March 31, 2011

Hobi Aku Adalah Membaca.

Aku sangat suka membaca dari kecik. Dari aku sekolah rendah mak dah belikan aku buku-buku cerita macam Misteri Rumah Api Tepi Pantai, Tingkatan 1 Di Sekolah Seri Melur, Nenek Bertudung Merah..... Aku pun tak tahu kenapa tapi bila aku dah membaca, orang cakap dengan aku pun aku tak perasan. Kadang-kadang rasa macam "Weh, nantilah cakap. Aku nak baca ni jep.".. Hahahaa... Buat orang sakit hati je cakap dengan aku. Hihihihi...


Dari kecik aku memang suka membaca. Tak kisahlah buku apa pun. Paling aku suka bila nak balik kampung, duduk rumah makcik aku yang aku panggil Wak Siah. Rumah dia banyak gila buku. Buku katun Ujang, Gempak, Utopia, majalah URTV.. Hahahaa... Ni zaman-zaman dulu punya buku yang famous lah. Anak dia (kira cousin aku lah) ada yang sebaya dengan aku. Tapi kalau aku dah dapat baca buku, aku tak peduli pun dia ajak aku main masak-masak ke, main tangkap ikan ke, ajak gi kedai ke... Hahaa.. Kejamnya aku.. ;P

Sampaikan Wak Siah pi tanya mak aku, aku ni memang suka baca buku ke? Sebab bila aku sampai rumah dia je, aku akan cari buku untuk dibaca. Tak kisahlah buku apa pun. Novel sekolah menengah Kak Yunie pun aku tibai baca. Hihihi..

Pernah sekali masa aku kat rumah time cuti sekolah (aku sekolah asrama, so jarang balik rumah), mak aku punya bengang dengan aku asyik duk ngadap buku, novel sampai tak ingat benda lain, ugut aku nak bako buku aku.. No! No! Huhuhuuu.... (Kite bako aje!!) Punyalah aku suka sangat membaca sampai kerja rumah pun tak ingat nak buat. Huhuhu....

Bila dah masuk sekolah menengah, sekolah aku dapat novel BM yang berkaitan sejarah tu. Aku tak ingat dah tajuk dia. Kapten Hassan kot... Aku boleh khatam buku tu berapa banyak kali pun aku dah tak ingat. Kawan-kawan aku yang lain ada yang tak habis baca pun ada. Hahahaa.. Betapa cintanya aku terhadap buku... (:

Sekarang dah masuk U, zaman pun dah semakin canggih. Aku pun dah ada blog. Sekarang aku maccam ketagih baca blog ataupun website yang best-best. Tapi satu benda yang aku tak suka, aku tak suka baca novel online. Takdak feel... Hehehe.... Ni aku punyalah suka baca blog sampaikan aku boleh tak buat kerja, tak keluar rumah... Kalau orang ajak aku keluar makan ke, aku lebih rela duduk rumah bila masa tu aku tengah membaca di hadapan laptop ku ini... Huhu.. Teruk... Teruk.. Isyhhh... Isyhhh.... Korang jangan buat macam ni..

Lepas tu bila orang call aku, text aku, aku mesti macam tak pay attention sangat kat orang tu. Alaaa wehh.. Sorry-lah... :( Dah nak buat macam mana.. Mata ke lain, otak ke lain, mulut nak cakap dalam talipon... Susah.. Susah.. Huhuhu...

Ni dah kena sound dengan kawan aku. Suruk aku buat kerja. Asyik dok mengadap blog orang, website sampai tak buat kerja. Huhu..

Ok-lah.. Terpaksa pergi... Siapa yang nak share dengan aku website yang best-best, boleh tinggalkan link kat komen. Ataupun siapa-siapa yang nak aku berjalan-jalan ke blog dia, tinggal link kat bawah ek.. Tata!

(T.T).... Wuuuu....~

8 comments:

  1. bukn sarjan hassan ke??? huhuhuh
    susah gak klo suke mmbaca mcm nie kn.... heheheh

    ReplyDelete
  2. nad.




    :)

    tahniah kerana ko mampu habiskan baca kapten hasan tu
    haahaha

    ReplyDelete
  3. aku pon suka baca gk, tapi bace majalah remaja jela..bahah

    ReplyDelete
  4. @suziana Hahahahaa... Aku pun ske jgk.. Tp skg da ske Eh! da plak... Hihihihi

    ReplyDelete
  5. hidup kene mmbaca...
    membaca dpt ilmu...
    tp jgn lupa org sekeliling... hehehehe

    ReplyDelete

kuman komen (: