January 30, 2011

Tamatlah Riwayat Se-? Kukuku.

Assalamualaikum.
Salam sejahtera.


Hehehehe.. Kan bagus tu entri dimulakan dengan salam. :)

Semalam kan.. Aku punya kuku kan... Kena cabut! Waaa.... Sakit wehh.. Huhuu... Al-kisahnya macam ni. Masa training Suksis dulu, kuku kaki ibu jari sebelah kiri aku ada darah beku sebab tekanan kasut kawad aku. Lama-lama, darah beku tu hilang and kuku aku jadi lekang. Lepas tu, semalam aku terlanggar tumit kaki aku sendiri. Kuku yang dah lekang tu terangkat sebelah. Seriau aku! Disebabkan dah terkeluar sebelah, memang kena cabutlah. Kalau tak, nak jalan pon takut sebab kang kalau orang terlanggar aku tak pasal-pasal makin sakit pulak kan. Aku try nak cabut sendiri tapi tak bolehlah. Tak berani. Kang berdarah pulak. Huhuhu.. (T.T)

Disebabkan takut terjadinya kemungkinan-kemungkinan tersebut, aku gi jugak klinik.Tapi otak aku dah terfikir, kalau gi klinik, confirm doktor tu akan cabut aku punya kuku dengan penuh kekejaman. Huhuhuhu....

Tapi semalam gi klinik, doktor tu sangat baik. :) Jatuh cinta dahh.. Hihihi.. Choyy!!!! ;P Lepas masuk jumpa doktor, dia suruh cabut sebab takut kalau terlanggar apa-apa ke kan. Doktor tu siap-siapkan barang nak cabut kukuku. Masa tunggu kat luar mata aku dah berair-air dah. Takut wohh...

Masuk je bilik tu aku dah start debar-debar. Doktor suruh baring. Aku cakap kat doktor tu suruh dia spray ubat bius tu banyak-banyak. Masa spray memang rasa sejuk je. Masa inject, pergghhh!! Jerit-jerit aku. Siap nangis lagi. Buat malu je.. Hahahha... Doktor tu dah gelakkan aku dah. Aku peluk Along kuat giler kot. Takut wehh.. Hahahhaa..

Masa dia cabut memang tak sakit, tapi rasa kot kukuku ditarik dan dicabut. Uhuuuu.... Lepas tu doktor balut ibu jari aku yang dah bogel ni. Doktor bagi ubat sapu dengan pain killer. Kadang-kadang rasa denyut-denyutlah jugak.



Dah tak boleh nak pakai kasut. Kena pakai selipar jepun je. Uhuk!

Tengok ibu jari sebelah kanan tu. Itupun dulu hampir-hampir nak jadi macam kuku kiri jugak tapi nasib baik tak. Dia just tumbuh kuku baru and tolak kuku lama ke atas. Nasib baikkk........ Taknak dah gi klinik lagi cabut kuku. Takutt... :(

Haa, jom cerita pasal lain plak. Hehehhee.... Semalam siang, sebelum terjadinya kisah riwayat kukuku itu, aku gi BP dengan Azza and Judine. Aku nak beli tiket balik and cari beg sekali. Gue enggak ada beg nak balik kampung ni. Aku beli beg sandang yang untuk gi tracking tu. Senang nak gi mana-mana.

Lepas tu kitorang singgah BP Mall. Konon-konon nak beli Cool Blog je padahal lepas tu dok merayau-rayau dalam tu sampailah terjumpa Anip dengan Wana ber-dating. Hihihi....

Kat BP Mall ada satu kedai baru bukak. Kedai ayam goreng lebih kurang. Shihlin Taiwan Street Snacks. Aku dengan Azza beli ayam goreng yang besar gilerrrrr berharga hanya RM6 sahaja. Best wehh... Nanti trylah! :D

Kedai ni kat tepi wayang BP Mall.






Lepas tu Anip dengan Judine gi mengurut kat rumah urut.. Eh, bukan! Diorang mengurut kat Rest dan Blah! Hehehe.....

Azza. (:


Wana-Anip.


Judine.

Dah pukul 6:30pm, kitorang pun balik rumah sebab malam tu aku nak gerak balik dah. Thanks Azza, Judine sebab bawak aku gi beli tiket dengan beg. And sebelum tu plak bawak aku gi Pasar Karat JB.. :)

Thanks! Hihihi....

January 28, 2011

Nak Excercise Malas, Jom Makan Je Lah!!

Mesti semua pun macam tu kan?

Hehehe... Kadang-kadang kita bukannya tak nak bersenam tapi sibuk dengan jadual pergi kelas, jadual kerja.. Kan? (Ceh ceh, ayat sedapkan hati.)


Macam aku, walaupun sibuk dengan jadual kelas, hari Sabtu pagi aku mesti akan excercise sebab kat tempat aku belajar, UTHM, aku join Kor SUKSIS. :) So join badan beruniform macam ni sebenarnya satu kelebihan jugak untuk aku sebab secara tak langsung aku akan keluarkan peluh. (Dan hitamkan kulit. Hihihi)


Yang tu untuk weekend. Kalau hari-hari biasa pulak macam mana kan?
Jarak rumah sewa aku ke kelas tak adalah dekat sangat walaupun nampak macam dekat. Kalau jalan kaki ambil masa dalam 15-20 minit macam tu. Alternatif lain aku untuk excercise adalah dengan berjalan kaki ke kelas. Hehehe.. Nak melintas jalan kena naik jejantas. So hari-hari aku pergi kelas jalan kaki, plus naik-turun tangga, adalah jugak kalori yang terbakar kan? And benda ni jugak aku praktik untuk bagi fit.

Yelahh.. Kalau dah makan pun main balun semua makanan selagi boleh. Hahahha... Dulu berat aku 48kg. Lepas tu naik 53kg and sekarang 56kg. Nampak memang macam agak berat tapi kalau kira BMI aku, berat tu ideal lah dengan tinggi aku. :)


Walau macam mana pun, sebenarnya kita kena jaga jugak cara pemakanan kita. Orang yang kurus, yang berat dia ideal dengan tinggi tak semestinya sihat kan?

So, apa kata kita jaga kesihatan dengan cara MAKAN!!

Hehehehe...
Apa yang korang kena makan waktu breakfast, lunch, dinner and supper (tetiba jadi perkataan BI plak), korang boleh start dengan tahu dulu apa cara pemakan and cara hidup kita. Nak singkat lagi, kenalah tahu lifestyle korang. Macam aku, aku start dari sini:


Good Food Good Life


:)

Bila kita makan makanan sihat, hidup kita jadi sihat and kita pun happy-happy je sentiasa. Kan? :D
Aku nak keluar ni. Jom ikut aku shopping breakfast cereal Nestle! Nyum! Nyum! :D

p/s: Ni kira tips jugak lah kan untuk korang. :)

January 26, 2011

Ketepungan Dan Keminyakan Semua Orang.

Ok tak buat tajuk macam tu? Hihihi...

Hari hujan, seronok tidur ni. ;P Tapi sekarang mood tengah ada untuk meng-update pasal birthday Along 25 Januari hari tu. Tapi nak cerita dulu pasal kegagalan aku punya test. :(


Pagi hari Rabu lepas aku gi amet Ujian Komputer KPP tu. Alaaaaa, ujian komputer lesen tu haa.. Part 1, markah penuh. Part 2, betul semua. Part 3, hamik ko!! GAGAL terus! Huhu... Emo betul lah!! Macam manalah boleh fail. Malas betul aku nak amet lagi sekali. Ni aku dah macam tak ada semangat betul nak amet lesen. Isk laaa..

Dah tu jalan balik dengan muka penuh tension. Aku pun tak tahu kenapa aku jadi tension sangat ni. Nak gi kelas pun dah tak ada mood. Huhu.. Biarlah!! Malas nak fikir dah.. :(

Haaa, Along punya birthday jatuh pada tanggal 25 Januari. Aku dengan semangatnya telah merancang untuk menyambut hari jadi Along. (Gapo ayat skema neh???) Kek Black Forest Secret Recipe telah ditempah sehari sebelum birthday Along. Tapi gambar keknya tak ada. Aku lupa nak amet gambar kek. Waaaaaa.... Ni baru teringat rupa-rupanya gambar kek tak ada. Huhu..

Ni kitorang celebrated birthday Qiqi sekali. Mereka-mereka yang join, Azza, Shasha, Syak, Mady, Tqah, John, Acap, Kong, Lan, Adib, Rebond, Ayie.... Thanks sangat sebab join ek... :)




Birthday girls, Qiqi dan Along. :)



With girlfriends. ;)




Cian Qiqi.. Heheheh.... Ni baru intro-intro je.. ;P


Mady buat muka jahat nak pekena Along. Hahhaaa...


Part yang paling best time birthday celebration ialah apabila kita dapat mengenakan orang-orang yang disambut itu!! Hahahaha!!! Tapi semalam semua kena. Si budak kecik yang jahat lagi senget, Ayie memang macam kerang busuk punya orang. Kurang asam giler budak nehhh.... Teruk kot Along dengan Qiqi kena.. Hihihi.. Tapi aku pun jadi mangsa terawal kena siram dengan minyak ayam goreng oleh Ayie Si Budak Jahat Toet Udang Punya Budak.. Uhuk! Habis rambut bau ayam goreng!

Otak budak laki ni memang pelik dan jahat kalau bab-bab nak pekena orang ni lagi-lagi Ayie. Sebelum kitorang gerak gi kedi makan Puan Rezeki, diorang sibuk-sibuk nak bawak bahan-bahan nak pekena orang. Ayie bawak nasik basi dengan minyak goreng-goreng yang dah guna tu. Adib bawak gris motor satu tong. (Ayat nak metafora lebih.. Haha) Lan bawak 1 kotak cengkerik yang kitorang beli petang tu. Aku telur sebijik je. (Betapa baiknya aku. Hahaha..) Mady dengan Syak bawak telur dengan tepung.

Lepas dah makan-makan kek semua, nak baliklah konon-kononya. Harapan la wehhh.... Memang terbaik punya malam tu. Hahaha... Along sampai menangis cengkerik melekat-lekat kat badan dengan kepala dia. Hahaha.. Qiqi pulak sampai terbaring-baring. Yang lain-lain pun semua kena. Tapi Ayie memang paling jahat. Hahahhaha...


Tu haa yang baju kuning tu Ayie. Harap je kecik, otak tak boleh blah kalau bab nak pekena orang.





Aku pun kena sekali haa... Huhuhu

Balik rumah, memang berjam-jamlah kat dalam toilet nak bersihkan rambut. Bayangkanlah segala minyak gris, tepung, telur semua melekat kat rambut dengan baju. Memang ter-best! Huhu... Along sampai 4-5 kali syampu rambut dia. Hahahaa....


Rambut yang bau segala benda yang digoreng. Huhuhu..

Terbaik kan? Dah lah masa birthday aku tahun lepas aku kena gak. Ni birthday Along pun aku kena lagi. Ayie ni memang nak kena taw. Budak-budak ni pun sama. Tunggu la turn korang nanti. Tak payah tunggu birthday korang pun tak apa. Harharharharharr..!!! (Terasa macam jahat tak gelak macam ni? ;P

Cuti CNY dah bermula lepas aku habis kelas pukul 10 pagi tadi. Jom bercuti! :D

January 22, 2011

IMY.

Ceh, ceh.. Sekarang dah pandai pakai short form BI, IMY. Hahahaha.. Nasib baik tak jadi Omang! Omang! ;P Hihihii...

Lagi seminggu cuti Raya Cina. Cuti seminggu and aku budget aku memang nak balik rumah kat Perak lepas setelkan pasal duit buat lesen tu. Yeaa... Aku memang baru nak amet lesen. Hihii... Haa, tapi tup-tup semalam aku dapat mesej yang tertulis macam ni:

Tuan/puan
Pengeluaran pembiayaan PTPTN untuk semester II sesi 2010/2011 dijangka akan dikreditkan ke akaun tuan/puan mulai 31hb Januari 2011.

Wohh!!! Lari semua plan aku! Huhu.. Baru aku ingat nak duduk sini kejap cuti ni sebab nak gi kelas memandu tu. Dah macam ni, memang tak jadi teruslah. Huhu.. Sedih i nyahhh.... Ingatkan bolehlah setel awal sikit. Aku ni dah lah Sabtu memang ada kawad. Ahad je yang free. Takkanlah aku nak buat buat lesen ni seminggu sekali. Sampai bila nak habisnya. ;(

Tak apalah. Tak ada rezekilah tu kan. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Siapa tahu kan? :)

Lately, aku asyik teringat kat family aku je. Bukan bermakna sebelum-sebelum ni aku tak ingat. Aku mestilah ingat je selalu tapi kali ni aku rasa macam "bilalah nak balik rumah ni"... Rindu kat mereka-mereka ni..


Mak. :)


Cuba teka mana 1 adik, mana 1 abang? Hihi


Budak bertuah atas ni gi Lost World time aku tak ada kat rumah. Saje je kan nak bagi aku jeles. Mana aci aku tak ikut... Cissss!!

Cepatlah cuti datang.......

January 21, 2011

Aku Tak Suka Profile Baru Facebook Sekarang.

Sebab kat profile tu ada 5 kotak gambar yang memang annoying buat aku rasa macam nak delete je facebook aku. (Delete-lah sangat.. Hihihi) Ni haaa menatang nye..

Pinjam profile Qiqi ekk.. Hehehehe....


(Click to enlarge)

Tengok tu.. Jadi macam tak cantik dah kan profile? Aku lagi suka profile lama tu. Huhuu...

Tapi sekarang dah suka dah profile baru ni sebab boleh buat ini. Hihihii......


(Click to enlarge)

Best kan? Nak jugak tak? Hihihii.....
Moh ler kite pegi SINI yee...

Jom make-up profile FB!! :D

Yesterday Was My First Time.

Assalamualaikum. :)

Semalam cuti umum satu Malaysia, perayaan Thaipusam. Untung kita duduk Malaysia. Ada macam-macam bangsa, berlainan agama. Negara kita negara demokrasi, semua perayaan kita boleh sambut. Kan 1 Malaysia!! :D (Macam pantun dah pulak..)

Semalam bersamaan dengan 20 Januari 2011, aku telah melakukan sesuatu yang aku tak sangka pun aku akan buat. Hehee... Aku memang seorang sangat minat dengan kamera sebab aku suka snap gambar. Tak kisahlah kamera biasa ataupun DSLR. Walaupun aku cuma ada kamera kat handphone aku yang berkuasa 5 mega piksel, aku tetap tahu serba sedikit pasal DSLR. Hehehe...

Ok, benda yang aku tak sangka terjadi semalam adalah aku telah ber-photoshooting! Heheheh.. Selama ni aku memang tak berminat pun untuk jadi talent ke apa ke sebab aku lebih minat nak shoot gambar. Kalau ikut Along (Mashie) gi photoshoot, aku mesti sibuk-sibuk suruh photographer tu ajar aku function dalam camera tu. Hehehe... At least, sekarang kalau orang bagi aku pegang DSLR, tak adalah aku macam terpinga-pinga nak tekan apa kan.. ;P

Antara Canon dengan Nikon, aku lebih suka Canon. :) --> atas tunjuk ajar Arm yang mengajar aku function kat DSLR dia, aku dah boleh tau sikit-sikit.. Hehehe

Sambung balik pasal photoshoot semalam. Nabil ajak aku outing sebab Sabtu lepas aku dah terlajak tidur, so tak dapat join dia gi outing kat Pontian. 5:30 pagi kot! Aku dah la tidur lambat malam tu. Huhu... Ni dia nak balas balik lah ni. Huhuh.. Semalam aku ingat dia sorang je tapi rupa-rupanya sampai 5 orang photographer. Waa.... Segan aku. Dah lah first time. Tapi nasib baik ada sorang fotographer perempuan, Nisa.. Tak adalah segan sangat. Hai Nisa! :) Diorang semua baik and aku pun senang nak get along dengan diorang. :)

First location: Pura Kencana
Second location: Dataran Kluang

Pukul 1 pagi baru sampai rumah lepas dah makan-makan. Lapar giler aku! Huhu... Hari ni Nabil ajak gi Mersing tapi aku tak boleh join sebab ada kelas. Kelas lagi penting. :)

Gambar semua aku tak dapat lagi. Nanti dah dapat aku upload la tapi sikit je la kot sebab segan lerrrrrr... Huhuhuu...

Anyway, ni aku pakai semalam. Aku pakai sukati aku je. Simple macam selalu. Mana tau kalau nak photoshoot kena pakai baju lain sikit ke kan.. Hahahaha..... Ok la kot ni..


Ni dengan Miera semalam. Kat dalam Levi's fitting room. Hihihi...


Try spek Ayie.. Sesuai tak? Hihi.. ;P

Hari ni hari Jumaat. Esok Sabtu, lepas tu Ahad. So, have a great weekend readers!
(Aku kena tinggal sorang-sorang lagi kat rumah.. Uhuk!)

January 20, 2011

OMG!

Oh, My Gucci!!!

Fazura cakap macam tu kat dalam cerita Pisau Cukur. Hehehe... Lain dari yang lain.. Fazura ni antara pelakon yang aku suka. Walaupun dia macam gedik-gedik jelly macam tu, aku still minat kot.. Hahaha... Sebab bila dia berlakon tu memang menjadi beb.

Haaa, OMG!
Dalam perkataan BI, banyak sangat orang buat short form macam ni kan? OMG, IDK, OTW, etc.. Tapi dulu, masa aku muda-muda belia (muda lah sangat), aku memang tak paham orang tulis short-short sangat ni. Gapo dio lah maksudnya kan.. Hahaha.. Tak pehe.... Kalau bahasa Kelantan ke, Kedah ke, longat Negeri Sembilan ke... Adalah jugak aku paham sikit-sikit.. Ni kalau dah short-short macam tu, macam mana lah aku nak paham... Huhuhu..

First time aku cuba nak paham apa itu OMG masa online dengan kawan aku, Azza kat dalam kelas autocad.. (Kantoi online dalam kelas! Hehehe) Kitorang YM kot masa tu. Aku pon dah tak ingat. Ke komen-komen entah.... Lepas tu dia taip, "OMG! OMG!"

Aku manalah tau menatang gapo tu. Lepas tu aku pi sebut, "Omang! Omang!" Hahahahahhahaaaa!!!! Lepas tu Azza pi bantai gelakkan aku. Hahahaha... Dia pi cerita kat kawan aku yang lain kan. Manalah aku tahu kan.... Hahahaha.. Sampai sekarang kadang-kadang cerita tu asyik keluar je. Siot tol! Hahahaha...

Lepas tu, aku memang take note lah apa maksud di sebalik shot form BI ni.. Hahaha... Sengal!!

Omang! Omang!! Hahahaha....