August 15, 2010

Sekali harung ko!!


--> -->
Entri ni untuk 3 hari punya. Aku compile sekali. Hahahaaa….
Hari Jumaat lepas, pas abis kelas aku terus rushing balik rumah sebab pukul 7 nak gerak gi Batu Pahat da, nak balik Melaka. Heheheee… Nasib baik tak payah nak tunggu bus tingtong tu. Kitorang sampai je kat bus stop depan taman tu, terus bus sampai. Rezeki..hehee…. Dalam sejam jugaklah nak sampai Batu Pahat.
Yang sedihnya, kitorang buka puasa dalam bus. Huhuu… Orang kalau buka dalam bus selalu makan simple-simple je kan? Tapi aku dengan Along makan beria. Ada murtabak, bubur pedas bawak dari rumah (ni Izzah yang masak.. Sempat amet sikit bawak dalam Tupperware. Hihihii..). Kesian aku tengok pakcik bus tu. Dah la tak dapat buka puasa dengan family, kena buka puasa dalam bus masa tengah bawak bus pulak tuh. Huhuhuuu… Sedihhhhh… Uhuk!




Tepat jam 7:53pm (jam aku cepat 10 minit), kitorang pun sampai lah kat station bus BP and rush la jugak gi kaunter tiket sebab takut tiket balik Melaka abis. Sampai-sampai je kaunter, terus Along bagitau kat pakcik depan kaunter tu nak balik Melaka 2 orang. Kitorang sangat bertuah sebab kitorang dapat tiket and betul-betul bertuah sebab 2 tiket tu adalah tiket last! Fuhhh kau! Nasib baik! Lepas kitorang da dapat tiket tu ada orang nak beli lagi tapi nak wat cene, dah abis dahhh… Rezeki kitorang.. (:
Tiket kul 8:15pm. Ada masa lagi mao gi beli makanan. Hehehee.. Along teringin nak minum air Pepsi KFC. (Padahal boleh je beli Pepsi botol tu kan tapi dia saja je gedik ni..hahahhaha) Masa kat KFC, terjumpa plak Aireen. (: Dia pun mao balik KL. Konon-konon mao beli air je kn. Hampeh! “Kak… Nak snack plate 1. Take away yaa..” Hahahahaa… Boleh blah! Memang kuat makan kitorang ni.. Hahahaa…. Da nak bus pukul 8:15, kitorang terus makan ayam, nyum!! Hihiii….. Masa kat dalam bus tu, orang yang duk belakang sekali tu memang tak boleh blah betul. Kalau naik bus malam memang la sejuk macam dalam ais. Tu semua orang tau. Tapi yang lawaknya, orang tu gi sumbat botol air mineral tu kat lubang air-cond. Hahahaaa… Korang dapat bayangkan x? Lubang air-cond tu tak boleh nak tutup sebab da tercabut. Cian dia.. Hahahaa.. :P 2 jam dalam bus, sampai Melaka Sentral. Then babah amet balik rumah. Home sweet home. (:


Esoknya kitorang menggila bulan-bulan puasa ni kat Jusco baru kat Melaka tu. :) Along bawak Kak Lela. Gilo akak ni.. Hahahahaa... Seronok u....hahahha.... Kitorang gi berempat. Bawak Alim sekali (adik Along) sebab nak belikan dia hadiah birthday dia..


Rambut singaku masih panjang..hahahhaa



Yang pakai tudung tu Kak Lela.. Dia orang Indonesia. :) Nak kahwin dah pun.. Hehehee...


Si sengal ni haa... Pantang nampk kedai baju nyah oiii....


Alim.... :)



First time kitorang g Jusco baru tuh.. Jakun ko! Hahahaaa... Da setel beli kasut Alim, aku pulak nak gi potong rambut. Sebab nak potong rambut adalah rambutku sangat banyak gugurnya.. Huhuhu.. Da macam orang sakit dahh.. Takut aku!

Tapi, Cina yang gunting rambut aku tu cakap, rambut aku takde problem pon. Oke je. Rambut aku gugur takde kaitan dengan rambut panjang aku pun. Huhuu... Dia kate kulit kepala aku la problem sikit. Haa.... Takkan la dia dok cakap je kan? Mestilah lepas tu dia offer beli produk dia.. Lantak ko laa.. Aku da la nak cepat. Mak da suro beli kuih dengan sos. Last2 aku kena tinggal dengan Alim kat salun and Along dengan Kak Lela gi beli barang mak suro beli. Takut tak sempat nati.

Lepas dia potong, dia basuh. Lama ko dia syampu rambut aku. Huhuhuu... Dekat nak pukul 5 lebih baru siap bilas rambut aku. Tu belum keringkan lagi. Waaaa.... Tapi dia macam tau-tau je kan aku nak cepat. Sekali dua orang g hair-dry rambut aku. Nasib tak terkehel leher aku. Huhuuu.... Kul 6 Along da message suruh cepat. Lepas bayar aku dengan Alim gi berlari naik jejantas nak gi Melaka Sentral. Penat wehh!! Dah la puasa! Along tak puasa tak apalah.. Hihihi.. Oppssss~ :P

So sayang-sayang sekalian... Ni lah my new hair.. Masa kat salun tu aku tengok lurus je, ni da jadi lain macam plak rambut aku. Huhuhuu.. Oke la kot ni...


Tadaaaaaa!!!!~ :DD

Ni tadi petang. Tunggu bus nak balik.. Huhuhuu...

3 comments:

  1. cntik rmbut br..he3..i loike!!!!!..ngeh3

    ReplyDelete
  2. beshhkan yggg...
    kkite memg ditakdirkan bersama kan angah....~ suke sgt..even kita susah pun kite sentiasa happy kan ygg..yggg thnks ygggg!!!!!

    ReplyDelete

kuman komen (: