October 30, 2010

Tengok Betul-betul.

Assalamualaikum.

Entri ni aku saja nak share dengan korang 1 benda yang aku rasa memang penting pun. Kalau kita tengok kat Malaysia sekarang ni, tanda HALAL memang macam menjadi masalah sikit sebab kalau kita nak beli barang makanan, walaupun ada tanda halal, tak tahu nak cakap yang tu tanda original ke tak kan? Nak beli, takut tak HALAL. And dah tentulah orang yang beragama Islam memang sangat-sangat menitik-beratkan pasal soal HALAL ataupun tak kan?

Ok, cuba korang tengok tanda HALAL kat botol mineral bawah ni.



Nampak tak yang aku bulatkan dengan warna merah tu? Itu adalah tanda HALAL Malaysia. Tapi persoalannya sekarang, kenapa dua-dua tanda ni lain sedangkan air mineral ni adalah dari company yang sama? Tengok pulak yang aku bulatkan dengan warna kuning tu, tempat air mineral ni dikilangkan atau sumber dia. Yang buatkan aku tertanya-tanya sekarang ni, mana satu logo HALAL yang betul? Yang diiktiraf oleh Halal Malaysia.. Which one?


Jadi untuk mendapatkan kepastian, aku pun g tengok kat website Halal Malaysia and tanda ataupun logo HALAL yang diiktiraf adalah macam yang kat bawah ni.




Nanti masa korang beli barang, kena tengok betul-betul jugak sebab ada logo yang seakan-akan macam ni. Contoh, dekat tepi tulisan MALAYSIA tu kan ada bentuk bintang kecik kan? Ada sesetengah logo yang tak ada. So maknanya tu cap ayam punya logo. Sangat kecik tapi besar kesan dia kat pengguna.. Huhu..

p/s: Kalau ada apa-apa maklumat yang aku tersalah cakap, tolong betulkan yeaa... :)

Yeaahhh!!! :D

Tadaaaaa!!!!

Header baru!! Background baru!! Hehehee.. Bosan punya pasal, aku pun mengedit-editlah gambar untuk dibuat header di blog aku yang tak ada header ni. Hihihi.... Background pun dah jadi colour biru.. I love this blue.. Electric blue, my favourite colour. ^^

Hmm.. Apa lagi ek nak ditambah kat blogku ni???

October 28, 2010

Jalan-jalan Pun Senaman Jugak Kan?

McD for lunch?

Hehehee.. Walaupun demam, orang ajak keluar pun aku on je! Hahahhaa... (padahal aku yang ajak.. :P) Tadi keluar dengan Epul. (:

Pagi tadi Epul kena g Perodua nak tukar apa entah kat kereta dia. Then bila dah siap, dia nak cari tali gitar sebab tali dah putus. Aku pun cakaplah nak ikut g beli sebab aku sangat-sangat tak selesa duduk rumah ulang-alik toilet sepanjang hari melayan hidung yang tak sihat ni. Huhuu.. Heading to Batu Pahat! (macamlah BP tu jauh sangat..hihi)

Mula-mula cari tali gitar kat Sandman kat BP Mall tapi kedai dia tutup. "Out for lunch" dia tampal kat pintu kedai.


Then kitorang karok jep tunggu dia bukak pukul 2:30pm tapi dah pukul 2:30pm pun dia still tak bukak lagi. Tak apalah, kitorang nak g cari kat Summit. Makan di McD, Epul sudah kelaparan. Hahahaa...

I'm having fries spicy shaker kot nama dia..

Goncang.. Goncang... Shake... Shake... Hahaha..



Tadaaaaaa...!!!! :D



He's having McChicken.. (Aku tak suka burger ni. Suka Double Cheese Burger je! ;P)




Ini adalah resepi baru: McChicken + fries shake-shake.. Hahhaa


Nikmatnya dapat minum air sejuk.. Since sesema hari tu aku tak minum ais dah kot.. Huhu

Then g karok kat Square One untuk melepaskan tekanan yang memuncak dalam kepala. Terjumpa budak-budak kelas aku. Kikin, Kak Faren and her boyfriend, Kak Muna and Faiz. Sejam selepas, ke Summit untuk beli tali gitar.

Kat Summit ada macam decoration diorang buat kat hall tengah tu. Ada promotion untuk produk muka macam tu kot. Decoration dia sangat comel ok. Macam dalam cerita Alice in Wonderland tu, yang tempat Alice kejar rabbit tu masa dia nak bertunang. :) Cantik!



Pukul 5 lebih balik ke Parit Raja setelah singgah di BP Mall semula sebab Along kirim air Coolblog.


Muka kenyang sebab dapat makan. :P

The end.

Mangsa Pil Merah Jambu.

Morning readers!

Tadi pagi bangun tidur lambat, kelas pukul 8:30am. Kerja sekolah tak siap lagi. Kepala rasa macam berat je nak bangun sebab pening. Lepas Along habis mandi, aku pulak mandi. Lepas tu kocoh-kocoh buat kerja sampai siap. Nasib baik salin je. Kitorang duduk rumah sewa tapi tak ada kereta atau motor ataupun basikal untuk ke kelas. Huhu.. End up, aku dengan Along and Azza tak gi kelas sebab dah lambat sangat. Nak tunggu bus confirm sejam lepas tu baru sampai kelas. Assignment kirim kat Shasha tolong hantarkan. Hehehe.. ;P

Ni dah duduk rumah bukan reti nak study, online je dari tadi. Hehehe... Aku sesema teruklah. Hari tu 1 of my friends, Kong, dah bagi ubat sesema tapi ubat ni macam lain macam je.


Aku memang sesema tak berhenti. Maksudnya aku kena ulang-alik toilet lebih dari 10x and tisu pun aku guna sangatlah banyak. Bersin tak payah cakaplah.. Sampai tak larat aku. Huhuu.. Tengoklah nanti, mesti mengelupas nanti hidung aku sebab banyak sangat guna tisu. Waaa..... Aku rasa aku kena g bersenam laa.. Jogging ke, jalan-jalan ke... Window shopping ke.. Tu pun dikira bersenam gak kan? Hihihi.. :P

Tapi hidung yang asyik meleleh je ni buat aku tak ada mood nak keluar walaupun g makan. Aku sebenarnya susah nak kena demam atau sesema tapi bila dah kena, memang lambat nak baik and teruk. Aku masa sekolah dulu pernah sesema 3 bulan tak baik-baik. Harap-harap sesema kali ni janganlah sampai macam tu. Aku nak final exam dah and lepas final ada latihan intensif Suksis pulak. Huhu..

Doakan aku cepat baik ekk... :)

"Bersabarlah dalam menghadapi penyakit. Sesungguhnya penyakit itu penghapus dosa."

October 26, 2010

Homesick.

Minggu ni minggu last kelas. Ada lagi 3 minggu sebelum final exam. Aku dah rasa tak sedap badan. Sangat-sangat tak sedap. Semalam jadi sesuatu yang tak pernah jadi kat aku and aku sangat takut. Itu pertama kali aku jadi macam tu, serius. Aku jadi tak sedap hati, tak sedap badan. And now, memang dah macam nak demam. Hmm..

Aku nak balik rumah. I really miss my mom. Damn much miss my brothers. :(


Mak.


Sapiq.


Boy.


Bila nak dapat balik ni. I really need my family right now. Feel like nothing is right here, at PR.. Nak balik....... :(

Homesick!

October 25, 2010

Majlis Penghargaan Sempena Pentauliahan dan Tamat Latihan Pegawai Kor Suksis UTHM

Assalamualaikum. Hello. Hi. (:

Hari ni rasa macam tersangatlah penat. Walaupun kelas tak ada untuk hari ni, tapi pukul 4 petang tadi ada test Leadership & Supervision yang sangat-sangat mencabar minda! Huhuhuu.. Lagi-lagi pulak aku tengah demam sesema. Sesema yang buat aku penat kot. Baru je nak jawab soalan nombor 1, aku dah pergi toilet. Hidung tak memberi kerjasama tadi masa test. Nasib baik toilet tu sebelah aku je. Huhuu... Aku kesejukan gila-gila masa test tadi and bila habis test, memang rasa demamku semakin teruk. Tapi buat-buat sihat saja sebab malas nak layan demam ni. Hihii...

Malam sabtu lepas bersamaan dengan 23 Oktober 2010, aku ada majlis dinner under Kor Suksis. Majlis dinner tu adalah untuk celebrate super senior aku yang dah tauliah and dah jadi pegawai dalam Kor Suksis. Lepas ni kalau diorang apply polis, memang dapat pangkat inspektor terus! Inspektor Nadia! Hahahhaa....

Malam tu ramai VVIP yang datang. Tugas aku adalah sebagai penyambut tetamu VVIP. Bila VVIP sampai, aku kena tunjukkan diorang tempat duduk kat meja depan stage. Tapi aku manalah kenal semua. Tu yang gabra, at last aku tak buat pun. Duduk je kat depan pintu hall tu. Hihihi.. ;P


Yang kat tengah-tengah tu salah sorang jurulatih kitorang, Encik Izzat. (:


With Kak Nor and Jihah.

Before Dato and VVIP semua masuk dalam hall, diorang dipersembahkan dengan Seni Silat dari kelab UTHM jugak. Kira ni macam jemputan masuk laa..



Selalunya kalau majlis-majlis macam ni memang wajib ada ucapan punya! So memang dimulakan dengan ucapanlah. Kalau tak silap aku, mula-mula ucapan dari Komander Kor Suksis UTHM (TNC UTHM), Profesor Ir Amir Hashim (ayah pelakon Diana Amir..Hihi)..



Lepas tu ucapan daripada Dato Aishah..



Lepas tu apa lagi.. Makanlahhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!! :DD

Kitorang makan Chinese style so gambar kat atas ni adalam menu first. Nama dia Cold Combination.. Dia ada lilin kat tengah-tengah tu and keliling dia ada macam-macam slices laa.. Aku nak cakap pun tak reti.. Hahhaa...

Braised Shark Fin Soup with Shredded Chicken


Crispy Chicken with Apple Slice

Align LeftSteamed Seabass with Asam Sauce in Thai Style

Crispy Oatmeal Prawn

Braised Broccoli with 3 Kind of Mushrooms

Fried Rice in Yeong Chau Style

Mixed Fruits



Sambil-sambil makan ada persembahan tarian dari Kelab Warisan UTHM.


Ada life band PDRM.. And ada life performance dari band Kuaci Bunga yang ahlinya adalah skuad senior suksis. (: Diorang perform lagu Si Baju Biru, rekaan sendiri. Si Baju Biru ni adalah lagu untuk Suksis. Tapi sebenarnya lagu asal dia tajuk lain, Kor Suksis. Epul (lead guitar Kuaci Bunga) yang buat tapi diorang da ubah-ubah sikit and jadilah Si Baju Biru.


Lepas tu, sambil-sambil makan ada karaoke tapi tak mainlah karaoke yang tengok skrin kat tv tuh.. Ni life punya.. Hahaha.. VVIP semua sangat-sangat sporting. Dato Aishah pun boleh karok! Sedap pulak tu! :D


Turn Pegawai Penyelaras kitorang pulak. Hihii..



Event ni habis dalam pukul 11 macam tu. Before tu ada tarian Poco-poco, aktiviti wajib bila kitorang berkumpul macam ni. (:



Kemudian sesi tangkap gambar. Sukati ko lah nak posing kat mana pun kan.. Hahahaa... Besnya diorang dah tauliah and dah jadi pegawai dalam Kor Suksis dahh.. Aku ada lagi 1 sem ni.. Waaa.....

(Enjoy the pictures. =>)


Senior batch pertama Kor Suksis UTHM. Kak AJ and Kak Ieja. (:






Setiap jurulatih kitorang dapat potret daripada Pegawai Kor Suksis yang dah tauliah ni sebagai tanda penghargaan.. :)













Pegawai Penyelaras Kor Suksis UTHM, Tuan Ahmad Bahtir. :)





Masa nak balik tu, kereta Zack plak break-down.. Wohhh... Lepas tu terpaksalah ditolak oleh badang-badang yang gagah perkasa sekalian. Hahahhaa....

1,2,3... Tolak!!!!!!


Bersedia ber-posing dimana ada camera menghala ke arah kitorang. Hahaha.. ;P




End of the story. Tata! ^^