November 26, 2010

Iklan Di Celah Kesibukan.

Hello readers!
Hari ni pagi-pagi Along dah kejut aku. Aku nak hantar Along g exam. Hope Along dapat buat dengan jayanya.. Ceh ceh! Hihihiii... Pagi-pagi sepatutnya adalah masa yang bagus untuk study sebab kita tengah fresh lagi... Lagi-lagi dengan suasana sejuk-sejuk lembap di Pt King ini.... (Memang sodap tidoq!) Tapi dengan mood yang tiba-tiba ada nak update blog ni, aku delay kejap mood study tu.. ;P

Ni cerita balik hari tu. Aku dah seminggu da pun kat sini. Aku singgah Melaka sebab nak jumpa kawan aku tapi tak jadi pulak sebab bila aku sampai, aku text dia tak balas. Then aku ingat dia busy sebab esoknya tu dia ada paper. Tapi rupanya dia tak perasan message aku. Aku pulak tak boleh nak call sebab credit masa tu tak cukup nak call. Huhuhu.. Tak apalah.. Next time pun boleh jumpa lagi kan? ;)

Dah alang-alang kat Melaka, aku pusing-pusing kejap dengan Epul. Pusing-pusing, jalan-jalan sampai kaki aku dah tak larat nak jalan. (Ceh ceh! Padahal malas nak jalan.)

Aku ada family angkat kat Melaka iaitu family Along. :) Tapi aku tak sempat nak singgah sebab masa sampai Melaka tu pun dah petang and Along pun dah tak ada kat rumah. Nanti next time Angah balik yea mak.. :) Terharu bila Along cakap mak tanya aku kenapa tak balik rumah Melaka and sedih bila mak cakap, Angah dah lupa mak ke dah lama tak balik rumah Melaka. Huhu.. Last aku balik Melaka pun memang aku rasa dah lama dah.. Birthday aku kot... Bulan 9.. Lamalah tu.. Nanti ada masa Angah balik dengan Along ek...

Ok, sekarang dipersembahkan.... Gambar-gambar yang menang Anugerah Gambar Terbaik!! Hihhiii.... ;P (Kononnya lahhh tu...)


Ini 1st time aku gi kat tempat ni. Kat sebelah Dataran Pahlawan je tapi selama ni aku tak pernah perasan pun. Hahahaa.. Teruknya....







Ok dah.. Tu je... Hihii.. Tak boleh letak banyak-banyak. Nanti korang bergosip panas-panas. Hahahahaa....


(Konon nak kenyit mata sebelah tapi sangat susah sebab mata aku tak boleh nak hold lama-lama tutup sebelah tu. Huhuu...)


Sekarang masa untuk ke library dan study!! Tata! ^^

November 22, 2010

Sayang Adik!!!

Semalam terpaksa balik sini, UTHM.. Sebab nak final lagi.. Huhuhu.. Tiket bus aku pukul 8 pagi. Aku pulak bangun pukul 7 pagi. Woohhhh!!! Sangat kelam kabut bersiap! Pukul 7:30 macam tu baru aku siap, lepas tu terus nak gerak. Mak dah bising suruh check barang-barang, ada tak yang tertinggal ke apa ke... Disebabkan kelam kabut aku ni, aku terlupa nak kejut adik-adik aku. Salam lagi lah tak... 1st time aku buat macam ni. Selalunya bila aku balik, aku akan kejut diorang bangun tidur, salam-salam baru balik. Tapi tak tahulah kenapa semalam........... Hmmm... Then hari ni aku baca blog Boy, adik aku yang bongsu.... Sedih.......


Korang, kenapa pergi....


Boy.


Hmmm..... Waaa... Rasa nak nangis plak... Lepas habis exam ni 10 Dec, aku ada training Suksis plak sampai 31 Dec... Memang aku tak balik rumah, terus sambung semester baru. Raya cina nantilah baru aku boleh balik. Kalau rumah aku ni kat JB ke.. Kat Muar ke... Tak pon kat KL ke... Bolehlah aku balik hujung minggu. Tapi ni rumah aku kat Perak!!!! Jauhhhh!!! 6 jam perjalanan... Uhuuuu.... :'(

Will always miss home... And also my mom and Boy, Sapiq......

Dapat Award!

Hihihihi... Yeaahhh!!!! Excited nyahh oii... Hahahahaaa.... :P


Hahahahhaaa... Paham tak apa dia tulis kat dalam gambar kat atas tu?? Hihihihi... =") Malu... Malu... Hihihihi.... Blog saya cantik ke? :P Anyway, Thanks Annis... (:

Dah dapat award kena jawab soalanlah pulak... Ok, disebabkan Cik Annis da bagi aku award ni (terharu!!!!), aku jawab je keyhh.... (:


Berikan 1 nickname untuk saya:
(Soalan ni aku tak paham sangat. Ni nickname untuk aku ke untuk orang yang bagi award ni?)

Kalau nickname untuk aku, Korang boleh panggil Nad. (:
Kalau untuk Annis, Cik Cantik.. Hihihi..

Ucapan pemberi award:
Thanks Annis!!! 1st time dapat ni.. Kott..... Hihihi.. :D

Berikan 6 favourite artis... Artis/group yang korang minat:
(Huh?? Aku tak tahulahh... Main jawab je lah ekk..)

1. Liyana Jasmay
2. Sazzy Falak
3. Maya Karin
4. Awal Ashaari
5. Alyssa Bernal
6. Scha Alyahya

(Nak tulis lagi banyak-banyak boleh tak? Huhuhu...)

Tag award kepada 10 blogger/follower:
Along@Mashie
Suexy
Sofie
Ailyl Rozanna
Qiqi
Boo Seek See Boo
Fatin Liyana
Lyana Hisham
Irene Nadia Marcello
Nurul Cakapcakap

November 20, 2010

Lunch Terbaik Dari Mak Untuk Hari Ni!!

Esok aku dah nak balik Johor. Sapiq plak balik PD. Boy tetap kat rumah, cuti sekolah. Hehehee.. So hari my mom masak the best punya lauk! Hihihii.... Sodap wehh! Sampai aku pun tak tahu nak makan mana 1.. ;P

1. (Ikan bilis + tempe + kacang + cili kering) goreng



2. Sup daging korban



3. Sambal taun
Yang ni makanan orang jawa kampung aku. Feberet aku ni!!!! :D Pedas gler!



4. Telur ikan bagok
Haaaa... Inilah telur ikan yang kitorang beli kat pasar Bagan Datoh tu. Nyum! Nyum!



5. Ayam panggang
Yeaahhh!!! Ayam panggang!! Hehehe.. Tapi kan.. Tengok tu dia ada hitam-hitam. Mak terlupa ayam ni tengah panggang. Bila teringat, kocoh-kocoh gi tengok tapi dah hitam ceni. Hihihiii... Sedap jugak.... Tak ada effect pun hitam-hitam ni. ^^



Semua ni aku yang rasmi dulu. Hihihi... Sapiq dengan Boy keluar dengan kawan diorang. So akulah yang santap dulu! Hahahahahaa.. (gelak jahat) Habislah.. Perut dah mengembung.... ;P

November 19, 2010

Seronoknya!!!

Entri ni aku dah tulis dah semalam tapi tak boleh nak upload gambar plak so sekarang ni baru aku publish. (Mozilla kat laptop aku dah boleh bukak blog. Ni pun lepas aku delete semua cookies. Aku pun tak tahu cookies tu menatang apa. Huhuu) Okeh! Aku sekarang sangat seronok sebab:

1. Adik aku, Sapiq dah sampai rumah. Hehehee.... Baru la lengkap 2 orang adik aku kat rumah ni.
2. Tadi petang aku hang out dengan BFF aku, Ayu. Hehehe... ^^
3. Aku boleh update ni!!! Hihihi... Tapi ni bukan bermakna laptop aku dah ok. Ni update pakai laptop Sapiq. Huhuhu.. Sadisss.... (Tapi ni sekarang dah laju sebab pakai laptop aku, plus wireless di rumahku. Hihiii... Laptop Sapiq apa kena entah tak boleh nak connect wireless rumah.)

Tapi yang penting aku boleh update lah cerita untuk hari ni walaupun lembap sikit sebab Sapiq pakai berokbend.. Hihihi

Tadi pagi aku mangon tidur, aku dah fikir.. Baju apa aku nak pakai keluar petang nanti. Hihihi.. Semangat sikit sebab sepanjang aku balik rumah cuti ni, ni kira 1st time aku nak keluar jalan-jalan. Huhuhu... Plan pukul 2pm nak gerak dari rumah, nak pi ambil Ayu kat rumah dia tapi hujanlah pulak. Tunggu hujan berhenti. Dekat nak pukul 3pm macam tu baru aku gerak dari rumah.

Kitorang gi kedai gambar dulu sebab aku nak kena tangkap gambar untuk resume LI semester depan. Dah lah Ayu kat depan aku, memang time amoi tu nak tangkap gambar aku asyik gelak je. Huhuhuu.... Hasilnya?? Ambik ko!! Padan muka. Siapa suruh main-main. Huhuhu... Lepas tu pusing-pusing Teluk Intan. Parking kereta, then jalan-jalan keluar masuk kedai, Guardian, Giant, The Store, boutique baju.... Hahaa.. Memang tak ada kerja keyhh....


Aku tengah tengok mask Garnier. Preparation untuk kawad nanti. Tunggulah muka aku macam arang. Hahahaa....



Masa dekat Giant, eskelator tengah ada orang repair plak. So budget macam kejap kan? Tapi agak lama gak lah. Pastu kitorang nampak ada kerusi urut Gintell yang kena masuk duit tu ada kat tepi eskelator tuhh.. Aku pun ajak Ayu pi berurut... Hihihihi.. :P Best ok!! ^^ RM1 untuk 3 minit. Ok pe... Tak adalah mahal. Tapi tak puaslah sebab dia kejap sangat. Kerusi urut tu sangat best! Aku suka sangat! Rehat dan Blahhh!! ;P




Best ooooo..........


:D Dah lepas 3 minit eskelator tu tak macam boleh naik pun. Gi beli minuman kegemaran selamanya, Coolblog! Hihi... For me is Chocolate Milk Tea. Ayu, Asam Boi kot.... Aku pun tak ingat nama dia..

Pelik kan? Sepanjang aku tengok orang yang kerja kat Coolblog ni perempuan tapi kat sini lelaki. Pelik.... Pelik.... Huhuhu


Coolblog the best for drink!


Aku dah puas fikir.. Macam mana nak naik ni..... Then terjumpa kawan tempat kerja aku dulu. Sekarang dia dah kerja kat Giant tu dah. Lepas tu dia suruh kitorang naik lift. Hahhh???? Kat sini ada lift ke? Hahhaa.. Mana aku tau!! Hahahaa.. Teruk betul aku ni. Tempat sendiri pun tak tau. Hahahaa.. Lepas tu cari lift tak jumpa, jumpa tangga. Tangga pun tanggalah... Hahahaa... Sengal giler!!

Dah puas pusing, turun bawah cari makanan. Wawaaawaa... :P Old Town ke... McD? Old Town ke... McD??? Last decided lepak McD je. Haaa... Tadi masa pusing-pusing, Ayu ada beli bling-bling untuk phone dia. Alaaa.. Bling-bling yang tampal kat belakang phone tu... Lepas tu, semangat kitorang nak lekatkan menatang tu kat phone Ayu. Hahahaaa.... Benda tu tak betul-betul fit kat phone tu so susah sikitlah sebab nak kena potong-potong sikit. Lepas tu tak cukup pulak... Isk... Iskkk.....







Semangat lekat bling-bling tuh.. Huhuuu... (Tengok perbezaan langit kat gambar atas ni. Nampak sangat lama duduk kat McD. Hahahaaa)

Aku tak tahu kenapa dengan phone aku time kat McD tu, macam hampeh! Tak ada line!! Mak aku call tak dapat-dapat. Nasib baik dia ada number Ayu. So boleh call Ayu. Mak risau anak perempuan dia ni tak balik lagi dah malam tapi tak ada message bagitahu kat mana. Hihi.. Sorry mak. Tak tahulah line yang giler ke phone yang tak betul. Huhuhu...

Dalam pukul 8:30pm kitorang bergerak meninggalkan McD. Nak gi balik kedai bling-bling tu. Masa nak gi kat kereta aku nampak 1 benda!!!!!! Comel!!! Garang!!! Cuba teka apakah ia?? Hihihihi.....

Taaaraaa!!!! Piapppp...!!! Hahahaha..... Sukanya aku nampak benda ni. Semangat ambil gambar dia. Sexylah awak ni Si Merah.. Hihii...



Ni bahagian belakang dia. Macam ada kotak kat situ kan? Unik sangat... Waaaaa... Sukanyaaa.......


Ayu beli lagi bling-bling tu untuk cukupkan kat phone dia tu. Aku tunggu dalam kereta je. Malas dah nak turun jalan. Lepas tu hantar Ayu balik dulu. Then aku pun melayan perasaan balik rumah sorang-sorang. Huhuhu.. Tak bestlah drive malam sorang-sorang..... Huhuhuhuhuu...... 9pm lebih aku sampai rumah dengan selamatnya... Alhamdulillah... (: Then 15 minit lepas tu pulak Sapiq sampai rumah dari PD dengan kawan-kawan dia.. Alhamdulillah.. (:


Tata from us... ;)



--> Lagi 2 hari nak balik Johor. Best sebab rindu kat member semua tapi tak best sebab PR. Huh!

Aidiladha di Bagan Datoh






















Assalamualaikum semua... (Wahh, ayat skema-skema ayam. Huhu)

(Sebelum tu aku nak cakap, IE ni giler sebab aku tak tau kenapa tak boleh nak cut-paste gambar dia. So memang berteraburlah. Korang mainlah suai-padan gambar dengan cerita aku ek. Huhuhu)
Akhirnya....... Isk.. Iskk...... Dapat jugak aku update ni tapi kena guna IE. Lembab mak londeh IE ni!! Mozilla aku still tak boleh nak bukak masuk blog aku. Toet!!!

Ok, kita start dari malam Aidiladha. Selasa malam tu kitorang balik kampung aku kat Bagan Datoh. Memang kalau raya pun balik situ. Kalau cuti pun balik situ jugak. Nenek dengan atok aku dah tak ada dah. Rumah kat kampung tu rumah kosong. Tapi setiap kali raya, kitorang-kitorang semua memang akan balik kampung sebab nenek aku ada bagi wasiat, setiap kali raya rumah tu kena bukak. Maknanya, nenek aku nak anak-anak dia iaitu pakcik-pakcik dan makcik-makcik aku berkumpul laaa... :) Tapi tak bestlah adik aku lagi sorang tak balik, tak dapat cuti. Huhu.. Kalau dah tentera tu memang sudah nak dapat cuti. Dah la aku jarang jumpa dia. Bila aku cuti, dia tak cuti. Bila dia cuti, aku plak tak cuti. Uhuuu...

Hari pertama aidiladha, kitorang just gi rumah pakcik-pakcik aku. Rumah diorang pun kat kampung tu jugak so dekat je laa. Esoknya ke pekan Bagan Datoh. Bila kitorang balik kampung, wajib gi pasar ikan kat situ sebab nak beli telur ikan bagok. Sedap!! :D Makcik aku beli banyak gilo. Telur ikan, udang besar, ikan kering.. Hahhaaa.... Jauh plak tu nak bawak balik. Kat Klang kot. Abis kereta bau ikan walaupun dah letak dalam polisterin tu. Hihihi..

Lepas dah beli ikan, g kat jeti jep. Sepupu kecik aku ni nak main kat playground situ. Aku pun layan je la budak kecik tu.. Hihihii...
Jeti kat sini cantik tempat dia. Tenang... Ada angin walaupun time tu tengah hari. Aku memang suka tempat ni....
Lepas tu kitorang balik kampung balik, siap-siap, and balik rumah... Sebelum diorang balik Klang, diorang bertapa jep kat rumah aku sampai petang. Lepas tu, tata.... Jumpa lagi cuti bila-bila. (:



Aku dah semakin gemuk.. Waaaa........ :( --> Sila suai-padankan ayat ini dengan gambar paling atas. Huhu

November 18, 2010

Will be Updating Soon.

Laptop aku ada problem so tak boleh nak update lagi. 2 entries coming soon. (: