June 27, 2011

Harap-haraplah Muka Tak Burn Hitam Teruk..



Assalamualaikum.. (:

Hari ni hari first kawad kaki. Senjata belum masuk lagi. Hari ni buat kedudukan platun, cara nak masuk dari tepi and kawad..



Ni baju aku masa kawad. Tak dapat nak amet semua sebab tak sempat and bila dah habis kawad, muka merah peluh-peluh minyak takkan nak amet gambar. Macam pelik je. Hahahaa.. Esok aku cubalah amet full ek. Ni kitorang pakai tshirt ni tuck in baju dalam and pakai belt besar tu. Nampak kan sikit? Huhu... Aku dah sakit kaki pakai kasut kawad hari ni. Jangan kuku tercabut lagi dah lah..

Tadi setiap universiti kena hantar wakil untuk pilih jadi komando detachment. Universiti kitorang hantar 5 orang. Aku, Alya, Farehah, Inche Kesayangan (hihihi..) dengan Najeb. Tapi kitorang yang perempuan tak terpilih pun lepas ujian tu. Wakil setiap U campur-campur memang ramai tapi perempuan diorang nak 10 orang je. So mungkin bukan rezeki aku. Lagi ada yang lebih tinggi and suara lebih kuat bagi komand. Najeb dengan Epul dapat join dekat kawalan kehormatan.

Hari ni cuaca panas, panas jugak. Redup pun redup jugak tapi aku dah burn sikit dah.. Muka dah merah, panas.. Huhuhu....


Gambar ni baru je amet ni. Merah and dah belang dah muka aku tapi dalam gambar ni mungkin tak nampak sangat kot. Huhuhuhu.. Muka penat, mata berair merah-merah.. Macam ni lah keadaan aku setakat ni kat sini. Esok belum tahu lagi macam mana.

Kat sini makan okay la jugak, sedap.. Tapi air, jangan haraplah nak minum ais. Even dia buat air oren ke, air teh o ke, kopi ke semuanya adalah panas atau suam atau biasa je. Tak ada istilah minum air sejuk kat sini. Huhu... Tapi aku tak kisah pun sebab aku pun sekarang memang dah kurangkan minum air sejuk. Lagipun air sejuk tak elok untuk stamina. That's why aku dah kurangkan minum air sejuk sebelum ni.

Mungkin ni je aku nak cerita. Gambar memang tak adalah. Time kat padang kawad macam mana nak amet gambar kan... Semua orang sibuk kawad. Huhuhuhu

Darling-darling sekalian... Aku nak rest dulu ek. Korang pun jangan tidur lambat-lambat sangat online, baca blog.. Jangan jadi macam aku. Kang pening bila dah ngadap laptop lama sangat. Hahahaaa....

Malam.. (:

June 26, 2011

Latihan Bakal Bermula..

Assalamualaikum.. (:

Aku janji nak update pasal Kemboja, pasal praktikal aku and pasal benda lain tapi tak sempat la.. Sekarang aku dah ada kat UTM. Esok kitorang akan start latihan kawad untuk Tamat Latihan Kor Suksis lagi 2 minggu.. Golap la den...

Gambar tak tahu nak letak gambar apa sebab sekarang ni pakai laptop member aku. So mungkin esok aku akan update dengan gambar ek. Laptop aku tak bawak sebab tadi pagi kelam kabut pack barang sampaikan sport shoes pun boleh tertinggal.. Uhuk!

Ni semua sebab aku kena alter seluar uniform tiba-tiba. Tengah iron tadi pagi tiba-tiba baru perasan yang seluar tu panjang sebelah and besar sebelah.. Sampai 1 inch kot! Adoi.. Apa punya tukang jahit la tuh! Huhu... Dah melayang RM18 gi alter.. Nasib baik ada kedai alter seluar bukak. Dah la hari ahad kan...

Dah lah.. Taknak membebel panjang-panjang sebab tak ada gambar nak letak. So tak best nak bercerita. Huhu.. Esok malam aku cuba update dengan gambar ek.. :)

Pukul 9 ni kejap lagi ada roll-call.. So aku kena wish kat korang good night awal-awal lah kan.. Hehehee... Okay yea.. Good night.. ^^

June 25, 2011

Hai! Hello!!!! Hehehheee.... Sekarang aku dah kat Parit Raja. Esok nak gi UTM sebab training kawad dah nak start Isnin nanti. So mungkin sebelum gi esok, aku akan update blog aku yang dah berhabuk ni okay. :)

Tunggu tau!!!

Mmmmwwaaahhhh!!!!!

June 02, 2011

I'm sorry for not updating my blog for quite a long time.. Busy... Tak ada masa nak online. Rumah sewa sekarang tak ada Wifi. Nanti aku update ek. Tapi tak janji la bila..



Sorry..
Rindu nk update blog..

Have a great Thursday people! (:

May 20, 2011

Heaven Berada Di Malaysia!


Sekarang dah ada kat Johor, rumah sewa aku. Penat...... Ahad dah kena gi Nilai. Isnin dah start LI... Cerita Kemboja aku cerita nanti ek.. Ada masa aku update lagi...




Mahu tidur dahh... Good night... (:

May 14, 2011

Babai Malaysia??

Yup!! Babai Malaysia for a week... Hihihi... Seminggu je pun. Tomorrow I'm going to Cambodia. Atas urusan apa??

Aku kan join Kor Suksis. Kitorang ada khidmat masyarakat kat sana. Dekat perkampungan orang Champa, dekat Pnom Penh. And ada buat lawatan jugak kat universiti kat sana. Aku memang tak pernah gi luar daripada Malaysia melainkan Thailand (tu pun da lama sangat dah) so macam mana nanti kat sana.... We will see..

Nanti balik sini Jumaat depan, kalau ada masa aku update dalam ni. Sebab Isnin tu aku dah start LI. Mungkin susah nak online. Tak tahu lagi, tengoklah nanti macam mana.

Haa, jangan rindu aku keyh! Hahahaa... (Harapan la ada orang nak rindu.. ;P)



Tata!!

May 12, 2011

Bagi Aku.....

Ni dah dekat nak pukul 3 pagi. Aku pening kepala.. Macam-macam benda aku fikir sampai sakit kepala padahal tak adalah penting sangat pun. Tapi bila membabitkan perasaan orang, mungkin boleh jadi penting..

Hmm.. Aku mungkin nak share pendapat aku dengan korang je..

Bagi aku, memang tak salah pun kalau seorang lelaki kawan baiknya adalah perempuan and seorang perempuan kawan baiknya adalah lelaki. It's fun! Bila lain jantina, cara pemikiran pun berlainan. Character pun tak sama.

Bagi aku, memang tak salah selagi diorang tak langgar batas diorang sebagai kawan baik. Tapi satu benda yang akan jadikan situasi diorang ni agak susah ialah apabila lelaki ni dah ada gf ataupun perempuan tu ada bf.

Tak ada masalah kalau bf/gf diorang seorang yang sangat memahami and boleh masuk pulak lepak-lepak sekali kan... (Aku pun ada kawan macam ni. Rilek je diorang.) Tapi akan jadi masalah kalau bf/gf diorang tak boleh nak ngam langsung dengan bestfriend korang tu. Hmm..

Bagi aku, berkawan baik lain jantina adalah satu benda yang sangat fun and sweet. Tapi bila seorang kawan baik dah terlanggar batas sebagai kawan baik, sepatutnya kena sedar and patah balik. Lagi-lagi bila kawan baik dia dah ada bf/gf..

Bagi aku, it's a normal thing kalau korang tersuka dekat kawan baik korang tu. Tapi dah suka, kena simpan macam tu je lah. Berkawan kena ikhlas. Bila dah terlebih, mungkin akan menggugat hubungan korang sebagai kawan baik and mungkin korang akan hilang dia.

Bagi aku, sebagai kawan baik, sepatutnya ko yang lebih faham dia dari orang lain. Apa yang dia suka, apa yang dia tak suka... Bestfriends are supporting each other. Bukan bagi tekanan kat kawan baik dia.

Sekadar pendapat aku......

Good night.....