February 15, 2011

Tanjung Piai and Straight to Gunung Lumut.

Hello, assalamualaikum..

Tajuk bukan main panjang tapi sebenarnya ini just short entri. Hehee... ;P Ahad semalam aku gi photoshoot dekat Tanjung Piai dengan Gunung Lumut. Kitorang gi 6 orang. Aku, Fatin, Zack, Abg Zaidi, Abg Aza dengan Ayie Korea.. Seronok! ^^ Esok bakal ber-photoshoot lagi di sekitar Batu Pahat. Kali ni aku bersama Sofie and Along. (:

Ok, ini gambar masa dah nak sampai kat Tanjung Piai, dalam toilet Petronas. Hahahaaa... Aku dengan Fatin. (:



Gambar lain nanti aku upload. Yang gambar kat Nabil tu pun tak ambil lagi. Huhuhu..

Ok-lah, dah lewat sangat ni. Perlukan tidur, krohhhh.. Krohhh... Selamat malam dunia. (:

February 05, 2011

Homemade. (:

Nah!!!!!!
Air tangan aku! Hahahha... Jemput makan! :D Aku dah mengidam nak makan benda ni dari awal tahun hari tu. Hari ni baru keinginanku terlaksana! Hahaha.... Best! Best! Excited lebih ni.. Heheee.... Nyum! Nyum!



Ni barang-barang dia aku beli semalam masa keluar dengan family aku. Kalau makan kat kedai dah cost banyak dah untuk 4 orang. Baik aku buat sendiri, boleh makan ulang-ulang. ^^

Nak? ;P

Hari ni aku nak balik sana dah so akan jarang meng-update lah sebab kalau dah kat Johor aku memang agak busy. Huhu.. OK, tata semua. Have a great weekend! ^^

Contest Si Manis Berbaju Kurung

Hahahhaa.. Aku nak join contest weh!! Hahaha.. Macam kelakar pulak sebab ni first time aku join. Ni pun sebab di-tag oleh Syeera. Hehe.. Anyway, thanks sebab tag Knad yea.. (:



Ok, contest ni dijalankan (huh??) oleh Azaliahjsalleh dimana beliau telah mengadakan contest untuk orang yang berbaju kurung. Aku pakai baju kurung pun bila raya, gi kelas and bila ada majlis rasmi. Tu je lahh.. Hihihi.. ;P

Aku pertaruhkan (macam nak taruh apa je.. Haha) gambar kat bawah ni,


Ini gambar masa raya tahun lepas. Tak tahulah manis ke masam. Hahaha... Baju kurung cotton colour PINK!! Aku tak suka sangat colour PINK tapi bila tengok dalam gambar nampak macam ok jugak aku pakai baju colour PINK. Hahahahha....

Gambar ni kat bahagian makanan-makanan basah dan sejuk-beku. Yang tu aku tengah promote AYAMAS. Hahaha.. Tak ada kerja macam ni lahh.. ;P

Ok-lah wehh.. Apa entah aku melalut dah ni. Kepada Azaliahjsalleh, ini first time aku join contest. Kalau menang pun best gak. Hahahahaa..... Perasan awal-awal ni! ;P

Kena tag 3 orang kan? So aku nak tag makhluk-makhluk di bawah ini:

Maharani Sofia :)
Atiqah Hassan ^^
Efa (:

Having Great Time With My Sayangs.

Tengok tajuk pun dah campur-campur dah. Hahahhaa...

Assalamualaikum semua. (:

Sepatutnya sekarang ni aku tengah sibuk-sibuk siapkan proposal PSM aku tapi boleh pulak nak gi update blog pulak kan. Hahaaa.. Kang kalau supervisor aku baca, kantoilah tak siap lagi sebenarnya. Hihihi.. Tapi aku cuma tak siap lagi je, bukan tak buat langsung. (^^')

Hari ni aku keluar dengan mak dengan adik-adik aku. Sangat seronok walaupun cuma gi jalan-jalan je sebab kitorang memang susah nak jumpa macam ni. Kalau semua dah kerja nanti tak tahulah macam mana. Huhu..

Dekat dataran Menara Condong ada macam expo sempena CNY ni. Kitorang pun singgahlah pusing-pusing situ. Aku belikan Boy jam tangan. (:

Menara Condong Teluk Intan.


Sapiq beli comforter nipis yang best tu. RM10 je!!! :D Cuba teka dia beli corak apa? Doremon??? Oh-oh, bukan. Corak leopard. (:



Tengok tu gambar mak kabur. Mak kalau orang nak amet gambar dia, mesti taknak dok diam. Hehehhee...




Expo tu tak besar pun. Selalunya kalau expo situ banyak kedai tapi yang ni tak banyak pulak. Kejap je dah habis pusing. Lepas tu, gi Giant pulak. Mak beli kasut untuk nanti hantar sepupu aku kahwin. Selalunya kat shopping complex ada kerusi urut-urut tu. Aku dah banyak kali dah buat tapi mak, Sapiq dengan Boy tak pernah try lagi. So aku ajaklah diorang try benda tu. Hehehe.. Mak cakap, kalau ada 1 kat rumah kerusi macam ni best ni.. Hahaha....

Ini budak nakal yang selalu tak dengar cakap.




Mak dah bising dah aku asyik nak amet gambar dia je. Hihihi... Tapi nasib baik gambar ni tak kabur. ;P



Amboi hang.. Sodap naa...


Lepas urut, perut lapar. Boleh ke macam tu? Hahahhaaa... Heading to McD, I'm Lovin It! ;P Cakap macam jauh je McD tu dari Giant. Padahal kat sebelah tu je. Hehhee.. Ini 1st time makan kat McD semua ada. (:


Mak makan prosperity ayam, aku dengan Sapiq makan prosperity daging. Boy makan double cheese burger, burger peberet aku! Hehehe.... Sebelum semua makan, aku cakap macam ni,

"Nanti! Nanti! Jangan makan dulu! Bagi kakak amet gambar dulu ni!"

Hahahhahaa.. Tak senonoh perangai. ;P


Gambar mak tak ada dah sebab mak dah malas nak layan aku asyik dok amet gambar dia je. Hahaha....

Sebelum balik, singgah kat TF dulu beli barang dapur. Aku beli barang untuk buat spegeti. Hihhii... Dah mengidam dari awal tahun lagi dah.

Budak tukang bawak barang. Aku tak larat nak angkat bakul tu berat sangat. Mak cakap mula-mula tu tak payah amet troli sebab nak beli barang sikit je. Ko tengok. Sikitlah sangat. Hahahaa...





Di mana-mana je mesti ada gambar. Kalaulah aku ada DSLR.... Ada siapa-siapa nak belanja aku sebijik? Akan ku kenang jasamu selamanya. Hihihihi.. ;P

February 04, 2011

Nasi Impit, Kuah Kacang dan Ayam Kicap di Pagi Hari

Assalamualaikum!
Good morning!! Hehehe.... ^^

Haa.. Selalunya time aku raya je ada makanan macam ni pagi-pagi ni. Tapi time CNY pun dapat makan best-best! Memang memadatkan perut je aku ni kalau balik rumah. ;P Tapi tak kisahlah sebab bukan selalu kan? (Macam selalu je.. Hihi)

Kalau time raya, nasi impit dengan kuah kacang dengan ayam masak kicap adalah antara menu wajib kitorang. Aku paling suka kuah kacang mak aku. Memang terbaik! Sama macam kuah kacang arwah embah aku buat dulu. Tak jumpa kat tempat lain. (:

Dulu masa arwah embah ada lagi, kalau ada kenduri kat kampung, embah jadi ketua masak-masak. Kat kampung kan selalunya orang buat kojobos kan? (kejobos = gotong-royong kahwin) Arwah embah masak memang sedap. Kalau raya, orang akan tempah kek. Lontong pulak makanan utama pagi raya. (:

Rindunya zaman aku dulu. Masa aku kecik dulu, bila cuti je aku memang akan balik kampung duduk dengan embah wedok dengan embah lanang. (wedok = perempuan, lanang = lelaki) So aku memang budak kampung lah. Main parit, keburan, ngancor, main masak-masak semua tu aku dah buat. Kumpul berudu.... Hmm, zaman kecik-kecik.. (:

Ceh ceh! Ni dah macam lari tajuk je. Hehhee.. Anyway, ni haa nasi impit yang aku makan pagi ni dengan kuah kacang dengan ayam masak kicap. (:


Lapar tengok??? Siapa suruh tak breakfast, lepas tu terus menghadap laptop? Hahahhaaa... Dah! Dah! Pi breakfast! ;P

Tata! ^^

February 03, 2011

Nak Angpau Tak? Hehe..

Hello people.
Happy Chinese New Year! :)

Hari ni hari cuti so mesti ramai yang ambil kesempatan pergi holiday kan? Aku? Aku kat rumah je. Ni dah cukup terbaik sebab aku kan susah nak balik rumah. Johor dengan Perak jauh. Huhuhu...

Haa! Korang ada gi raya mana-mana tak? Yang family dia mixed Chinese, Indian-Chinese, Malay-Chinese ke, mesti korang celebrate CNY kan? Waahhh!! Best! Best! Hehehe... Even family aku ada mixed Chinese, kitorang tak sambut sebab ni semua dah kahwin Melayu-Melayu. Family arwah nenek aku je dulu orang Cina. :)

Tapi, walaupun lain bangsa, tak ada masalah pun kalau nak celebrate CNY kan? Kita kan 1 Malaysia! Hehehee.... Aku teringin nak pakai baju tradisional orang Cina, cheongsam. Mak dulu pernah tanya, kalau mak buat baju cheongsam, aku nak pakai tak? Nak!! Nak!!! :DD

FYI, my mom jahit baju. Meh-meh tempah! ;P

Hari ni aku duduk rumah je. Nak keluar tapi tak tahu nak gi mana. Jalan mesti jem. Hari ni Sapiq balik rumah. Lama ni dah jumpa dia. Hehe... Tadi pagi masa aku tengah basuh kain, mak gi kedai beli gas. Gas masak kat dapur tu dah habis pulak. Balik dari kedai mak bagi aku sampul merah. Hihihi...... Uncle kedai tu bagi angpau kat aku dengan Boy. ;P


Tak gi raya pun dapat angpau. Bestnya!!! :D
Uncle ni kahwin dengan orang India. So anak dia jadi Chindian la kan? Bestnya.. Unik..:) Dua-dua perayaan pun boleh sambut. Hehehe...

Hari ni aku mungkin sibuk nak buat proposal PSM. Harap-harap boleh siaplah sebab nak kena hantar kat email supervisor aku untuk di-check sebelum hantar Isnin ni. TV ni memang hantulah.. Mata aku asyik nak ngadap TV je. Uhuk!

Ok-lah. To all Malaysian and people who's celebrating Chinese New Year, Gong Xi Fa Chai to all of you! :)

February 02, 2011

Aiskrim! Aiskrim!!

Kling.... Klinggg.... Kling..
Aiskrim... Aiskrim.....

Hehehehee..... Tau tak apa benda tuh? ;P

Kalau time tengah hari, kat kawasan rumah aku mesti ada bunyi tu. Orang jual aiskrim pusing-pusing taman. Hehehehe... Selalunya memang buat bodoh je kalau dia nak lalu berapa kali pun tapi tadi tiba-tiba mak cakap,

"Eh, kakak.. Gi tahan aiskrim tu!"

Aku pun dengan penuh semangat gi depan pintu. Depan pintu je pun, tapi tak keluar. Hihi.. Orang tu nampak aku. Aku babai-babai je lah. Hehehe... ;P Mak tiba-tiba je teringin nak makan aiskrim. Hihihi.... Sampai 2 tau mak beli aiskrim. Aku dengan Boy 1 je. Aku tak rasa nak makan aiskrim pun tapi dah alang-alang mak beli kan, aku beli je lah. :)



Yang Choclat tu Boy punya, Chocnut aku punya.. Yang kon colour purple kat belakang sekali tu mak punya. Lagi 1 mak tengah makan. Hehehhee....

Dulu masa aku kecik, kalau kat kampung memang selalu sangat makan aiskrim. Kalau dulu kat kampung kan ada jual aiskrim seposen yang perisa Milo, sirap, jagung, teh... Aku suka gila aiskrim macam tu! Sodap weh! Hihi.. Tapi sekarang kalau ada pun dah bukan seposen dah... 30 sen, 50 sen... Hmmm.. Kenangan masa kecik memang tak boleh nak ganti dengan apa-apa pun. :)