November 10, 2010

Pasir Salak Destinasi Percutian.

Hari ni bangun pagi pukul 7:30 pagi. Buat kerja rumah, breakfast, mandi and siap-siap. My cousin, Anis nak balik kampung sekejap. Dia ada tinggal barang apa entah kat rumah embah. Dalam pukul 11:45 pagi kitorang bertolak ke Pasir Salak meninggalkan Bagan Datoh untuk berjalan-jalan. Hehe.. Anis ni dari dulu lagi dah ajak aku jalan-jalan tapi aku jarang balik Perak sebab bila cuti semester pun aku ada program. Memang tak baliklah.

Sampai kat PS memang dah tengah hari and perut kitorang pun memang dah lapar tapi disebabkan Anis terlampau excited, lupa dah perut ni tengah bunyi-bunyi. Haha..

Ini pintu gerbang jalan nak masuk ke Kompleks Sejarah Pasir Salak. Kitorang pi berhenti tengah-tengah jalan sebab nak ambil gambar pintu gerbang ni. Haha..

Sebelum jalan-jalan pusing tangkap gambar kat dalam kompleks ni, kena tandatangan dulu dalam guest book kat post guard. Sampai dalam, memang rasa nak tangkap gambar kat semua tempat. Cantik kot! :D

Inilah Anis, cousinku. Anak adik mak aku. Anak pakcik aku lah.. ;P

Then kitorang gi kat terowong sejarah. Nak masuk dalam ni kena bayar RM4 untuk dewasa and RM2 untuk kanak-kanak yang umur dia 7-12 tahun.


Dah masuk dalam memang dah tak boleh snap gambar dah. Kat mana-mana muzium pun sama kan? Walaupun aku orang Perak tapi inilah first time aku masuk dalam terowong ni. And aku sangat kagum dengan apa yang ada kat dalam terowong ni. Ada satu tempat tu kitorang terkejut giler bila tiba-tiba keluar suara orang cakap-cakap and perang. Hahaha.. Ngek! Sepanjang kitorang lalu dalam terowong ni adalah kronologi sejarah Tanah Melayu nak merdeka tapi dia fokus kat sejarah Pasir Salak lah kan. Dah namanya pun sejarah kat Perak.


Keluar daripada terowong tu ada satu pintu turun ke bawah. Galeri Keris. Aku sangat suka kat dalam galeri ni sebab banyak sangat info yang boleh aku dapat pasal keris. Macam-macam jenis and bahagian-bahagian keris yang dia pamer. Antara keris yang paling aku suka tengok adalah keris-keris naga. Yang aku ingat jenis keris naga ni adalah Keris Naga Siluman dan Nagasara. Aku minat sangat dengan design atau corak ukiran yang ada kat bilah keris tu. Naga yang dia ukir tu warna emas. Memang sangat teruja ok! Tapi tak ada gambar nak tunjuk sebab kat dalam tu memng tak boleh ambil gambar.
Keris lain yang aku ingat Keris Madura, Keris Jawa, Keris Bali dan Keris Sundang. Keris Sundang ni besar macam parang and ada yang lagi besar macam Sundang Berlok. Seram aku tengok. Hehe.. (^^')

Then kitorang pusing-pusing lagi tengok Rumah Kutai. Jemput naik! :)


Ini gambar kat tepi sungai tepi kompleks ni. Kompleks ni terletak kat sepanjang tepi sungai ni.

Then kitorang naik pulak kat Galeri Sejarah Perak Darul Ridzuan. Masa hujan dah renyai-renyai. Huhu..

Taman depan bangunan galeri.



Tekak dah kering tak minum air. Nasib baik kat tepi tempat parking tu ada gerai jual air and makan ringan. Dapatlah legakan tekak and perut. Hihii... (Taknak makan kat kedai sebab nanti balik rumah baru nak makan mak masak. Hihihi) Air kelapa, sirap cincau, roti sardin goreng, keropok lekor and sosej. Tak macam alas perut pun. Hahaa..

Kalau korang nak datang sini tapi korang dari jauh, boleh jugak bermalam sebab kat sini ada Pasir Salak Resort. Resort ni cantik and simple. (:

Pool site ni diorang buka untuk public pada hari Rabu dan Jumaat, 2-6 petang dengan bayaran RM2 sahaja. ^^

Rates for accommodation:
Monday-Thursday: 1 unit chalet (2 rooms) RM104 with breakfast for 2 persons
Friday-Sunday: 1 unit chalet (2 rooms) RM157 with breakfast for 2 persons

Kat resort ni ada macam-macam aktiviti yang korang boleh buat:
Memancing ikan dan udang sungai

Urutan tradisional / Urutan lepas bersalin (kat resort ada jugak ek?)
Naik bot sepanjang Sungai Perak

Kayak / rakit, plus lain-lain aktiviti air
Golf / riadah
Berenang kat sungai
Berbasikal

Lokasi lain yang dekat dengan resort ni yang korang boleh pergi atau lawat: Terowong Sejarah (yang aku dah cerita kat atas)
Kompleks Pasir Salak (Rumah Kutai 1 & 2)

Galeri Keris

Galeri Menteri Besar
Bengkel Labu Sayong di Tanjung Bidara

Ternakan Tuntung di Bota
Pusat Industri Kampung (Cottage Industry)
Makam Di Raja

Menara Condong Teluk Intan


Resort ni jugak boleh jadi tempat untuk korang yang nak buat kursus atau seminar. Kat sini ada kemudahan-kemudahan yang terbaik. Pakej yang diorang tawarkan:

Normal room: per person / per day RM99
VIP room: per person / per day RM200

Ok, dah banyak sangat aku membebel ni. Kalau korang nak buat tempahan sempena cuti sekolah nanti atau nak tanya apa-apa pasal resort ni, jangan call aku pulak. Contact nombor ni, 05-6318999/998. Website: www.pasirsalakresort.com.my


(Semua maklumat aku dapat dari flyer Pasir Salak Resort)

Haa... Jom balik jom! Lapar neh! Hahaha..

Tapi tadi masa balik ada pulak excident. Lori terbalik. Nasib baik tak masuk kat dalam sungai tepi tu. Dah lah air tengah naik. Kalau lori tu termasuk dalam sungai tu, memang confirm tenggelam. Huhu..

Berhati-hatilah di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang. ;)

No comments:

Post a Comment

kuman komen (: