October 25, 2010

Majlis Penghargaan Sempena Pentauliahan dan Tamat Latihan Pegawai Kor Suksis UTHM

Assalamualaikum. Hello. Hi. (:

Hari ni rasa macam tersangatlah penat. Walaupun kelas tak ada untuk hari ni, tapi pukul 4 petang tadi ada test Leadership & Supervision yang sangat-sangat mencabar minda! Huhuhuu.. Lagi-lagi pulak aku tengah demam sesema. Sesema yang buat aku penat kot. Baru je nak jawab soalan nombor 1, aku dah pergi toilet. Hidung tak memberi kerjasama tadi masa test. Nasib baik toilet tu sebelah aku je. Huhuu... Aku kesejukan gila-gila masa test tadi and bila habis test, memang rasa demamku semakin teruk. Tapi buat-buat sihat saja sebab malas nak layan demam ni. Hihii...

Malam sabtu lepas bersamaan dengan 23 Oktober 2010, aku ada majlis dinner under Kor Suksis. Majlis dinner tu adalah untuk celebrate super senior aku yang dah tauliah and dah jadi pegawai dalam Kor Suksis. Lepas ni kalau diorang apply polis, memang dapat pangkat inspektor terus! Inspektor Nadia! Hahahhaa....

Malam tu ramai VVIP yang datang. Tugas aku adalah sebagai penyambut tetamu VVIP. Bila VVIP sampai, aku kena tunjukkan diorang tempat duduk kat meja depan stage. Tapi aku manalah kenal semua. Tu yang gabra, at last aku tak buat pun. Duduk je kat depan pintu hall tu. Hihihi.. ;P


Yang kat tengah-tengah tu salah sorang jurulatih kitorang, Encik Izzat. (:


With Kak Nor and Jihah.

Before Dato and VVIP semua masuk dalam hall, diorang dipersembahkan dengan Seni Silat dari kelab UTHM jugak. Kira ni macam jemputan masuk laa..



Selalunya kalau majlis-majlis macam ni memang wajib ada ucapan punya! So memang dimulakan dengan ucapanlah. Kalau tak silap aku, mula-mula ucapan dari Komander Kor Suksis UTHM (TNC UTHM), Profesor Ir Amir Hashim (ayah pelakon Diana Amir..Hihi)..



Lepas tu ucapan daripada Dato Aishah..



Lepas tu apa lagi.. Makanlahhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!! :DD

Kitorang makan Chinese style so gambar kat atas ni adalam menu first. Nama dia Cold Combination.. Dia ada lilin kat tengah-tengah tu and keliling dia ada macam-macam slices laa.. Aku nak cakap pun tak reti.. Hahhaa...

Braised Shark Fin Soup with Shredded Chicken


Crispy Chicken with Apple Slice

Align LeftSteamed Seabass with Asam Sauce in Thai Style

Crispy Oatmeal Prawn

Braised Broccoli with 3 Kind of Mushrooms

Fried Rice in Yeong Chau Style

Mixed Fruits



Sambil-sambil makan ada persembahan tarian dari Kelab Warisan UTHM.


Ada life band PDRM.. And ada life performance dari band Kuaci Bunga yang ahlinya adalah skuad senior suksis. (: Diorang perform lagu Si Baju Biru, rekaan sendiri. Si Baju Biru ni adalah lagu untuk Suksis. Tapi sebenarnya lagu asal dia tajuk lain, Kor Suksis. Epul (lead guitar Kuaci Bunga) yang buat tapi diorang da ubah-ubah sikit and jadilah Si Baju Biru.


Lepas tu, sambil-sambil makan ada karaoke tapi tak mainlah karaoke yang tengok skrin kat tv tuh.. Ni life punya.. Hahaha.. VVIP semua sangat-sangat sporting. Dato Aishah pun boleh karok! Sedap pulak tu! :D


Turn Pegawai Penyelaras kitorang pulak. Hihii..



Event ni habis dalam pukul 11 macam tu. Before tu ada tarian Poco-poco, aktiviti wajib bila kitorang berkumpul macam ni. (:



Kemudian sesi tangkap gambar. Sukati ko lah nak posing kat mana pun kan.. Hahahaa... Besnya diorang dah tauliah and dah jadi pegawai dalam Kor Suksis dahh.. Aku ada lagi 1 sem ni.. Waaa.....

(Enjoy the pictures. =>)


Senior batch pertama Kor Suksis UTHM. Kak AJ and Kak Ieja. (:






Setiap jurulatih kitorang dapat potret daripada Pegawai Kor Suksis yang dah tauliah ni sebagai tanda penghargaan.. :)













Pegawai Penyelaras Kor Suksis UTHM, Tuan Ahmad Bahtir. :)





Masa nak balik tu, kereta Zack plak break-down.. Wohhh... Lepas tu terpaksalah ditolak oleh badang-badang yang gagah perkasa sekalian. Hahahhaa....

1,2,3... Tolak!!!!!!


Bersedia ber-posing dimana ada camera menghala ke arah kitorang. Hahaha.. ;P




End of the story. Tata! ^^


2 comments:

kuman komen (: