January 11, 2012

Berakit-rakit Ke Hulu, Berenang-renang Ke Tepian.

2 paper dah lepas dengan jayanya. Ada lagi 2 paper, Jumaat ni dengan Rabu depan. Risau ni.. Final semester kan? Mestilah nak buat yang terbaik. Lagipun aku kena cover balik pointer yang dah jatuh semester lepas. Ishhh. Ishh...

Masa aku Suksis dulu (sekarang dah tauliah, dah super senior. Hehee), kitorang kena gi kursus renang. And itu adalah first time aku belajar berenang sebab aku memang tak reti nak berenang pun. Apung badan je boleh. Tu pun takut-takut. Dalam seminggu jugak kot kitorang belajar dekat PULAMAR JB. Pakcik-pakcik polis ajar tau. ;P

Lepas habis kursus tu, aku memang tak pernah praktikkan pun. Minggu lepas Nabil dengan Abg Long ajak gi swimming kat Kluang. Sepatutnya kitorang gi 4 orang tapi Kikin tak jadi ikut sebab tak sempat nak sampai sini sebelum kitorang gerak.

Sampai Kluang, gi breakfast dulu kat Railway. Makan nak banyak. Hahaa.. Roti bakar, telur separuh masak. Aku mintak limau suam tapi dapat lemon suam. Best jugak.

Lepas tu, terus gi berenang-renang. Start berenang kul 10 lebih. Berendam dalam tu dekat 2 jam. Hitam wehh! Sampai hari ni kaki dengan tangan aku ada belang lagi. Dah la aku ni jenis leceh nak pakai-pakai lotion ni. Ni memang tak tahulah bila baru color kulit nak sekata.

Nabil.

Abg Long.


Lepas siap-siap, gi makan dengan senior Suksis aku dulu. Satu batch dengan Abg Long. Reswan dah kerja kat Kluang. Dah setahun lebih dah and dah beli kereta dah pun. Lunch tengah hari tu pun Reswan yang belanja. (:


Seronok dapat gi swimming and aku still boleh lagi la berenang cuma berenang macam katak tu fail lah. Hehee.. Lepas ni kena paksa Kikin gi jugak sebab baru lah best bila cukup korum. Ada abg and bestfriends. (:

Tak sampai sebulan je lagi masa nak spend time dengan kawan-kawan kat sini. Lepas ni entah bila...

No comments:

Post a Comment

kuman komen (: