June 27, 2011

Harap-haraplah Muka Tak Burn Hitam Teruk..



Assalamualaikum.. (:

Hari ni hari first kawad kaki. Senjata belum masuk lagi. Hari ni buat kedudukan platun, cara nak masuk dari tepi and kawad..



Ni baju aku masa kawad. Tak dapat nak amet semua sebab tak sempat and bila dah habis kawad, muka merah peluh-peluh minyak takkan nak amet gambar. Macam pelik je. Hahahaa.. Esok aku cubalah amet full ek. Ni kitorang pakai tshirt ni tuck in baju dalam and pakai belt besar tu. Nampak kan sikit? Huhu... Aku dah sakit kaki pakai kasut kawad hari ni. Jangan kuku tercabut lagi dah lah..

Tadi setiap universiti kena hantar wakil untuk pilih jadi komando detachment. Universiti kitorang hantar 5 orang. Aku, Alya, Farehah, Inche Kesayangan (hihihi..) dengan Najeb. Tapi kitorang yang perempuan tak terpilih pun lepas ujian tu. Wakil setiap U campur-campur memang ramai tapi perempuan diorang nak 10 orang je. So mungkin bukan rezeki aku. Lagi ada yang lebih tinggi and suara lebih kuat bagi komand. Najeb dengan Epul dapat join dekat kawalan kehormatan.

Hari ni cuaca panas, panas jugak. Redup pun redup jugak tapi aku dah burn sikit dah.. Muka dah merah, panas.. Huhuhu....


Gambar ni baru je amet ni. Merah and dah belang dah muka aku tapi dalam gambar ni mungkin tak nampak sangat kot. Huhuhuhu.. Muka penat, mata berair merah-merah.. Macam ni lah keadaan aku setakat ni kat sini. Esok belum tahu lagi macam mana.

Kat sini makan okay la jugak, sedap.. Tapi air, jangan haraplah nak minum ais. Even dia buat air oren ke, air teh o ke, kopi ke semuanya adalah panas atau suam atau biasa je. Tak ada istilah minum air sejuk kat sini. Huhu... Tapi aku tak kisah pun sebab aku pun sekarang memang dah kurangkan minum air sejuk. Lagipun air sejuk tak elok untuk stamina. That's why aku dah kurangkan minum air sejuk sebelum ni.

Mungkin ni je aku nak cerita. Gambar memang tak adalah. Time kat padang kawad macam mana nak amet gambar kan... Semua orang sibuk kawad. Huhuhuhu

Darling-darling sekalian... Aku nak rest dulu ek. Korang pun jangan tidur lambat-lambat sangat online, baca blog.. Jangan jadi macam aku. Kang pening bila dah ngadap laptop lama sangat. Hahahaaa....

Malam.. (:

13 comments:

  1. kaLau maLam, aku rase aku mesti tak dapat cari kau...hahahaha =) jangan marah nad !! sayang kau !

    ReplyDelete
  2. nanti dah jadi kuda belang update2... hihihihi
    maybe bukan rezeki kaqo0 tu... chill n enjoy kawad k... hehehehe
    papepon,baik2 kawad ea..
    n jgn t'cabut kukuuuuuu... hahahaha
    all the best kaqo0.. ;)

    ReplyDelete
  3. hati2 kuku kaki 2...jgn smpi luke gy....
    tc dear :)

    ReplyDelete
  4. salam puan..wah, skali la kite kt utm ari tu..tp xperasan pon..huhuhu..pape pon tahniah bergelar inspektor sukarelawan...

    ReplyDelete
  5. hai puan..hee..dh tu skang keje dh ke?

    ReplyDelete
  6. Tak lahh... Tengah final year. Last sem dah ni. (: Awak?

    ReplyDelete
  7. ooo ingt kn dh abeh..kitorg kt sni pon last year jgk..taun dpn br practikal...amik mende kt sne?uthm kn?

    ReplyDelete
  8. Ha'a, UTHM.. Amet Technology Management in Production and Operation. Saya dah praktikal dah. Habis sem ni, memang dah habis terus dah. Tunggu grad je la. Hehehee....

    ReplyDelete
  9. sonok la..kitorg tgu practical je lg ha..pastu abeh la...dpt msg td?y tnye korg amik sijil ngn tan sri ke ngn org lain?

    ReplyDelete

kuman komen (: