April 19, 2011

Mungkin Mahu Away Sebentar.

Hello, assalamualaikum..

Macam dah lama tak update blog. Sekarang aku adalah busy dengan PSM dan juga study dan juga tidurrrrrr.... Hihihihi.... Laptop aku problem lagi. Tu sebab tak dapat nak update. Banyak sebenarnya benda aku nak share kat sini tapi nak share macam mana kan.. Huhuhu...

Sekarang ni kitorang tengah study week. Minggu depan dah start final exam. Paper aku semester ni memang semua 3 jam kredit. Lepas tu minggu depan direct 3 paper terus. Huhuhu... Matilah.. Study pun belum start lagi.

So aku rasa aku mungkin tak update blog ni sampailah habis final. Paper aku semua dekat-dekat. Sempat tak sempat je nak study ni. Uhuk!

Walaupun study belum lagi, dengan rileks nya pagi tadi gi shoot dengan Paan, Kikin and Kong. Hehehee.... ;P Release tension maybe??

Sekarang memang tengah tak ada mood langsung nak study. Bukanlah mood sangat pun tapi macam tak ada semangatlah nak study. Hmm... I want to go home.. Hmm....

Ok-lah, I'm away for about a month maybe...?


April 11, 2011

I am HOMESICK!






I really miss home.. Miss the time we were having together... :'(

April 07, 2011

Bila Kau Rindu Aku, Pandanglah Langit Malam. Akan Ada Bintang 3 Segaris. Jauh Mana Pun Kita, Kita Tetap Pandang Bintang Yang Sama...

...... Maknanya kita tak jauh, dekat je.. (:

Assalamualaikum.. (:

Sekarang dah pukul 12:25 pm.. Pukul 2pm nanti aku ada presentation lagi. Asyik present je.. Biasalah tu kan.. Dah hujung-hujung semester ni. Aku dah ready ke nak present? Dah lah kot. Hahahaa..... Main cakap je lah nanti. Uhuuu...

Malam tadi aku cuba nak tidur awal lepas balik dari makan. Tapi mata tak boleh nak lelap. Mungkin sebab petang tu aku dah tidur. Penat sangat lepas dah present PSM 1 semalam.. Lega.. Hihihii.... Tapi cuti semester ni tak boleh nak rileks sangat. Aku dah kena start cari maklumat dengan journal... Nanti tak adalah kelam kabut bila start semester depan. Kan? Kan???

Disebabkan aku tak boleh tidur malam tadi, aku pun bangunlahh... Duduk-duduk.. Tengok kiri kanan.. Lepas tu nampak kotak biru aku yang aku simpan khazanah-khazah dalam tu. Bila bukak, nampak ada kertas panjang-panjang yang aku beli dah lama dahh... Tak ingat pon kertas tu ada lagi. Huhu... So, aku pun mulakanlah aktiviti buat ni...!! (:


Hehehee.... Dulu masa semester 1-5, aku rajin buat benda-benda macam ni. Buat kad, buat origami... Lepas tu aku bagi dekat Inche Kesayangan.. (: Tapi start akhir semester lepas, aku dah tak buat dah kad-kad, origami, lukis-lukis.... Sebab aku dah tak tahu nak bagi siapa. Aku memang sangat suka benda-benda seni macam ni. Sangat suka ok! ^^

Kenapa aku cakap aku tak tahu nak bagi siapa? Sebab.... Akhir semester lepas aku putus dengan Inche Kesayangan.. :( Hmm... Tak tahulah nak cakap salah siapa. Mungkin ada salah dari dia and diri aku sendiri. Sekarang kitorang dah sambung balik and aku harap sangat akan kekal sampai bila-bila... Benda yang lepas-lepas tu aku ambil jadi pengajaran and aku slowly akan baiki diri aku.. Insyaallah...

Sekarang bila nak buat kad, dah tau dah nak bagi siapa... (: Dah lama buku lukisan aku tak berusik...

Ok-lah, saya nak ber-blogwalking ni.. Tata.. (:

April 05, 2011

UTHM Lagi Bagus Dari UTP??


Hello, assalamualaikum. (:

This is just quick update. Aku ada banyak sangat kerja nak buat. Nak share dengan korang tentang ranking universiti kat dalam Malaysia ni. Ini yang the latest punya.

Universiti Sains Malaysia (USM) got the very first place in the ranking. Second place goes to Universiti Teknologi Malaysia (UTM) and the third place was taken by Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). (:

Tapi yang paling aku terkejut tangok adalah universiti kitorang, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di ranking yang ke-12 mengalahkan Universiti Teknologi Petronas (UTP) di tempat ke-17. Hihihi..... UTHM ni kira universiti baru jugaklah sebab kitorang sekarang dalam proses develop bangunan baru, kos baru..

Kat belakang tu library kitorang. Nampak kat sebelah kiri tu? Ada macam bangunan tak siap.. Sekarang universiti ni dalam proses nak buat banyak bangunan baru. (:

Tak tahulah diorang rank universiti ni berdasarkan apa. Mungkin berdasarkan pointer student. Kalau berdasarkan pointer, mungkin jugak marking kat UTP lagi strict daripada UTHM. Mungkin? Tu sebab kot diorang kat bawah.. Mungkin?

Hehee... Ok-lah. Kena blah dari sini sekarang. Kalau tak, kerja memang tak siap. Babai semua! (:



April 04, 2011

Short Note.


Life is too short to stress yourself with people who don't even deserve to be an issue of your life.No matter what happened, always put a smile on ur face. (Ara Badrul)

April 01, 2011

Nak Tidur Ni Tapi Tangan Gatal Nak Update.

Dah dekat seminggu dah gusi aku sakit. Aku tak tahu dia nak tumbuh gigi ke apa ke.. Sakit dia sampai aku nak bukak mulut, nak cakap pun sakit tau. Terpaksa cakap gigi tak bergerak, bibir je yang bergerak. Huhuhu...

Sekarang aku kepala aku tengah ting tong sebab tak cukup tidur hari ni bila semalamnya dah terlebih tidur.. Hari ni kitorang kena hantar seminar paper untuk PSM 1.. Aku pulak jenis yang suka siapkan kerja last minute.. Hambik ko! Beria terpaksa tahan ngantuk semua sebab nak kena siapkan jugak seminar paper tu. Huhu..

Ni dah hantar.. Dah boleh berehat sekejap.. Sekejap je ok! Pukul 3 nanti aku ada belajar kereta sebab sekarang aku tengah ambil lesen. Dah sebulan dah kot. Lepas tu, habis je praktis kereta tu aku kena terus gi city campus jumpa supervisor PSM aku pulak. Minggu depan dah kena present da.. Huhu..

Rasa macam sekarang banyak giler benda nak kena fikir. Minggu depan je ada 2 presentation, assigments sekali 3 kena hantar yang semuanya aku baru buat sikit. Huhuhu.. Study pun belum lagi. Draft jadual final dah keluar. Paper aku straight 3 sekali dalam seminggu.. Wuuuu.... (T.T) Dah lah semua 3 jam kredit.... Huhuhuhu..... Lagi 1 paper minggu depannya. Ni baru first draft. Mungkin nanti second draft paper aku jarak-jarak sikit ke... Harap-haraplahh.. Huhuhu

Sekarang aku nak berehat jep. Gigi tengah sakit pulak. Dah lah gusi belakang yang tengah sakit ni tak baik lagi. Dugaan... Dugaan.....

Hah! Semalam aku gi potong rambut sikit. Bukan lah potong sangat pun. Aku trim sikit. Tapi bila dah siap potong, kakak tu blow rambut aku jadi sampai lurus. Aku tak suka rambut aku jadi macam tu. Huhuhu.... Macam mana nak cakap kat orang kat saloon tu yang aku taknak dia blow rambut aku sampai jadi lurus macam tu ek????

Yang sebelah kiri rambut ori aku, yang kanan tu lepas kakak tu blow.. Huhuhu... Tak suka.... Kawan aku cakap macam pon***...... Huhu... Jahat btol!! (Tapi sekarang dah lepas syampu rambut dah kembali ke rupa asal. ^^)

Korang rasa yang mana lagi sesuai? Mana tau nanti bila rambut aku dah panjang, aku terfikir nak buat apa-apa kat rambut aku ke... Hahaha.. Harapan... Aku tak pernah colour rambut, perm ke, rebond ke... Tamo.. Tamo....

Ok-lah, nak tutup mata jep. Rehatkan kepala.... Have a nice day people! (: