August 12, 2011

It's Fun!!

Tadi lepas sahur rasa macam tak best plak nak tidur walaupun malam tadi tidur lambat (nampak sangat lepas sahur selalu tidur balik.. Hahahaa). Makan banyak kot.. Hahahaa.... Ni first time online lepas sahur. Selalu aku online kul 11pagi ke atas.... Dah online pagi-pagi, orang pun memang tak adalah nak ngadap laptop pagi-pagi buta kan... Hahahaa...

So aku saja gi Google Image nama aku, Nadia Yusoff... This is what I found out! Hahaa... Saja nak tengok gambar apa yang akan keluar. Dah taip nama sendiri, keluar gmbar sendiri la kan...


Kebanyakan gambar ni memang dari blog aku.. Ada jugak dari page kawan aku. Ishh.. Ishhhh... Sekarang ni senang je kan? Kalau nak cari orang tu punya gambar ke apa ke, taip je kat Google. Confirm keluar.. Bahaya pun ada gak sebenarnya....

Haaa.... Korang pun try-lah search kat Google Image nama korang. Tengok gambar apa yang keluar... Hihihi.... It's fun walaupun merepek!! ^^ Saja nak bagi korang happy-happy sikit... ;P

Selamat hari Jumaat! (:

August 10, 2011

I'm Happy When...

Kadang-kadang aku terasa hidup aku stress je. Kalau time dekat U, stress sangat bila aku tak dapat siapkan assignment pada waktu yang lecturer dah tetapkan. Padahal bukan banyak sangat pon kadang-kadang. Suka tangguh.. Nantilah buat... Kejap lagilah... Sampai esoknya nak hantar, barulah kelam kabut.

Life as a student sepatutnya happy.. Happy dengan kawan, dengan kehidupan universiti.. Tapi aku banyak benda yang aku nak buat kat U tak dapat. Contoh macam aku nak main balik netball, tak dapat sebab aku tak ada sorang pun member yang minat benda macam ni. Dari sekolah rendah sampai menengah aku aktif main netball tapi masuk U aku tak tahu macam mana nak join.

Lagi, aku nak aktif balik menari macam kat sekolah, pun tak kesampaian jugak. The problem is I don't know how to start. Entahlah... Bila gi event kat U, kadang-kadang rasa macam terkilan, kecewa pun ada jugak..

But luckily me, aku join Suksis. So setiap hari Sabtu adalah jugak aktiviti yang aku buat. Setiap cuti semester pun kitorang ada aktiviti. Gi camping, latihan menembak, latihan renang etc... Okaylah jugak..

Tapi aku nak buat lebih lagi.. Mungkin nati akan sampai jugak masanya untuk aku aktif balik dengan semua tu...

Bila aku stress, dengan benda-benda macam ni lah boleh buat aku rileks, boleh buat aku happy.. Aku nak sangat aktif balik. Online ngadap laptop buat aku bosan giler.. Macam dah tak ada benda lain nak buat.. Husshhh....

Happy bila,


Beli barang dapur sama-sama. (:


Penat lepas konsert kat JB.



Tangkap gambar dengan telur??



Segar lepas main futsal.



Spending time with her.



Oh, paparazi!!



Touch by the nature.


Hang out with new friends.



Green.



Dia ada bersama.



Gig with new friends yang satu kepala.



Of coz MAKAN!!



Having great time together dulu..


Main hujan sampai kena kejar dengan guard kolej. Priiittttt (wisel)!! ;P


August 09, 2011

Simple but Gorgeous!

Adore sangat baju kurung moden rekaan Rizalman ni.. Bakal membuat 1 macam ni mungkin? Hehe.. (:



Rindu Nak Gi Genting Highland!

Hello, assalamualaikum.. (:
(Aku tengah merajuk dengan blog aku neh, dia tak bagi aku upload gambar... Iskk...)
Hari ni dah Ramadhan yang ke-9 kan? Aku tak wish pon kan kat korang.. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak.. (: Semoga korang jangan tinggal puasa.. Hehehee...
Saje flash back masa aku semester 5, bulan 7 tahun lepas.. Dah lama kan? Tapi teringat kenangan yang paling gila kitorang wat.. Aku, Azza and Along. (: Azza ni dia memang nak gi Genting dari semester 1 lagi dah cakap kat kitorang. Entah macam mana, 1 ari tu, Azza dengan Along pi sembang-sembang pasal nak gi Genting. Then minggu tu jugak diorang nak gi. Aku kena paksa rela la ikut. Kitorang masa tu semua mana ada dwet banyak. Hahahaa....
Bayangkanlah, nak naik Genting tu je dah berapa ringgit, nak makan lagi, nak main lagi.. Aku masa tu ada Rm200 je. Azza and Along yang plan semua. Dah aku kena paksa rela, aku ikut je lah.. ;P
Hari jumaat kot (aku tak ingat dah) kitorang turun KL, tidur rumah kakak angkat Along.. Kucing kat rumah dia sangat ganazzz.. Aku takut nak tidur malam tu. Main lompat-lompat atas kitorang, cakar-cakar kaki.. Memang selubung kitorang tidur malam tu. Huhu.. Kejam......
Esok pagi-pagi kitorang gi KL Sentral, cari tiket bus naik Genting yang ada pakej sekali tu. Tapi dah nama pon last minute, gi pon gembel je, tiket pon memang tak adalah.. Huhu.... So kitorang amet keputusan naik teksi biru tu naik atas. Tak ingatlah kena bayar berapa..
Sampai atas, gi jumpa plak kawan kakak angkat Along. Dia chef kat situ.. Kitorang pun gi lah makan kat restoran pe entah.. Kitorang makan mewah kot... Hihihi... ;P Tapi dwet tak ada... Cano tu??? ;P Alhamdulillah.... Burrpppp.... (:
Tapi yang tak bestnya, orang ramai. Nak main kena beratur panjang gilos.. Pastu, si Azza ngan Along ni mana lah nak main roller coaster ke, benda-benda yang hard core macam tu taknak nye diorang main.. Cian aku..... T.T
Nak tau kitorang main apa?? Merry Go Round, kuda tu... Dengan apa ek.. Yang ala-ala roller coaster tu tapi dia indoor and kejap je pon.. Azza jerit tak boleh blah... Aku duduk depan da terkekek-kekek ketawa... "Makkk!!! Nak balik!!!!" Hahaha.. Kalau tak silap aku dia jerit macam tu laa.. Hihihi... ;P
Azza duduk dengan Along.. Aku dok sorang kat depan diorang. Nebes gak mula-mula masa dia nak jalan.. Hahahaaa.....
Lepas tu nak main yang langgar bot kecik dalam air tu pon tak dapat. Ramai sangat orang beratur. Then kitorang pon gi lah makan lagi.. Hihihi..... Kat hotel kot tapi tak ingat hotel pe...
Masa nak balik, tiket kitorang malam. Dapatlah naik bus.. Tapi nak tau tak kitorang punya tiket, tiket pe? Senior citizen.... Hihihi.... Murahlah sikit... Thanks la kat kawan kakak angkat Along tu... (:
Sampai KL Sentral tak ingat dah pukul berapa. Then kitorang bermalam kat Bukit Bintang.. Along punya tunang yang tolong carikan hotel. Okaylah jugak... Korang nak tau x? Betapa mengantuk and mamai nye Along malam tu, dia gi langgar cermin pintu kat hotel tu tau x? Hahahahaaa... Gilo btol laa..... Dah orang kat kaunter tu kelam kabut tanya Along okay ke x.. Hahahaa....
Lepas mandi, kitorang keluar gi makan kat Murni ss2 PJ.. Ramai btol orang. 1st time tu aku makan kat situ. Best wehh!! Thanks to Ayie.. (: Masa makan Azza dah merepek-repek cakap apa entah. Masing-masing dah mamai.. Balik kat hotel, aku pun dah ngantuk sangat-sangat. Azza nak cepat sebab dia nak shishi.. Aku tak tahulah macam mana aku jalan. Masa naik tangga, aku boleh plak tersadung. Pastu landing macam mentadak atas tangga tu.. Wawaa... Hahahaa... Dah la depan cctv. Mak aii... Malu gler aku. Azza dah gelak-gelakkan aku dah. Pastu kata tak boleh nak gelak sangat dah sebab nak shishi.. Hahaha.. Bodo btol laaa...
Kenangan tu memang manis walaupun kitorang tak ada dwet dah lepas tu. Nasib baik duduk rumah sewa, boleh masak megi.. Huhu.. Sadisss.....
Tapi kalau boleh, aku nak gi lagi dengan sempurna sikitlah.. Hahahaaaa...
Korang pun boleh jugak. Dengan RM168 je korang dah boleh menginap kat First World Hotel 2 hari 1 malam, ada buffet breakfast and lunch, siap dapat mooncake lagi taw! Daripada korang bayar RM357.40, offer ni kira dah sangat best sebab dia potong 53%! ^^
Gi kat sini: Go Genting!!! ^^
Kalau aku ada dwet ni, aku dah gi da untuk kali ke-2 plak.. Hihihi... Tapi cepat taw. Tinggal tak sampai 24jam je nak beli tu.. Selamat ke Genting! ^^

August 08, 2011

Masalah.... Masalah....

Weh, kenapa aku punya blog ni tak boleh nak upload gambar dah?????????

August 06, 2011

Cambodia.



Selamat Hari Jumaat.. (:

Gambar dah boleh upload tapi amet masa sikit laa... Huhu..

Macam yang aku dah janji, aku akan update cerita yang lepas-lepas dulu ek. Mari-mari aku share dulu pasal yang aku gi Kemboja sebelum praktikal tu.. (:

Sebelum tu, aku nak bagitahu sebab apa kitorang gi Kemboja. Kitorang gi Kemboja under Kor Suksis UTHM untuk buat Program Khidmat Masyarakat dekat Kampung KM 8.


Tanggal 15 May 2011 (bapak lama giler baru aku nak hapdet!) aku dan rakan-rakanku berangkat ke Kemboja.. Flight kitorang pukul 10pagi kot. Aku pun tak ingat dah.. Ni first time aku naik flight so memang seksaited la sikit... Hihi.. Gi Kemboja amet masa dalam 2 jam macam tu.Pukul 12 waktu Kemboja kitorang dah sampai dah.. Waktu Kemboja cepat 1 jam kalau aku tak silap..


Tengah tunggu turn nak check in beg and barang-barang dekat KLIA.

Welcome to Cambodia. Ecehh...

Baru je jejak kaki kat bumi Kemboja, kitorang dah ada masalah dahh... Tunggu... Punya tunggu.... Punya tunggu.... Beg kitorang banyak yang tak sampai... Waaaaa!!! Beg aku tak ada weh! Masa kat KLIA, kitorang check in beg sorang 1 beg and 1 kotak... Lepas... Tapi mungkin ada masalah masa nak bawak masuk dalam flight. Huhu....

Tapi masalahnya lagi, bukan kitorang je yang kena. Ada orang lain pun beg diorang tak sampai gak... Huuhuhu... Tak tahu lah kenapa... Kotak-kotak kitorang yang bawak barang medik plak memang sampai tapi masa kat kastam tu tak lepas. Then diorang bincang and bagitahu yang barang medik tu kitorang nak bawak gi kampung yang kitorang nak gi tu untuk majlis khatan..


Tengok Jihah ni.. Kitorang kena isi borang kat kaunter ni untuk tuntutan beg. Kecoh time ni sebenarnya..


Aku dah la sehelai sepinggang weh.. Nasib baik beg yang ada barang-barang penting macam dompet, passport, handphone aku semua ada dalam beg yang aku pegang.

Lepas tu kitorang naik bus gi lunch kat City Cats Cafe.

Ni jurulatih kitorang, Sarjan Samsuddin.


Deco dalam dia best tapi makanan dia macam kureng sikitlah.. Tomyam tak pedas. Lauk lain pun rasa ala-ala macam tu je.. Bolehlahhhh......

On the way nak gi kampung tu, aku perasan banyak benda pasal orang Kemboja ni. Mungkin sebab debu jalan, diorang kebanyakannya pakai mask. And boleh dikatakan semua orang yang naik motor, walaupun motor tu buruk macam nak masuk kebun, mesti pakai helmet full-face. Hihi... Safety first babe! ;P Dan jugak, according to our tourist guide yang cakap-cakap kat dalam bas tu, 1 motor tu kalau boleh diorang memang akan naik seramai mungkin.. Kalau korang nampak 3-4 orang naik 1 motor tu perkara biasa kat sana.

Kalau kena saman pun dalam USD 1 je. Bayangkan macam diorang boleh gi balai, bayar USD 1 then gi naik motor 3 orang. Heheheee.... Selalunya yang bawak motor tu pakai helmet, yang duduk belakang tak pakai.


Traffic light ada 4 1 tiang.. Tapi diorang tak ikut sangat pun.. Hihi
Yang kat bawah ni gambar bangunan bertingkat-tingkat. Kalau kat bandar diorang, macam ni lah penempatan diorang. Bawah kedai and atas tu semua adalah perumahan.

Sampai kat kampung, kitorang dibahagikan kepada family angkat. 2 orang 1 family. Masa hari pertama, aku tak ada amet gambar pon sebab bateri phone aku plak dah flat. Then nak charge, charger kat beg lagi 1. Kalau ada pun, plug diorang tak sama dengan kita. Diorang pakai 2 pin je kat sana.

Kat kampung tu kitorang buat aktiviti mengajar English, gotong-royong, kenduri dengan berkhatan. Ada 2 MA dari PKU kitorang ikut sekali untukbuat khatan tu. Aku part jadi cikgu.. Hahahaa..... Dah la nakal budak-budak ni..... (:



Ini family angkat aku dengan Jihah.. (: Manja budak kecik tu... Hehe..


Masa dekat kampung tu, agak bermasalah dalam bahasa. Tapi ada antara budak-budak remaja situ tau cakap BM. And ustaz masjid kat kampung tu pun bolehlah cakap BM sikit-sikit.. Masa nak ajar English tu, adik angkat aku kena jadi translator untuk kitorang bila kitorang nak cakap benda selain daripada yang kitorang ajar tu.

Tidur kat kampung tu 2 malam je. Hari ke-3 tu kitorang gi kat Cambodian Islamic Center, Chroi Mentri.. Tempat ni macam pusat Islam la lebih kurang. Macam kolej Islam.. Student dia semua perempuan.



Lepas tengok-tengok diorang belajar, kitorang minum air kelapa and makan bahulu kat belakang masjid kat situ, tepi Sg Mekong.. (: Cantik sangat.. Kat tepi-tepi tu banyak bot-bot kecik yang sebenarnya tu adalah rumah untuk diorang yang tak ada tanah. Hmm...

Lepas tu kitorang gi check in hotel Holiday Villa. Malam tu ada dinner dengan VIP apa entah tapi cancelled sebab VIP tu kata hari tu diorang punya hari cuti. Isshhhh.. Ishh... Pelik betul..


Beria la aku siap sampai kena pakai kasut Converse huduh tu dengan baju kurung sebab aku tak bawak kasut tutup.


Lepas dah setel dinner tu, kitorang gi pung-pusing naik tut-tut sekitar bandar Phnom Penh..


Malam kat sana dalam pukul 9 macam tu dah tak ada apa-apa. Tutup dah semua kedai. Yang bukak cuma pub and tempat-tempat massage. Ada 1 tempat tu sepanjang Sg Mekong, kawasan tu macam Bukit Bintang.. Mat Salleh pun ramai lepak-lepak situ aku tengok. Tempat tu je lah yang hidup waktu malam kot.

Sampai sini je dulu aku cerita ek.. Hari esoknya tu aku cerita next entri pasal Kemboja. (:

Till then.. Mwahh!


August 05, 2011

Hello, Hi..

Sorry sangat-sangat sebab dah lama giler tak update langsung blog ni and janji yang tinggal janji.. Huhuhu.. (Macam lah ramai sangat nak baca blog aku.. Hahahaa..)

Aku baru habis praktikal kat SKF, Nilai.. Baru malam semalam sampai rumah. And mungkin aku akan update selalu sebab kat rumah boleh dah online. Kalau kat Nilai, kena gi McD or sumwhere untuk online. Aku penat nak keluar malam. Balik kerja dah pukul 5:30pm, sampai rumah pun pukul 6pm kalau keluar awal.... Huhu..

So, blog ni mungkin akan hidup balik lah kot since aku dah balik Perak? ;P

Sangat banyak benda yang aku dah tangguh nak update kat sini and share dengan korang. Kemboja, praktikal, daily life, tauliah etc..

Ni betul-betul janji punya. Aku akan update semua tu ek walaupun dah kira lama jugak kan? Hihihi.. Tak senonoh betul! ;P