December 29, 2011

One Step Forward

Present PSM, assigments, project report semua dah setel. Sekarang tinggal nak siapkan sikit lagi full report PSM and final exam. Selasa depan first paper aku. Memang tak start study lagi ni. Gila betul. Harap report ni dapat siapkan malam ni. Esok dah boleh hantar kat supervisor.

Habis semester ni, habislah kehidupan aku sebagai seorang student. Lepas ni dah kerja, mungkin semakin sibuk. Dari umur 22 tahun, lagi beberapa hari je lagi nak masuk 23 tahun dah (Ni pengiraan umur mengikut perubahan tahun). Maknanya satu langkah dah ke alam yang semakin serius. Dah tak boleh main-main. Dah kerja maknanya tanggungjawab semakin besar.

Lagi-lagi aku anak sulung. Ada lagi adik-adik yang masih belajar and ada mak yang selama ni dah berkorban banyak untuk masa depan aku. Mak yang sorang ni lah yang pikul tanggungjawab sebagai mak dan abah. Kalau family aku ni dari azali orang senang yang banyak harta, mungkin aku kurang nak hargai. Mungkin.

Tapi aku bersyukur walaupun mak aku yang sorang ni tak mampu nak mewahkan kitorang adik-beradik dengan harta, kitorang menjadi anak-anak yang sangat sayang kat mak dia sebab pengorbanan yang mak dah buat. Kitorang menjadi anak-anak yang menghargai kesusahan mak dia walaupun kadang-kadang asyik nak jadi nakal je. Aku jugak bersyukur sangat-sangat dengan rezeki yang Allah dah bagi pada kami.

Dan aku bersyukur sebab ada jugak orang yang mahu kongsi rezeki dengan aku. Terima kasih. :') Semoga rezeki korang semakin murah. Amin.

Satu langkah ke depan, aku harap rezeki aku semakin bertambah untuk family aku. Untuk mak yang sorang dan jugak adik-adik yang aku sayang sangat.

Final exam minggu depan ni adalah final exam yang terakhir aku akan ambil selama berada kat sini. Insyaallah. Tempat ni dah bnyak ajar aku macam-macam. Dan aku harap, final exam terakhir ni akan bagi aku harapan untuk semakin berjaya pada satu langkah ke depan tu. Amin.


No comments:

Post a Comment

kuman komen (: