March 31, 2011

Hobi Aku Adalah Membaca.

Aku sangat suka membaca dari kecik. Dari aku sekolah rendah mak dah belikan aku buku-buku cerita macam Misteri Rumah Api Tepi Pantai, Tingkatan 1 Di Sekolah Seri Melur, Nenek Bertudung Merah..... Aku pun tak tahu kenapa tapi bila aku dah membaca, orang cakap dengan aku pun aku tak perasan. Kadang-kadang rasa macam "Weh, nantilah cakap. Aku nak baca ni jep.".. Hahahaa... Buat orang sakit hati je cakap dengan aku. Hihihihi...


Dari kecik aku memang suka membaca. Tak kisahlah buku apa pun. Paling aku suka bila nak balik kampung, duduk rumah makcik aku yang aku panggil Wak Siah. Rumah dia banyak gila buku. Buku katun Ujang, Gempak, Utopia, majalah URTV.. Hahahaa... Ni zaman-zaman dulu punya buku yang famous lah. Anak dia (kira cousin aku lah) ada yang sebaya dengan aku. Tapi kalau aku dah dapat baca buku, aku tak peduli pun dia ajak aku main masak-masak ke, main tangkap ikan ke, ajak gi kedai ke... Hahaa.. Kejamnya aku.. ;P

Sampaikan Wak Siah pi tanya mak aku, aku ni memang suka baca buku ke? Sebab bila aku sampai rumah dia je, aku akan cari buku untuk dibaca. Tak kisahlah buku apa pun. Novel sekolah menengah Kak Yunie pun aku tibai baca. Hihihi..

Pernah sekali masa aku kat rumah time cuti sekolah (aku sekolah asrama, so jarang balik rumah), mak aku punya bengang dengan aku asyik duk ngadap buku, novel sampai tak ingat benda lain, ugut aku nak bako buku aku.. No! No! Huhuhuuu.... (Kite bako aje!!) Punyalah aku suka sangat membaca sampai kerja rumah pun tak ingat nak buat. Huhuhu....

Bila dah masuk sekolah menengah, sekolah aku dapat novel BM yang berkaitan sejarah tu. Aku tak ingat dah tajuk dia. Kapten Hassan kot... Aku boleh khatam buku tu berapa banyak kali pun aku dah tak ingat. Kawan-kawan aku yang lain ada yang tak habis baca pun ada. Hahahaa.. Betapa cintanya aku terhadap buku... (:

Sekarang dah masuk U, zaman pun dah semakin canggih. Aku pun dah ada blog. Sekarang aku maccam ketagih baca blog ataupun website yang best-best. Tapi satu benda yang aku tak suka, aku tak suka baca novel online. Takdak feel... Hehehe.... Ni aku punyalah suka baca blog sampaikan aku boleh tak buat kerja, tak keluar rumah... Kalau orang ajak aku keluar makan ke, aku lebih rela duduk rumah bila masa tu aku tengah membaca di hadapan laptop ku ini... Huhu.. Teruk... Teruk.. Isyhhh... Isyhhh.... Korang jangan buat macam ni..

Lepas tu bila orang call aku, text aku, aku mesti macam tak pay attention sangat kat orang tu. Alaaa wehh.. Sorry-lah... :( Dah nak buat macam mana.. Mata ke lain, otak ke lain, mulut nak cakap dalam talipon... Susah.. Susah.. Huhuhu...

Ni dah kena sound dengan kawan aku. Suruk aku buat kerja. Asyik dok mengadap blog orang, website sampai tak buat kerja. Huhu..

Ok-lah.. Terpaksa pergi... Siapa yang nak share dengan aku website yang best-best, boleh tinggalkan link kat komen. Ataupun siapa-siapa yang nak aku berjalan-jalan ke blog dia, tinggal link kat bawah ek.. Tata!

(T.T).... Wuuuu....~

March 30, 2011

Status FB: In Relationship With Epul Black.


Yea, kami kembali bersama. Doakan yang terbaik untuk kitorang.. Doakan kitorang kuat untuk pertahankan hubungan ni kembali.. (:

March 29, 2011

I Am Sorry.

I don't know what to do. I know it's my fault. U have right to hate me or to scold me. Hmm... :( I really don't know what I've done previously. I am really sorry. :(

Sorry. :(

Contest Aku Foodilicious.



Aku sebenarnya malas nak join contest sebab bukannya aku menang pun. Hahahaaa.... Tapi disebabkan Syeera dah tag aku, so aku kenalah buat. Macam tu ke? Huhu.. Ok, ini gambar yang aku nak letak.

Makan spageti! :D Masa ni kat JB.. Kira spageti ni pun favourite food aku lah sebab hari tu balik rumah aku sampai mengidam nak makan, terus buat sendiri. Hehehee....

Untuk pengetahuan semua, aku memang suka makan pun. Lagi-lagi bila tengah stress. Tengok kat "about me" tepi tu pun dah tahu aku memang suka makan sebab aku tulis aku food lover. Hahahahhaahahaa.... Tapi kadang-kadang kalau stress sangat, boleh jadi sampai tak ada selera makan terus. Huhu...

Lepas dah letak gambar kat atas tu kena jawab soalan pulak.

(i) Favourite food aku adalah segala macam benda yang sedap dan unik yang boleh dimakan dan diterima oleh tekak aku. Hehehee... Senang cakap, semua benda aku suka makan. Tapi kan, ada satu benda lagi yang aku teringin sangat nak makan tapi tak jumpa lagi bendanya. Mahu macaroon!! Nak sangat-sangat..... :(

(ii) Kenapa aku suka food tu sebabnya adalah aku memang suka MAKAN! Hahahaa... Nasib baiklah i tak gemuk u... Huhuhuhu... Walaupun dah naik sikit badan, kena excercise sekarang ni. Huhuhu....

Slogan pun ada??? Kena jawab tak lebih dari 20 patah perkataan. Nasib baiklah..... ;P
"Saya foodlicious sebab aku kan memang suka makan. Sinonim dalam bahasa Melayunya, Makan = Nadia Yusoff. Hahahahaa.... "

Ok dah. Lepas tu kena tag 3 orang. Ehm, aku nak tag siapa ni..


Dah siap dah karangan untuk kali ini. sekian, terima kasih. (:



(Sekarang betul-betul tengah serabut.. T.T)

Perempuan Memang Selalu Impikan Kulit Cantik Bak Telur Rebus Yang Dah Dikupas.

Halusssss je kan? Ok tak peribahasa aku?? Hehee... ;P Siapa yang taknak kalau ada orang offer nak jadikan kulit kita bersinar-sinar bak artis kan? Ala-ala kulit Lisa Surihani, Rozita Che Wan.. Diorang dah lah cantik, lepas tu kulit pun cantik.. Aku selalu terfikir, artis ni kan kita tengok cantik je walau dia berlakon jadi hodoh mana pun. Yang dah agak berumur pun still maintain je kan?

Memang pelik! Pelik sebab aku asyik terfikir, produk apa yang diorang pakai sampaikan kulit muka cantik macam tu?? Artis lelaki pun sama. Cuba tengok kulit muka Aaron Aziz.. Fuhh!! Fuh!! Cayak macam lilin baq angg.. Hahahhaa... Aku pernahlah jugak terbaca artikel tentang cara artis-artis kat Malaysia ni jaga kulit diorang. Kebanyakannya amalkan rutin penjagaan muka yang berterusan. Yela, bangun pagi cuci muka, tempek toner, tempek krim sunblock.. Lebih kurang macam tu lahh..

Women or men yang sentiasa sibuk kerja dari pagi sampai malam yang bila malam tu balik penat gila mesti nak terus tidur, aku suggest-kan korang buat facial untuk improve-kan kulit kita yang selalu terdedah kat habuk, debu, asap kereta dengan air-cond.. Air-cond tu memanglah kita tengok dia sejuk je.. Kita pun tak berpeluh tapi kalau kita duduk lama-lama dalam air-cond, kulit boleh jadi kering pe... Kan?? Kan?

So, marilah kita berkongsi tips untuk penjagaan kulit kita agar sihat sentiasa.. Ewah ko! Macam iklan kat tv pulak!

Aku pernah sekali try buat facial tapi tu yang biasa-biasa punya. Apa kata, untuk korang yang tinggal kat area Kota Damansara ataupun yang kerja area situ, cuba try buat facial dekat Skin Affairs. Sekarang ni diorang tengah buat promosi untuk Gold 24 carat Facial and ada waxing sekali! Haa... 2 in 1 babe!!

Aku pun nak kulit muka jadi macam ni!!!

Nak tahu sebab apa aku suruh korang buat facial kat sini? Sebab harga dia sekarang adalah RM58 iaitu 85% off untuk Gold Facial + Waxing + Neck & Eye Treatment untuk 2.5 jam! Lelaki dengan perempuan dua-dua boleh buat. Go and feel it! Dia punya redemption period dari 1 April sampai 1 Jun 2011. So cepatlah deal and redeem korang punya voucher kat SINI! ^^

Tapi korang kena cepat!! Sebab nak beli voucher ni tinggal lagi sehari je!! Cepat!! Kalau lambat, jangan menyesal sudahh... Bukan senang nak dapatkan facial yang harganya beratus dengan diskaun sampai 85%.. ^^

Nanti lepas dah buat, korang share dengan aku pulak... (:




March 23, 2011

Laptop Kecik Saya Dah Baik!!

Seronoknya!!!! :D
Laptop aku yang kena spyware ni dah ok dah. Hehehe.. Terima kasih sangat dekat Adha yang dengan sukarela membetulkan laptop ni. Lepas tu siap ada benda yang aku nak lagi Adha dah tambah. Hihihi... Thanks sangat babe! :D Nanti sem depan i belanja u karok! ;P

So sekarang dah boleh sambung buat assignment yang melambak ni dengan senang hati. Tak adalah fikir rasa serba salah pinjam laptop orang. Thanks jugak dekat Epul sebab bagi pinjam laptop kejap sebab aku banyak kerja nak buat. Thanks sangat ek kat kamu berdua. ^^

Ok-lah, mari sambung buat asignment. Tata! (:


(Nak beli motor.. Siapa ada nak jual motor?? Let me know ekk.. )

March 16, 2011

Time Banyak Kerjalah Kau Nak Buat Hal.

Malam tadi stay up kat McD dengan Nabil, Ara and KA. Memang nak buat assignments sebab sekarang lagi berapa minggu je dah nak final and kerja sekolah memang tengah berlambak. Huhu... Aku plan nak buat individual assignment Strategic Management. Nabil pulak tengah pening buat PSM dia. Then, dia mintak tolong aku cari journal untuk PSM dia ni sebab hari ni dia kena hantar dah kat supervisor dia. Aku tolong je laa.. Bukan kena bukak buku pon, cari kat internet je...

Tapi, tiba-tiba.. Aku tak tahu website apa entah yang aku tekan, lepas tu keluar macam konon-konon dia kata laptop aku ada virus and terus dia scan. Tapi aku macam peliklah sebab bukan scan yang kat antivirus aku. Dia scan kat website tu.. So maknanya dia bagi aku virus. Bodohlah! Aku dah la tengah banyak kerja.. Wuuu.. :'(

2-3 kali jugak jadi macam tu sebab mula-mula aku ingat tak ada apa lah sebab aku dah scan balik laptop aku and ade 2 infections tapi dah removed dahh... Last-last, dia terus jadi macam ni..

Sampai background belakang pun dah hilang, jadi macam ni... :'(




Semua virus ni aku dapat daripada pop-up yang konon-konon nak scan laptop aku yang kata ada virus tu.. Hampeh!


Memang jahanam dah laptopku.. Wuuuu...


Dah tu aku memang tak tahu nak buat apa. Just copy folder PSM aku dengan folder gambar kat dalam (D).. Tu pun masa tengah copy last folder, laptop aku tiba-tiba kata nak shut down sendiri. Lepas tu pulak kata, tak boleh nak force shut down.. Lepas tu jugak, dia pi restart. Gilo!! Waaa... Tolonglahh.. Siapa yang reti format laptop? Aku memang tengah banyak kerja ni.. :(


Kurang asam budak ni. Dia fokus giler kat PSM dia... At least sempat jugaklah aku bagi dia link-link journal yang aku dapat. Huhu...


Yang ni haa sibuk dok menangkap gambar aku masa aku tengah tension tengok laptop aku yang dah jahanam tu. Huhu... External disk dia pun kena virus laptop aku. Ngek btol laa.. Nasib baik dia ada back up benda dalam tu kat dalam laptop dia.



Ara kata ni gambar ala-ala skema passport. Hahahaa... Gilo..

Budak ni dah lah tengah kena chicken pork.. Eh! Chicken pox (ceni ke nak eja dia??).. Lepas tu taknak dok diam kat rumah, ikut kitorang gi McD.. Nampak tu kat lengan dia ada putih-putih? Tu dia letak ubatlah tu kat ayam-ayam kat badan dia.. Sengal! Kitorang semua taknak share makanan dengan Ara. Kang nanti jangkit.. Hihihi...

Alaa.. Laptop gue..... Cene ni..... :(

March 15, 2011

Kalau Assigment Berlambak Sebab Buat Tanguh-tangguh, Memang Patut Pun Kena Tahan Mata.

Benci sangat bila assignment menggunung! (T.T) Terpaksa stay up. Nak tahan mata dari mengantuk tak boleh gi ambil mug, bancuh Nescafe. Tak boleh! Tak boleh! Nanti aku pening kepala. Huhu... Kena pacak anak mancis dekat kelopak mata. Boleh? Huhu..

Kehidupan student, kalau nak stay up, mesti akan stay up dekat tempat yang boleh duduk 24jam buat kerja. Selain daripada library yang membosankan, bila pandang depan-kiri-kanan-belakang sama je. Huhuu... So kenalah study di McDonald, I'm Lovin It! Terpaksa..... Kalau kat rumah sewa, memang tak boleh buat kerja atau study sebab memang tak boleh. Keempukan tilam yang dirembat bersama Azza dan kewangian bantal kecikku memang menggoda. Uhuk!

PSM memang buat student jadi giler nak pengsan bila tak ada idea nak buat pasal apa and bila dah present tajuk, kena tukar tajuk balik. *Pengsan terus!*

Sekarang aku berada di Mcd sedang mengarang untuk PSM ni. Minggu ni memang aku kena jumpa supervisor aku sebab memang kena jumpa. Kalau tak, memang tak tahulah apa nak jadi yang budak pemalas-fikir sorang ni.. Huhu...


Muka tahan mengantuk. Perjuangan harus diteruskan. Babai!!

March 13, 2011

I'm Happy With Her.

Hello, assalamualaikum.. (:
Sekarang ni ada kat rumah Ateh kat Linggi. Hari ni ada Majlis Cukur Jambul baby Ateh, Aishah.. Comel gilo budak kecik ni. Hehe... Geram aku! ;P

Kat sini ramai orang, family Along, sedara semua ada. Ada yang aku dah jumpa, ada yang aku baru jumpa. I'm happy here.. (: Met Jaja, Cik Iza, Mak Long, Pak Long, lain-lain.. (:

Lepas majlis cukur jambul, celebrate birthday anak sulung Ateh, Syahiera@Adik.. (: Tahun ni dia form 1, english dia power weh!

Petang ni aku dengan Along balik BP balik. Gambar aku upload nanti ek. Ni aku try nk update blog pkai phone aku.. (:

Till then people. Taa..

March 09, 2011

Nak Balik Perak Makan Durian. :(

Nak tulis lagi!!! Hehehee... Tengok! Dah tulis 1 entri, nak tulis lagi. Habislah, hantu jari dah datang!! Hihiii... ;P

Sekarang ni musim dorian (woii!! Salah eja durian!) tak kat tempat korang?? Kat Johor sekarang tengah musim durian. Aku memang suka sangat-sangat makan durian tu. Suka!! Suka! Sampaikan mak aku panggil aku hantu durian. Cehh!!

Hari tu (ni pun dah lama dah) aku gi Simpang Renggam makan durian dengan Nabil, Kikin, Kak Pah and Aireen. Kikin belanja makan durian! Hehe.. Thanks kakak ku.. ;P Gilo pi melantak durian kat belakang gerai buah pakcik tu. Hehee...

Aireen, Kikin, Kak Pah. (:

Gambar aku dengan Nabil tak ada sebab sibuk makan. Cehhh, alasan! Hihihi..

Korang dah tengok cerita No Strings?? Budak-budak 18 tahun ke atas sahaja yee... Hehe.. Cerita ni best! Tengok dengan Kikin dengan Aireen. Kikin belanja lagi tengok wayang. Very the baik punya Kikin... Nanti aku kena belanja pulak Kikin gi main Daytona. Boleh tak macam tu Kin? ;P

Kitorang gi lepas balik dari kelas petang tu. Aku terus stay rumah Kikin balik dari kelas tu. Rehat-rehat jep. Kacau-kacau orang jep. Baru gi.. Hihi.. ;P


Gambar bawah ni tak ada kena mengena dengan gi wayang tu pun. Saja nak letak. Ni gambar masa kat McD. Kitorang study untuk test. (:


Love being around u, people! Thanks! ^^

March 01, 2011

Sebelum Kahwin, Nak Kena Ada Apa Dulu?

Assalamualaikum.

Sebenarnya sekarang rasa malas giler nak update blog. Mood nak menulis belum ada tapi kalau ber-blog walking memang rajin sangat-sangat. Hehe..

2 hari lepas aku demam. Kelas pun tak gi sebab kepala aku sakit sangat. Tapi aku demam, tak batuk, tak sesema.. Sakit kepala memang 2 hari berterusan. Huhu.. Aku jenis yang tak suka makan ubat lagi-lagi ubat yang tablet.. Wuuuu, tak suka! Tak suka! So, aku ambil inisiatif lain untuk baikkan demam aku konon-kononnya. Petang Isnin hari tu aku gi jogging dengan kawan-kawan aku. Kak Muna, Kong dengan budak-budak rumah dia. (Thanks to Kong sebab bagi pinjam motor)

Aku buat 4 round tasik kat induk. 1st round je aku jog non-stop. Lepas tu kepala aku dah start sakit and aku jog-jalan-jog-jalan sampai habis round ke-4. Habis jog, pi main tennis pulak. Demmm, aku dah tak reti main! Last time aku main tennis dulu masa aku form 3. Tu pun saja main petang-petang riadah kat asrama dulu. Huhu..

Pada masa aku menaip ni, kepala aku dah ok sikit and panas kat dahi pun dah biasa je kot. Entah.. Tak reti nak rasa panas ke tak. Huhu..

Sebenarnya aku ada entri yang aku nak wat tapi dah tertangguh lama giler. So boleh kot sambung tulis sekarang? Hihi..

Pada 19-20 Februari (tengok! Kan memang dah basi punya cerita.) aku gi satu kursus ni. Heheee.... Aku gi Kursus Kahwin! Hahahaa.... Dah dapat sijil, dah boleh kahwin dah babe! ;P Hihihi.. Suka pulak ko ekk... Kursus ni 2 hari, Sabtu dengan Ahad. Mula-mula before gi hari tu aku fikir mesti bosan giler and aku punya target pun nak dapatkan sijil tu je.

Tapi bila aku dah gi kursus ni, aku memang terus tukar niat aku. Aku nak tambah ilmu agama aku. Bunyi macam poyo je cakap macam tu tapi betullah tu. Aku memang nak tambah ilmu aku. Aku ingat kursus ni macam ala kadar untuk proses kahwin. Tapi aku nak cakap ni, kursus ni memang sangat best! Macam-macam benda baru aku belajar. Lebih kurang macam ceramah agama pulak tapi aku suka sebab banyak benda yang aku tak tahu, aku dah tahu sekarang. Ada benda yang aku ingat boleh buat tapi tak boleh dalam hukum. Ada benda yang aku ingat tak boleh buat tapi sebenarnya tak salah.

Tu laa... Sebenarnya dah makin dewasa ni, kita manusia kebanyakannya banyak benda lagi yang kita tak tahu and memang sepatutnya kita ambil tahu tapi taknak tahu. Kan? Bila gi majlis macam ni, buat aku sedar yang aku ni memang kerdil gila kat sisi Allah sebab aku punya ilmu agama bukannya banyak.

Dulu masa sekolah asrama je lah yang aku selalu gi majlis agama macam kat surau tu sebab memang dah wajib kena gi. Kalau tak, kena denda dengan warden. Tak pun, ustazah denda jep gi. Huhu.. Tapi memang sangat berterima kasih dekat cikgu-cikgu masa aku sekolah dulu. (:

Kursus kahwin yang aku gi tu buat dekat U aku je. Kat DK2 kot. Aku pun tak ingat dah. Aku gi dengan Miera, budak rumah aku. Tapi masa dalam dewan kitorang duduk sekali dengan gf Nabil, si Najwa tu. Najwa bukan student U kitorang. Budak-budak lagi pun. (Budak-budaklah sangat ko ni.. Hihi) So dia duduk dengan kitorang. Aku pun dah pernah jumpa dia sekali hari tu masa kitorang balik Labis. (:


Ni haa Najwa. Otak sama giler dengan aku. Hehee...


Miera. (:


Aku pakai baju colour purple. Hihi..


Ustaz yang kat bawah ni best giler. Masa nak start slot dia, aku memang tengah mengantuk. Tapi bila dah start tu, memang segar-bugar mata aku. Ustaz ni azan sedap giler!! Meremang bulu roma aku dengar. Serius! Aku tak tipu! Miera dengan Najwa pon cakap sedap giler.. Aku dengar tu rasa macam terharu giler, macam nak menangis. Pasal apa entah. Tapi memang sedap wehh.. Masuk sampai hati aku.



Ceh! Ceh! Aku rasa macam panjang pulak aku tulis ni. Tadi kata tak ada mood nak menulis. Hahaa... Ok-lah, daa! (:

Lu Langsi, Lu Mati.

Someone is calling me "LANGSI"???

Huii.. Maknanya nanti aku kena mati ke? Huhu... Berpandukan kepada definisi yang kawan aku bagi, LANGSI bermaksud kurang ajar, bangang, loyar buruk, entah apa-apa, gelabah, tenuk, sombong dan kerek.. Hihi... Macam kelakar pun ada maksud dia. ;P

Aku terkejut bila terbaca apa yang dia tulis tu. Kalau betul entri tu ditujukan kat aku, aku kena mintak maaflah kot sebab entri tu macam tak berpuas hati kepada orang yang ditujukan oleh entri tersebut. Jadinya, aku dengan segala rendah dirinya meminta MAAF kepada tuan yang meng-created entri tersebut.

Hmmm, fikir-fikir balik, aku tak tahu apa yang aku dah buat sampai orang tak puas hati kat aku sampai cakap aku macam tu. (Kalau betullah entri tu untuk aku) Aku tak perfect. Aku tak boleh nak fulfill apa yang orang nak dari aku. Apa yang orang mintak dari aku. Aku manusia biasa.

Aku bukan jenis yang mengongkong orang. Even kalau aku ada bf pun, aku tak kisah pun dia nak buat apa. Semua orang ada life sendiri. Kalau aku tak boleh nak ikut cakap korang, janganlah sampai nak blame aku sebab aku taknak ikut cakap. Aku tak kisah pun kalau korang nak buat apa pun. I'll not put u in my pocket. Semua nak kena ikut cakap aku ke apa ke. Tak! Aku takkan buat macam tu.

Biasalah.. Kadang-kadang mestilah ada rasa jealous bila orang yang rapat dengan kita rapat dengan orang lain. Adik-beradik ke, besties ke, bf ke, gf ke.. Kan? Kan? Tapi, aku sekarang, aku akan letak diri aku kat tempat orang tu sebelum aku nak jealous-jealous ke, nak marah-marah ke... Aku taknak simply marah macam tu je. Semua orang ada perasaan.. Apa perasaan korang bila tiba-tiba kena marah atau kena buat tak tahu tapi korang tak tahu pun apa salah korang kat dia? Aku sekarang dah cuba untuk berfikir matang. Aku takkan buat orang tu macam tu kalau aku sendiri tak suka orang buat aku macam tu. (Paham tak ayat ni? Huhu)

Ok, untuk hari ini dan hari-hari sebelum ni yang aku ada dengan korang, (tak kisahlah siapa-siapa pun) aku mintak maaf sangat kalau aku ada buat salah. I'm not ignoring anyone. I just want u to do whatever u want without feel that i'm jealous or what-so-ever feeling. Aku taknak siapa-siapa pun rasa tersekat sebab nak jaga hati aku ke apa. Harap boleh faham apa yang aku cuba nak cakap ni. Huhu... (Susah jugak nak tulis BM)

And 1 more thing, i'm not even did drama to any others. Kalau aku tak puas hati, sama ada aku akan cakap kat orang tu atau aku akan buat bodoh je. That is even better. Aku takkan buat LANGSI kat siapa-siapa. Jangan risau. (Nak buat langsi macam mana pun aku tak tahu. Huhu)

Sorry again to whom "tak puas hati" with me. Sorry sangat. (I really mean it)


Don't walk behind me; I may not lead. Don't walk in front of me; I may not follow. Just walk beside me and be my friend.

Albert Camus