February 03, 2011

Nak Angpau Tak? Hehe..

Hello people.
Happy Chinese New Year! :)

Hari ni hari cuti so mesti ramai yang ambil kesempatan pergi holiday kan? Aku? Aku kat rumah je. Ni dah cukup terbaik sebab aku kan susah nak balik rumah. Johor dengan Perak jauh. Huhuhu...

Haa! Korang ada gi raya mana-mana tak? Yang family dia mixed Chinese, Indian-Chinese, Malay-Chinese ke, mesti korang celebrate CNY kan? Waahhh!! Best! Best! Hehehe... Even family aku ada mixed Chinese, kitorang tak sambut sebab ni semua dah kahwin Melayu-Melayu. Family arwah nenek aku je dulu orang Cina. :)

Tapi, walaupun lain bangsa, tak ada masalah pun kalau nak celebrate CNY kan? Kita kan 1 Malaysia! Hehehee.... Aku teringin nak pakai baju tradisional orang Cina, cheongsam. Mak dulu pernah tanya, kalau mak buat baju cheongsam, aku nak pakai tak? Nak!! Nak!!! :DD

FYI, my mom jahit baju. Meh-meh tempah! ;P

Hari ni aku duduk rumah je. Nak keluar tapi tak tahu nak gi mana. Jalan mesti jem. Hari ni Sapiq balik rumah. Lama ni dah jumpa dia. Hehe... Tadi pagi masa aku tengah basuh kain, mak gi kedai beli gas. Gas masak kat dapur tu dah habis pulak. Balik dari kedai mak bagi aku sampul merah. Hihihi...... Uncle kedai tu bagi angpau kat aku dengan Boy. ;P


Tak gi raya pun dapat angpau. Bestnya!!! :D
Uncle ni kahwin dengan orang India. So anak dia jadi Chindian la kan? Bestnya.. Unik..:) Dua-dua perayaan pun boleh sambut. Hehehe...

Hari ni aku mungkin sibuk nak buat proposal PSM. Harap-harap boleh siaplah sebab nak kena hantar kat email supervisor aku untuk di-check sebelum hantar Isnin ni. TV ni memang hantulah.. Mata aku asyik nak ngadap TV je. Uhuk!

Ok-lah. To all Malaysian and people who's celebrating Chinese New Year, Gong Xi Fa Chai to all of you! :)

1 comment:

  1. nak gak angpau... ;(
    u dok umah bleh dpat... mne aci...

    ReplyDelete

kuman komen (: