August 26, 2010

Gila!

Tadi aku dengan Azza + Along keluar gi bazar. Tapi memang hari yang menakutkan and membengangkan betul! Traffic kat Parit Raja ni memang teruk hantu betul! Orangnya pun sama! Warrgghhhh!!!!!! Geram aku! Diorang ni takda manners la kat jalan raya. Macam mana lah nak kurangkan accident kat sini. Accident da lah yang terus kiok punya. Hoish! Takut aku. Kata kat sini kawasan kampung, orang-orangnya penuh berhemah, jaga masyarakat lah apalah.. Tapi tengoklah macam tadi! Aku tak paham betul. Tak sabar. Kalau orang kat sini sendiri pun bawak kenderaan macam tu, dah tu orang luar nak jadikan siapa contoh?


Ni kat traffic light Parit raja.




Ni kat kawasan kedai-kedai dekat dengan traffic light.




Aku mintak maaflah kalau ada orang dari Parit Raja yang baca ni. Aku memang cakap dari apa yang aku perhatikan. Mungkin bukan semua macam tu tapi orang yang memang teruk ni, tolonglah ubah demi keselamatan orang-orang lain kat jalan raya tu. Sekian.



August 24, 2010

Shopping Raya Dah?

Aku da bukak balik blog ni kepada public. Bosan la plak tak ada komen-komen. Hahahaaa... (ari tu private jep)

Korang da shopping raya dah? Aku kalau time-time ceni nak raya aku macam tak pening kepala sangat lah pasal nak wat baju raya sebab mak aku kan tailor.. Hahahaa... So balik-balik je mak aku dah siapkan baju untuk aku. Wahh!!! :D Tahun ni aku baju raya aku 5 pasang kot. Hahahaa.... Kalau orang perempuan, biasanya akan sibuk-sibuk untuk cari tudung yang match dengan baju kan? Ni lagi-lagi nak raya dah. Mestilah semua mahu nampak paling cantik. (:

So kat sini aku nak promote la shawl yang kawan aku, Suexy jual. Aku tengok pon terasa nak beli semua tapi kang bukan pakai pon. Hahahaaa.... Membazir. Kepada korang yang tengah fenin nak cari tudung atau shawl untuk dipakai raya ni (untuk pakai hari-hari pon lagilah boleh) bolehlah melawat ke blog rakanku ini. (:



http://shawlsdehermosa.blogspot.com/




Jangan sekadar melawat, beli-belah sekali. Hehehe.. Yang bestnya shipping FREE ok! :D

p/s: Suexy!! Bagi aku upah cepat!! Hahahaa...

August 22, 2010

Public-Private.

Sekarang ni aku macam takde gambar nak letak. Sekarang ni emosi aku tak stabil. Aku macam bercelaru. Kenapa entah. Semua ni jadi tiba-tiba. Aku sedih, geram, bengang. Semua ni aku rasa dalam satu masa. And even sekarang ni pon aku rasa macam nak nangis. Hmm.... :( Aku terfikir. Aku ni betul ke tak betul. Aku penatlah nak menghadap semua ni. Terasa macam nak lari dari semua orang. I need to be alone for sometimes. Hurm...

(Removed)

Back to the story. I got to know some people who are already be my friends for month (I thought). And I'm happy with them. Diorang sangat cepat get along dengan siapa-siapa. I love the way they appreciate their friendship. From primary school until now, together. What a sweet thing. (: Tapi ada satu benda yang betul-betul buat aku serabut. And aku selalu sedih pasal benda ni. I know it is wrong for me. But sometimes I want it to be right. Arghhh!! Woi lah! Bengong aku ni! Huhuu..

Sekarang aku dah private-kan blog ni. Certain people je yang boleh baca sebab aku taknak orang ambil tahu lebih-lebih pasal aku and saja nak cari pasal. Hmm... (Removed) I won't. So now I just can look (removed), and talk as usual. What a crazy me.

August 21, 2010

I Really Don't Know.

I don't know what I'm feeling right now, what I'm facing now. I know it's wrong but I can't stop it. I don't ask for it. It comes all of sudden, and I feel "WAHHHHH!!".. It shouldn't happen. I don't want it but I can't control. It's not like eat a doughnut and the last bite, we will feel, "Oh! This is the last bite and I satisfied because it already full my tummy." It is not as simple as eat the round thing.

Hmm.. I must be strong. Syuhhhhhhh.. Please go away. I don't need this. I don't want the complicated thing become worst. Syuuhhhhhhh.... ='(





But it must be hard for me. I don't know when this thing started to happen but I am SAD. Really.. ='(

August 19, 2010

Aku khilaf.

Aku manusia biasa. Aku macam orang lain jugak. Kadang-kadang tak cukup dengan apa yang dah ada. Kadang-kadang tak puas hati dengan apa yang aku miliki. Tapi aku manusia biasa. Khilaf. Aku punya perasaan sama macam orang lain. Perasaan ingin disayangi dan menyayangi. Kadang-kadang aku rasa apa yang aku ada, aku mahu lebih lagi. Aku ada family, keluarga, kawan-kawan, orang istimewa dan orang-orang yang sayang aku. Tapi aku kadang-kadang terlupa. Terlupa yang bukan semua orang rasa macam yang kita rasa. Bukan semua orang yang memahami aku. Dan bukan semua orang dapat penuhi apa yang aku mahu.

Memang sedih tapi itu hakikat. Dia memang takkan dapat penuhi.

August 18, 2010

Taknak Tak Makan Boleh Tak?

Lapar!!!!!!!!!!!!! Huhuuu... Aku betul-betul tengah lapar ni. Plus otak pun tengah serabut kan. Memang la terasa lapar. Orang pun bley telan ni. Huwaarrgghhhhh!!!!! Aku ABC, so xpose lah ari ni! Heheee... Tapi betul la selama ni apa yang aku fikir, kalau kita puasa, kita niat.. So kita takkan rasa lapar time puasa. Tapi, bila bulan puasa atau bulan-bulan biasa lah kan, kita tak makan, memang perut asek nak berbunyik je kn. Huhuu... Tu laa.. Allah da bagi kesenangan dah kat kita nak berpuasa. Tak tau lah orang-orang yang tak puasa tu apa nak jadi. Huhuu...

Hah!! Dah bulan puasa ni takkan aku nak gi beli makanan kat luar plak kan?? So solution-nya, makan la biskut! Hehehee.. Biskut ni comel! Dibelikan oleh Inche Kesayangan. Hehehee....


Ni haa kotak dia.. Comel kan?? (:



Ni lapisan kedua. Hahaaa...



Inilah biskut choco chips saya!!!!!!!!!!!!!! :DD


Pssstttt... Orang puasa jangan terliur tawh!! ^^'

August 16, 2010

Rempit VS Samseng Jalanan

Tengok tajuk da macam nak ulas pasal movie tu plak kan? hahahaaa... Takde lahh.. Aku sekarang ni tengah buat report, assigment. Esok da kena hantar. Huhuu... Masa aku tengah pening-pening fikir nak buat kerja ni, tiba-tiba aku terfikir pasal Mat Rempit. Bukan nama orang tau. Ni mat rempit yang bawak motor tu. Rakyat jelata selalu cakap yang mat rempit ni orang yang merempit berlumba kat jalan raya tu, yang dok buat wheley (ceni ke eja?), cikang laa..leci kang.. Pe jadah entah. Aku pon tak tahu.. Huhuuu.. So aku pun Googled and baru aku faham.

"Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan moto kapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Minah Rempit pula boleh jadi merupakan seorang pelumba perempuan, atau teman wanita Mat Rempit." (http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=4256:samseng-jalanan--mat-rempit&catid=16:isu-nasional)


Betul ke macam tu?? Entah laa.. Aku pun tak tahu la nak komen macam mana. Tapi dulu aku pernah ada pengalaman ber kawan dengan golongan ni. Aku takde lah sampai gi merempit sekali. Hahahaa... Lawak ko bunyi nya aku gi merempit. Kang tak sempat nak merempit kang aku da masuk longkang dulu. Hahahaa... Ok, sambung cerita. Bagi aku la kan, sesetengah Mat Motor bukannya merempit pun. Diorang cuma suka bawak motor laju and bagi diorang itu adalah kepuasan. Tapi kalau ikut undang-undang jalan raya pun kita tau yang bawak kenderaan melebihi had laju tu salah kan?

Tapi ada jugak mat-mat rempit yang memang kaki rempit pun. Minum arak la, vandalisme, kaki perempuan.. Berlumba ada yang just untuk suka-suka and ada jugak yang memang nak habuan diorang kan. Aku tak pernah lagi tengok orang berlumba. Maksud aku, tengok dari tempat mula, macam mana diorang start semua tu aku tak pernah tau pun. Kalau time kat KL la (mana-mana pun sama je) bila malam, memang nampak mat-mat rempit tengah race. Gilo!

Polis pun dah buat macam-macam nak banteras diorang ni. Sekatan la apa lagi ntah. Tapi tak jalan. Degil mat-mat ni... Huhuu... Aku kadang-kadang terfikir, sebenarnya kalau diorang ni gi race yang halal punya kat trek, lagi bagus. Kalau dapat jadi wakil Malaysia, lagi la bagus. Duit dapat, nama pun dapat. Dapat harumkan nama Malaysia lagi taw.

Tapi masing-masing punya pendapat sendiri la kan. Bagi aku, nak berseronok boleh tapi kalau sampau bahayakan nyawa sendiri, macam mana tu?? Kalau nak tanya pengalaman orang yang pernah bawak motor laju-laju and orang yang pernah naik motor yang dibawak laju, mesti diorang akan kata, "SERONOK!". Tak dinafikan laa.. Aku pernah gak tanya orang-orang tertentu, semua cakap benda yang sama. Yang tak pernah naik motor, lepas naik pun akan cakap seronok. Tapi tu laa.... Kalau dah disalahguna kemahiran pandai-bawak-motor-laju tu kat tempat yang salah and tujuan yang salah, memang sia-sia la. Huhuu..

Secara jujurnya aku cakap, aku memang sangat suka nak tau pasal motor@kereta. Aku sangat teruja nak join race motor macam Sprinta tu and race kereta (tp yang macam F1 aku tak minat). Aku sangat-sangat mahu. Tapi tak ada peluang kan. Sprinta tu kan untuk lelaki je. Tak apalah.. Go Kart pon ok la kot tp belum ada peluang lagi nak try. Maybe one day.. (:


Amet ko!! Ini pun boleh buat merempit!!! Hahahaaa...