August 28, 2010

7eleven.

Hello people! (:

Aku tak tahu kenapa aku tiba-tiba rajin sangat nak update blog ni haa.. Tapi takpelah.. Korang pon baca je lah ek benda yang aku bebel nehh.. Tadi kan aku g buka puasa dengan Inche Kesayangan. Kitorang g Kluang. Jalan-jalan kejap dekat Kluang Mall and then Inche Kesayangan bawak aku g bazar depan Kluang Mall tu. Dari hari tu dia dok cakap nak bawak aku gi bazar situ. Dia kata best and besar. So tadi aku dah g. Memang besar lah jugak..

Kitorang just beli air honey dew dengan chicken wings. Yang aku terkejutnya, chicken wing tuh harga dia seketul RM1 je weh!! Memang terkejut monyet lah aku! Huhu.. Apsal murah sangat? Besar kot kepak tuh.. Huhu...

Jam dah pun kul 7. So kena cari tempat makan sepantas mungkin. Kitorang g Radix Fried Chicken (RFC). Aku masuk-masuk je, terasa macam kabur. Rupa-rupanya asap dari dapur. Aduhaii.... KFC tak macam tu pon.. McD tak macam tu pon.. Macam mana asap boleh ada. Suasana dia pon macam suram jugak lah tapi orang agak ramai lah sebab memang dah nak buka puasa kan. Mula-mula beratur, tapi takdalah panjang sangat. Dah dekat nak sampai kaunter tu kitorang pusing belakang and tengok meja semua full. Cehh!!! Baik aku gi cop tempat dulu tadi! Tak apalah. Takda rezeki nak makan kat situ kot.

Then terus naik kereta and menuju ke 7e sebab nak beli mineral.


Sampai je kt depan tu, dah masuk waktu berbuka dah pun. Waaaa... Terpaksa lah kitorang berbuka dalam kereta. Inche Kesayangan baca doa buka puasa. (: Kitorang pun berbuka lah dengan chicken wings and air yang dibeli kat bazar tadi. Sedih je tapi macam best jugak. Hahahaa.... Buka dalam kereta depan 7e.. Hahahaaa...


Ni haa ayamnya.. ^^ Beso kan??

Muka selebet. Memang penat sangat kot hari ni.. Huhuhu...


Inche Kesayangan suruh letak gambar ni.....


Saja nak dengki aku kan? Dia nampak lebih.. Tak kira!! Aku nak jugak!!


Hehehhee.... ^^ Jemput makan ayam!

Siapa Yang Tak Suka Barang FREE Angkat Tangan!

Hari ni adalah hari yang bosan sebab aku tak tau nak buat apa. Dari bangun tidur sampai lah tengah hari aku ngadap lappy dan meng-online. Huhuh... Lepas tu kemas-kemas bilik kejap. Lepas tu kan.. Azza ajak keluar!!! Hehehe... Best! Kitorang gi BP Mall je. Azza nak belikan abang dia biskut Arowana untuk abang dia. Baiknya adik ni... Hahahaa... Ramai jugaklah kereta kat BPmol tu tapi bila masuk dalam orangnya tak seramai kereta kat tempat parking. Pelik binti Ajaib.

Kat Bpmol hari ni ada Libresse punya promotion. Dia just suruh isi borang and lepas tu dia bagi pack Libresse for FREE!! :DD Suka lah aku dengan Azza! Hahahaa...



1 borang untuk 1 pack tapi Azza sangat pandai. Dia suruh kitorang gi letak yang dah dapat ni kat dalam kereta. Lepas tu gi situ balik. Hahahaa.. Tapi 2nd time tu kitorang gi terus kat lori dia. Siap boleh main game lagi. Kitorang buat ujian personaliti.


Azza bersama pad Libresse. :P


Ni kitorang tengah buat ujian personaliti. Just jawab soalan kat dalam laptop tu je. Azza sesuai untuk jadi CEO and aku kerja Artistic. Hahahaa.....




Dah penat buat kerja yang macam takda kerja ni. kitorang pun amet keputusan nak balik. Sebab lepas ni aku nak keluar dengan Inche Kesayangan plak. Buka puasa bersama. Yeahhh!! :DD


Hamek ko! Gambo terbalik! Lantaklah.. Malas aku nak upload lain. Hahaha...


Selamat berbuka puasa semua.... Tata!! ^^

Klik-klik Je Lah Ekkk..

Aku sebenarnya nak buat entri pasal yang aku buka puasa dengan Geng Nyahh ari tu tapi 3 of them dah buat dah entri tu.. So aku just link-kan diorang punya entri lah ekk.. (:




I Love My Girlfriends So Much! ^^


Blog Along/Mashie:
Girls Day Out~~ Nyah Nyah Nyahh~~
Blog Qi: Girlss Crazisss Day Out
Blog Nieja: Malam Yang Ceria Bersama Kanak-kanak Ribena


Happy reading!! ^^

Korang Pernah Makan Ke?

Tadi kan aku.. Eh, eh!! Assalamualaikum.. (:

Tadi kan kitorang gi Square One kat BP. Konon-konon nak gi teman Suexy tengok kasut untuk raya tapi dah melencong ke mana dahh... Hahahaa... Suexy belanja aku dengan Azza coolblog (minuman terbaik sepanjang zaman). Da dapat air, gi karoke plak. Suexy lah yang nak melalak. Hahahaa.. Tapi aku dengan Azza pon join sekali lah kan.. (: Itu dah wajib. Hahahh... Karoke adalah aktiviti yang boleh wat aku hilangkan tension aku sekejap. (:







Lepas puas karok sampai tempat karok tu pon nak tutup dah, kitorang gi masuk Carrefour plak. Cari Maggi sebab balik nak wat murtabak Maggi!! Hehehee... Beli telur sekali sebab kat rumah telur dah kehabisan stok. Hahahhaa.....

Suexy dan Azza bergaya bersama Maggi. ^^



Telur beli 10 biji sudah cukup.


So..!! Jeng.. Jeng.... Dah sampai rumah, terus tukar baju and bersemangat ni nak masak murtabak Maggi. Hehehee... Resepi untuk memasak ataupun membuat murtabak Maggi..


1. Mula-mula korang kembangkan dulu mee Maggi tu. Takkan lah nak masak keras keriuk cemtu kan.


2. Lepas tu kacau telur. (Kitorang terpaksa guna periuk nasik yang kecik ni sebab kat rumah ni takda mangkuk. Huhuu.. Ayun betul laa....)


3. Seterusnya campur dengan perencah kari Maggi tu.



4. Gaul-gaul sekata sampai dia rata.


5. Panaskan minyak dalam kuali. Alaaa... Inipun mesti korang tau punya.


6. Dah panas, masukkan Maggi tadi tu. Kita goreng dia!!! Ratakan jadi bulat, buat macam lempeng tawh..


7. So dia akan jadi bentuk macam ni. Dah agak-agak tu, terbalikkan sekali je. Kang kalau terbalikkan banyak kali hancur plak kang. Terus jadi macam telur hancur dahh..


8. Haaa... Dah siap pun!!! :DD Ni kitorang kena potong 2 sebab dia beso sangat. Tak muat pinggan. Huhuuu...


9. Tak kisahlah korang nak cakap hodoh ke ape ke murtabak yang kitorang buat ni. Yang penting dia memang sedap giler!!!!!!!!!!!



Last bite tu siapa mahu??!!!! :P

August 27, 2010

Keseorangan laa..

Sedih hari ni buka puasa sorang-sorang. Budak-budak rumah ramai yang takda. Yang ada pun tak boleh puasa. Huhuu.. Tapi nasib baik tadi Azza temankan aku makan kat meja makan. Thanks Azza! ^^ Hari ni aku buka puasa makan nasik, ikan bakar beli kat bazar last minute, RM2 sahaja. (:
Plus air longan. So hari ni duit dihabiskan sebanyak RM3. Dan baki tinggal RM1.. Huhuhuu..... Kejap lagi mahu temankan Suexy g BP Mall. Dia mau g tengok cadar. Till then yea sayang-sayang.. Tata.. ^^

August 26, 2010

Gila!

Tadi aku dengan Azza + Along keluar gi bazar. Tapi memang hari yang menakutkan and membengangkan betul! Traffic kat Parit Raja ni memang teruk hantu betul! Orangnya pun sama! Warrgghhhh!!!!!! Geram aku! Diorang ni takda manners la kat jalan raya. Macam mana lah nak kurangkan accident kat sini. Accident da lah yang terus kiok punya. Hoish! Takut aku. Kata kat sini kawasan kampung, orang-orangnya penuh berhemah, jaga masyarakat lah apalah.. Tapi tengoklah macam tadi! Aku tak paham betul. Tak sabar. Kalau orang kat sini sendiri pun bawak kenderaan macam tu, dah tu orang luar nak jadikan siapa contoh?


Ni kat traffic light Parit raja.




Ni kat kawasan kedai-kedai dekat dengan traffic light.




Aku mintak maaflah kalau ada orang dari Parit Raja yang baca ni. Aku memang cakap dari apa yang aku perhatikan. Mungkin bukan semua macam tu tapi orang yang memang teruk ni, tolonglah ubah demi keselamatan orang-orang lain kat jalan raya tu. Sekian.



August 24, 2010

Shopping Raya Dah?

Aku da bukak balik blog ni kepada public. Bosan la plak tak ada komen-komen. Hahahaaa... (ari tu private jep)

Korang da shopping raya dah? Aku kalau time-time ceni nak raya aku macam tak pening kepala sangat lah pasal nak wat baju raya sebab mak aku kan tailor.. Hahahaa... So balik-balik je mak aku dah siapkan baju untuk aku. Wahh!!! :D Tahun ni aku baju raya aku 5 pasang kot. Hahahaa.... Kalau orang perempuan, biasanya akan sibuk-sibuk untuk cari tudung yang match dengan baju kan? Ni lagi-lagi nak raya dah. Mestilah semua mahu nampak paling cantik. (:

So kat sini aku nak promote la shawl yang kawan aku, Suexy jual. Aku tengok pon terasa nak beli semua tapi kang bukan pakai pon. Hahahaaa.... Membazir. Kepada korang yang tengah fenin nak cari tudung atau shawl untuk dipakai raya ni (untuk pakai hari-hari pon lagilah boleh) bolehlah melawat ke blog rakanku ini. (:



http://shawlsdehermosa.blogspot.com/




Jangan sekadar melawat, beli-belah sekali. Hehehe.. Yang bestnya shipping FREE ok! :D

p/s: Suexy!! Bagi aku upah cepat!! Hahahaa...

August 22, 2010

Public-Private.

Sekarang ni aku macam takde gambar nak letak. Sekarang ni emosi aku tak stabil. Aku macam bercelaru. Kenapa entah. Semua ni jadi tiba-tiba. Aku sedih, geram, bengang. Semua ni aku rasa dalam satu masa. And even sekarang ni pon aku rasa macam nak nangis. Hmm.... :( Aku terfikir. Aku ni betul ke tak betul. Aku penatlah nak menghadap semua ni. Terasa macam nak lari dari semua orang. I need to be alone for sometimes. Hurm...

(Removed)

Back to the story. I got to know some people who are already be my friends for month (I thought). And I'm happy with them. Diorang sangat cepat get along dengan siapa-siapa. I love the way they appreciate their friendship. From primary school until now, together. What a sweet thing. (: Tapi ada satu benda yang betul-betul buat aku serabut. And aku selalu sedih pasal benda ni. I know it is wrong for me. But sometimes I want it to be right. Arghhh!! Woi lah! Bengong aku ni! Huhuu..

Sekarang aku dah private-kan blog ni. Certain people je yang boleh baca sebab aku taknak orang ambil tahu lebih-lebih pasal aku and saja nak cari pasal. Hmm... (Removed) I won't. So now I just can look (removed), and talk as usual. What a crazy me.

August 21, 2010

I Really Don't Know.

I don't know what I'm feeling right now, what I'm facing now. I know it's wrong but I can't stop it. I don't ask for it. It comes all of sudden, and I feel "WAHHHHH!!".. It shouldn't happen. I don't want it but I can't control. It's not like eat a doughnut and the last bite, we will feel, "Oh! This is the last bite and I satisfied because it already full my tummy." It is not as simple as eat the round thing.

Hmm.. I must be strong. Syuhhhhhhh.. Please go away. I don't need this. I don't want the complicated thing become worst. Syuuhhhhhhh.... ='(





But it must be hard for me. I don't know when this thing started to happen but I am SAD. Really.. ='(

August 19, 2010

Aku khilaf.

Aku manusia biasa. Aku macam orang lain jugak. Kadang-kadang tak cukup dengan apa yang dah ada. Kadang-kadang tak puas hati dengan apa yang aku miliki. Tapi aku manusia biasa. Khilaf. Aku punya perasaan sama macam orang lain. Perasaan ingin disayangi dan menyayangi. Kadang-kadang aku rasa apa yang aku ada, aku mahu lebih lagi. Aku ada family, keluarga, kawan-kawan, orang istimewa dan orang-orang yang sayang aku. Tapi aku kadang-kadang terlupa. Terlupa yang bukan semua orang rasa macam yang kita rasa. Bukan semua orang yang memahami aku. Dan bukan semua orang dapat penuhi apa yang aku mahu.

Memang sedih tapi itu hakikat. Dia memang takkan dapat penuhi.

August 18, 2010

Taknak Tak Makan Boleh Tak?

Lapar!!!!!!!!!!!!! Huhuuu... Aku betul-betul tengah lapar ni. Plus otak pun tengah serabut kan. Memang la terasa lapar. Orang pun bley telan ni. Huwaarrgghhhhh!!!!! Aku ABC, so xpose lah ari ni! Heheee... Tapi betul la selama ni apa yang aku fikir, kalau kita puasa, kita niat.. So kita takkan rasa lapar time puasa. Tapi, bila bulan puasa atau bulan-bulan biasa lah kan, kita tak makan, memang perut asek nak berbunyik je kn. Huhuu... Tu laa.. Allah da bagi kesenangan dah kat kita nak berpuasa. Tak tau lah orang-orang yang tak puasa tu apa nak jadi. Huhuu...

Hah!! Dah bulan puasa ni takkan aku nak gi beli makanan kat luar plak kan?? So solution-nya, makan la biskut! Hehehee.. Biskut ni comel! Dibelikan oleh Inche Kesayangan. Hehehee....


Ni haa kotak dia.. Comel kan?? (:



Ni lapisan kedua. Hahaaa...



Inilah biskut choco chips saya!!!!!!!!!!!!!! :DD


Pssstttt... Orang puasa jangan terliur tawh!! ^^'

August 16, 2010

Rempit VS Samseng Jalanan

Tengok tajuk da macam nak ulas pasal movie tu plak kan? hahahaaa... Takde lahh.. Aku sekarang ni tengah buat report, assigment. Esok da kena hantar. Huhuu... Masa aku tengah pening-pening fikir nak buat kerja ni, tiba-tiba aku terfikir pasal Mat Rempit. Bukan nama orang tau. Ni mat rempit yang bawak motor tu. Rakyat jelata selalu cakap yang mat rempit ni orang yang merempit berlumba kat jalan raya tu, yang dok buat wheley (ceni ke eja?), cikang laa..leci kang.. Pe jadah entah. Aku pon tak tahu.. Huhuuu.. So aku pun Googled and baru aku faham.

"Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan moto kapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Minah Rempit pula boleh jadi merupakan seorang pelumba perempuan, atau teman wanita Mat Rempit." (http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=4256:samseng-jalanan--mat-rempit&catid=16:isu-nasional)


Betul ke macam tu?? Entah laa.. Aku pun tak tahu la nak komen macam mana. Tapi dulu aku pernah ada pengalaman ber kawan dengan golongan ni. Aku takde lah sampai gi merempit sekali. Hahahaa... Lawak ko bunyi nya aku gi merempit. Kang tak sempat nak merempit kang aku da masuk longkang dulu. Hahahaa... Ok, sambung cerita. Bagi aku la kan, sesetengah Mat Motor bukannya merempit pun. Diorang cuma suka bawak motor laju and bagi diorang itu adalah kepuasan. Tapi kalau ikut undang-undang jalan raya pun kita tau yang bawak kenderaan melebihi had laju tu salah kan?

Tapi ada jugak mat-mat rempit yang memang kaki rempit pun. Minum arak la, vandalisme, kaki perempuan.. Berlumba ada yang just untuk suka-suka and ada jugak yang memang nak habuan diorang kan. Aku tak pernah lagi tengok orang berlumba. Maksud aku, tengok dari tempat mula, macam mana diorang start semua tu aku tak pernah tau pun. Kalau time kat KL la (mana-mana pun sama je) bila malam, memang nampak mat-mat rempit tengah race. Gilo!

Polis pun dah buat macam-macam nak banteras diorang ni. Sekatan la apa lagi ntah. Tapi tak jalan. Degil mat-mat ni... Huhuu... Aku kadang-kadang terfikir, sebenarnya kalau diorang ni gi race yang halal punya kat trek, lagi bagus. Kalau dapat jadi wakil Malaysia, lagi la bagus. Duit dapat, nama pun dapat. Dapat harumkan nama Malaysia lagi taw.

Tapi masing-masing punya pendapat sendiri la kan. Bagi aku, nak berseronok boleh tapi kalau sampau bahayakan nyawa sendiri, macam mana tu?? Kalau nak tanya pengalaman orang yang pernah bawak motor laju-laju and orang yang pernah naik motor yang dibawak laju, mesti diorang akan kata, "SERONOK!". Tak dinafikan laa.. Aku pernah gak tanya orang-orang tertentu, semua cakap benda yang sama. Yang tak pernah naik motor, lepas naik pun akan cakap seronok. Tapi tu laa.... Kalau dah disalahguna kemahiran pandai-bawak-motor-laju tu kat tempat yang salah and tujuan yang salah, memang sia-sia la. Huhuu..

Secara jujurnya aku cakap, aku memang sangat suka nak tau pasal motor@kereta. Aku sangat teruja nak join race motor macam Sprinta tu and race kereta (tp yang macam F1 aku tak minat). Aku sangat-sangat mahu. Tapi tak ada peluang kan. Sprinta tu kan untuk lelaki je. Tak apalah.. Go Kart pon ok la kot tp belum ada peluang lagi nak try. Maybe one day.. (:


Amet ko!! Ini pun boleh buat merempit!!! Hahahaaa...

August 15, 2010

Sekali harung ko!!


--> -->
Entri ni untuk 3 hari punya. Aku compile sekali. Hahahaaa….
Hari Jumaat lepas, pas abis kelas aku terus rushing balik rumah sebab pukul 7 nak gerak gi Batu Pahat da, nak balik Melaka. Heheheee… Nasib baik tak payah nak tunggu bus tingtong tu. Kitorang sampai je kat bus stop depan taman tu, terus bus sampai. Rezeki..hehee…. Dalam sejam jugaklah nak sampai Batu Pahat.
Yang sedihnya, kitorang buka puasa dalam bus. Huhuu… Orang kalau buka dalam bus selalu makan simple-simple je kan? Tapi aku dengan Along makan beria. Ada murtabak, bubur pedas bawak dari rumah (ni Izzah yang masak.. Sempat amet sikit bawak dalam Tupperware. Hihihii..). Kesian aku tengok pakcik bus tu. Dah la tak dapat buka puasa dengan family, kena buka puasa dalam bus masa tengah bawak bus pulak tuh. Huhuhuuu… Sedihhhhh… Uhuk!




Tepat jam 7:53pm (jam aku cepat 10 minit), kitorang pun sampai lah kat station bus BP and rush la jugak gi kaunter tiket sebab takut tiket balik Melaka abis. Sampai-sampai je kaunter, terus Along bagitau kat pakcik depan kaunter tu nak balik Melaka 2 orang. Kitorang sangat bertuah sebab kitorang dapat tiket and betul-betul bertuah sebab 2 tiket tu adalah tiket last! Fuhhh kau! Nasib baik! Lepas kitorang da dapat tiket tu ada orang nak beli lagi tapi nak wat cene, dah abis dahhh… Rezeki kitorang.. (:
Tiket kul 8:15pm. Ada masa lagi mao gi beli makanan. Hehehee.. Along teringin nak minum air Pepsi KFC. (Padahal boleh je beli Pepsi botol tu kan tapi dia saja je gedik ni..hahahhaha) Masa kat KFC, terjumpa plak Aireen. (: Dia pun mao balik KL. Konon-konon mao beli air je kn. Hampeh! “Kak… Nak snack plate 1. Take away yaa..” Hahahahaa… Boleh blah! Memang kuat makan kitorang ni.. Hahahaa…. Da nak bus pukul 8:15, kitorang terus makan ayam, nyum!! Hihiii….. Masa kat dalam bus tu, orang yang duk belakang sekali tu memang tak boleh blah betul. Kalau naik bus malam memang la sejuk macam dalam ais. Tu semua orang tau. Tapi yang lawaknya, orang tu gi sumbat botol air mineral tu kat lubang air-cond. Hahahaaa… Korang dapat bayangkan x? Lubang air-cond tu tak boleh nak tutup sebab da tercabut. Cian dia.. Hahahaa.. :P 2 jam dalam bus, sampai Melaka Sentral. Then babah amet balik rumah. Home sweet home. (:


Esoknya kitorang menggila bulan-bulan puasa ni kat Jusco baru kat Melaka tu. :) Along bawak Kak Lela. Gilo akak ni.. Hahahahaa... Seronok u....hahahha.... Kitorang gi berempat. Bawak Alim sekali (adik Along) sebab nak belikan dia hadiah birthday dia..


Rambut singaku masih panjang..hahahhaa



Yang pakai tudung tu Kak Lela.. Dia orang Indonesia. :) Nak kahwin dah pun.. Hehehee...


Si sengal ni haa... Pantang nampk kedai baju nyah oiii....


Alim.... :)



First time kitorang g Jusco baru tuh.. Jakun ko! Hahahaaa... Da setel beli kasut Alim, aku pulak nak gi potong rambut. Sebab nak potong rambut adalah rambutku sangat banyak gugurnya.. Huhuhu.. Da macam orang sakit dahh.. Takut aku!

Tapi, Cina yang gunting rambut aku tu cakap, rambut aku takde problem pon. Oke je. Rambut aku gugur takde kaitan dengan rambut panjang aku pun. Huhuu... Dia kate kulit kepala aku la problem sikit. Haa.... Takkan la dia dok cakap je kan? Mestilah lepas tu dia offer beli produk dia.. Lantak ko laa.. Aku da la nak cepat. Mak da suro beli kuih dengan sos. Last2 aku kena tinggal dengan Alim kat salun and Along dengan Kak Lela gi beli barang mak suro beli. Takut tak sempat nati.

Lepas dia potong, dia basuh. Lama ko dia syampu rambut aku. Huhuhuu... Dekat nak pukul 5 lebih baru siap bilas rambut aku. Tu belum keringkan lagi. Waaaa.... Tapi dia macam tau-tau je kan aku nak cepat. Sekali dua orang g hair-dry rambut aku. Nasib tak terkehel leher aku. Huhuuu.... Kul 6 Along da message suruh cepat. Lepas bayar aku dengan Alim gi berlari naik jejantas nak gi Melaka Sentral. Penat wehh!! Dah la puasa! Along tak puasa tak apalah.. Hihihi.. Oppssss~ :P

So sayang-sayang sekalian... Ni lah my new hair.. Masa kat salun tu aku tengok lurus je, ni da jadi lain macam plak rambut aku. Huhuhuu.. Oke la kot ni...


Tadaaaaaa!!!!~ :DD

Ni tadi petang. Tunggu bus nak balik.. Huhuhuu...

August 12, 2010

Kalaulah boleh jadi RM..


Huh!!! Tengok tuh... 4831???? Penuhnya inbox aku. Tak pernah penuh camni tawh! Waaaa... Siapa nak tolong delete? Angkat tangan!!! Aku bagi upah!!! Hehehee.... Malasssssss ni... Huuu.. Cuba korang tengok. Inbox aku penuh dengan message notification daripada Facebook. Huh! Sengal! Boleh tak kalau aku taknak Encik Facebook ni hantar notification message kat aku? Ada tak siapa-siapa yang tau macam mana nak buat ni?? Tak sukalahh.. Asyik nak kena delete je bila bukak email. Ingat aku xde kerja lain ke aku nak buat?? Huhuu...

Kalaulah 4381 tu boleh jadi RM.. Wahhhh... Kaye lerr teman!!!! ;D

August 10, 2010

Penat wehh..

Hello, hello..

Aku saja lah nak try ubah-ubah background ni, colour tulisan dia.. Tapi macam hampeh la plak.. Huhuu.. Nanti je la aku baik pulih dia. Penat dari tadi dok ngadap menda ni je.. Nak tido! Nati pukul 3pm ada kelas plak.. Mengantuknyaa... Uhuhuu....

Ramadhan Menjelang Tiba.

Bersempena dengan Ramadhan Al-Mubarak ni aku nak mintak maaf la ek kat siapa-siapa yang rasanya pernah terasa dengan aku. Aku pun manusia biasa and biasalah kalau ada silap. Tak ada siapa pun yang perfect kat dunia ni. And aku pun nak bagi nasihatlah kat korang. Janganlah sewenang-wenangnya kita nak judge orang yang kita tak kenal rapat pun. Kalau rapat pun, jangan fikir yang kita ni macam tau semua pasal diri dia. Mungkin dengan korang dia lain sebab taknak bagi korang rasa tak selesa bila dengan dia. And bila kat rumah dia lain, jadi diri dia betul-betul. Kita ni hidup sama-sama, mestilah sepatutnya support kawan tu and bagi nasihat yang bernas. Bukannya kutuk belakang, gosip sana, gosip sini. Nobody's perfect okeh.

Semoga di bulan mulia bulan Ramadhan ni kita saling bermaafan sesama kita ye. (:


Toilet memang selalunya tempat bergambar favourite perempuan kan? Hahaha.. :P

August 08, 2010

Si Comel Saya!

Hello kawan2.. Hehehe....

Kalau balik rumah, aktiviti wajib aku adalah tengok tv!! Hehehee... Sebab kat rumah sewa aku mana ada tv nak tengok.. Uhuk! Pastu adalah tertengok satu katun nehh.. Sangat comel-momel wehh.. Katun ni background dia colour putih je tapi kanak-kanak dalam tu sangat comel!! Aku yang tengok ni pon da jadi..errr....co..m.....suka tengok dia! :P

Katun Pocoto!!! Wehh..salah taip..huhu... Again yeaa.. Katun Pocoyo!!!!! Wehheeww~ :DD




Shhhhhh......


Jom kita melintas!! :D Kiri, Kanan, Kiri...



(Aku baru format lappy ni.. Hehee... Best-best! Dah boleh letak background, tukar-tukar... :P) - Ni bukan Pocoyo yang cakap, aku cakap tawh! (:



Comelnyeeeeee Pocoyo!!!!!! Mahu bear Pocoyo 1!!!!!!!

August 06, 2010

Kerja Pembersihan Loji Bersama.

Ari ni kelas aku start pukul 10 pagi and habis pukul 12 tengah hari. Tadi sampai rumah je aku tengok ada 2 makhluk tengah dok mengeluarkan barang dari peti ais kitorang. Pelik laa aku kan.. Rupa-rupanya peti ais kitorang dah diserang dengan ULAT!!!!!!!!!!!!!!! Huhuhuu.... Apalah ulat ni.. Gi la tempah lain nak duduk.. Peti ais kitorang tu tak sejuk macam peti ais. Seminggu sekali kena tutup 24jam.. Huhu.. Apparaaaaa..... So aku pon pergi la tukar baju and memulakan kerja-kerja pembersihan ulat.


Ini je barang dari dalam peti ais yang selamat. :(



Korang nampak tak macam ada bintik-bintik kat dalam peti ais tu? Tu lah ulat yang dah mati. Nasib baik da mati, kalau tak, pengsan kitorang nak menghalau mereka tu.. Huhuu..



Ni haa nyah-nyah gilo yang wat kerja-kerja pembersihan loji..eh!! Pembersihan peti ais...hihi...



Aku sebagai tukang ambil gambar. Tu sebab aku tak ada dalam ni. Bukan sebab aku dok goyang kaki tawh!!!


Haaa..... Bila dah bertungkus-lumus membersihkan peti panas tu, aku pon bagi lah peti tu wangi-wangi sebab nak hilangkan bau busuk dia.. Bagi wangi pakai air freshner (ceni ke eja dia??), LAMPE BERGER.. Produk yang sangat bagus untuk udara and diri kita jugak sebab dia ada macam-macam jenis oil..Untuk migrain, sakit kepala etc.. Siapa yang berminat boleh contact aku ekk.. (Sempat lagi nak berbisnes kat sini..hihi)



Yang colour purple atas kerusi tu la LAMPE BERGER. :)

August 02, 2010

Siapakah yang men-follow-ku ni??

Cuma entri yang pendek. Nanti-nanti baru bercerita panjang. Just nak say HI to readers...HI people!!! :D HI anda! HI angah! HI along! HI adik! HI uda! hihihi.... ;P