August 31, 2011

Selamat Hari Raya. (:

Hari ni dah hari raya kedua. Aku belum sempat lg nak update. Busy sangat. Biasalah.. Anak perempuan sorang kt rumah. Hehee...

Hari ni birthday adik bongsu kesayangan aku, Boy. Dah alang-alang raya,kitorang sambut birthday dia sekali. Kek home made aku buat... Haha... Nanti ada masa update pakai laptop aku upload gambar ek.

Malam MERDEKA malam tadi aku dengan adik-adik aku gi dataran Menara Condong. Boy celebrate dengan kawan-kawan fixie dia. Aku naik kereta dengan adik aku lagi satu, Sapiq. Then lepak je dengan kawan Sapiq dengan kawan Boy. After that karok smpai 2 stgh pagi.. Hehee.... Keluar adik beradik,mak aku pon tak bisinglah balik lambat pon... :P

Macam dah panjang gila plak aku tulis ni.. Nanti betul-betul ada masa aku upload gambar semua ek. Ni pon just update pakai phone je. Tak ada masa nak on laptop.

Okay-lah, aku nak kena siap-siap ni. Nak balik kampung dah ni.

Selamat Hari Raya ekk.... Maaf kepada semua yang kenal aku kalau aku ade buat salah.

Have a great Raya people! ^^

August 29, 2011

Alaaa.. Sorry..

Korang.... Sorry tak dapat update malam tadi. Penat sangat... Ni pun baru lepas mengemas dari pagi tadi.. Sekarang nak keluar gi shopping dengan family. Shopping lah sangat kan.. Hahahhahaa... Tengoklah kalau malam nanti aku ada masa, aku update ek..

Selamat Hari Terakhir Ramadhan.. (:

August 28, 2011

Lagi Sehari Nak Raya.

Hello hai..

Aku dah siap masak part aku, biskut and kek. Nanti malam aku update pasal tu ek. Sekarang penat, nak rest dulu. Aku tengok blog pun ramai yang tak update sangat dah dekat-dekat nak raya ni. Masing-masing busy and ada yang dah baik kampung kan..

Okay-lah ek. Nanti malam aku update lagi. Mwahh!!!

August 27, 2011

Boys Make Me Sick!

Sometimes they annoyed me.. I don't know why. I couldn't stand it anymore.

Live my life single with my girlfriends is much more fun and more colors. Red, yellow, green - Totally Spies!! Power Puff Girls! Sailormoon! Dengan kekuatan bulan akan menghukummu! Haiiyaarghhhh!! Dushh!

Tak tahu apa aku dah merepek. Mengantuk, penat, moody. Good night girls...

August 26, 2011

Projek Sudah Bermula.

Aku baru lepas buat satu adunan untuk buat biskut raya esok. Dia kena simpan dalam peti sejuk semalaman. So, yang first step, DONE!


Lepas tu ada lagi step dia tapi berlaku kejadian yang tak diingini so terpaksa terlupakan diri untuk snap gambar. Hahahhaa... Alaaa... Tak penting pun kan.. ;P


Dah siap, gi hibernasi-kan dia dalam peti sejuk. Ekk??

Ni first time aku try nak buat biskut raya yang ni. Harap-harap menjadi sebab aku suka makan. Bila keluar dengan Bubu gi bakery, mesti aku beli ni kalau ada jual kat kedai tu..

Nak tau biskut apa? Hahaha... Tunggu nati dah siap, aku bagitahu. Kalau tak jadi pun aku bagitahu gak. Jangan risau. Hahahaaa.....

Tadi masa kitorang on the way balik rumah dari beli barang, aku mengantuk masa drive tu. Yelaa.. Malam tu aku tidur 8mlm-11mlm... Bangun, tak boleh tidur dah.... Lepas tu, tidur balik kul 5pg-8pg... Macam melayang je aku rasa masa drive. Dah la hujan sejuk-sejuk sedap tidur kan..

Lepas tu aku terpejam dalam 1 saat macam tu and bila bukak mata kereta dah menghala ke jalan sebelah... Ya Allah..... Seriau giler aku. Nasib baik kereta dari depan tu agak jauh jugak. Huhu.. Takut wehhhh.... Waaaa.... Giler laaa....

Masa sebelum beli barang tu, on the way amet adik aku kat asrama pun aku mengatuk dah. Ishhh... Ishh..... Memang bahayalah wey. Dalam 1 saat masa ko tak sedar tu, macam-macam boleh berlaku.

Oleh itu, hargailah masa anda.. (Erkk.. Macam tak ada kena mengena je.. Huhu)

Korang yang drive tu tak kiralah gi mana pun, hati-hatilah ek. Kalau mengantuk, tukarlah drive dengan orang sebelah. Kalau tak ada, korang berhentilah mana-mana rehat kejap.

Pesanan khidmat masyarakat dibawakan oleh Nadia Yusoff.

Mwahh!!

August 25, 2011

Quote of the Day.

1 of my friends said this to me,

"Maksud kawan bukan pada rapat atau tak. Ada kawan rapat yang mungkin tinggal kita masa kita susah tapi ada kawan yang kita tak kenal mana pun, tolong kita sampai tahap yang kita tak sangka. So rapat atau tak, tak ada makna. Berkawan untuk lalui semua sama-sama, itu kawan sejati."

I agreed. (:

Thanks to him. Even we don't really talk to each other before, he manage to make me feel that I'm not alone to face matter in life. And I am actually need to make my life colorful with happy things. (:


August 24, 2011

Original Perfume Yang Mampu Dimiliki Oleh Semua.

Hari ni tinggal berapa hari je lagi kita nak raya dah.. Tak sabar weh! Hihihi.. Baju raya hampir siap. Kasut raya dah ada tapi nak tambah lagi 1 yang rendah sikit. Hahahaa... Kang aku jalan kat kampung pakai heels tinggi 4 inchi kat batu-batu memang tergolek macam nangka busuk, memang sia-sia je. Hahahaa..... Handbag? Ni tertinggal kat rumah sewa kat Nilai. Huhu... Tak apalah. Pakai handbag vintage mak punya. ;P

Make up? Hihi... Sorry... Tak pakailah make up. Tak reti pun.. Haha.. Setakat pakai eye liner je lah. (: Perfume? Dah ada jugak tapi aku nak promote kat korang perfume original yang kawan aku jual dengan harga murah. Murah bukan sebab packing dia reject ke apa.. Tapi sebab direct import from US yang dibeli sekali banyak. (: Banyak boleh jimat.. Memang jimat sangat daripada korang beli kat mana-mana kedai. Shopping online ni sebenarnya memang untung! ^^

Tak percaya gi tanya kat perempuan-perempuan yang suka shopping online tu. Hehehe... ;P

Ni antara perfume yang kawan aku tu jual.



RED JEANS by Versace Eau De Toilette Spray 2.5 oz for Women
Market price: RM190
Sale price: RM130
(save RM60)

Hugo XX by Hugo Boss Eau De Toilette Spray 3.4 oz for Women
Market price: RM275
Sale price: RM180
(save RM95)

OMNIA CRYSTALLINE by Bvlgari Eau De Toilette Spray 2.2 oz for Women
Market price: RM290
Sale price: RM190
(save RM100)

The One by Dolce
Market price: RM300
Sale price: RM220
(save RM80)


Paris Hilton by Paris Hilton Eau De Parfum Spray 3.4 oz for Women
Market price: RM250
Sale price: RM150
(save RM100)


Guess Marciano by Guess Eau De Parfum Spray 3.4 oz for Women
Market price: RM230
Sale Price: RM150
(save RM80)

Si Lolita by Lolita Eau De Parfum Spray 2.7 oz for Women
Market price: RM320
Sale price: RM170
(save RM150)


Kat page dia lagi banyak. Korang boleh gi tengok sendiri kat sini. ------> My Perfume Lily

August 22, 2011

Terlampau Tak Tahu Nak Buat Apa.

...sampaikan aku boleh gi Google - How to get new hobby?

Ishhh... Ishh.... Serius wehh... Aku macam blur, ke hulu ke hilir gi dapur, gi depan balik, bangun, duduk... Teruknyaaa.... Betul-betul tak tahu nak buat apa. Tu yang sampai gi Google hobi plak...

Then macam dapat idea lah jugak nak buat apa.

Salah satunya, cycling. Tapi ni nak buat sekarang tak best sebab adik-adik aku tak ada. Boy balik asrama balik esok pagi. Sapiq tak balik lagi. Mungkin nanti lepas raya sebelum kitorang balik ke tempat masing-masing, boleh gi cycle fixie sama-sama. (:

Sebelum ni aku ada buat manik-manik kat baju tu. Tapi bila dah siap, dah start bosan balik. Huhuhuu....

Planting a garden... Macam menarik. Aku pun memang suka tanam-tanam pokok. Mungkin akan buat ni esok atau lusa. Kemas-kemas ruang depan yang mak aku tanam-tanam pokok bunga tu.. Boleh jugak tanam pokok baru... Bestnyeeee..... ^^

Backpacking memang sangat-sangat menarik and aku suka sangat tapi untuk masa sekarang tak sesuailah sebab kan puasa, lepas tu raya..

Gitar... Tapi tak bawak balik.. Kalau tak, boleh belajar kord baru and mantapkan main gitar. Huhu...

Hiking.. Sangat-sangat menarik. Masa aku LI hari tu ramai member kerja situ ajak gi hiking. Diorang semua aktif hiking tapi aku tak ada masa nak join. Kejap je pon kat sana.. Tapi kalau ada peluang memang nak gi jugak. (:

Kalau korang nak tambah hobi korang pon boleh jugak. (: Cari lah kat Google. Banyak.. Tapi aku tengok kat SINI dengan SITU... ;P


Muka bosan mengadap laptop je.. Huhu....

Tata!! (:

August 19, 2011

Di Manakah Dia....


Awak apa kabo........ :(

Waahhhhh!! Dah Siap!!!

Hehehee... Manik yang aku jahit kat baju dari semalam tu dah siap dahh... (: Wuuuu.. Sukanyaaa!!!!! ^^ And aku pun ada cakap nak tunjuk korang puff yang kat bahu baju tu kan? Meh-meh tengok.. (:





Amacam? Cantik tak? Nak tempah?? Hihihi... ;P Harapan lerr orang nak tempah kat ko Nad oii... Hahahaa...

Babai!! ^^

August 17, 2011

I Think I Can Be A Designer.

Perasan!!!!!! Hahahahaa.......

Adoii... Sakit pinggang ni haa.. Dok mengadap buat benda manik ni. Muda-muda dah sakit pinggang.. Ishhh... Ishh... Naik semester depan kena hari-hari exercise ni... Huhu..



Well, ni baju raya aku tapi aku tunjuk bahagian tangan je la sebab nak tunjuk manik ngan riben tu.. Hehehee.... Mula-mula masa mak aku nak buat baju ni, aku cakap aku nak tangan dia bawah tu ade belah and letak riben. Lepas tu, disebabkan baju ni plain, memang nampak kosong sangat.

So aku decide nak letak manik kat bahagian tangan tu dengan leher.. Kat leher tu tak siap lagi..

Aku suka sangat baju ni sebab Bubu bagi. ^^ Lepas tu suka sangat jugak sebab kat bahu dia ada puff. Saje mintak mak aku buat macam tu. Macam baju orang dulu-dulu.. Bahu ada puff and hujung tangan tu kecik.. Hihii...

Raya ni baju aku ada 4 pasang, sama macam tahun-tahun lepas. 2 baju aku buat style ade puff ni.. Mungkin lain dari yang lain.. (: Nanti aku dah siapkan manik kat leher tu, aku amet gambar 1 baju ni ek. Nanti korang boleh tengok puff kat bahu tu... (:

Selamat bersahur nanti pagi! ^^

Wordless Wednesday #1.




August 15, 2011

Cincin Dah Boleh Pakai Dah...

Malam ni tersangatlah bosan. Tadi ajak Ayu keluar gi expo kat Menara Condong tapi terlambat cakap plak. Ayu nak keluar plak dengan family dia.. Huhu... Aku kan selalu memang main terjah je. Kalau nak plan ni susah nak jadi. Hahahaa...

Kat rumah dah tak tahu nak buat apa. Then tetiba teringat cincin beli hari tu masa keluar dengan Bubu...

Cincin ni kalau kena cahaya dia shining tapi ni tak nampak mungkin sebab gambar malam..


Masa try nak beli tu memang ngam-ngam je kat jari aku. Bila dah beli longgar plak.. Hahaha... Cincin ni dah la bukan yang jenis boleh adjust kecik besar tu. So macam tak boleh nak buat apa plak. Pakai kat ibu jari pun longgar.

So tetiba aku terfikir nak lilit pakai riben. Cari kat kotak ajaib aku tak ada plak riben. Last-last aku lilit pakai benang bulu kambing kale biru. Hihii... Not bad.. (:


Bila pakai tak nampak pon sebab kat bahagian dalam. Kalau nampak pun anggap la fashion. Haha..


See.... It fits well now.. (:

August 13, 2011

Korang Ada Bakat Men-design Yang Terpendam?




Luahkan sekarang!!!!!!!

Dengan meluahkan bakat korang tu berkemungkinan besar korang akan dapat minum Nescafe free!! Eh! Bukan-bukan... ;P Korang akan berpeluang untuk menang RM10 000 weh!!! Siapa taknak kan??

Waaaa.... Aku nak share dengan korang ni. Jomlah join. Lepas tu kalau korang menang, boleh belanja aku air Nescafe tin tu yang best tu... ^^ Aku suka minum Nescafe dalam tin tu sebab tin dia best.. Slim tinggi je. Bila minum dengan harapan dapat jadi slim kurus tinggi macam tin Nescafe tu... Hihihi....

Aku bagi direct link je... Korang gi kat SINI.. Lepas tu boleh start design corak tin Nescafe tu.. (:



Selain menang grand prize RM10 000 tu, design korang akan di-print kat tin Nescafe tu dan dipasarkan ke seluruh tempat-tempat yang menjual Nescafe.. Boleh jadi artis kejap ko nyahhh.... ;P

Tapi korang kena ada 1 tin Nescafe, tak kisahlah latte ke perisa apa ke sebab nanti bila nak view, korang kena buat ni:



Alaaa... Tak susah pun... Nanti lepas buat, share dengan aku ek.. (: Lagi-lagi kalau korang menang, lagilah kena share dengan aku.. Hihihihi.....

Gi sini,

Wordless Wednesday.

Walaupun hari ni bukan hari Rabu, aku peduli hape! Hahahaa.... Taklah. Korang jangan marah plak. Aku sebenarnya tertanya-tanya apa Wordless Wednesday ni sebenarnye sebab bila tang hari Rabu je, kang bersepah kat dashboard aku tajuk Wordless Wednesday...

Aku memang rasa macam pelik la. Menatang ape Wordless Wednesday ni. Lantak koranglah nak cakap aku nk jakun ke ape ke sebab aku memang dah lama tak online since cuti semester bulan 5 hari tu. Ye la kan.. Start je cuti, aku gi Kemboja. Lepas balik dari Kemboja, terus start praktikal. Masa praktikal memang susah beno ler aku nak online sebab rumah sewa aku duduk tu tak ada wifi. Nak g McD malam malas, penat balik kerja.. Huhu...

Ni dah habis praktikal, dah balik Perak, barulah 24jam sukati aku boleh nak online. Hahahaha....

Okay-okay. Panjang beno intro nyee... Dari aku start online tadi, aku ber-blogwalking ke blog-blog yang tak pernah aku baca sebelum ni. And macam mana entah aku boleh sampai kat blog Nisa Kay.

Seronok baca entri dia.. Hehee... Muka dia macam kawan aku sikit, Kak Faren. (:

Tu Kak Faren yang pakai baju kuning.. Lebih kurang muka dia dengan Nisa Kay. (:

Aku bukak lah older post Nisa Kay ni.. Belakang.. Belakang lagi.. Sampailah kat satu entri Wordless Wednesday. Kat situ dia ada bagi link apa tu Wordless Wednesday sebenarnya.

So barulah aku paham and terjawablah kemusykilan aku selama ni. Hahahaa.... Ketinggalan betul! ;P

Tunggu Rabu minggu depan, nanti aku akan post gak 1 entri Wordless Wednesday... (Nak jugak tuh! Hihi)

Pengumuman! Pengumuman!!

Macam susah plak aku nak eja tajuk tuh. Huhu..

Aku kena bagitau satu benda penting ni.. (Pentinglah sangat.. Haha)

Aku dah update dah pasal Kemboja tu. Tapi disebabkan entri tu memang dah ada dalam draft aku sebelum ni, so bila aku publish dia stick kat tarikh dulu tu. Kalau korang nak baca pasal aku gi Kemboja tu, gi kat entri Cambodia.. (:

August 12, 2011

Mulakan Hidup Baru, Yang Lepas Jadikan Pengajaran.

Tajuk macam tak ada kena mengena dengan entri aku ni.. Hahahaa.... Aku saja try buat header and background baru... Macam okay tapi entahlah.. Hahahaa... Biar dululah yang ni buat masa ni...

Hidup perlu diteruskan. Barang yang lepas jangan dikenang. Jadikan semua tu pengajaran untuk kita jadi lebih kuat dan tak ditindas. (:

PEACE yaw!!

It's Fun!!

Tadi lepas sahur rasa macam tak best plak nak tidur walaupun malam tadi tidur lambat (nampak sangat lepas sahur selalu tidur balik.. Hahahaa). Makan banyak kot.. Hahahaa.... Ni first time online lepas sahur. Selalu aku online kul 11pagi ke atas.... Dah online pagi-pagi, orang pun memang tak adalah nak ngadap laptop pagi-pagi buta kan... Hahahaa...

So aku saja gi Google Image nama aku, Nadia Yusoff... This is what I found out! Hahaa... Saja nak tengok gambar apa yang akan keluar. Dah taip nama sendiri, keluar gmbar sendiri la kan...


Kebanyakan gambar ni memang dari blog aku.. Ada jugak dari page kawan aku. Ishh.. Ishhhh... Sekarang ni senang je kan? Kalau nak cari orang tu punya gambar ke apa ke, taip je kat Google. Confirm keluar.. Bahaya pun ada gak sebenarnya....

Haaa.... Korang pun try-lah search kat Google Image nama korang. Tengok gambar apa yang keluar... Hihihi.... It's fun walaupun merepek!! ^^ Saja nak bagi korang happy-happy sikit... ;P

Selamat hari Jumaat! (:

August 10, 2011

I'm Happy When...

Kadang-kadang aku terasa hidup aku stress je. Kalau time dekat U, stress sangat bila aku tak dapat siapkan assignment pada waktu yang lecturer dah tetapkan. Padahal bukan banyak sangat pon kadang-kadang. Suka tangguh.. Nantilah buat... Kejap lagilah... Sampai esoknya nak hantar, barulah kelam kabut.

Life as a student sepatutnya happy.. Happy dengan kawan, dengan kehidupan universiti.. Tapi aku banyak benda yang aku nak buat kat U tak dapat. Contoh macam aku nak main balik netball, tak dapat sebab aku tak ada sorang pun member yang minat benda macam ni. Dari sekolah rendah sampai menengah aku aktif main netball tapi masuk U aku tak tahu macam mana nak join.

Lagi, aku nak aktif balik menari macam kat sekolah, pun tak kesampaian jugak. The problem is I don't know how to start. Entahlah... Bila gi event kat U, kadang-kadang rasa macam terkilan, kecewa pun ada jugak..

But luckily me, aku join Suksis. So setiap hari Sabtu adalah jugak aktiviti yang aku buat. Setiap cuti semester pun kitorang ada aktiviti. Gi camping, latihan menembak, latihan renang etc... Okaylah jugak..

Tapi aku nak buat lebih lagi.. Mungkin nati akan sampai jugak masanya untuk aku aktif balik dengan semua tu...

Bila aku stress, dengan benda-benda macam ni lah boleh buat aku rileks, boleh buat aku happy.. Aku nak sangat aktif balik. Online ngadap laptop buat aku bosan giler.. Macam dah tak ada benda lain nak buat.. Husshhh....

Happy bila,


Beli barang dapur sama-sama. (:


Penat lepas konsert kat JB.



Tangkap gambar dengan telur??



Segar lepas main futsal.



Spending time with her.



Oh, paparazi!!



Touch by the nature.


Hang out with new friends.



Green.



Dia ada bersama.



Gig with new friends yang satu kepala.



Of coz MAKAN!!



Having great time together dulu..


Main hujan sampai kena kejar dengan guard kolej. Priiittttt (wisel)!! ;P


August 09, 2011

Simple but Gorgeous!

Adore sangat baju kurung moden rekaan Rizalman ni.. Bakal membuat 1 macam ni mungkin? Hehe.. (:



Rindu Nak Gi Genting Highland!

Hello, assalamualaikum.. (:
(Aku tengah merajuk dengan blog aku neh, dia tak bagi aku upload gambar... Iskk...)
Hari ni dah Ramadhan yang ke-9 kan? Aku tak wish pon kan kat korang.. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.. (: Semoga korang jangan tinggal puasa.. Hehehee...
Saje flash back masa aku semester 5, bulan 7 tahun lepas.. Dah lama kan? Tapi teringat kenangan yang paling gila kitorang wat.. Aku, Azza and Along. (: Azza ni dia memang nak gi Genting dari semester 1 lagi dah cakap kat kitorang. Entah macam mana, 1 ari tu, Azza dengan Along pi sembang-sembang pasal nak gi Genting. Then minggu tu jugak diorang nak gi. Aku kena paksa rela la ikut. Kitorang masa tu semua mana ada dwet banyak. Hahahaa....
Bayangkanlah, nak naik Genting tu je dah berapa ringgit, nak makan lagi, nak main lagi.. Aku masa tu ada Rm200 je. Azza and Along yang plan semua. Dah aku kena paksa rela, aku ikut je lah.. ;P
Hari jumaat kot (aku tak ingat dah) kitorang turun KL, tidur rumah kakak angkat Along.. Kucing kat rumah dia sangat ganazzz.. Aku takut nak tidur malam tu. Main lompat-lompat atas kitorang, cakar-cakar kaki.. Memang selubung kitorang tidur malam tu. Huhu.. Kejam......
Esok pagi-pagi kitorang gi KL Sentral, cari tiket bus naik Genting yang ada pakej sekali tu. Tapi dah nama pon last minute, gi pon gembel je, tiket pon memang tak adalah.. Huhu.... So kitorang amet keputusan naik teksi biru tu naik atas. Tak ingatlah kena bayar berapa..
Sampai atas, gi jumpa plak kawan kakak angkat Along. Dia chef kat situ.. Kitorang pun gi lah makan kat restoran pe entah.. Kitorang makan mewah kot... Hihihi... ;P Tapi dwet tak ada... Cano tu??? ;P Alhamdulillah.... Burrpppp.... (:
Tapi yang tak bestnya, orang ramai. Nak main kena beratur panjang gilos.. Pastu, si Azza ngan Along ni mana lah nak main roller coaster ke, benda-benda yang hard core macam tu taknak nye diorang main.. Cian aku..... T.T
Nak tau kitorang main apa?? Merry Go Round, kuda tu... Dengan apa ek.. Yang ala-ala roller coaster tu tapi dia indoor and kejap je pon.. Azza jerit tak boleh blah... Aku duduk depan da terkekek-kekek ketawa... "Makkk!!! Nak balik!!!!" Hahaha.. Kalau tak silap aku dia jerit macam tu laa.. Hihihi... ;P
Azza duduk dengan Along.. Aku dok sorang kat depan diorang. Nebes gak mula-mula masa dia nak jalan.. Hahahaaa.....
Lepas tu nak main yang langgar bot kecik dalam air tu pon tak dapat. Ramai sangat orang beratur. Then kitorang pon gi lah makan lagi.. Hihihi..... Kat hotel kot tapi tak ingat hotel pe...
Masa nak balik, tiket kitorang malam. Dapatlah naik bus.. Tapi nak tau tak kitorang punya tiket, tiket pe? Senior citizen.... Hihihi.... Murahlah sikit... Thanks la kat kawan kakak angkat Along tu... (:
Sampai KL Sentral tak ingat dah pukul berapa. Then kitorang bermalam kat Bukit Bintang.. Along punya tunang yang tolong carikan hotel. Okaylah jugak... Korang nak tau x? Betapa mengantuk and mamai nye Along malam tu, dia gi langgar cermin pintu kat hotel tu tau x? Hahahahaaa... Gilo btol laa..... Dah orang kat kaunter tu kelam kabut tanya Along okay ke x.. Hahahaa....
Lepas mandi, kitorang keluar gi makan kat Murni ss2 PJ.. Ramai btol orang. 1st time tu aku makan kat situ. Best wehh!! Thanks to Ayie.. (: Masa makan Azza dah merepek-repek cakap apa entah. Masing-masing dah mamai.. Balik kat hotel, aku pun dah ngantuk sangat-sangat. Azza nak cepat sebab dia nak shishi.. Aku tak tahulah macam mana aku jalan. Masa naik tangga, aku boleh plak tersadung. Pastu landing macam mentadak atas tangga tu.. Wawaa... Hahahaa... Dah la depan cctv. Mak aii... Malu gler aku. Azza dah gelak-gelakkan aku dah. Pastu kata tak boleh nak gelak sangat dah sebab nak shishi.. Hahaha.. Bodo btol laaa...
Kenangan tu memang manis walaupun kitorang tak ada dwet dah lepas tu. Nasib baik duduk rumah sewa, boleh masak megi.. Huhu.. Sadisss.....
Tapi kalau boleh, aku nak gi lagi dengan sempurna sikitlah.. Hahahaaaa...
Korang pun boleh jugak. Dengan RM168 je korang dah boleh menginap kat First World Hotel 2 hari 1 malam, ada buffet breakfast and lunch, siap dapat mooncake lagi taw! Daripada korang bayar RM357.40, offer ni kira dah sangat best sebab dia potong 53%! ^^
Gi kat sini: Go Genting!!! ^^
Kalau aku ada dwet ni, aku dah gi da untuk kali ke-2 plak.. Hihihi... Tapi cepat taw. Tinggal tak sampai 24jam je nak beli tu.. Selamat ke Genting! ^^

August 08, 2011

Masalah.... Masalah....

Weh, kenapa aku punya blog ni tak boleh nak upload gambar dah?????????

August 06, 2011

Cambodia.



Selamat Hari Jumaat.. (:

Gambar dah boleh upload tapi amet masa sikit laa... Huhu..

Macam yang aku dah janji, aku akan update cerita yang lepas-lepas dulu ek. Mari-mari aku share dulu pasal yang aku gi Kemboja sebelum praktikal tu.. (:

Sebelum tu, aku nak bagitahu sebab apa kitorang gi Kemboja. Kitorang gi Kemboja under Kor Suksis UTHM untuk buat Program Khidmat Masyarakat dekat Kampung KM 8.


Tanggal 15 May 2011 (bapak lama giler baru aku nak hapdet!) aku dan rakan-rakanku berangkat ke Kemboja.. Flight kitorang pukul 10pagi kot. Aku pun tak ingat dah.. Ni first time aku naik flight so memang seksaited la sikit... Hihi.. Gi Kemboja amet masa dalam 2 jam macam tu.Pukul 12 waktu Kemboja kitorang dah sampai dah.. Waktu Kemboja cepat 1 jam kalau aku tak silap..


Tengah tunggu turn nak check in beg and barang-barang dekat KLIA.

Welcome to Cambodia. Ecehh...

Baru je jejak kaki kat bumi Kemboja, kitorang dah ada masalah dahh... Tunggu... Punya tunggu.... Punya tunggu.... Beg kitorang banyak yang tak sampai... Waaaaa!!! Beg aku tak ada weh! Masa kat KLIA, kitorang check in beg sorang 1 beg and 1 kotak... Lepas... Tapi mungkin ada masalah masa nak bawak masuk dalam flight. Huhu....

Tapi masalahnya lagi, bukan kitorang je yang kena. Ada orang lain pun beg diorang tak sampai gak... Huuhuhu... Tak tahu lah kenapa... Kotak-kotak kitorang yang bawak barang medik plak memang sampai tapi masa kat kastam tu tak lepas. Then diorang bincang and bagitahu yang barang medik tu kitorang nak bawak gi kampung yang kitorang nak gi tu untuk majlis khatan..


Tengok Jihah ni.. Kitorang kena isi borang kat kaunter ni untuk tuntutan beg. Kecoh time ni sebenarnya..


Aku dah la sehelai sepinggang weh.. Nasib baik beg yang ada barang-barang penting macam dompet, passport, handphone aku semua ada dalam beg yang aku pegang.

Lepas tu kitorang naik bus gi lunch kat City Cats Cafe.

Ni jurulatih kitorang, Sarjan Samsuddin.


Deco dalam dia best tapi makanan dia macam kureng sikitlah.. Tomyam tak pedas. Lauk lain pun rasa ala-ala macam tu je.. Bolehlahhhh......

On the way nak gi kampung tu, aku perasan banyak benda pasal orang Kemboja ni. Mungkin sebab debu jalan, diorang kebanyakannya pakai mask. And boleh dikatakan semua orang yang naik motor, walaupun motor tu buruk macam nak masuk kebun, mesti pakai helmet full-face. Hihi... Safety first babe! ;P Dan jugak, according to our tourist guide yang cakap-cakap kat dalam bas tu, 1 motor tu kalau boleh diorang memang akan naik seramai mungkin.. Kalau korang nampak 3-4 orang naik 1 motor tu perkara biasa kat sana.

Kalau kena saman pun dalam USD 1 je. Bayangkan macam diorang boleh gi balai, bayar USD 1 then gi naik motor 3 orang. Heheheee.... Selalunya yang bawak motor tu pakai helmet, yang duduk belakang tak pakai.


Traffic light ada 4 1 tiang.. Tapi diorang tak ikut sangat pun.. Hihi
Yang kat bawah ni gambar bangunan bertingkat-tingkat. Kalau kat bandar diorang, macam ni lah penempatan diorang. Bawah kedai and atas tu semua adalah perumahan.

Sampai kat kampung, kitorang dibahagikan kepada family angkat. 2 orang 1 family. Masa hari pertama, aku tak ada amet gambar pon sebab bateri phone aku plak dah flat. Then nak charge, charger kat beg lagi 1. Kalau ada pun, plug diorang tak sama dengan kita. Diorang pakai 2 pin je kat sana.

Kat kampung tu kitorang buat aktiviti mengajar English, gotong-royong, kenduri dengan berkhatan. Ada 2 MA dari PKU kitorang ikut sekali untukbuat khatan tu. Aku part jadi cikgu.. Hahahaa..... Dah la nakal budak-budak ni..... (:



Ini family angkat aku dengan Jihah.. (: Manja budak kecik tu... Hehe..


Masa dekat kampung tu, agak bermasalah dalam bahasa. Tapi ada antara budak-budak remaja situ tau cakap BM. And ustaz masjid kat kampung tu pun bolehlah cakap BM sikit-sikit.. Masa nak ajar English tu, adik angkat aku kena jadi translator untuk kitorang bila kitorang nak cakap benda selain daripada yang kitorang ajar tu.

Tidur kat kampung tu 2 malam je. Hari ke-3 tu kitorang gi kat Cambodian Islamic Center, Chroi Mentri.. Tempat ni macam pusat Islam la lebih kurang. Macam kolej Islam.. Student dia semua perempuan.



Lepas tengok-tengok diorang belajar, kitorang minum air kelapa and makan bahulu kat belakang masjid kat situ, tepi Sg Mekong.. (: Cantik sangat.. Kat tepi-tepi tu banyak bot-bot kecik yang sebenarnya tu adalah rumah untuk diorang yang tak ada tanah. Hmm...

Lepas tu kitorang gi check in hotel Holiday Villa. Malam tu ada dinner dengan VIP apa entah tapi cancelled sebab VIP tu kata hari tu diorang punya hari cuti. Isshhhh.. Ishh... Pelik betul..


Beria la aku siap sampai kena pakai kasut Converse huduh tu dengan baju kurung sebab aku tak bawak kasut tutup.


Lepas dah setel dinner tu, kitorang gi pung-pusing naik tut-tut sekitar bandar Phnom Penh..


Malam kat sana dalam pukul 9 macam tu dah tak ada apa-apa. Tutup dah semua kedai. Yang bukak cuma pub and tempat-tempat massage. Ada 1 tempat tu sepanjang Sg Mekong, kawasan tu macam Bukit Bintang.. Mat Salleh pun ramai lepak-lepak situ aku tengok. Tempat tu je lah yang hidup waktu malam kot.

Sampai sini je dulu aku cerita ek.. Hari esoknya tu aku cerita next entri pasal Kemboja. (:

Till then.. Mwahh!


August 05, 2011

Hello, Hi..

Sorry sangat-sangat sebab dah lama giler tak update langsung blog ni and janji yang tinggal janji.. Huhuhu.. (Macam lah ramai sangat nak baca blog aku.. Hahahaa..)

Aku baru habis praktikal kat SKF, Nilai.. Baru malam semalam sampai rumah. And mungkin aku akan update selalu sebab kat rumah boleh dah online. Kalau kat Nilai, kena gi McD or sumwhere untuk online. Aku penat nak keluar malam. Balik kerja dah pukul 5:30pm, sampai rumah pun pukul 6pm kalau keluar awal.... Huhu..

So, blog ni mungkin akan hidup balik lah kot since aku dah balik Perak? ;P

Sangat banyak benda yang aku dah tangguh nak update kat sini and share dengan korang. Kemboja, praktikal, daily life, tauliah etc..

Ni betul-betul janji punya. Aku akan update semua tu ek walaupun dah kira lama jugak kan? Hihihi.. Tak senonoh betul! ;P