February 24, 2015

Throwback Last Week

Assalamualaikum.

Semalam nak post dah sebenarnya tapi baru taip 2 3 ketul perkataan terus pangkah. Haha! Monday blues sangat weh! Sangat-sangat sampai aku selamba tidur depan laptop. Adoi, makan gaji buta semalam. Astaghfirullahhhh...

Company aku ni kalau cuti am, memang dia ikut kalendar punya. Tak ada nya lah dia nak bagi extra cuti sehari sebelum or selepas. Kirim salah je lah. So cuti CNY aku memang Khamis Jumaat je. Cuma yang bestnya kalau apa-apa cuti perayaan kitorang akan dapat halfday sehari sebelum tu. Macam minggu lepas, Rabu tu pukul 2 pm dah boleh balik. And selalunya aku memang akan balik Perak terus tapi disebabkan ada wedding kawan aku (yang masa kat UTHM baik jugak dengan aku) so aku memang wajib datang. Hehe!

Lagipun kat Banting je. Belah perempuan, Junior iols time Suksis dulu. Kawen dengan member 1 batch Suksis aku. Kihkih. Hebat. Hebat. Kekal dari zaman belajar sampai dah kawen pun. Insyaallah kekal bahagia sampai bila-bila. Amin.


Congrats Najeeb & Salina!

Aku sampai lambat, so balik pon lambatlah, Siap singgah Nilai masa otw balik sebab nak makan nasik lemak famous yang dikata-katakan Kong. Haha! Plan balik Perak malam tu tergendala sebab dah lambat. Taknak balik malam sebab nanti mak bising aku rabun. Kuang kuang kuang.

20-Feb birthday si Aca. Diorang roger suruh turun Melaka Aca nak belanja makan ikan bakar bak ang. Tapi aku tak join pun makan sebab sampai Shah Alam dah lambat, dengan penat lagi. Tapi malam tu gerak jugak pi Melaka sebab dah lama tak jumpa Qiqi and Aca. Last jumpa masa Aca kat hospital. Si budak ni excident lagi adoyai. Badan dah penuh besi jadi transformer dah sekarang.

Jadah wey lepak sampai melaka dah doblas lebih pastu lepak borak karok je. 3 jam je kat Melaka pastu balik. Minum pun tak. Hahaha!


Still the same even jarang jumpa. Love my GFs!

The ladies memang suka bergambo tapi lelaki-lelaki tu buat dek je kat kitorang.

Ni je lah aku rasa gambo yang diorang pandang camera. Gambar lain semua sibuk nak berborak bincang bisnes juta-juta. 

Well, minggu ni ada wedding lagi. Aku memang kerja tiap minggu pergi wedding kawan-kawan je. Haha! Seronok tengok kawan-kawan happy. ;)

Aku happy dengan kasih sayang yang Allah curahkan kat aku. Aku takde duit kepuk-kepuk macam orang lain. Lepak makan pun memang setiap hari kat mamak bawah rumah aku. Nak lepak lama 3-4 jam pun kat situ gak order 2-3 gelas teh ais. Tapi aku bersyukur dengan kurnian kasih sayang-Nya yang ini. Alhamdulillah.



Till then,
NY

February 16, 2015

Annual Dinner OAG Group of Companies 2014

Assalamualaikum.

Ehem.

Siapa yang follow Instagram or Facebook aku mesti tau dah yang Jumaat lepas aku ada dinner company. Hehe! Tema International Movies and aku memang tak boleh blah pakai costume Maleficent siap dengan tanduk atas kepala. Haha! Over tak over nasib aku menang Best Dressed Female siap kena catwalk kat stage. Berbaloi-baloi! Kahkah! So dapatlah buffet dinner for 2 kat Holiday Villa.

Senang je rupanya nak datang sini. Kat sebelah Subang Medical Center kalau aku tak silap. Sampai punyalah awal konon-konon nak rehearsal performance tapi takdo ponggggg.. So naik atas lepak bilik siap.

Sepanjang hidup aku, aku pernah sekali je dapat lucky draw wey. Sadis gila. Tu pun bukan event yang berkaitan dengan aku. Saje sibuk g farewell dinner department lain masa aku kerja kat Johor dulu. Tup tup dapat plak lucky draw sehelai baju hitam tulisan Jepun, Haha! And dinner ni aku dapat kot lucky draw. Terkejut I noks! Okaylah kan dapat steam iron. Pastu aku bagi Kong sebab rumah aku dah ada 2 iron dah.

And lagi kitorang menang second place for performance malam tu, Dapatlah cash RM200 share 5 orang. Seronok aku dapat 3x hadiah. Hehe!



Maafkan yang kat depan tu. Dia memang macam tu tapi I like!!! ;D




Yeay! Menang second place for performance! (Dept. Procurement & Logistics)

Madley songs.....









Queen & King of.. ?

Fiona, Maleficent, Cowboy Girl





Evil giler! 


Yeay! Menang Best Dressed Female!
Catwalk sikit!





Kakak ku sayang, Kak Yanti. :)

Geng laksa! Tiap minggu 2 3 kali gi makan laksa sampai orang kat gerai tu dah kenal. Haha!





Pukul 3 pagi baru sampai rumah, pukul 4 lebih baru tidur. Terbaik! Lepas tu sepanjang hari Sabtu melepek je kat rumah tak keluar sebab letih. Haha!

Dah, iols nak balik sarang. Bye.



Till then,
NY

February 11, 2015

Comeback.

Hi, assalamualaikum.

Last post aku kat sini tahun 2013. Dah dekat 2 tahun jugak and dalam tempoh 2 tahun ni macam-macam benda yang aku lalui. Ada benda yang sepatutnya aku harap kekal tapi tak kekal pun. Tapi digantikan dengan yang lebih baik. Ada jugak yang aku rasa peristiwa tak best tapi aku ambil positif semua tu sebab aku percaya apa-apa yang jadi semua ada hikmah and kebaikan untuk aku.

Before aku taip entry ni, aku dah delete semua gambar lama aku yang tak sesuai ada kat dalam ni. Alhamdulillah hujung tahun 2012 lepas grad aku fully berhijab. And gambar kawan-kawan aku yang sekarang dah berhijab pun aku dah delete dari blog ni. Kalau korang ni ala-ala stalker nak baca post aku yang lepas-lepas, gambar memang berterabur dengan caption sebab aku tak edit apa pun, terus delete je gambar tu. So better not to read lah ek. Haha!

Umur 26 tahun bagi aku memang dah tak remaja pun. Kelakar weh baca balik entry aku sebelum-sebelum ni. Nampak sangat tak matang! Haha! Terfikir nak delete tapi sayang sebab entry tu semua kehidupan aku masa belajar yang memang tak dapat dah lepas ni. Bila dah kerja otak fikir kerja and masa depan je. Bila baca balik entry lepas barulah ingat balik semua tu. Oh, aku pernah pergi sini rupanya. Eh, kurus rupanya aku dulu. Kahkah!

Ni aku post ni pun tak tau lah ada orang baca ke tak. Tapi tak kisah pun. Aku yang terasa nak menulis balik kat blog sebab nak aku ingat hari-hari semalam aku sampai aku tua.



Till then,
NY

August 20, 2013

After a Long Time...

Hi, Assalamualaikum. ;D

Dah lama gila aku tak menulis kat sini. Biasalah, bila dah start kerja, masa lapang dah makin kurang. Kadang-kadang bila dah sibuk sangat, bila Sabtu Ahad pun kerja, masa untuk diri sendiri pun takde. Lagilah masa untuk family kan. Yang aku ni plak kerja jauh ke selatan.

Bila lama tak update, rasa macam banyak nak cerita tapi tu laaa. Ni pun dah pukul 1224. Nak kerja lagi esok. Dengan baju tak iron lagi. Aiyooooo.... Hahahahaaa

Selama dah habis belajar ni, dah kerja, ni first time aku update blog. Tak tahulah ada orang baca lagi ke tak. Hahahahahahaaaa

Tahun ni raya aku tak banyak sangat tangkap gambar. Memang tak banyak pun sebenarnya. Benci weh pakai BB. Menyesal tukar Samsung to BB. Wuwuwuwuu... BB punya camera tangkap gambar tak cantik, gambar tak sharp, blur, tak boleh focus, bosan. Tunggu nanti aku dapat durian runtuh handphone Sony Z jatuh dari langit, baru syok tangkap gambar banyak-banyak. Haha!

Tahun ni raya tak syok sangat. Tak tahu kenapa. Aku pun takde shopping langsung. Mak pun cakap raya tahun ni macam kurang meriah. Mungkin sebab kat rumah pun biasa-biasa je, aku takde beli pape untuk rumah, langsir pun tak tukar dah berapa puluh tahun.

Takpelah. Mungkin rezeki raya tahun depan. :)


With Syafiq and Faris Idzny

Tu atas tu abang gue. Kihkih

Along with her hyperactive kids. ;P

Tengok! Tengok! Mak gue lekkkkk je tangkap gambar duduk senget-senget kannn...

Tapi bila update blog ni aku baru perasan tahun ni aku takde gambar berdua dengan mak, dengan adik2. Semua salah BB!

Tahun ni tahun Ballbuster kahwin-kahwin. Kuikui.. Eh, aku tak pernah mention lagi pasal Ballbuster dalam blog ni sebelum ni. Semenjak kerja ni, aku join futsal company. Pastu kenal dengan diorang ni semua and join team Ballbuster. Sayang kat diorang ni semua. ;D

Tapi tahun ni je dah 3 orang nak kahwin. Sorang dah settle ni haaa Ahad lepas. Minggu depan lagi sorang. Bulan 10 kapten kitorang pulak. Tinggal berapa je Ballbuster yang single? Cuba teka! Hahhahaa!!


Peah with Asrin. Semoga cepat-cepat beranakkan pelapis Ballbuster. Wakakakaka!

Ni Tores candid gambar gue. Yo yo je kan. Muka serious gila tengok pengantin.

Oh, tu ada lagi satu nak kahwin dah jugak.

Ballbusterians = lama + baru (ni tak cukup korum lagi niiiii)


Hah!! Turn siapa lepas ni?!!

So, siapa nak friendly match dengan kitorang?? ;P
Kitorang tak teror pun. Sepak bola pun tak kena, cakap je tak guna, jom laaa! ;)


June 15, 2012

Kenapa Mak Sangat Special?

Tadi petang message dengan mak. Mak bagitahu yang surat result untuk grad dah sampai dengan surat jemputan kahwin kawan aku. Kawan-kawan ramai dah pulak yang kahwin. Alhamdulillah. Aku belum sampai rezeki lagi nak melangkah ke fasa tu.

Mak tanya macam mana status interview aku hari tu. Aku bagitahulah yang aku gi call HR tu padahal masa interview hari tu dia dah cakap dah yang dia akan call tapi aku ni memang degil. Lagipun semangat kot nak kerja sana.

Lepas tu bila mak tahu aku call HR tu dia gi ketawakan aku tapi message "hahaha" mak special sikitlah.



See.. -.-'

Dulu aku pernah tanya kenapa mak taip titik tu jauh-jauh. Mak cakap nak cepat tak payah tunggu 1 saat baru boleh tekan titik yang kedua. Kehkeh..

Haihhh.. I miss her a lot!

May 17, 2012

Cayalah!

Apo yang sama entah. Tahap kekasaran kot? Aku lemah lembut pe. ;D



Sekarang sangat jarang nak on laptop aku kat rumah sebab battery laptop tu dah kena tukar tapi aku tak tukar lagi. Nak pakai wayar charger tu je tak boleh sebab nati dia asyik tertarik je. Sia-sia. -.-

I am now planning something for myself. I know I have to decide. Mom once said that we have to be selfish sometimes for good.


May 03, 2012

Kahwin Tahun Depan Kot.

Suka korang ek bila aku cakap aku nak kahwin.



Bak mai boypren satu! ;D