August 31, 2011

Selamat Hari Raya. (:

Hari ni dah hari raya kedua. Aku belum sempat lg nak update. Busy sangat. Biasalah.. Anak perempuan sorang kt rumah. Hehee...

Hari ni birthday adik bongsu kesayangan aku, Boy. Dah alang-alang raya,kitorang sambut birthday dia sekali. Kek home made aku buat... Haha... Nanti ada masa update pakai laptop aku upload gambar ek.

Malam MERDEKA malam tadi aku dengan adik-adik aku gi dataran Menara Condong. Boy celebrate dengan kawan-kawan fixie dia. Aku naik kereta dengan adik aku lagi satu, Sapiq. Then lepak je dengan kawan Sapiq dengan kawan Boy. After that karok smpai 2 stgh pagi.. Hehee.... Keluar adik beradik,mak aku pon tak bisinglah balik lambat pon... :P

Macam dah panjang gila plak aku tulis ni.. Nanti betul-betul ada masa aku upload gambar semua ek. Ni pon just update pakai phone je. Tak ada masa nak on laptop.

Okay-lah, aku nak kena siap-siap ni. Nak balik kampung dah ni.

Selamat Hari Raya ekk.... Maaf kepada semua yang kenal aku kalau aku ade buat salah.

Have a great Raya people! ^^

August 29, 2011

Alaaa.. Sorry..

Korang.... Sorry tak dapat update malam tadi. Penat sangat... Ni pun baru lepas mengemas dari pagi tadi.. Sekarang nak keluar gi shopping dengan family. Shopping lah sangat kan.. Hahahhahaa... Tengoklah kalau malam nanti aku ada masa, aku update ek..

Selamat Hari Terakhir Ramadhan.. (:

August 28, 2011

Lagi Sehari Nak Raya.

Hello hai..

Aku dah siap masak part aku, biskut and kek. Nanti malam aku update pasal tu ek. Sekarang penat, nak rest dulu. Aku tengok blog pun ramai yang tak update sangat dah dekat-dekat nak raya ni. Masing-masing busy and ada yang dah baik kampung kan..

Okay-lah ek. Nanti malam aku update lagi. Mwahh!!!

August 27, 2011

Boys Make Me Sick!

Sometimes they annoyed me.. I don't know why. I couldn't stand it anymore.

Live my life single with my girlfriends is much more fun and more colors. Red, yellow, green - Totally Spies!! Power Puff Girls! Sailormoon! Dengan kekuatan bulan akan menghukummu! Haiiyaarghhhh!! Dushh!

Tak tahu apa aku dah merepek. Mengantuk, penat, moody. Good night girls...

August 26, 2011

Projek Sudah Bermula.

Aku baru lepas buat satu adunan untuk buat biskut raya esok. Dia kena simpan dalam peti sejuk semalaman. So, yang first step, DONE!


Lepas tu ada lagi step dia tapi berlaku kejadian yang tak diingini so terpaksa terlupakan diri untuk snap gambar. Hahahhaa... Alaaa... Tak penting pun kan.. ;P


Dah siap, gi hibernasi-kan dia dalam peti sejuk. Ekk??

Ni first time aku try nak buat biskut raya yang ni. Harap-harap menjadi sebab aku suka makan. Bila keluar dengan Bubu gi bakery, mesti aku beli ni kalau ada jual kat kedai tu..

Nak tau biskut apa? Hahaha... Tunggu nati dah siap, aku bagitahu. Kalau tak jadi pun aku bagitahu gak. Jangan risau. Hahahaaa.....

Tadi masa kitorang on the way balik rumah dari beli barang, aku mengantuk masa drive tu. Yelaa.. Malam tu aku tidur 8mlm-11mlm... Bangun, tak boleh tidur dah.... Lepas tu, tidur balik kul 5pg-8pg... Macam melayang je aku rasa masa drive. Dah la hujan sejuk-sejuk sedap tidur kan..

Lepas tu aku terpejam dalam 1 saat macam tu and bila bukak mata kereta dah menghala ke jalan sebelah... Ya Allah..... Seriau giler aku. Nasib baik kereta dari depan tu agak jauh jugak. Huhu.. Takut wehhhh.... Waaaa.... Giler laaa....

Masa sebelum beli barang tu, on the way amet adik aku kat asrama pun aku mengatuk dah. Ishhh... Ishh..... Memang bahayalah wey. Dalam 1 saat masa ko tak sedar tu, macam-macam boleh berlaku.

Oleh itu, hargailah masa anda.. (Erkk.. Macam tak ada kena mengena je.. Huhu)

Korang yang drive tu tak kiralah gi mana pun, hati-hatilah ek. Kalau mengantuk, tukarlah drive dengan orang sebelah. Kalau tak ada, korang berhentilah mana-mana rehat kejap.

Pesanan khidmat masyarakat dibawakan oleh Nadia Yusoff.

Mwahh!!

August 25, 2011

Quote of the Day.

1 of my friends said this to me,

"Maksud kawan bukan pada rapat atau tak. Ada kawan rapat yang mungkin tinggal kita masa kita susah tapi ada kawan yang kita tak kenal mana pun, tolong kita sampai tahap yang kita tak sangka. So rapat atau tak, tak ada makna. Berkawan untuk lalui semua sama-sama, itu kawan sejati."

I agreed. (:

Thanks to him. Even we don't really talk to each other before, he manage to make me feel that I'm not alone to face matter in life. And I am actually need to make my life colorful with happy things. (:


August 24, 2011

Original Perfume Yang Mampu Dimiliki Oleh Semua.

Hari ni tinggal berapa hari je lagi kita nak raya dah.. Tak sabar weh! Hihihi.. Baju raya hampir siap. Kasut raya dah ada tapi nak tambah lagi 1 yang rendah sikit. Hahahaa... Kang aku jalan kat kampung pakai heels tinggi 4 inchi kat batu-batu memang tergolek macam nangka busuk, memang sia-sia je. Hahahaa..... Handbag? Ni tertinggal kat rumah sewa kat Nilai. Huhu... Tak apalah. Pakai handbag vintage mak punya. ;P

Make up? Hihi... Sorry... Tak pakailah make up. Tak reti pun.. Haha.. Setakat pakai eye liner je lah. (: Perfume? Dah ada jugak tapi aku nak promote kat korang perfume original yang kawan aku jual dengan harga murah. Murah bukan sebab packing dia reject ke apa.. Tapi sebab direct import from US yang dibeli sekali banyak. (: Banyak boleh jimat.. Memang jimat sangat daripada korang beli kat mana-mana kedai. Shopping online ni sebenarnya memang untung! ^^

Tak percaya gi tanya kat perempuan-perempuan yang suka shopping online tu. Hehehe... ;P

Ni antara perfume yang kawan aku tu jual.



RED JEANS by Versace Eau De Toilette Spray 2.5 oz for Women
Market price: RM190
Sale price: RM130
(save RM60)

Hugo XX by Hugo Boss Eau De Toilette Spray 3.4 oz for Women
Market price: RM275
Sale price: RM180
(save RM95)

OMNIA CRYSTALLINE by Bvlgari Eau De Toilette Spray 2.2 oz for Women
Market price: RM290
Sale price: RM190
(save RM100)

The One by Dolce
Market price: RM300
Sale price: RM220
(save RM80)


Paris Hilton by Paris Hilton Eau De Parfum Spray 3.4 oz for Women
Market price: RM250
Sale price: RM150
(save RM100)


Guess Marciano by Guess Eau De Parfum Spray 3.4 oz for Women
Market price: RM230
Sale Price: RM150
(save RM80)

Si Lolita by Lolita Eau De Parfum Spray 2.7 oz for Women
Market price: RM320
Sale price: RM170
(save RM150)


Kat page dia lagi banyak. Korang boleh gi tengok sendiri kat sini. ------> My Perfume Lily