November 16, 2010

Sebelum Mandi.

Morning kamu!! ;)

1 entri sehari? Kalau aku ada benda yang nak diceritakan, memang tak ada masalah kalau nak update hari-hari. Semalam ada orang request kat aku untuk update blog selalu. Haha.. Tak ada ceritalah nyahh.. Aku pun cuti ni duduk kat rumah je. Tak keluar. Jumaat nanti baru nak hang out dengan kawan-kawan aku. :)

Hmm.. Jadi sekarang aku nak cerita apa yang aku makan pagi ni. Hahahahahahhaha.. ( Gelak besar) Selalu korang breakfast makan pe ek? Kalau aku kat Johor, memang sangat jarang aku breakfast. Selalunya makan lepas kelas dalam pukul 11 macam tu and itu adalah untuk breakfast and lunch. Hihi.. Memang makan nasik teruslah kan. Tapi sebenarnya tak baik untuk kesihatan makan macam tu. Diet yang betul sebenarnya makan setiap 4 jam (aku pernah baca ni). Start from breakfast, lunch sampailah supper. Ada jugak orang request kat aku untuk tulis entri pasal diet. Hwahwahwah... Yang ni memang klako la sebab aku mana reti nak bagi tips ke pe jadah semua tu. Tapi bagi aku, kalau korang nak diet, buat macam ni. Makan ikut time. Breakfast, lunch semua tu memang wajib ambil tapi korang boleh kurangkan kuantiti makanan yang korang ambil. Makan makanan yang bagi tenaga and seimbang. Lagi 1 benda yang sangat PENTING!!!! Exercise!! Hihi... Makan, makan jugak. Peluh pun kena keluarkan jugak. Barulah toksin dalam badan tu boleh keluar. Hihihi... Jom ikut aku gi camping sem depan! Hihi

Adoii.. Apalah aku melalut banyak-banyak neh. Ni haa.. Nak bagitahu aku breakfast apa pagi ni. Tapi memang tak seimbanglah kot.. Hahaha..

Tadaaaaa!!!!


Hihii.. Jemput makan!! Nyum! Nyum! :D

1 comment:

  1. amboi, bg nasihat kt org lak pakar diet ni.. hehe..
    dia sndr pn xbt.. haha..

    ReplyDelete

kuman komen (: