March 31, 2011

Hobi Aku Adalah Membaca.

Aku sangat suka membaca dari kecik. Dari aku sekolah rendah mak dah belikan aku buku-buku cerita macam Misteri Rumah Api Tepi Pantai, Tingkatan 1 Di Sekolah Seri Melur, Nenek Bertudung Merah..... Aku pun tak tahu kenapa tapi bila aku dah membaca, orang cakap dengan aku pun aku tak perasan. Kadang-kadang rasa macam "Weh, nantilah cakap. Aku nak baca ni jep.".. Hahahaa... Buat orang sakit hati je cakap dengan aku. Hihihihi...


Dari kecik aku memang suka membaca. Tak kisahlah buku apa pun. Paling aku suka bila nak balik kampung, duduk rumah makcik aku yang aku panggil Wak Siah. Rumah dia banyak gila buku. Buku katun Ujang, Gempak, Utopia, majalah URTV.. Hahahaa... Ni zaman-zaman dulu punya buku yang famous lah. Anak dia (kira cousin aku lah) ada yang sebaya dengan aku. Tapi kalau aku dah dapat baca buku, aku tak peduli pun dia ajak aku main masak-masak ke, main tangkap ikan ke, ajak gi kedai ke... Hahaa.. Kejamnya aku.. ;P

Sampaikan Wak Siah pi tanya mak aku, aku ni memang suka baca buku ke? Sebab bila aku sampai rumah dia je, aku akan cari buku untuk dibaca. Tak kisahlah buku apa pun. Novel sekolah menengah Kak Yunie pun aku tibai baca. Hihihi..

Pernah sekali masa aku kat rumah time cuti sekolah (aku sekolah asrama, so jarang balik rumah), mak aku punya bengang dengan aku asyik duk ngadap buku, novel sampai tak ingat benda lain, ugut aku nak bako buku aku.. No! No! Huhuhuuu.... (Kite bako aje!!) Punyalah aku suka sangat membaca sampai kerja rumah pun tak ingat nak buat. Huhuhu....

Bila dah masuk sekolah menengah, sekolah aku dapat novel BM yang berkaitan sejarah tu. Aku tak ingat dah tajuk dia. Kapten Hassan kot... Aku boleh khatam buku tu berapa banyak kali pun aku dah tak ingat. Kawan-kawan aku yang lain ada yang tak habis baca pun ada. Hahahaa.. Betapa cintanya aku terhadap buku... (:

Sekarang dah masuk U, zaman pun dah semakin canggih. Aku pun dah ada blog. Sekarang aku maccam ketagih baca blog ataupun website yang best-best. Tapi satu benda yang aku tak suka, aku tak suka baca novel online. Takdak feel... Hehehe.... Ni aku punyalah suka baca blog sampaikan aku boleh tak buat kerja, tak keluar rumah... Kalau orang ajak aku keluar makan ke, aku lebih rela duduk rumah bila masa tu aku tengah membaca di hadapan laptop ku ini... Huhu.. Teruk... Teruk.. Isyhhh... Isyhhh.... Korang jangan buat macam ni..

Lepas tu bila orang call aku, text aku, aku mesti macam tak pay attention sangat kat orang tu. Alaaa wehh.. Sorry-lah... :( Dah nak buat macam mana.. Mata ke lain, otak ke lain, mulut nak cakap dalam talipon... Susah.. Susah.. Huhuhu...

Ni dah kena sound dengan kawan aku. Suruk aku buat kerja. Asyik dok mengadap blog orang, website sampai tak buat kerja. Huhu..

Ok-lah.. Terpaksa pergi... Siapa yang nak share dengan aku website yang best-best, boleh tinggalkan link kat komen. Ataupun siapa-siapa yang nak aku berjalan-jalan ke blog dia, tinggal link kat bawah ek.. Tata!

(T.T).... Wuuuu....~

March 30, 2011

Status FB: In Relationship With Epul Black.


Yea, kami kembali bersama. Doakan yang terbaik untuk kitorang.. Doakan kitorang kuat untuk pertahankan hubungan ni kembali.. (:

March 29, 2011

I Am Sorry.

I don't know what to do. I know it's my fault. U have right to hate me or to scold me. Hmm... :( I really don't know what I've done previously. I am really sorry. :(

Sorry. :(

Contest Aku Foodilicious.



Aku sebenarnya malas nak join contest sebab bukannya aku menang pun. Hahahaaa.... Tapi disebabkan Syeera dah tag aku, so aku kenalah buat. Macam tu ke? Huhu.. Ok, ini gambar yang aku nak letak.

Makan spageti! :D Masa ni kat JB.. Kira spageti ni pun favourite food aku lah sebab hari tu balik rumah aku sampai mengidam nak makan, terus buat sendiri. Hehehee....

Untuk pengetahuan semua, aku memang suka makan pun. Lagi-lagi bila tengah stress. Tengok kat "about me" tepi tu pun dah tahu aku memang suka makan sebab aku tulis aku food lover. Hahahahhaahahaa.... Tapi kadang-kadang kalau stress sangat, boleh jadi sampai tak ada selera makan terus. Huhu...

Lepas dah letak gambar kat atas tu kena jawab soalan pulak.

(i) Favourite food aku adalah segala macam benda yang sedap dan unik yang boleh dimakan dan diterima oleh tekak aku. Hehehee... Senang cakap, semua benda aku suka makan. Tapi kan, ada satu benda lagi yang aku teringin sangat nak makan tapi tak jumpa lagi bendanya. Mahu macaroon!! Nak sangat-sangat..... :(

(ii) Kenapa aku suka food tu sebabnya adalah aku memang suka MAKAN! Hahahaa... Nasib baiklah i tak gemuk u... Huhuhuhu... Walaupun dah naik sikit badan, kena excercise sekarang ni. Huhuhu....

Slogan pun ada??? Kena jawab tak lebih dari 20 patah perkataan. Nasib baiklah..... ;P
"Saya foodlicious sebab aku kan memang suka makan. Sinonim dalam bahasa Melayunya, Makan = Nadia Yusoff. Hahahahaa.... "

Ok dah. Lepas tu kena tag 3 orang. Ehm, aku nak tag siapa ni..


Dah siap dah karangan untuk kali ini. sekian, terima kasih. (:



(Sekarang betul-betul tengah serabut.. T.T)

Perempuan Memang Selalu Impikan Kulit Cantik Bak Telur Rebus Yang Dah Dikupas.

Halusssss je kan? Ok tak peribahasa aku?? Hehee... ;P Siapa yang taknak kalau ada orang offer nak jadikan kulit kita bersinar-sinar bak artis kan? Ala-ala kulit Lisa Surihani, Rozita Che Wan.. Diorang dah lah cantik, lepas tu kulit pun cantik.. Aku selalu terfikir, artis ni kan kita tengok cantik je walau dia berlakon jadi hodoh mana pun. Yang dah agak berumur pun still maintain je kan?

Memang pelik! Pelik sebab aku asyik terfikir, produk apa yang diorang pakai sampaikan kulit muka cantik macam tu?? Artis lelaki pun sama. Cuba tengok kulit muka Aaron Aziz.. Fuhh!! Fuh!! Cayak macam lilin baq angg.. Hahahhaa... Aku pernahlah jugak terbaca artikel tentang cara artis-artis kat Malaysia ni jaga kulit diorang. Kebanyakannya amalkan rutin penjagaan muka yang berterusan. Yela, bangun pagi cuci muka, tempek toner, tempek krim sunblock.. Lebih kurang macam tu lahh..

Women or men yang sentiasa sibuk kerja dari pagi sampai malam yang bila malam tu balik penat gila mesti nak terus tidur, aku suggest-kan korang buat facial untuk improve-kan kulit kita yang selalu terdedah kat habuk, debu, asap kereta dengan air-cond.. Air-cond tu memanglah kita tengok dia sejuk je.. Kita pun tak berpeluh tapi kalau kita duduk lama-lama dalam air-cond, kulit boleh jadi kering pe... Kan?? Kan?

So, marilah kita berkongsi tips untuk penjagaan kulit kita agar sihat sentiasa.. Ewah ko! Macam iklan kat tv pulak!

Aku pernah sekali try buat facial tapi tu yang biasa-biasa punya. Apa kata, untuk korang yang tinggal kat area Kota Damansara ataupun yang kerja area situ, cuba try buat facial dekat Skin Affairs. Sekarang ni diorang tengah buat promosi untuk Gold 24 carat Facial and ada waxing sekali! Haa... 2 in 1 babe!!

Aku pun nak kulit muka jadi macam ni!!!

Nak tahu sebab apa aku suruh korang buat facial kat sini? Sebab harga dia sekarang adalah RM58 iaitu 85% off untuk Gold Facial + Waxing + Neck & Eye Treatment untuk 2.5 jam! Lelaki dengan perempuan dua-dua boleh buat. Go and feel it! Dia punya redemption period dari 1 April sampai 1 Jun 2011. So cepatlah deal and redeem korang punya voucher kat SINI! ^^

Tapi korang kena cepat!! Sebab nak beli voucher ni tinggal lagi sehari je!! Cepat!! Kalau lambat, jangan menyesal sudahh... Bukan senang nak dapatkan facial yang harganya beratus dengan diskaun sampai 85%.. ^^

Nanti lepas dah buat, korang share dengan aku pulak... (:




March 23, 2011

Laptop Kecik Saya Dah Baik!!

Seronoknya!!!! :D
Laptop aku yang kena spyware ni dah ok dah. Hehehe.. Terima kasih sangat dekat Adha yang dengan sukarela membetulkan laptop ni. Lepas tu siap ada benda yang aku nak lagi Adha dah tambah. Hihihi... Thanks sangat babe! :D Nanti sem depan i belanja u karok! ;P

So sekarang dah boleh sambung buat assignment yang melambak ni dengan senang hati. Tak adalah fikir rasa serba salah pinjam laptop orang. Thanks jugak dekat Epul sebab bagi pinjam laptop kejap sebab aku banyak kerja nak buat. Thanks sangat ek kat kamu berdua. ^^

Ok-lah, mari sambung buat asignment. Tata! (:


(Nak beli motor.. Siapa ada nak jual motor?? Let me know ekk.. )

March 16, 2011

Time Banyak Kerjalah Kau Nak Buat Hal.

Malam tadi stay up kat McD dengan Nabil, Ara and KA. Memang nak buat assignments sebab sekarang lagi berapa minggu je dah nak final and kerja sekolah memang tengah berlambak. Huhu... Aku plan nak buat individual assignment Strategic Management. Nabil pulak tengah pening buat PSM dia. Then, dia mintak tolong aku cari journal untuk PSM dia ni sebab hari ni dia kena hantar dah kat supervisor dia. Aku tolong je laa.. Bukan kena bukak buku pon, cari kat internet je...

Tapi, tiba-tiba.. Aku tak tahu website apa entah yang aku tekan, lepas tu keluar macam konon-konon dia kata laptop aku ada virus and terus dia scan. Tapi aku macam peliklah sebab bukan scan yang kat antivirus aku. Dia scan kat website tu.. So maknanya dia bagi aku virus. Bodohlah! Aku dah la tengah banyak kerja.. Wuuu.. :'(

2-3 kali jugak jadi macam tu sebab mula-mula aku ingat tak ada apa lah sebab aku dah scan balik laptop aku and ade 2 infections tapi dah removed dahh... Last-last, dia terus jadi macam ni..

Sampai background belakang pun dah hilang, jadi macam ni... :'(




Semua virus ni aku dapat daripada pop-up yang konon-konon nak scan laptop aku yang kata ada virus tu.. Hampeh!


Memang jahanam dah laptopku.. Wuuuu...


Dah tu aku memang tak tahu nak buat apa. Just copy folder PSM aku dengan folder gambar kat dalam (D).. Tu pun masa tengah copy last folder, laptop aku tiba-tiba kata nak shut down sendiri. Lepas tu pulak kata, tak boleh nak force shut down.. Lepas tu jugak, dia pi restart. Gilo!! Waaa... Tolonglahh.. Siapa yang reti format laptop? Aku memang tengah banyak kerja ni.. :(


Kurang asam budak ni. Dia fokus giler kat PSM dia... At least sempat jugaklah aku bagi dia link-link journal yang aku dapat. Huhu...


Yang ni haa sibuk dok menangkap gambar aku masa aku tengah tension tengok laptop aku yang dah jahanam tu. Huhu... External disk dia pun kena virus laptop aku. Ngek btol laa.. Nasib baik dia ada back up benda dalam tu kat dalam laptop dia.



Ara kata ni gambar ala-ala skema passport. Hahahaa... Gilo..

Budak ni dah lah tengah kena chicken pork.. Eh! Chicken pox (ceni ke nak eja dia??).. Lepas tu taknak dok diam kat rumah, ikut kitorang gi McD.. Nampak tu kat lengan dia ada putih-putih? Tu dia letak ubatlah tu kat ayam-ayam kat badan dia.. Sengal! Kitorang semua taknak share makanan dengan Ara. Kang nanti jangkit.. Hihihi...

Alaa.. Laptop gue..... Cene ni..... :(