March 01, 2011

Sebelum Kahwin, Nak Kena Ada Apa Dulu?

Assalamualaikum.

Sebenarnya sekarang rasa malas giler nak update blog. Mood nak menulis belum ada tapi kalau ber-blog walking memang rajin sangat-sangat. Hehe..

2 hari lepas aku demam. Kelas pun tak gi sebab kepala aku sakit sangat. Tapi aku demam, tak batuk, tak sesema.. Sakit kepala memang 2 hari berterusan. Huhu.. Aku jenis yang tak suka makan ubat lagi-lagi ubat yang tablet.. Wuuuu, tak suka! Tak suka! So, aku ambil inisiatif lain untuk baikkan demam aku konon-kononnya. Petang Isnin hari tu aku gi jogging dengan kawan-kawan aku. Kak Muna, Kong dengan budak-budak rumah dia. (Thanks to Kong sebab bagi pinjam motor)

Aku buat 4 round tasik kat induk. 1st round je aku jog non-stop. Lepas tu kepala aku dah start sakit and aku jog-jalan-jog-jalan sampai habis round ke-4. Habis jog, pi main tennis pulak. Demmm, aku dah tak reti main! Last time aku main tennis dulu masa aku form 3. Tu pun saja main petang-petang riadah kat asrama dulu. Huhu..

Pada masa aku menaip ni, kepala aku dah ok sikit and panas kat dahi pun dah biasa je kot. Entah.. Tak reti nak rasa panas ke tak. Huhu..

Sebenarnya aku ada entri yang aku nak wat tapi dah tertangguh lama giler. So boleh kot sambung tulis sekarang? Hihi..

Pada 19-20 Februari (tengok! Kan memang dah basi punya cerita.) aku gi satu kursus ni. Heheee.... Aku gi Kursus Kahwin! Hahahaa.... Dah dapat sijil, dah boleh kahwin dah babe! ;P Hihihi.. Suka pulak ko ekk... Kursus ni 2 hari, Sabtu dengan Ahad. Mula-mula before gi hari tu aku fikir mesti bosan giler and aku punya target pun nak dapatkan sijil tu je.

Tapi bila aku dah gi kursus ni, aku memang terus tukar niat aku. Aku nak tambah ilmu agama aku. Bunyi macam poyo je cakap macam tu tapi betullah tu. Aku memang nak tambah ilmu aku. Aku ingat kursus ni macam ala kadar untuk proses kahwin. Tapi aku nak cakap ni, kursus ni memang sangat best! Macam-macam benda baru aku belajar. Lebih kurang macam ceramah agama pulak tapi aku suka sebab banyak benda yang aku tak tahu, aku dah tahu sekarang. Ada benda yang aku ingat boleh buat tapi tak boleh dalam hukum. Ada benda yang aku ingat tak boleh buat tapi sebenarnya tak salah.

Tu laa... Sebenarnya dah makin dewasa ni, kita manusia kebanyakannya banyak benda lagi yang kita tak tahu and memang sepatutnya kita ambil tahu tapi taknak tahu. Kan? Bila gi majlis macam ni, buat aku sedar yang aku ni memang kerdil gila kat sisi Allah sebab aku punya ilmu agama bukannya banyak.

Dulu masa sekolah asrama je lah yang aku selalu gi majlis agama macam kat surau tu sebab memang dah wajib kena gi. Kalau tak, kena denda dengan warden. Tak pun, ustazah denda jep gi. Huhu.. Tapi memang sangat berterima kasih dekat cikgu-cikgu masa aku sekolah dulu. (:

Kursus kahwin yang aku gi tu buat dekat U aku je. Kat DK2 kot. Aku pun tak ingat dah. Aku gi dengan Miera, budak rumah aku. Tapi masa dalam dewan kitorang duduk sekali dengan gf Nabil, si Najwa tu. Najwa bukan student U kitorang. Budak-budak lagi pun. (Budak-budaklah sangat ko ni.. Hihi) So dia duduk dengan kitorang. Aku pun dah pernah jumpa dia sekali hari tu masa kitorang balik Labis. (:


Ni haa Najwa. Otak sama giler dengan aku. Hehee...


Miera. (:


Aku pakai baju colour purple. Hihi..


Ustaz yang kat bawah ni best giler. Masa nak start slot dia, aku memang tengah mengantuk. Tapi bila dah start tu, memang segar-bugar mata aku. Ustaz ni azan sedap giler!! Meremang bulu roma aku dengar. Serius! Aku tak tipu! Miera dengan Najwa pon cakap sedap giler.. Aku dengar tu rasa macam terharu giler, macam nak menangis. Pasal apa entah. Tapi memang sedap wehh.. Masuk sampai hati aku.



Ceh! Ceh! Aku rasa macam panjang pulak aku tulis ni. Tadi kata tak ada mood nak menulis. Hahaa... Ok-lah, daa! (:

2 comments:

  1. ble nk kawin nie???? hahahaha
    nt jgn lupa jmp0t makan nasi mnyak u taw... ahakz!
    ;p

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...
    stp manusia akan mengalami proses perubahan apabila meningkat dewasa.. samada ke arah +ve o -ve..

    ReplyDelete

kuman komen (: