November 09, 2010

Sampai Rumah Jugak Akhirnya.

Seronoknyaaa...!!!
Hehehe... Dah sampai rumah dah. Seronok dapat jumpa mak, Boy. Sapiq tak ada kat rumah lagi, balik minggu depan. Best dapat balik rumah. Heaven! Dapat cium bau bantal kat rumah. Waahhh, seronok! Best! Tak tahu nak describe macam mana perasaan tu. Haha.. Excited giler kot! ;P

Baru sehari setengah kat rumah aku dah rasa macam badan aku naik sebab asyik makan je. Hahaha.. Masakan mak adalah yang terbaik! Sebab boleh menggemukkan sesiapa saja yang makan sebab mesti akan tambah paling kurang pon sekali. Hahaa.. Walaupun balik untuk bercuti berehat kononnya kat rumah, study tetap kena jugak sebab final masih menunggu kat UTHM. Huhuhu... Tu yang tak best tu. Orang lain nanti dah habis exam, aku pulak baru nak start jawab paper. Ceh!

Semalam balik, dapat bawak Epul pusing-pusing Teluk Intan tapi tak tahu nak bawak dia gi mana sebab dah malam and lagipun weekday. So tak ada apa sangatlah bila dah malam. Ok, biarlah gambar yang menceritakan. Hahaha.. (Ayat translate dari BI, let the pictures do the talk. Hahaha...)





Ini sebenarnya first time aku ambil gambar depan Menara Condong Teluk Intan walaupun menatang ni kat tempat aku. Hahahhaa...



Kalau weekends, dia ada pasang lampu-lampu kat menara tu. And menara ni sebenarnya boleh masuk tapi waktu siang je lah. Ni dah malam takkan nak panjat naik pulak. :P




Then minum-minum di City Mewah. CM ni tempat makan, kiranya macam orang selalu akan makan sini la sebab kat sini banyak kedai makan. Tinggal pilih je nak makan kat mana. :)


Aku tengok macam besau pulak kepala aku. Bukan besar kepala taw!




Minumlah sangat kan? French fries, roti bakar and burger. Hahahaa... Padahal perut dah kenyang giler makan kat rumah mak masak. Teruk betul, makan je kerjanya. :P



Adoi.. Hari ini badan rasa letih je. Padahal bukan ada buat apa-apa pun. Makan, tengok tv, study mandarin 1 muka surat, tidur!!! Hehehee.... Petang tadi my cousin sampai. Dia dah habis paper dah hari ni. Kurang asam betul. Jeles akuh! Huhuu... Ok-lah, esok nak kena teman dia balik kampung kejap. Petang dia dah mahu balik ke Klang.

Good night pretty people. :)

2 comments:

kuman komen (: