February 24, 2015

Throwback Last Week

Assalamualaikum.

Semalam nak post dah sebenarnya tapi baru taip 2 3 ketul perkataan terus pangkah. Haha! Monday blues sangat weh! Sangat-sangat sampai aku selamba tidur depan laptop. Adoi, makan gaji buta semalam. Astaghfirullahhhh...

Company aku ni kalau cuti am, memang dia ikut kalendar punya. Tak ada nya lah dia nak bagi extra cuti sehari sebelum or selepas. Kirim salah je lah. So cuti CNY aku memang Khamis Jumaat je. Cuma yang bestnya kalau apa-apa cuti perayaan kitorang akan dapat halfday sehari sebelum tu. Macam minggu lepas, Rabu tu pukul 2 pm dah boleh balik. And selalunya aku memang akan balik Perak terus tapi disebabkan ada wedding kawan aku (yang masa kat UTHM baik jugak dengan aku) so aku memang wajib datang. Hehe!

Lagipun kat Banting je. Belah perempuan, Junior iols time Suksis dulu. Kawen dengan member 1 batch Suksis aku. Kihkih. Hebat. Hebat. Kekal dari zaman belajar sampai dah kawen pun. Insyaallah kekal bahagia sampai bila-bila. Amin.


Congrats Najeeb & Salina!

Aku sampai lambat, so balik pon lambatlah, Siap singgah Nilai masa otw balik sebab nak makan nasik lemak famous yang dikata-katakan Kong. Haha! Plan balik Perak malam tu tergendala sebab dah lambat. Taknak balik malam sebab nanti mak bising aku rabun. Kuang kuang kuang.

20-Feb birthday si Aca. Diorang roger suruh turun Melaka Aca nak belanja makan ikan bakar bak ang. Tapi aku tak join pun makan sebab sampai Shah Alam dah lambat, dengan penat lagi. Tapi malam tu gerak jugak pi Melaka sebab dah lama tak jumpa Qiqi and Aca. Last jumpa masa Aca kat hospital. Si budak ni excident lagi adoyai. Badan dah penuh besi jadi transformer dah sekarang.

Jadah wey lepak sampai melaka dah doblas lebih pastu lepak borak karok je. 3 jam je kat Melaka pastu balik. Minum pun tak. Hahaha!


Still the same even jarang jumpa. Love my GFs!

The ladies memang suka bergambo tapi lelaki-lelaki tu buat dek je kat kitorang.

Ni je lah aku rasa gambo yang diorang pandang camera. Gambar lain semua sibuk nak berborak bincang bisnes juta-juta. 

Well, minggu ni ada wedding lagi. Aku memang kerja tiap minggu pergi wedding kawan-kawan je. Haha! Seronok tengok kawan-kawan happy. ;)

Aku happy dengan kasih sayang yang Allah curahkan kat aku. Aku takde duit kepuk-kepuk macam orang lain. Lepak makan pun memang setiap hari kat mamak bawah rumah aku. Nak lepak lama 3-4 jam pun kat situ gak order 2-3 gelas teh ais. Tapi aku bersyukur dengan kurnian kasih sayang-Nya yang ini. Alhamdulillah.



Till then,
NY

No comments:

Post a Comment

kuman komen (: