August 16, 2010

Rempit VS Samseng Jalanan

Tengok tajuk da macam nak ulas pasal movie tu plak kan? hahahaaa... Takde lahh.. Aku sekarang ni tengah buat report, assigment. Esok da kena hantar. Huhuu... Masa aku tengah pening-pening fikir nak buat kerja ni, tiba-tiba aku terfikir pasal Mat Rempit. Bukan nama orang tau. Ni mat rempit yang bawak motor tu. Rakyat jelata selalu cakap yang mat rempit ni orang yang merempit berlumba kat jalan raya tu, yang dok buat wheley (ceni ke eja?), cikang laa..leci kang.. Pe jadah entah. Aku pon tak tahu.. Huhuuu.. So aku pun Googled and baru aku faham.

"Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan moto kapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Minah Rempit pula boleh jadi merupakan seorang pelumba perempuan, atau teman wanita Mat Rempit." (http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=4256:samseng-jalanan--mat-rempit&catid=16:isu-nasional)


Betul ke macam tu?? Entah laa.. Aku pun tak tahu la nak komen macam mana. Tapi dulu aku pernah ada pengalaman ber kawan dengan golongan ni. Aku takde lah sampai gi merempit sekali. Hahahaa... Lawak ko bunyi nya aku gi merempit. Kang tak sempat nak merempit kang aku da masuk longkang dulu. Hahahaa... Ok, sambung cerita. Bagi aku la kan, sesetengah Mat Motor bukannya merempit pun. Diorang cuma suka bawak motor laju and bagi diorang itu adalah kepuasan. Tapi kalau ikut undang-undang jalan raya pun kita tau yang bawak kenderaan melebihi had laju tu salah kan?

Tapi ada jugak mat-mat rempit yang memang kaki rempit pun. Minum arak la, vandalisme, kaki perempuan.. Berlumba ada yang just untuk suka-suka and ada jugak yang memang nak habuan diorang kan. Aku tak pernah lagi tengok orang berlumba. Maksud aku, tengok dari tempat mula, macam mana diorang start semua tu aku tak pernah tau pun. Kalau time kat KL la (mana-mana pun sama je) bila malam, memang nampak mat-mat rempit tengah race. Gilo!

Polis pun dah buat macam-macam nak banteras diorang ni. Sekatan la apa lagi ntah. Tapi tak jalan. Degil mat-mat ni... Huhuu... Aku kadang-kadang terfikir, sebenarnya kalau diorang ni gi race yang halal punya kat trek, lagi bagus. Kalau dapat jadi wakil Malaysia, lagi la bagus. Duit dapat, nama pun dapat. Dapat harumkan nama Malaysia lagi taw.

Tapi masing-masing punya pendapat sendiri la kan. Bagi aku, nak berseronok boleh tapi kalau sampau bahayakan nyawa sendiri, macam mana tu?? Kalau nak tanya pengalaman orang yang pernah bawak motor laju-laju and orang yang pernah naik motor yang dibawak laju, mesti diorang akan kata, "SERONOK!". Tak dinafikan laa.. Aku pernah gak tanya orang-orang tertentu, semua cakap benda yang sama. Yang tak pernah naik motor, lepas naik pun akan cakap seronok. Tapi tu laa.... Kalau dah disalahguna kemahiran pandai-bawak-motor-laju tu kat tempat yang salah and tujuan yang salah, memang sia-sia la. Huhuu..

Secara jujurnya aku cakap, aku memang sangat suka nak tau pasal motor@kereta. Aku sangat teruja nak join race motor macam Sprinta tu and race kereta (tp yang macam F1 aku tak minat). Aku sangat-sangat mahu. Tapi tak ada peluang kan. Sprinta tu kan untuk lelaki je. Tak apalah.. Go Kart pon ok la kot tp belum ada peluang lagi nak try. Maybe one day.. (:


Amet ko!! Ini pun boleh buat merempit!!! Hahahaaa...

8 comments:

  1. dulu masa zaman bermotor pon aku suka bawak moto laju2. time tu mmg tak pk bahaya pon, cuma rasa puas je :D
    lagi satu, tak penah dgr lagi org naik moto bawak laju2 kene speed trap, so bawak je la laju2 :p

    haha! gamba bawah tu kreatifnya! puak mana tu??

    ReplyDelete
  2. @Mr Noble hahahahaa....btol jgk tuh..hahahha....xtaw la puak mn...puak kg pisang kot.. :P

    ReplyDelete
  3. rempit-rempit tu kalau bwk laju x bahaye kan org lain xpa.. ini x, karang hentam lori lah. hentam kereta org, calar kereta org sane sini, sbb cilok2.. grrrrrrrrrrr...

    ReplyDelete
  4. wahh!! tu moto ke beskal?? mana enjin dia. hahaha kelakar

    ReplyDelete
  5. @** a i l y ** hahahaaa....xtaw la...die turun bukit kot...2 yg laju 2..hahahaaa

    ReplyDelete
  6. bwk moto laju2, bnyi ekzos kasi bingit, mmg best..tp org kliling yg mrana..hehee..istilah rempit hanya bole dbrikn kpd org yg cke remp..da nme pn remp-it..hahahaa...

    ReplyDelete
  7. @Anonymous hahahaa...btol la 2...bunyi moto yg di buat mmg best tp 2 laa... org yg xske mmg merana lahh.. :P

    ReplyDelete

kuman komen (: