February 15, 2012

Tolong Doakan Dia

Hari ni dah hari rabu dah. Maknanya dah 3 hari kawan baik aku tak sedarkan diri lagi.


Dia kawan aku yang memang sangat baik dengan aku and rapat dengan aku. Masalah dia, masalah aku, kitorang share walaupun tak semua lah boleh share sebab ada limit kan. Last aku jumpa dia ahad lepas. Dia cakap isnin pagi tu dia nak balik Shah Alam sebab nak buat project dia. Semester depan ni semester last dia kat UiTM Shah Alam.

Malam semalam aku keluar makan dengan kawan-kawan aku and diorang bagitahu aku yang Syam accident and sekarang ada kat icu. Jantung aku rasa macam tersentap terus. Syam? Syam mana? Cam? Aku seboleh-bolehnya nak pastikan yang Syam tu bukan dia.

Dia accident petang isnin tu. Kena langgar dengan lori kat Kapar. Dari apa yang sepupu dia bagitahu kitorang, tangan and kaki dia patah. Kulit dia ada yang koyak. Ada darah beku kat kepala. Doktor cakap keadaan dia 50-50. Aku sedih sangat-sangat. Even mak aku pun terkejut sangat bila aku bagitahu sebab dia memang baik.

Aku mintak sangat korang tolong doakan dia cepat sedar and sembuh macam biasa. Aku tak dapat bayangkan macam mana perasaan family dia and gf dia. Semoga semua tabah dan dapat doakan yang terbaik untuk Cam.

No comments:

Post a Comment

kuman komen (: