December 31, 2011

Happy New Year

Hari ni hari terakhir dalam tahun 2011. Dah takkan ada tahun 2011 dah lepas ni. Macam biasa, setiap tahun mesti ada macam-macam benda yang kita lalui. Ada benda yang manis, ada benda yang pahit.

Tapi bagi aku, benda-benda yang pahit tu tak patut kita ingat sebab semua tu negatif. So, better ingat benda manis je seba semua tu kenangan yang akan buat kita happy bila ingat balik.

Aktiviti paling akhir aku buat untuk tahun ni hang out dengan kawan-kawan aku. Ikut Nabil shoot kat Taman Botani, Sri Medan dengan Tasik Putih, Kluang. Aku dengan Kikin, Safwan and Ara. And kenal jugak kawan baru, Momok. Padahal dah lama ada dalam friend list masing-masing. Hahahaa

Aku happy dengan kawan-kawan aku and aku harap, hubungan kitorang memang akan terus rapat sampai bila-bila. Kikin dengan Nabil dah macam kakak dengan abang aku.




Nabil. (:

Happy 2012 people!

December 29, 2011

One Step Forward

Present PSM, assigments, project report semua dah setel. Sekarang tinggal nak siapkan sikit lagi full report PSM and final exam. Selasa depan first paper aku. Memang tak start study lagi ni. Gila betul. Harap report ni dapat siapkan malam ni. Esok dah boleh hantar kat supervisor.

Habis semester ni, habislah kehidupan aku sebagai seorang student. Lepas ni dah kerja, mungkin semakin sibuk. Dari umur 22 tahun, lagi beberapa hari je lagi nak masuk 23 tahun dah (Ni pengiraan umur mengikut perubahan tahun). Maknanya satu langkah dah ke alam yang semakin serius. Dah tak boleh main-main. Dah kerja maknanya tanggungjawab semakin besar.

Lagi-lagi aku anak sulung. Ada lagi adik-adik yang masih belajar and ada mak yang selama ni dah berkorban banyak untuk masa depan aku. Mak yang sorang ni lah yang pikul tanggungjawab sebagai mak dan abah. Kalau family aku ni dari azali orang senang yang banyak harta, mungkin aku kurang nak hargai. Mungkin.

Tapi aku bersyukur walaupun mak aku yang sorang ni tak mampu nak mewahkan kitorang adik-beradik dengan harta, kitorang menjadi anak-anak yang sangat sayang kat mak dia sebab pengorbanan yang mak dah buat. Kitorang menjadi anak-anak yang menghargai kesusahan mak dia walaupun kadang-kadang asyik nak jadi nakal je. Aku jugak bersyukur sangat-sangat dengan rezeki yang Allah dah bagi pada kami.

Dan aku bersyukur sebab ada jugak orang yang mahu kongsi rezeki dengan aku. Terima kasih. :') Semoga rezeki korang semakin murah. Amin.

Satu langkah ke depan, aku harap rezeki aku semakin bertambah untuk family aku. Untuk mak yang sorang dan jugak adik-adik yang aku sayang sangat.

Final exam minggu depan ni adalah final exam yang terakhir aku akan ambil selama berada kat sini. Insyaallah. Tempat ni dah bnyak ajar aku macam-macam. Dan aku harap, final exam terakhir ni akan bagi aku harapan untuk semakin berjaya pada satu langkah ke depan tu. Amin.


December 25, 2011

I Know This Is Not The Right Time To Write.

Aku sangat down and frust sekarang sebab aku kena represent PSM aku. Sebab? Panel cakap data aku tak cukup and dia suruh aku buat comparison teori dengan actual data yang aku dapat. Memang bunyi macam senang tapi banyak benda nak kena buat since aku kena cari lagi journal.

Bila aku stress, aku akan membaca. Siapa yang rapat dengan aku memang akan tau. Bila aku sangat stress, aku akan jadi macam blank, tak ada mood nak buat assignments and asyik lapar je. Dari kecil mak aku dah biasakan aku baca buku novel atau apa-apa je lah. So sampai besarlah aku memang akan membaca untuk kurangkan stress aku and cari motivasi.

Ada 1 blog ni aku memang sangat suka baca sebab owner blog ni sangat-sangat motivate aku. Sekarang dia dah kerja and nak kahwin dah tahun depan. Tapi sebelum ni dia belajar kat London. Aku start baca blog ni tahun lepas kot. Aku pun tak ingat sangat.

Tadi aku saje baca entri-entri dia yang lepas sebab aku suka baca pasal life dia. Always has positive-thinking. Aku memang sangat admire dia. Sekarang dia dah ada business sendiri, FashionValet. Tau dah siapa kan?

Vivy Yusof. Aku memang sangat-sangat admire cara dia bekerja, cara dia live her life, her fashion style, family dia and apa-apa yang berkaitan dengan dia lah senang cakap. Hahaa. Obses gila kan? Aku nak share dengan korang macam mana dia handle study life dia. Mungkin untuk aku berguna sekarang dan untuk  kerja nanti sebab ni pun dah final semester aku. Untuk korang, mungkin korang boleh practice benda ni starting dari masa korang belajar ni.

Bagi aku, apa yang dia tulis memang sangat-sangat bagi motivasi.

Klik SINI.

Semoga korang pun jangan stress sangat okay. Kalau stress buat macam aku, gi membaca ke, makan ke.. Hahaha.. Nanti gemuk jangan salahkan aku tapi kalau jadi pandai sebab selalu membaca meh bagitahu aku.

December 14, 2011

Tournament Bowling Kor Suksis UTHM 2011

Assignments sudah siap! Wohoooooo!!! Tapi PSM masih lagi perlukan tahap ke-fokus-an yang tinggi. T__T

AKu dah sakit-sakit belakang duduk menghadap laptop ni dari siang tadi. Mandi pun belum sempat. Haha.. Ahad lepas aku join tournament bowling Suksis UTHM buat. Geng dengan jurulatih and pegawai. Terer kor diorang! Aku dah lama tak main. Busy gila punya pasal. Huhu

Happy sangat sebab aku pun dah nak habis. Lepas ni mungkin tak jumpa dah diorang semua. Sob, sob..

1 group ada 6 orang - 3 laki, 3 perempuan. Jihah hampeh letak nama aku main individu tapi tak apalah sebab aku dapat tempat kedua. Hihi.. Sri kalahkan aku. Game ke-2 markah aku jatuh kot. Tapi yang ke-3 boleh dibanggakan...... sikit.... Hahaha..

Jari aku dah penat dari tadi asyik menaip ni. Korang tengok je lah gambar ek.








Ni je la yang boleh dibanggakan. Haha... Haktuihh!




Mine. (:

Mandilah jom! Aku nak rehatkan mata kejap. Lepas ni nak kena baca report pulak. Esok pagi ada presentation. Lepas baca baru boleh lelapkan mata. Kalau tak, nanti terlajak tidur sampai esok pagi tak baca apa-apa. Mampus!

Babai, mwah! Mwah!

December 13, 2011

New Hair.

Aku sekarang kat library siapkan lagi satu assignment and PSM ni. Tapi dari pagi bertapa kat sini dah pening dah mata aku fokus kat laptop ni.

So time ni lah aku nak update pon kan? Hehe. Aku memang teringin sangat-sangat nak rambut panjang sampai lepas kat bra line tu tapi setiap kali rambut aku dah panjangg sikit, mesti nak gugur. Tak tahulah apa masalah entah. So aku decide potong rambut pendek.

Pendek memang pendek betul. ;P



Lepas rambut dah lawa-lawa takkan nak terus balik. So kitorang gi makan dulu and ambil phone aku yang dah siap repair kat BP Mall. Tapi masalahnya sekarang, baru ambil tak sampai setengah jam phone tu wat hal balik. Kenalah hantar balik kat kedai tu. Nasib baiklah dalam warranty lagi.

Inche Kesayangan cakap belilah je lah phone baru tapi aku sayang gila kat phone ni. Ni first phone aku yang memang kepunyaan aku 100% yang aku beli pakai duit sendiri. Sayangggggg sangat.

Kat BP Mall ada satu kedai tu jual junk food zaman-zaman aku sekolah dulu. Memang susah nak jumpa dah kat tempat lain. Murah sangat auntie tu jual. (:


Makanan peberet masa kecik.

Aku risau betul nak present dah PSM minggu depan ni. Hadoiiiiii.........

December 05, 2011

Dah Tepu Otak, Kita Update Sikit.

Aku terasa macam nak menangis sebab assignment yang banyak gila. Tapi sempat lagi nak update blog kan. Hahaa. Ni aku tengah buat report dengan slide untuk group assignment International Business. Harap-harap malam ni dapatlah siapkan. Boleh proceed kat report lain.

Banyak betul sebab dulu masa dapat taknak buat terus. Sekarang dah jadi kerja tertangguh. Tu banyak nak mampus. Lepas tu tambah lagi dengan assignment subjek lain. Memang aku boleh terus jadi pandai kalau 24jam buat ni sebab kena study. Huhu

Semalam majlis kenduri Along kat belah lelaki. Diorang buat kat dewan kat Segamat. Yang ni aku tak berkesempatan nak datang sebab aku gi Klang nak ambil data untuk PSM aku. Baju songket color biru. Tradisional. (:

Picture credit to Adik@Syahira.


Jomlah sambung buat kerja. Jangan fikir dah benda lain, fokus Nad! Fokus!

December 04, 2011

My Along is Mashita Aziman.

Tanggal 26 November 2011, lebih kurang jam 10 pm, Mashita dan Chyril Anwwar selamat diijabkabul. (: Awal Muharam, bermula buku baru untuk diorang.

Majlis persandingan pulak esoknya, hari Ahad. Aku taknak cerita lebih-lebih. Korang tengok je lah gambar ni. Tak banyak pun sebab gambar kat phone aku tak sempat nak transfer, keypad dia problem plak. Sekarang ni ada lah dia kat bengkel tu. Iskkk..

Semua gambar kat bawah ni gambar dari camera Kikin. (:












Lain-lain gambar dah banyak kat facebook dah kot. Aku upload yang ni je lahh. Biar banyak gambar aku. Hahahahaaa.... ;P Nanti time aku kahwin pun banyak gambar aku jugak. Kalau upload gambar aku banyak-banyak, tak ada orang nak bising.

To Along,
I love U very much. Malam last aku kat sana, kita masing-masing tau kita sayang sangat-sangat sama sendiri. Aku nak ko jalani hidup ko dengan happy, taknak ko sedih. Aku sayang ko, tu sebab aku nak tengok ko happy. Hubungan kita sebagai adik beradik takkan putus sampai bila-bila. Aku ingat ayat ko ni. Love U Along. Mwah!!


Semoga kekal ke anak cucu. Amin.


Psstttt, diorang cakap aku macam Saloma. Tu make up tu Pak Andam tu yang buat, rambut pun dia buat.. Jadi macam tu lahh. Hahahaa... Saloma... kelakar betul. Kening pon jadi tebal. Hahahahaa...

December 01, 2011

Super Duper Busy.

Aku nak update pasal wedding Along sebenarnya tapi tak ada masa sangat-sangat. Sekarang ni assignment bertimbun, presentation ada lagi 3. Homaigooodddddd! Stress! Seminar paper PSM nak kena hantar minggu depan tapi data aku tak ada lagi. Esok aku nak gi kilang yang aku wat kajian ni.

Aku memang tak ada masa nak buat benda lain sekarang selain ngadap laptop, makan, mandi, tidur. Waktu tidur aku pun dah tak menentu. Tidur 3 jam, tidur sejam dah macam sebati pulak sekarang padahal sebelum ni pukul 10 lebih atau 11 aku dah tidur.

Nanti bila aku betul-betul free atau tengah stress sangat dengan assignments, aku update pasal wedding Along. (:

She was so gorgeous on her wedding day. I know she is now happy with her life and going to live better. (:

Sampai nanti. Aku update lagi ek. Malam..