October 14, 2010

Jom Berlasak!

Hello! (:

Sekarang ni dah macam malas nak update blog. Bukannya takda cerita nak share. Memang banyak. Kalau boleh, nak share hari-hari dengan korang tapi aku lagi suka ber-blogwalking. Hehehee... Sebab aku memang suka membaca.
Nak cerita pasal aktiviti yang aku buat, memang tak laratlah aku nak taip sebab kalau boleh memang aku nak cerita semua. So aku rasa, aku nak cerita pasal diri aku kot. (Ni pun kira aktiviti jugaklah kan? Huhuhu)

Lately, aku rasa macam aku busy je memanjang. Tapi aku tak tahu apa yang busy sangat. Hahahaa.. Tapi minggu lepas memang busy dengan Pesta Konvo (busylah sangat..:P) sebab aku jadi AJK. And lepas habis Pesta Konvo ni, aku rasa macam badan aku letih giler-giler. Rasa macam lesu. Aku rasa aku dah lama dah tak buat aktiviti yang aku suka macam aku sekolah-sekolah dulu. Camping, bersukan, bersenam..... Really want to go back in time and having myself active like before. Hmmm....
Jomlah g camping!!!!!!!! Dulu aku memang pantang kalau ada camping ataupun member ajak turun padang main bola jaring ke, bola tampar ke... Aku sangat bersemangat okeh! :DD Tapi sekarang aku dah tak buat lagi semua tu. Rasa macam ini bukan diri aku. Aku duduk bilik, online, tak ada benda yang aku buat. Lepas tu nak emo-emo lah apa lah.. Tak bestlah wehh! Alaaa... Jomlah g camping. Ada siapa-siapa yang nak ajak aku g camping x? Takpun g bersukan? Jomlaaaaaaaaaa........ Please... :(


Ini last camping aku. Kat Gunung Pulai, aktiviti Suksis.


Ini camping Ikhtiar Hidup, masa aku junior lagi dalam Suksis. (:


Team Tertuga GP, team volleyball aku dalam Suksis. Tapi sekarang dah tak main dah..


Berfutsal bersama rakan Suksis.



Bowling - Skuad senior sekarang. (:



Latihan renang kat Stadium Renang JB dengan Pulamar (Pusat Latihan Polis Marin)


Yang kat bawah ni aktiviti main futsal dengan coursemate aku yang sangat sporting dan best!!! :DD (Tapi sekarang pun dah tak main futsal lagi dah. Tak silap aku kitorang main 3 kali je kot. Tak kisahlah tu sebab kitorang bakal ada pertandingan futsal untuk kos kitorang dengan budak-budak junior dimana AJK sukannya adalah aku. Hihii... Can't wait!)




With Kikyn yang sengal. Hahahaa...


Barisan pemain futsal masa hadapan. =P


Cari mana aku.. Hahahaa....



Kalau korang perasan, aktiviti yang aku buat ni kebanyakannya semua under Suksis. Kalau aku tak masuk Suksis, mesti aku tak dapat dah buat semua aktiviti yang aku suka ni. :( Aku tak ada geng nak ajak g camping, bersukan macam kat sekolah dulu-dulu. Ajak Along lagi lah hampeh! (Along jangan mara naa...hihihi) Along tak minat dengan benda-benda lasak macam ni. Alaaa... Aku nak sangat aktif balik dengan camping and sukan before aku habis belajar and kerja. Nanti dah kerja, confirm dah tak ada masa nak buat benda-benda macam ni. Siapa nak jadi geng camping aku? Angkat tangan!!! Please.... Bring myself back like before....


No comments:

Post a Comment

kuman komen (: