak control apa yang kita rasa kan? Tapi kan.. Apa salahnya kalau gf@bf ko tu pun join sekali hang out dengan kawan-kawan kan? Ko baik dengan kawan-kawan dia, dia pun baik dengan kawan-kawan ko. Lagi bagus. Boleh mengeratkan silaturrahim! :D

Lagi satu situasi yang kebanyakannya orang pun aku rasa pernah lalui. Ex gf@bf memang dah tak boleh nak berkawan ke? Kenapa kalau dah putus, tak boleh nak jadi kawan? Kenapa mesti nak bergaduh and konon-kononnya ex bf@gf ko tu tak baguslah nak dibuat kawan. Lainlah kalau ex ko tu penjenayah ke apa ke.. Entahlah.. Aku pun tak tahulah nak cakap macam mana tapi aku pelik dengan situasi yang macam ni. Bagi aku, bila dah berkawan, mestilah kawan sampai mati. And kalau dah kenal, apa salahnya kekalkan persahabatan tu sampai bila-bila. Kenapa nak kena gaduh-gaduh konon-konon taknak kawanlah apa lah..

Hmm... Kan best kalau semuanya simple je kan? Ni nak keluar dengan kawan pun tak boleh. Konon-konon takut kawan makan kawan (maknanya takut gf@bf dia kena rampas). Tapi tak mustahil jugaklah kan. Tapi entahlah. Susah nak paham hati orang ni sebenarnya kan? Bagi aku, selagi ko tak ada ikatan yang menunjukkan korang ni memang dah nak kahwin (eg: bertunang), ko tak bolehlah nak kongkong gf@bf ko macam nak buat dia jadi katak bawah tempurung plak kan.. Orang dah bertunang, dah kahwin pun ada yang boleh paham. Kawan adalah kawan. Tak payahlah ko nak kongkong gf@bf ko over-over. Semua orang ada kawan and semua orang ada kehidupan masing-masing. Cuma kitalah yang kena pandai jaga diri. Jaga perasaan kita kat bf@gf kita.

Aku just nak luahkan apa yang aku rasa. Kalau korang tak setuju, tu hak korang. Ini cuma pendapat aku. Aku suka hidup yang simple, tak ada nak fikir benda yang complicated yang boleh menyerabutkan aku. Aku pun dah cukup banyak benda nak fikir.

September 20, 2010

Paling Besar di Asia Tenggara?? Biar betul!!

Wohh!!!
Aku baru tahu rupanya library UTHM tempat aku belajar ni adalah library paling besar kat Asia Tenggara. Itupun tahu sebab baca blog acanmunie.. Hehehe.... Sengal giler aku tak tahu pasal U sendiri. Ishh.. Teruk.. Teruk.... By the way, agak banggalah juga belajar kat sini sekarang sebab ada library besar tuh.. Hahahaa.... Selama ni bila orang tanya aku belajar mana, kebanyakannya tak tahu UTHM. Tapi sekarang tak kisahlah kalau korang tak tahu pun sebab aku ada library paling besau kat Asia Tenggara. Hahahaha.. (Bangga je lebih. Orang lain lagi banyak dia nak proud dengan U dia tak kecoh pun. Aku peduli apa.. Hahaha.. :P)

Ini gambar library UTHM tapi aku curik dari page acanmunie.. Heehhe... Aku pun tak pernah amet gambar kat situ. Tapi jangan cakap aku tak pernah gi study situ plak.. Hahaha...




(copyright acanmunie.blogspot.com)

September 19, 2010

Rindu.

Nak balik rambut panjangku.. ='(
(Panjanglah sangat kan.. Tapi at least lagi panjang dari sekarang.. Huhuhu)



Nak balik ni!







Rambut.. Cepatlah panjang.......

September 18, 2010

Menikmati Malam Terakhir di Rumah.

Sekarang dah pukul 11:52pm.. Tadi kawan-kawan aku datang beraya rumah. Mula-mula Acam da cakap nak datang pukul 9 lebih macam tu. Tapi pukul 8 lebih Aween call aku cakap dia nak datang dah dengan family dia... Alamak! Aku dah gabra. Aku tak kisah pun kalau diorang datang serentak tapi nanti aku takut tak tahu nak layan mana satu. Huhu... Then Aween yang sampai dulu. Acam datang kemudian. Ok-lah tu. (:

Thanks Aween. Thanks Acam, Agus, Aiman and Paet.
Thanks datang raya malam ni. Esok aku nak balik Johor dah. Mula untuk mengadap kuliah, lecturer, kawad, makcik&pakcik kat Parit King.. Hmmm.... Tapi still dalam bulan Syawal. So raya tak habis lagi la kan? Giliran raya di Johor plak! Hehehee... Makan! Makan! Nyummm! :DD

Till then. Esok 1 hari akan berada di jalanan. Hoh? Berada di jalan la kot... Tata readers! (:

Thanks to Eka! (:

Hari ni pagi-pagi buta aku dah online. Bangun tidur je terus mengadap laptop. Hahaha... Takda kerja nak buat dah kan. Baju semua dah basuh siap-siap tadi malam. Hari ni budget nak siapkan assignment sampai siap. (Kononya lahh.. Hahaha) Aku tak tahu lah boleh siapkan ke tak. Petang ni dah plan dengan mak nak keluar gi Teluk Intan. Mak nak cari barang jahit baju and aku plak macam biasa lah. Nak beli itu lah, ini lah.. Hihii... (Alasan banyak!) ^^'

Tadi aku online facebook, ada orang tegur aku kat chat tu. Eka, skuad inter Suksis U aku la. Hehehee.... Kitorang kawan-kawan macam biasa lah. Tak rapat sangat sebab kos dah lain and skuad pun lain kan. Tapi aku tak kisah pun semua tu sebab aku suka kawan dengan semua orang. (:


Eka. (:


1 benda yang aku agak terkejut jugak lah. Eka wat pengakuan kat aku. Sadisss.. Dia kata dia ada scandal dengan scandal aku.. Huhuu... Weeeehhhhhhhhhhhh!!!!! Aku TIPU je!! Hihiii.... Takdalah... Aku mana ada scandal, Inche Kesayangan adalah.. (: Tadi.. Eka tanya aku,

"Nad, tak update blog ke?"

Huh? Aku pun terkejut lah. Mana dia baca blog aku. Then aku fikir balik, da tentu kat fb aku ada link blog aku. Hahahaa... Sengal! :P Eka cakap dia suka baca blog aku. Hahaha.. *Malu! Malu!* Aku mana reti nak tulis blog sebenarnya. Main taip je. Merepek macam ni aku tahulah! Hihii.. (Taip blog boleh, ni assigment malas nak taip. Siapa boleh tolong buatkan? Huhuu) Anyway, nak cakap thanks to Eka sebab suka baca blog aku yang suka merepek ni.. Hahaha.... Tak sangka plak ada orang yang suka baca blog aku. :P

Nanti nad belanja Eka gula-gula getah. Hihii...

Thanks again Eka. (:
(Klik untuk fb Eka)

September 15, 2010

Raya 2010.

Hello. (: Sekarang memang semua orang dalam mood raya kan? Samalah jugak macam aku tapi macam tak tahu nak cerita apa. Kalau cerita, memang panjang sangat-sangat. Hehehee.... Tahun ni dapat g rumah Mak Tua, kampung sebelah arwah abah. Seronok sangat tapi tak dapat jumpa semua sebab kitorang g raya pertama. My anak-anak buah (aku da jadi untie tawh! Jangan tak tahu.. Hahaha) ada yang balik raya ke-2. So tahun depan kena balik raya ke-2 lah.. Hehehee.... Gambar tak sempat nak snap sebab kitorang pon sampai kampung da tengah hari, balik petang. Lagipun tak semua ada. So aku upload gambar aku cilok dari facebook diorang. (:
Saerah.


Mimie.


Keyla


Joy Si Kepala Batu. Hihiii... :P


Nanie.


Haaa...Tu lah anak-anak buah aku. Hahahaa... Cem klaka je kn? Diorang semua lagi tua dari aku.. Saerah 23, Mimie 28, Nanie 25 (if I'm not mistaken), Keyla 19 and Joy 20. Budak 2 orang ni haa je lagi muda dari aku tapi cem lawak gak la sebab adik aku yang paling kecik, Boy baru 16.. Hahahaa.... Dulu masa kecik Joy suka buli aku, tarik rambut aku kuat gler sampai aku nangis. Aku pon tak tau apa motif dia wat aku macam tu. Hahaha.. Aku tengah sedap-sedap tengok tv dia boleh tetiba datang terus tarik rambut aku. Jeles la tuh! Tu yang arwah abah aku bagi dia nama Kepala Batu.. Hahahaa... Tapi sekarang masing-masing da besar da pon. Takkan lah nak main tarik-tarik rambut lagi kn? Kalau sekarang pon Joy wat cemtu, aku da boleh balas balik dah.. Hahahhaa.. :P

Raya kedua aku balik kampung sebelah mak. Biasa raya memang balik sini pon. Gambar aku dah upload kat fb. So kat sini aku upload 1 je lah ek.. Kang kalau upload banyak-banyak sama jugak macam kat fb.. :P




Pemandangan kat kampung aku sangat cantik taw! Petang raya ke-4 kowt pakcik aku ajak g tengok sunset. Jalan kaki je da boleh sampai. Tapi bukan tangok sunset pon. Tangkap gambar yang lebih.. Hahahhaa.... Sampai berpeluh-peluh ko.. Hahahhaa....








Hahahaa... Jemput datang ke kampung ku.. Hehehee...
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin. (:

(Kan aku ada cakap kat entri sebelum ni yang aku nk update pasal Persiapan Last Day Ramadhan kan? Hihiii... Aku malas nak taip.. So tak jadilah.. ^^')

September 09, 2010

Busy.

Nak cerita tapi tengah busy ni. Nanti kena marah dengan mak asyik ngadap laptop je. Hihii... Nanti aku update ek cerita Hari Terakhir Ramadhan. (:
Till then people. Tata~

September 07, 2010

Persiapan untuk Mengasapkan Dapur.

Hi readers! ^^

Aku baru sampai rumah. Baru balik dari shopping barang-barang rumah, barang dapur bersama dengan adik-adik kesayangan dengan mak tercinta. Hehehee.... Sapiq baru sampai petang tadi. Terus keluar gi kedai komputer kat Teluk Intan. Sapiq mao beli laptop. Promotion sampai hari je, pukul 7pm. Memang kelam-kabut tadi gi. Aku baru nak masak, baru hidupkan api tiup-tiup pakai buluh kat dapur. (Ini tipu..haha) Tukar baju terus start kereta tapi Sapiq lah yang drive. Aku mana ada lesen. Hahahaa....

Sampai kedai komputer tu terus g tengok laptop mana yang Sapiq nak. Then dia amet laptop Compaq. Dapat 22 free gifts. Beg laptop ada 2, mouse, headphone, printer hp etc. Jam dah nak pukul 7:30pm dahh... Tak tahu nak makan mana. Then terus je g kat Bumbung Biru (tempat makan tepi Menara Condong).. Parking, duduk and terus order. Laici 3, milo 1, nasi ayam 4.. Hahahaa... Cepat dan mudah! =p Habis makan, pusing-pusing expo. Mak cari tudung kaler coklat gelap and aku beli tudung hitam untuk pakai time kawad.. Hihihi...

Dah dapat terus g TF plak. Nak beli barang-barang dapur. Sampai TF pukul 9pm... Ramainya manusia. Huhuu.. Memang berhimpit-himpit lah.. Dah la TF tu pon tak besar mana tapi disebabkan harga dia murah (tak macam Giant yang mahal!) memang ramai orang lah kan.. Hmmm.. Taknak cerita banyak dahh... Lets look at the picture. (:



Baju hitam tu Sapiq, adik aku and lagi sorang ni Boy, adik bongsu.


Ini iklan lemon dan buah plum. Hahahaa...


Nampak macam sikit tapi bawah-bawah tu bertimbun barang.


Dengan mak. (:


Hah ko.. Bersilang-silang tangan nak pilih buah.



Ni adik tawh! ^^ Bukan abang. Ramai yang confius. Aku takda abang. I'm tha eldest. (:


Si nakal yang degil, Boy.

Adik dan kakak. (:


Budak kecik ni konon-konon nak bayar lah ni...

Ok-lah. Aku nak mandi ni. Penat. Boy nak pakai laptop nak main Dota. Tata readers! Selamat bersiap! Huh? Selamat membuat persiapan raya!! :D

Untitled.

Kenapa sekarang musim orang bersedih? Hurmmm....




Qi... Kuatkan diri ekk...

Along.. Jangan sedih-sedih dah. Hilang 1 tak semestinya ko hilang semua. Aku ada lagi ni dengan ko.. (:




Azza.. Ko pon jangan fikir sangat dah pasal benda tu. U still have us. (:

September 06, 2010

Kapal Kawan Selamanya. (:

Kawan? Rakan? Sahabat? Teman?

Apa yang korang gelar dekat orang-orang yang rapat dengan korang? Bagi aku, orang-orang yang rapat dengan aku, dioranglah family aku, dioranglah sahabat aku. Hmm... Bagi aku, tak salah untuk kita kawan dengan seberapa ramai orang pun. Kawanlah selagi kita mampu. And aku, aku sangat suka berkawan. (: Betul! Aku tak kisah langsung pasal background dia. Dia anak orang kaya ke, dia yang kaya ke, miskin ke, cantik ke, kacak ke (euww..geli plak sebut macam tu kan?).. Yang penting bagi aku, kawan tu biarlah ikhlas. (:

Ada kawan baru, jangan lupa kawan lama. Start daripada form 1, aku da sekolah asrama dekat Penang. Then upper form aku kat Pasir Salak. Sambung matrik aku gi Penang balik and now aku kat Johor. Hehehee.. Kalau boleh, aku memang nak merantau kat semua tempat. (: Bila aku sekolah jauh-jauh, so kawan-kawan aku pun dari merata-rata tempat lah. Ada yang dari Pahang, Kelantan, Melaka, Johor, Negeri 9... And of course aku ada kawan kat Perak. Aku kan memang duduk sini. Heheheee.... Kat area sini aku ada kawan-kawan yang sama sekolah rendah dengan aku. Kitorang memang rapat tapi since semua pun dah sambung belajar lain-lain, masa untuk hang out bersama tu dah kureng lah. Time cuti sem and cuti raya boleh la jumpa. Tapi ni pun raya kawan aku yang kat Russia tak balik. Hmmm...

Haa... Entri kali ni aku saje nak cerita pasal kawan-kawan aku. Bukanlah nak cerita pun. Kalau cerita sejibik-sejibik memang tak larat nak taip lah kan.. So aku just upload gambar diorang je lah.. (: Ni pun tak semua ada. Yang gambar dia takda dalam ni, Sorry lah ek. Semua yang kenal aku tu adalah kawan aku. (:


Dari kiri: Kong, aku, Along, Qiqi (in pink)


Adib and Ayie


Suexy and Azza


Qiqi, aku and Along. (:


Kawan-kawan Suksis. (:


Suksis.





Bowling bersama skuad kitorang. (:


Wit Alya.


Raya di UTHM 2009.


Shafiq, Najeb, Inche Kesayangan. (:


Inche Kesayangan terselit di sini. Hehhee... (:


Joyah. (:


Ain Raus.

Di Sky Bridge KLCC: Joyah, aku, Ain Raus, Along, Kak Ili.


Aiman and Acam.


Fana.


Wawa yang macam anak Cina. Hehehe..


Nieja, Mady, Qiqi, Along, Azza, aku.


Qiqi, Mady, Along.


Barisan pemain futsal wanita BPB.. Hahaha..


aku, Kzaty, Kpah, Kfaren, Judin. (Tangan tu aku xtaw siapa punya. :P)


Di Elevate Gig. (: Fares, Apit, Eika, Isz.


Fares.


Apit bersama Naza The Times. (:


Tqa. (:


Samuel. (Chinese guy)


John.


With Sandy.


Sophie.

Isz.


Arm. (Member yang ajar aku function kat camera DSLR Canon.. Hehee)


Bulat di sebelah kiri.


Sifu, Faiz Salleh. Wedding photographer. (:

Banyak lagi kawan-kawan aku tapi tak terupload laa.. Yang takde gambar dia dalam ni sorry ek. Korang semua tetap kawan aku sampai bila-bila!! :D

September 01, 2010

ACA

My bestfriend's bf accident.. Aca accident.. Bf Qiqi.. Teruk sangat. Masa kitorang melawat dia dari semalam, condition Aca agak teruk. Tapi Doctor cakap da agak stabil. Then hari ni, Doctor cakap dia tak puas hati dengan condition Aca. Ada internal bleeding kat kepala Aca. Tulang peha Aca sebelah kiri patah 3. Bleeding tak henti-henti. Tadi pun ada darah. Kesian sangat tengok Aca. Tengok dia nafas.Tadi mama Aca cakap, Doctor nak kena wat operation kat kaki Aca sebab salur darah yang cedera kat tempat kaki patah tu buat darah dah tak boleh jalan dengan betul. Tapi sekarang Aca tengah kritikal. Doctor tak boleh nak wat operation sebab condition Aca tak stabil. Doctor kata sekarang ni kitorang cuma boleh doa supaya Aca kuat semangat and stabil. Baru boleh wat operation.

Aca... Kuatkan semangat ko. Semua orang doakan ko. Semua orang nak tengok ko sihat balik. Kitorang kat sini tunggu nak lepak dengan ko lagi. Aca.. Cepatlah sembuh. Aku nak tengok Qiqi happy balik. Sedih aku tengok dia asyik menangis. Aca..... Cepatlah sedar....... Semua orang tunggu ko....

='(