October 20, 2011

Aku Sensitif Ke?

Aku sangat-sangat sensitif bila berkaitan dengan orang-orang yang paling aku sayang kat dunia ni. Aku tak boleh tengok diorang ada masalah. Aku akan jadi sedih sangat-sangat sebab aku rasa macam useless bila tak dapat tolong. Memang kadang-kadang ada benda yang kita tak mampu pun nak tolong.

Tapi aku memang betul-betul tak boleh tengok bila adik aku sedih atau mak aku sedih. Aku anak sulung. Kenapa aku tak boleh nak tolong. Kenapa aku tak boleh nak selesaikan masalah? Kenapa aku tak boleh nak buat diorang happy balik?

Bagi orang lain, mungkin perkara biasa je. Tapi aku tak. Aku sangat-sangat hargai family aku. Sekecil mana benda yang mak aku buat untuk aku, aku akan terharu sangat. Walaupun adik aku just cakap "I love u" kat aku, aku akan terharu sangat.

Nobody will know how much I love them.

Mak.


Boy.

Sapiq.


I miss them. Dari kecik kitorang jumpa pun berapa kali je. Masa sekolah menengah, aku dok asrama kat Penang dengan Pasir Salak. Jarang sangat balik. Dah masuk matrik, kat Penang lagi. Sekarang kat Johor. Memang jauh sangat dengan rumah aku. Sapiq dulu sekolah kat KL. Balik pun time cuti je. Sekarang tentera kat PD, sambung diploma.. Boy dulu sekolah KL jugak. Sekarang dah form 5 duduk asrama jugak. Kitorang semua cuti tak sama. Bila aku balik, Boy dengan Sapiq tak cuti. Bila Sapiq balik, aku pulak kat Johor. 

Kitorang memang jarang jumpa. Cuti raya je lah yang jumpa lama pun. Raya Cina, Raya Melayu, Raya India. Kalau tak, memang susah nak jumpa. 

Korang ada macam tu tak? Maybe this is why I'm sensitive when it comes to family matter. 

October 17, 2011

Money is a matter.

Sekuat mana pun kita, kadang-kadang mesti akan rapuh jugak. Sampai satu tahap, aku rasa macam diri aku useless gila. Bila aku nak sesuatu, aku tau aku tak mampu. Tapi bila aku dapat and susahkan orang lain, memang rasa useless gila.

Kenapa perlu nak susahkan sesiapa?

I'm not come from rich family. Family aku biasa-biasa je. My mom single parent. Buat kerja sendiri yang kadang-kadang tak tentu  income. Aku belajar kat sini dengan duit PTPTN dan elaun Suksis. Sepanjang 3 tahun lebih aku kat sini, berapa kali je aku mintak duit mak. Itu pun sebab terpaksa bila aku dah tak ada sangat-sangat. Aku tak sampai hati nak mintak. She was through so much things.

For some people, money is not a matter. Kalau tak kaya pun, senang je nak beli apa-apa. Senang je nak gi mana-mana. I feel jealous sometimes. Aku kalau nak keluar pun kena fikir 2 3 kali. Hahahaha..

I'm not blaming my mom. My mom adalah yang terbaik. I'm blaming myself. Sebab aku ni jenis yang tak reti nak manage duit sendiri. I can't have cash in my hand. Mesti nak guna. Kalau ada seratus, ada je benda yang nak dibeli walaupun masa tu tak perlukan apa-apa pun.

I have to change myself. Kalau tak reti nak manage duit sendiri, siapa nak tolong kan? Aku tak ada saving pun. Teruk, yea aku tau. From now on, aku kena belajar manage diri aku, duit aku. Dah nak habis belajar dah pun. Lepas ni kerja, lagi kena pandai nak bahagi-bahagi.

Bila dah kering, padan muka aku. Hahaha...

Sorry lah entri agak entah apa-apa. Aku emosional sikit malam ni. Tadi kena marah sikit sebab benda-benda macam ni. Huhu.

Good night.

October 16, 2011

Weekend.

Dah lama rasa tak menaip. Blog ni aku buat memang untuk share apa yang aku suka, pengalaman aku and macam-macam lagi tapi sekarang bila aku bukak je dashboard, aku tak tahu nak tulis pasal apa. End up aku just baca blog-blog yang aku memang follow.

Sabtu ahad ni aku memang tak ada cuti sebab ada finishing school. Aku tak tahu kat universiti lain ada ke tak tapi bagi aku program ni sangat-sangat penting untuk fresh graduate. Diorang ajar macam mana nak get ready untuk interview nanti. Apa yang boleh, apa yang tak boleh. Apa yang patut buat, apa yang tak patut. Dressing macam mana. 

Tak kisahlah ko ni cantik ke hensem ke, kalau dress code untuk interview pun korang tak tahu and tak reti, susah jugak. Tapi rupa tu mungkin bonuslah untuk sesetengah orang. 

Enough talking about finishing school. Dah habis dah pun tadi. Lega je rasa. Hehehee... Ni aku nak bersiap pulak untuk dinner Kor Suksis malam ni sempena pentauliahan kitorang hari tu. Memang akan ada dinner untuk super senior yang dah tamat latihan dalam Kor Suksis. 

Makan!! Makan!! ;P

Dah lama tak photoshoot, Jumaat lepas Nabil ajak photoshoot. Agak kekok jugaklah. Hahahaa... Bukan reti pose sangat pun. Nabil kata aku ni bahan eksperimen dia. Haha.. Tak kisahlah tu. 

Okay guys, aku nak kena siap-siap ni. Nanti rajin aku update gambar. Hahaha....

Nah ni bagi satu je. (: 


Photo and edit by Paan. (:

Bye! 

October 11, 2011

Dah Cuba Sekali Terus Gian!


Sekarang aku macam asyik nak benda ni je. Hahaa.. Sangat-sangat suka makan takoyaki sekarang. Epul dengan Kikin yang rajin melayan kalau aku nak makan bola-bola ni. Setakat ni yang paling aku suka dekat City Square JB. Sedap woo kakak tu buat. Nyumm!! Terliur!

Kat BP Mall pun ada jugak. Ada kat sebelah kedai Shihlin tu. Aku tak ingat plak apa nama kedai tu. Kat Summit BP pun ada tapi CS JB punya takoyaki terbaik! ^^

Bila nak gi JB lagi ni... Hehehehee..

By the way, saja nak update pasal preparation untuk dinner tu. Dress dah beli tapi aku tak dapat color putih. Aku beli color lain. Sekarang ni tengah fikir nak match dengan apa-apa yang color putih supaya tak lari tema. (:

October 10, 2011

Jiwa.











"Daripada-Nya aku datang, kepada-Nya aku kembali."










October 05, 2011

Wordless Wednesday #3.


Siapakah??

Dinner.

Punyalah tak sabar weh nak ber-dinner dengan course-mates aku ni. Hehehee.. Yelah kan, dah last semester kot. Lepas ni peluang nak jumpa lagi tu agak nipislah and mungkin tak berjumpa langsung. Waaaa, sedih-sedih!

Insyaallah kitorang punya dinner 20 Oktober ni. Tema adalah Fairy Tales (putih). Yang bestnya kitorang buat kat Pinetree Hotel yang mana setahu aku tak ada lagi budak-budak UTHM buat dinner kat situ. Selalu buat dekat Caterina Hotel sebelum Pinetree Hotel ni wujud kat BP. Hehee.. Dah tengok dah view hotel ni and memang cantik gilos.

Yang bestnya lagi, dinner ni kitorang tak payah sibuk-sibuk nak arrange aktiviti bagai. Event Management UTHM yang setelkan semua. Kitorang just bayar duit je, RM40 sorang. Dari MC, aktiviti, hiasan, makanan semua diorang yang setelkan. Budak-budak Chinese pulak request nak dance. Bestnya! ^^

Bab-bab photographer pulak kitorang tak payah nak cari jauh-jauh sebab kelas sendiri memang dah ada budak photographer. Hehe..

Harap sangat dinner ni akan jadi aktiviti yang memang akan tinggalkan seribu satu kenangan buat kitorang.

Bab baju aku pulak, aku tak setelkan lagi pun cuma dah imagine lah kan nak pakai macam mana nanti. And rambut aku ingat nak buat macam ni. (:

Waterfall bridal.

Aku rasa sesuai dengan tema. Korang rasa? 2 minggu lagi wehhh! Yeaayyyyyyy!!!