October 28, 2011

Zaman Aku Time Sekolah, Korang Rasa Aku Kiuttttt Tak?

Tajuk macam mintak kena lempang laju-laju. Hahahaaa...  Dusshh! Dushh!

Lama ke ek aku tak update? Tak kan? Sekarang ni kira okay-lah jugak aku ada update selang beberapa hari. Kalau masa cuti semester dulu, memang harapan laaa. Busy sikit dengan praktikal dan lain-lain hal. Hahaa.

Masa aku sekolah dulu, aku sangat aktif dengan sukan and aktiviti kat sana. So memang tak ada masa nak boringlah kan macam sekarang. Haha. Sekarang free sangat sampai stress tak ada aktiviti nak buat. (Tolak assignment lahh. ;P)

Gambar ni semua aku snap balik dari gambar-gambar lama. Tak banyak pon. Ni just randomly picked from my album kat rumah. 

Aku dulu masa sekolah aktif dengan netball dari sekolah rendah sampailah form 5. Then masa sekolah rendah aku join tarian, sambung pulak masa kat matrik. Masa sekolah menengah, memang tak boleh tinggal sukan. Macam addict sikit lahh. Hahahaa... Netball, volleyball. Tennis dengan futsal pun adalah join sikit-sikit. Time riadah je, memang wajib turun. Hahaha

Dari kecik sampai besar ni haa, aku memang sayang kat cikgu PJK dengan cikgu seni. Haha.. Cikgu lain pun sayang jugak. ^^

Aku macam malas pulak dah nak taip ni. Mengantuk sebenarnya. 

Nahhhh... Ni masa camping kat Johor. Best gila. Aku memang suka gi camping and benda-benda yang seangkatan dengannya. Memang minat gila gi benda-benda macam ni. Cuma sekarang dah semakin dewasa, member pun tak ramai yang suka benda-benda macam ni. Biasalah perempuan... So aku pun memang tak pernahlah gi camping sendiri melainkan join aktiviti kat sini.

Camping Renjer Puteri.

With Didy, best buddy. (:

Kakak-kakak dan adik-adik. ;P


Malam, kitorang ada aktiviti apa entah. Seram kot redah jirat Cina.

Yang bawah ni semua gambar masa aku sekolah. Muka memang konon-konon innocent. Ke muka aku muka nakal-nakal gak? Hahahaa.... Kat sekolah dulu memang banyak sangat kenangan manis and pahit. Macam-macamlahh.. Nama pun budak sekolah kan. Baru nak up. Hahahaa...

Ni masa form 4 kot kat MRSM Pasir Salak, with my classmates.

Tapi time aku sekolah dulu dengan sekarang memang tak ada beza sangat kot. Aku memang ber-potpet sentiasa. Hahahaa... Lama tu baru aku sedar rupanya kat bibir atas aku sebelah kanan ada taik lalat. Tapi tak hidup lerrr.. Patutlah banyak cakap kan? Hahahaa. ;P



Muka aku burn time ni. Biasalah.. Main netball tengah panas. Lepas tu confirm muka aku macam udang kena bakar. Huhuhu... Kalau kena panas kulit muka aku memang tak tahan sangat. Hari tu aku tauliah suksis pun sampai naik ruam.
Iema, member baik dalam team netball. (:

Masa gi buat khidmat masyarakat kat Pahang kot. Yang  2 orang tu MRSM lain.

Besar gila mata aku. Hahaa.. MRSM Muadzam - Konvensyen Kepimpinan Pelajar.

MRSM Transkrian.

Wan, roommate kesayangan. (: 

Bila balik kampung time cuti semester, aku macam tak ada kawan sangat nak ajak keluar. Sebabnya aku dari form 1 sampai form 5 sekolah kat Penang and Pasir Salak. So kawan yang aku ada bila balik rumah cuma kawan-kawan baik aku masa sekolah rendah. Tapi kitorang memang still best-friends sampai sekarang. (:

Convocation kat UTHM dah habis dah Isnin lepas. 4 hari aku busy dari pagi sampai 8 malam. Memang penat tapi sangat-sangat enjoy. Yang tu aku update next entri okay. (: 

Malam sayangs.. (:

1 comment:

kuman komen (: