November 13, 2010

Who're My Inspiring?

(Betul ke tajuk tuh? Huhu)

Siapakah? Apakah? Bagaimanakah?

Hehehee...

Sebelum start study, meh kita ber-blog dulu. Hihii...

Ok, aku saja nak share dengan korang siapa yang jadi pembakar semangat aku bila aku tengah malas nak study atau buat kerja. Aku memang jenis yang bila tengah malas, kena ada pemangkin untuk jadi bersemangat balik. Pelik-pelik je kan? Hahahaa...

Bila orang tanya soalan, "Siapa yang korang boleh jadikan dia sebagai role model korang?". Kebanyakannya mesti akan cakap artis tu, artis ni atau mungkin orang-orang yang terkenal. Tak salah pun korang nak jadikan siapa-siapa pun sebagai role model korang asalkan untuk kebaikanlah kan? (:

Aku ada blog ni baru setahun lebih sikit. Aku kadang-kadang rajin update, kadang-kadang tak rajin (malaslah tu!). Tapi aku sangat suka ber-blogwalking so ada beberapa blog ni yang aku suka. Memanglah tak kenal owner dia kan tapi at least dengan baca blog orang tu aku tahu la jugak sikit-sikit pasal dia. And ada di antara blog-blog yang aku baca, inspire aku untuk jadi lebih bagus dalam hidup. (:

Hanis Zalikha
Aku rasa semua blogger kenal dia. Student,model yang cantik. Aku suka dia and cakap dia boleh dijadikan aku punya penaik semangat untuk rajin sebab dia ni cantik dan pandai. Beauty with brain. Yelah kan.. Kalau dia study pun dapat tajaan JPA, memang pointer baguslah kan. Kalau tak silap aku, aku ada baca dekat 1 blog ni, CGPA Hanis Zalikha 3.94. Wow!! And jugak, dia ni model yang aku tengok friendly jugak. Lagi 1, yang aku perasan, Hanis Zalikha adalah family person. :) Kalau boleh, apa salahnya nak jadi macam dia kan? Pandai pun pandai, cantik pun cantik and sangat rapat dengan family. (:



Fatin Liyana
Yang ni pun aku rasa kebanyakan blogger kenal dia sebab setiap kali aku g mana-mana blog, kat tepi tu mesti ada link Fatin Liyana. (: Ok, dia ni sekarang medical student of Universitas Padjadjaran Bandung, West Java, Indonesia. Tengok dia punya page rasa best sangat sebab dia selalu cerita kehidupan dia dekat Indonesia and aku sangat suka baca sebab lepas baca mesti aku akan jadi berkobar-kobar. Hahahaa... Ngek! :P



Vivy Yusof
Dia adalah blogger yang dah kerja yang berjaya and dia juga dipilih Top 10 bloggers dalam FACES magazine (sama macam Hanis Zalikha jugak). Wahh!! So memang boleh cakaplah dia ni memang blogger yang terkenal jugak and seorang yang berjaya dalam kerjaya. :) And aku suka baca entri dia pasal dia pergi luar negara. Nak jadi macam dia boleh? ^^



Selain dari diorang, ada blogger yang aku rasa inspire aku dari sudut berbeza macam mama Hanis Zalikha.

Mama Hanis
Yang ni of course lah dah kahwin kan? Dah nama pun mama Hanis. (: Masa aku mula-mula ber-blog dulu, Auntie ni tak buat blog lagi. Then sekarang dah ada and follower dia sangat ramai ok. Cepat giler dah ada follower ramai macam tu. Hehehe.. Yang aku suka tentang Auntie ni, dia pandai masak (aku suka belajar masak. Tu sebab suka tengok blog dia), pastu dia cantik and also family person. Mahu yang terbaik untuk anak-anak. Nanti aku dah kahwin satu hari nanti, dah ada anak, harap-harap aku dapat jadi macam Auntie ni. Berjaya didik anak-anak dia. :)



RedMummy
Ok, yang ni aku sangat teruja dengan dia sebab dia pandai cari duit. :) Duit adalah sangat penting ok. Bila ada duit banyak, macam-macam boleh buat, macam-macam boleh dibeli oleh orang-orang yang suka shopping macam aku (tapi aku takdak duit macam RedMummy). Huhu.. RedMummy sangat meng-inspire aku untuk lebih berfikir masa depan dan untuk jadi pandai cari and kumpul duit banyak-banyak. Hihi.. (:



Itulah setakat ini yep. Aku nak p tengok Detective Conan. Hehehe.. (Bila entah nak study nyee...)

Have a nice day darls. (:

--> Pictures credited to the blog owner.

4 comments:

kuman komen (: