February 05, 2011

Having Great Time With My Sayangs.

Tengok tajuk pun dah campur-campur dah. Hahahhaa...

Assalamualaikum semua. (:

Sepatutnya sekarang ni aku tengah sibuk-sibuk siapkan proposal PSM aku tapi boleh pulak nak gi update blog pulak kan. Hahaaa.. Kang kalau supervisor aku baca, kantoilah tak siap lagi sebenarnya. Hihihi.. Tapi aku cuma tak siap lagi je, bukan tak buat langsung. (^^')

Hari ni aku keluar dengan mak dengan adik-adik aku. Sangat seronok walaupun cuma gi jalan-jalan je sebab kitorang memang susah nak jumpa macam ni. Kalau semua dah kerja nanti tak tahulah macam mana. Huhu..

Dekat dataran Menara Condong ada macam expo sempena CNY ni. Kitorang pun singgahlah pusing-pusing situ. Aku belikan Boy jam tangan. (:

Menara Condong Teluk Intan.


Sapiq beli comforter nipis yang best tu. RM10 je!!! :D Cuba teka dia beli corak apa? Doremon??? Oh-oh, bukan. Corak leopard. (:



Tengok tu gambar mak kabur. Mak kalau orang nak amet gambar dia, mesti taknak dok diam. Hehehhee...




Expo tu tak besar pun. Selalunya kalau expo situ banyak kedai tapi yang ni tak banyak pulak. Kejap je dah habis pusing. Lepas tu, gi Giant pulak. Mak beli kasut untuk nanti hantar sepupu aku kahwin. Selalunya kat shopping complex ada kerusi urut-urut tu. Aku dah banyak kali dah buat tapi mak, Sapiq dengan Boy tak pernah try lagi. So aku ajaklah diorang try benda tu. Hehehe.. Mak cakap, kalau ada 1 kat rumah kerusi macam ni best ni.. Hahaha....

Ini budak nakal yang selalu tak dengar cakap.




Mak dah bising dah aku asyik nak amet gambar dia je. Hihihi... Tapi nasib baik gambar ni tak kabur. ;P



Amboi hang.. Sodap naa...


Lepas urut, perut lapar. Boleh ke macam tu? Hahahhaaa... Heading to McD, I'm Lovin It! ;P Cakap macam jauh je McD tu dari Giant. Padahal kat sebelah tu je. Hehhee.. Ini 1st time makan kat McD semua ada. (:


Mak makan prosperity ayam, aku dengan Sapiq makan prosperity daging. Boy makan double cheese burger, burger peberet aku! Hehehe.... Sebelum semua makan, aku cakap macam ni,

"Nanti! Nanti! Jangan makan dulu! Bagi kakak amet gambar dulu ni!"

Hahahhahaa.. Tak senonoh perangai. ;P


Gambar mak tak ada dah sebab mak dah malas nak layan aku asyik dok amet gambar dia je. Hahaha....

Sebelum balik, singgah kat TF dulu beli barang dapur. Aku beli barang untuk buat spegeti. Hihhii... Dah mengidam dari awal tahun lagi dah.

Budak tukang bawak barang. Aku tak larat nak angkat bakul tu berat sangat. Mak cakap mula-mula tu tak payah amet troli sebab nak beli barang sikit je. Ko tengok. Sikitlah sangat. Hahahaa...





Di mana-mana je mesti ada gambar. Kalaulah aku ada DSLR.... Ada siapa-siapa nak belanja aku sebijik? Akan ku kenang jasamu selamanya. Hihihihi.. ;P

4 comments:

  1. bestnye dapat jalan 1 family mcm nie...
    trigin sgt mcm nie... :(

    ReplyDelete
  2. Kamu pun bley laa.. Ajk la sume keluar same2.. (:

    ReplyDelete
  3. yeke bley???
    mcm susah je taw...
    ad pape tips x?

    ReplyDelete
  4. salam.nad,amboi kite sekampung jah.teluk intan,tp xpenah ad time nak jumpa kan?

    :D

    hehe..miss u

    ReplyDelete

kuman komen (: