February 27, 2012

I Miss My Long Hair

February 15, 2012

Tak Boleh Nak Komen?

Aku baru perasan yang korang tak boleh komen entri aku. Nanti aku betulkan balik. Sekarang mood ke laut. Good night.

Tolong Doakan Dia

Hari ni dah hari rabu dah. Maknanya dah 3 hari kawan baik aku tak sedarkan diri lagi.


Dia kawan aku yang memang sangat baik dengan aku and rapat dengan aku. Masalah dia, masalah aku, kitorang share walaupun tak semua lah boleh share sebab ada limit kan. Last aku jumpa dia ahad lepas. Dia cakap isnin pagi tu dia nak balik Shah Alam sebab nak buat project dia. Semester depan ni semester last dia kat UiTM Shah Alam.

Malam semalam aku keluar makan dengan kawan-kawan aku and diorang bagitahu aku yang Syam accident and sekarang ada kat icu. Jantung aku rasa macam tersentap terus. Syam? Syam mana? Cam? Aku seboleh-bolehnya nak pastikan yang Syam tu bukan dia.

Dia accident petang isnin tu. Kena langgar dengan lori kat Kapar. Dari apa yang sepupu dia bagitahu kitorang, tangan and kaki dia patah. Kulit dia ada yang koyak. Ada darah beku kat kepala. Doktor cakap keadaan dia 50-50. Aku sedih sangat-sangat. Even mak aku pun terkejut sangat bila aku bagitahu sebab dia memang baik.

Aku mintak sangat korang tolong doakan dia cepat sedar and sembuh macam biasa. Aku tak dapat bayangkan macam mana perasaan family dia and gf dia. Semoga semua tabah dan dapat doakan yang terbaik untuk Cam.

February 08, 2012

Within A Week

Aku dah ada kat rumah seminggu dah semenjak habis belajar ni. Kalau duduk rumah, kejap aku duduk depan. Kejap aku gi dapur. Kejap aku duduk tengok tv, kejap aku ambil bantal baring kat depan tv. Aku betul-betul tak boleh kalau tak ada benda nak buat.

Boring.

Sementara aku belum dapat kerja lagi, sekarang aku kerja dekat kantin sekolah kawan mak aku. Baru start hari ni. Hari ni aku sampai kantin pukul 720 pagi. Hari first aku kerja, boleh dikatakan aku dah buat 85% kerja-kerja kat situ. Dari kerja kat dapur sampai la kat kaunter. 

Seronok tengok budak-budak sekolah beli makanan kat kantin. Macam-macam ragam. Teringat zaman aku dekat asrama dulu. Hehee.. Tapi kat asrama aku lain sikit dari sekolah ni. Kitorang tak ada bayar, terus ambil makanan.

Benda yang paling kelakar jadi hari ni masa aku jaga kaunter depan tu.

"Bang.. Bang...."

=.='

Tahulah aku rambut pendek, pakai cap, t-shirt besar saiz M dengan jeans je. Cisss... Tak nampak ke aku pakai apron tu.

Walaupun harini aku kerja sampai pukul 6 petang sebab budak-budak ada koko, tapi aku seronoklah sebab aku ada kerja. Tak adalah duduk melangut kat rumah ke depan ke belakang tak tahu nak buat apa.

Baru lebih kurang 2 minggu aku cuti, aku dah start rindukan Parit Raja. I miss my student life yang busy and buat-buat busy sepanjang masa.

Sehari sebelum nak balik, spend time dengan Kikin and adik-adik dia kat BP.


Hari Nabil dengan Zack balik,


Esoknya, turn aku dengan Kikin pulak balik. Breakfast kat So Fresh sebelum naik bus petang tu,



Last breakfast di Parit Raja.

And I miss him too.


Kepada awak, selamat menempuh dunia nakal sepanjang saya tak ada dah kat UTHM. 

February 03, 2012

Semakin Pendek Pulak

Hai korang! Lamanya tak update. Banyak sangat cerita nak share kat sini tapi tak ada masa nak update sebab sibuk spend time dengan kawan-kawan lepas habis final. Aku dah habis belajar dah, alhamdulillah. Sekarang dalam proses nak cari kerja. Kalau korang nak suggest mana-mana untuk aku boleh jugak. Hehe.


Aku sekarang dah ada kat rumah. Malam semalam sampai. Memang tak sabar nak balik rumah. Lagi-lagi bila adik aku cakap dia ada surprise untuk aku. Ingatkan apa. Rupa-rupanya surprise dia kemas bilik and hias cantik-cantik. Apa daaa.. Hehee..


Tapi, satu benda yang paling aku tak sabar bila dah nak sampai rumah ialah aku bayangkan mak masak apa kat rumah. Sebab benda pertama yang aku buat bila sampai rumah, aku akan gi dapur and makan! Memang macam tu selalu. Duduk jauh, balik pun jarang sangat. Mesti punya rindu masakan mak. :')


Disebabkan aku pun dah ada kat rumah, tak ada assignment sebab dah habis belajar, memang aku kena masak. Semalam aku masak lala rebus, ayam dengan ikan keli goreng, kobis celur and sambal belacan. Lepas tu makan dengan nasi panas-panas. Wuuuuu, lapar la pulak.


Mungkin lepas ni blog aku jadi blog masakan. Hahahaaa... Korang, doakan aku cepat dapat kerja ek. Tak betah duduk rumah tak ada buat apa.

By the way, aku potong rambut lagi. Makin pendek. Tak plan pun nak potong tapi dah terpotong kan. Hehehe... Dah la nak cari kerja, rambut pulak gi potong lagi pendek. 


Satu benda yang aku perasan bila dah rambut pendek ni, susah nak pilih baju mana satu nak pakai. Bila pakai je, aku akan rasa tak sesuai and tukar. Tukar. Dan tukar.


=,='