January 12, 2012

Yang Lebih Baik

Buah yang elok dipandang luarannya, tidak semestinya isinya elok. Buah yang luarnya nampak busuk, tidak semestinya isinya sudah rosak.

Setiap orang ada peluang untuk berubah menjadi yang lebih baik. Cuma bila dan bagaimana persoalannya. Orang-orang kat sekeliling aku memang mempunyai pengaruh yang kuat kat diri aku memandangkan aku akan sentiasa berkomunikasi dan berhubung dengan diorang.

Kadang-kadang, aku rasa betul jugak kenyataan yang cakap orang kat keliling kita melambangkan diri kita. Tapi tak sepenuhnya.

Apabila kawan-kawan kita buat benda baik, insyaAllah aku jugak akan terikut. And bila kawan-kawan kita berubah ke arah yang lebih baik, kita seharusnya sokong dan galakkan dia untuk terus menjadi yang lebih baik.

Dan aku juga akan terikut dengan kebaikan tu, insyaAllah.

Bangunan apa pun, jika tiang utamanya tak kuat, kemungkinan besar akan roboh bangunan tu. So, kalau ikut logik akal pun, kenalah repair tiang tu bagi tak roboh. Dan orang-orang yang berkaitan pun akan terlibat untuk sama-sama repair tiang tu.

Yang nak roboh tu mungkin akan menjadi lebih kuat daripada tiang yang dibina kukuh untuk tampung bangunan lebih besar.

Tiang yang satu tu lah yang paling penting.

January 11, 2012

Tulisan Ko Cantik Tak?

Semalam petang adalah paper E-Commerce dan kitorang adalah sakit tangan menulis tanpa henti. Lenguh weii.. Agak banyak jugaklah soalan yang cik Emy Asmiha ni bagi. Heheee.. And aku teka malam tadi Cik Asmiha dah start mark paper kitorang sebab,


Cik Asmiha ni lecturer kitorang yang memang best and sporting. Ni dia post kat wall dia semalam. Aku dah tidur pun. Semalam aku pengsan terus. Nak keluar dengan Inche Kesayangan pun aku cancel-kan sebab penat plus mengantuk. Lepas tu dia ingat aku keluar dengan kawan-kawan aku plak. Hehe.. Padahal aku dah pengsan dah tu..

Tulisan aku cantik? Aku rasa masa jawab exam tu tangan aku agak lenguh jugaklah. Aku rasa tulisan aku kejap kecik, kejap besar.

Post ni bukan sebab aku bangga Cik Asmiha puji tulisan aku cantik sebab ramai lagi budak kelas aku tulisan cantik lagi-lagi tulisan Zarul. Tapi aku post ni sebab Cik Asmiha ni adalah seorang lecturer yang bagi aku sangat appreciate student dia punya kerja. Macam project website kitorang tu, komen-komen dia adalah membina semangat and mood kitorang. (:

Berakit-rakit Ke Hulu, Berenang-renang Ke Tepian.

2 paper dah lepas dengan jayanya. Ada lagi 2 paper, Jumaat ni dengan Rabu depan. Risau ni.. Final semester kan? Mestilah nak buat yang terbaik. Lagipun aku kena cover balik pointer yang dah jatuh semester lepas. Ishhh. Ishh...

Masa aku Suksis dulu (sekarang dah tauliah, dah super senior. Hehee), kitorang kena gi kursus renang. And itu adalah first time aku belajar berenang sebab aku memang tak reti nak berenang pun. Apung badan je boleh. Tu pun takut-takut. Dalam seminggu jugak kot kitorang belajar dekat PULAMAR JB. Pakcik-pakcik polis ajar tau. ;P

Lepas habis kursus tu, aku memang tak pernah praktikkan pun. Minggu lepas Nabil dengan Abg Long ajak gi swimming kat Kluang. Sepatutnya kitorang gi 4 orang tapi Kikin tak jadi ikut sebab tak sempat nak sampai sini sebelum kitorang gerak.

Sampai Kluang, gi breakfast dulu kat Railway. Makan nak banyak. Hahaa.. Roti bakar, telur separuh masak. Aku mintak limau suam tapi dapat lemon suam. Best jugak.

Lepas tu, terus gi berenang-renang. Start berenang kul 10 lebih. Berendam dalam tu dekat 2 jam. Hitam wehh! Sampai hari ni kaki dengan tangan aku ada belang lagi. Dah la aku ni jenis leceh nak pakai-pakai lotion ni. Ni memang tak tahulah bila baru color kulit nak sekata.

Nabil.

Abg Long.


Lepas siap-siap, gi makan dengan senior Suksis aku dulu. Satu batch dengan Abg Long. Reswan dah kerja kat Kluang. Dah setahun lebih dah and dah beli kereta dah pun. Lunch tengah hari tu pun Reswan yang belanja. (:


Seronok dapat gi swimming and aku still boleh lagi la berenang cuma berenang macam katak tu fail lah. Hehee.. Lepas ni kena paksa Kikin gi jugak sebab baru lah best bila cukup korum. Ada abg and bestfriends. (:

Tak sampai sebulan je lagi masa nak spend time dengan kawan-kawan kat sini. Lepas ni entah bila...

January 03, 2012

Songs From Him.

Aku dah lepas dah 1 paper. Lega sekejap. Ada lagi 3 paper kena gerunkan diri.

Anyway, sepatutnya sekarang aku tengah siapkan full report PSM instead of online. Memang susah nak start apa-apa kerja pun. Huhu.

Menghadap laptop tiba-tiba buat aku teringat kat seseorang. Rindu mungkin. Awal dulu, aku dengan dia start berkawan bila kitorang jadi partner menari kat satu program ni. Lepas tu bla bla bla. Hahaa.. Korang ingat aku nak cerita habis? Oh, no! Jiwang!

Dia pernah buat lagu untuk aku. First lagu yang dia buat pasal aku. Of course la suka kan. Hahaa. Lagi pulak lagu tu slow, aku suka. Dia yang aku kenal dulu suka luah perasaan sedih dia, marah dia, sayang dia kat lagu.




And mungkin itu satu persamaan dengan aku sebab aku suka tulis puisi. Sampailah satu hari, puisi yang aku tulis, dia buat jadi lagu.





Tajuk lagu tu sebenarnya Puisi Dea (dia panggil aku Dea) tapi aku rasa macam tak best. So aku cakap kat dia, kita buat tajuk Puisi Hati laa. Sukati aku je kan? ;P

Puisi ni aku buat masa aku kat rumah aku kat Perak. Bila aku cakap aku ada buat satu puisi pasal dia, dia kata dia nak. So aku bagilah tapi tak sangka jadi lagu. Tiba-tiba dalam kereta aku dengar lagu macam suara dia and lirik dia pun aku macam kenal. Memang tak sangka. (:

Tapi yang buat aku rasa macam lagu ni sangat bermakna sebab dia buat lagu ni time dia demam and dia nak siapkan jugak sebelum cuti habis sebab nak bagi aku dengar masa on the way balik Johor. Thanks. (:

Sebenarnya ada lagi lagu dia selain Dirimu dengan Puisi Hati ni. Kalau aku rajin banyak, aku upload la kat sini. Kalau rajin sikit, aku upload kat youtube je.

Apa lah aku jiwang petang-petang ni. K, bye!