May 20, 2011

Heaven Berada Di Malaysia!


Sekarang dah ada kat Johor, rumah sewa aku. Penat...... Ahad dah kena gi Nilai. Isnin dah start LI... Cerita Kemboja aku cerita nanti ek.. Ada masa aku update lagi...




Mahu tidur dahh... Good night... (:

May 14, 2011

Babai Malaysia??

Yup!! Babai Malaysia for a week... Hihihi... Seminggu je pun. Tomorrow I'm going to Cambodia. Atas urusan apa??

Aku kan join Kor Suksis. Kitorang ada khidmat masyarakat kat sana. Dekat perkampungan orang Champa, dekat Pnom Penh. And ada buat lawatan jugak kat universiti kat sana. Aku memang tak pernah gi luar daripada Malaysia melainkan Thailand (tu pun da lama sangat dah) so macam mana nanti kat sana.... We will see..

Nanti balik sini Jumaat depan, kalau ada masa aku update dalam ni. Sebab Isnin tu aku dah start LI. Mungkin susah nak online. Tak tahu lagi, tengoklah nanti macam mana.

Haa, jangan rindu aku keyh! Hahahaa... (Harapan la ada orang nak rindu.. ;P)



Tata!!

May 12, 2011

Bagi Aku.....

Ni dah dekat nak pukul 3 pagi. Aku pening kepala.. Macam-macam benda aku fikir sampai sakit kepala padahal tak adalah penting sangat pun. Tapi bila membabitkan perasaan orang, mungkin boleh jadi penting..

Hmm.. Aku mungkin nak share pendapat aku dengan korang je..

Bagi aku, memang tak salah pun kalau seorang lelaki kawan baiknya adalah perempuan and seorang perempuan kawan baiknya adalah lelaki. It's fun! Bila lain jantina, cara pemikiran pun berlainan. Character pun tak sama.

Bagi aku, memang tak salah selagi diorang tak langgar batas diorang sebagai kawan baik. Tapi satu benda yang akan jadikan situasi diorang ni agak susah ialah apabila lelaki ni dah ada gf ataupun perempuan tu ada bf.

Tak ada masalah kalau bf/gf diorang seorang yang sangat memahami and boleh masuk pulak lepak-lepak sekali kan... (Aku pun ada kawan macam ni. Rilek je diorang.) Tapi akan jadi masalah kalau bf/gf diorang tak boleh nak ngam langsung dengan bestfriend korang tu. Hmm..

Bagi aku, berkawan baik lain jantina adalah satu benda yang sangat fun and sweet. Tapi bila seorang kawan baik dah terlanggar batas sebagai kawan baik, sepatutnya kena sedar and patah balik. Lagi-lagi bila kawan baik dia dah ada bf/gf..

Bagi aku, it's a normal thing kalau korang tersuka dekat kawan baik korang tu. Tapi dah suka, kena simpan macam tu je lah. Berkawan kena ikhlas. Bila dah terlebih, mungkin akan menggugat hubungan korang sebagai kawan baik and mungkin korang akan hilang dia.

Bagi aku, sebagai kawan baik, sepatutnya ko yang lebih faham dia dari orang lain. Apa yang dia suka, apa yang dia tak suka... Bestfriends are supporting each other. Bukan bagi tekanan kat kawan baik dia.

Sekadar pendapat aku......

Good night.....

Ada Ke Air Ribena Dalam Botol Kaca?

Mula-mula hari tu masa aku nak gi 7e Kak Faren kirim beli air Ribena dalam botol kaca. Aku macam pelik pulak ada ke Ribena dalam botol kaca. Rupa-rupanya sparkling juice Ribena.. Sedap! Ribena+strawberry.. :)

Lepas tu sekarang bila aku gi 7e, dah macam giler nak try semua sparkling juice yang ada situ. Hihihi..... Tadi keluar makan dengan Inche Kesayangan, singgah 7e sebab aku ingat nak beli air Ribena botol kaca.. Hihihi.. Last-last aku bagi Ribena botol kaca tu kat dia, aku beli yang ni....

Eh! Bukan aku yang beli, Inche Kesayangan yang belikan. Tapi aku la yang nak.. Hihihi...... ^^

Perisa epal.. Lagi best dari air Apple F&N ... Heeee...

Try-lah! ^^

May 10, 2011

Kenangan Bersama

Hai hoiii... Hehehee..... Lama dah ke ek aku tak update? Haaa, sorry.. ;P

Semalam sepanjang hari macam tak tahu nak buat apa. Bangun tidur pun lambat. Teruk betul. Mak aku dah call dari pagi tak berangkat-angkat. Manalah anak dia ni pergi. Mak aku dah risau dah padahal aku tak bangun lagi. Hahahaa.. Bila angkat kelentong cakap tadi kat dalam toilet. Berak..... Hahaha

Lepas tu mak cakap, nampak sangat baru bangun. Mak dah call dari pukul 8 pagi tadi... Kantoi! ;P Sorrylah mak.. Malam tidur lambat, online.. Hahaha...

Bila dah tengah hari, perut dah lapar. Nak gi lunch tapi tak tahu nak ajak siapa. Inche Kesayangan tengah study sebab hari ni dia ada paper. Aku dah merdeka dari minggu lepas dahh.. Hahahaa.. ^^

Post kat fb, tengok Isz komen tanya nak makan mana. Hihi... Aku pun ajak dia keluar jalan-jalan plus lunch sekali. (Lunch la sangat. Dekat pukul 4 baru nak lunch. Teruk.. Teruk...) Then kitorang pi lunch kat The Chicken Rice Shop kat BP Mall..

Isz makan mixed vege kot.. Rasa dia pedas masam. Isz suka ni, aku tak suka.

Yang ni aku punya. (:

Then jalan-jalan, pusing-pusing... Keluar BP Mall pi Square 1 plak.. Karoke... Gilo! Best kot! Hahahaa.. Karok dengan Isz best giler. Karok rasa macam gi Gig plak. Lompat-lompat dalam bilik karoke. Hahaa.... Teringat masa semester 1 kitorang pi Gig Elevate sama-sama dengan Eka, Farish, Apit.. Rindu, rindu! Masa tu first time aku jumpa diorang tapi dah boleh ngam terus. ^^


Ni kitorang dengan vokalis band Pure Vibration.

Tengok Isz (pakai baju hijau) dulu, sekarang macam yang kat nasi ayam tu. Dah kurus kan? Cantik kakak saya... ^^



Tengok dekat leher Farish ada gambar gitar. Kitorang boleh pilih nak gambar apa n nak tatu kat mana. Ni bukan permenant taw. Spray je. ^^

Apit dengan Naza The Times.

Band Pure Vibration. Lagu diorang best! Ala-ala Bob Marley. (:

Malam makan Big Apple, then balik... ^^

Sekarang Farish dengan Iz dah jadi bf-gf daa... Hihihihi.....

May 07, 2011

This Is Why..


Belakang kiri, Sapiq. Sebelah dia my cousin, Faiz. And yang duduk kat depan macam senget tu, Boy.. (:

(Gambar ni masa petang Hari Raya Aidiladha kat kampung kitorang.)





.....





.....





.....





Read these:


I miss u too, Boy.





He is my youngest brother yang gedix ya amat, BOY. Mwah!

May 05, 2011

Lamanya Dah Tak Balik Rumah. Hmm..

Again... I'm talking about how homesick am I... Hmmm....

Belum ada rezeki lagi untuk aku balik rumah. Sedihlah.... Nak wat macam mana. Rindu, nangis.... Hmm... Bila nak dapat balik ni. I really miss my mom... Rindu Boy, rindu Sapiq... :'(

Rindu sangat-sangat...... :'(



Rindu masa ni.. Shopping barang dapur masa raya pertama lepas balik dari kampung sebelah arwah abah.. Hehehehee...

Mak... I miss u............................ :'(


Sapiq, adik yang boleh buat apa-apa je sama-sama..... I miss him a lot! :(


Boy, adik yang sangat noty and sangat manja dengan aku. IMY adik! :'(

Tadi Boy text aku, tanya bila aku balik.. Then aku macam tak tahu nak jawab macam mana sebab dah banyak kali Boy tanya aku bila aku nak balik rumah... Sampaikan hari mak cerita kat aku, Boy cakap ceni,

"Mak, nati kalau kakak balik time Boy ada kat asrama, mak bawaklah kakak gi asrama Boy tau.."

Kalau korang, apa yang korang rasa? Aku macam sedih giler.... Tadi dia tanya aku bila balik. Then aku cakap aku tak tahu lah balik bila, lambat lagi.. Lepas tu Boy cakap,

"Ingatkan, kalau kakak balik Sabtu ni, Ahad kakak ajaklah mak datang asrama Boy. Kan ahad ni Hari Ibu..."

Hmm.. Aku tak tahu nak cakap apa... I just can say sorry..... Hmmm....

:'(

May 02, 2011

On His Birthday.

Hello gojes! ^^

Sebelum ni dah janji kat diri sendiri takkan update blog sampai habis final exam tapi ni tak habis lagi paper dah nak update da.. Hehheee... Well, just a short update maybe.. (:

29 April lepas birthday Inche Kesayangan gue. (: Nasib baik masa tarikh tu kitorang dua-dua tak ada paper so bolehlah spend time together. Selalunya bila birthday, mesti orang akan celebrate dengan cake tapi sowie-lah my Inche Kesayangan.... I don't buy him a cake.. Hihi... Just made him a card.. Kad yang paling besar aku pernah bagi dia. Aku lupa nak amet gambar kad tu so tak bolehlah nak tunjuk kat sini.

Birthday dia kitorang just gi tengok wayang tapi tu pun tak boleh tengok yang lewat-lewat sebab malam pukul 8:30 kitorang ade meeting pulak. Huhu... Sedih.. Sedih... Tapi tak kisahlah sebab dapat jugak tengok cerita best! ^^

Thor memang best! U guys should watch it! ^^ Kira dalam 5 bintang, aku bagi 4 setengah lah kot sebab aku pun memang suka cerita jenis macam tu. Dah lah macam lawak-lawak gak.. Hihihi....

Then after tengok wayang, gi McD.. Ingat nak beli ice-cream je tapi terlepak jep and kitorang pon terbeli...................................................................... ini!!!!


Hahahaaa... Well, beli set ni lagi best kot sebab dapat................................................... ini!!!!!! Wink! Wink! (Mata bersinar-sinar)


Woi!!! Salah! Salah!!! Bukan ni.... Hahahhaa... Yang bawah ni... ^^ Menatang pe entah namanya.. Rio ke apa entah... Ada lampu bila tarik ekor dia.. Hehe...


Anyway, aku rasa best sebab dapat buat dia happy. Walaupun tak ada cake at least ada birthday card.. ^^ And I'm glad he loves the card! Tapi memang setiap kali aku bagi kad, dia suka.. Tapi mungkin yang ni special sikitlah sebab kad ni paling besar aku pernah bagi dia and sempena birthday nya.. (:

To Inche Kesayangan, Happy Birthday and semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan semua yang kamu impikan jadi kenyataan... Amin.. (:

I love U gemok! ^^