August 15, 2010

Sekali harung ko!!


--> -->
Entri ni untuk 3 hari punya. Aku compile sekali. Hahahaaa….
Hari Jumaat lepas, pas abis kelas aku terus rushing balik rumah sebab pukul 7 nak gerak gi Batu Pahat da, nak balik Melaka. Heheheee… Nasib baik tak payah nak tunggu bus tingtong tu. Kitorang sampai je kat bus stop depan taman tu, terus bus sampai. Rezeki..hehee…. Dalam sejam jugaklah nak sampai Batu Pahat.
Yang sedihnya, kitorang buka puasa dalam bus. Huhuu… Orang kalau buka dalam bus selalu makan simple-simple je kan? Tapi aku dengan Along makan beria. Ada murtabak, bubur pedas bawak dari rumah (ni Izzah yang masak.. Sempat amet sikit bawak dalam Tupperware. Hihihii..). Kesian aku tengok pakcik bus tu. Dah la tak dapat buka puasa dengan family, kena buka puasa dalam bus masa tengah bawak bus pulak tuh. Huhuhuuu… Sedihhhhh… Uhuk!




Tepat jam 7:53pm (jam aku cepat 10 minit), kitorang pun sampai lah kat station bus BP and rush la jugak gi kaunter tiket sebab takut tiket balik Melaka abis. Sampai-sampai je kaunter, terus Along bagitau kat pakcik depan kaunter tu nak balik Melaka 2 orang. Kitorang sangat bertuah sebab kitorang dapat tiket and betul-betul bertuah sebab 2 tiket tu adalah tiket last! Fuhhh kau! Nasib baik! Lepas kitorang da dapat tiket tu ada orang nak beli lagi tapi nak wat cene, dah abis dahhh… Rezeki kitorang.. (:
Tiket kul 8:15pm. Ada masa lagi mao gi beli makanan. Hehehee.. Along teringin nak minum air Pepsi KFC. (Padahal boleh je beli Pepsi botol tu kan tapi dia saja je gedik ni..hahahhaha) Masa kat KFC, terjumpa plak Aireen. (: Dia pun mao balik KL. Konon-konon mao beli air je kn. Hampeh! “Kak… Nak snack plate 1. Take away yaa..” Hahahahaa… Boleh blah! Memang kuat makan kitorang ni.. Hahahaa…. Da nak bus pukul 8:15, kitorang terus makan ayam, nyum!! Hihiii….. Masa kat dalam bus tu, orang yang duk belakang sekali tu memang tak boleh blah betul. Kalau naik bus malam memang la sejuk macam dalam ais. Tu semua orang tau. Tapi yang lawaknya, orang tu gi sumbat botol air mineral tu kat lubang air-cond. Hahahaaa… Korang dapat bayangkan x? Lubang air-cond tu tak boleh nak tutup sebab da tercabut. Cian dia.. Hahahaa.. :P 2 jam dalam bus, sampai Melaka Sentral. Then babah amet balik rumah. Home sweet home. (:


Esoknya kitorang menggila bulan-bulan puasa ni kat Jusco baru kat Melaka tu. :) Along bawak Kak Lela. Gilo akak ni.. Hahahahaa... Seronok u....hahahha.... Kitorang gi berempat. Bawak Alim sekali (adik Along) sebab nak belikan dia hadiah birthday dia..


Rambut singaku masih panjang..hahahhaa



Yang pakai tudung tu Kak Lela.. Dia orang Indonesia. :) Nak kahwin dah pun.. Hehehee...


Si sengal ni haa... Pantang nampk kedai baju nyah oiii....


Alim.... :)



First time kitorang g Jusco baru tuh.. Jakun ko! Hahahaaa... Da setel beli kasut Alim, aku pulak nak gi potong rambut. Sebab nak potong rambut adalah rambutku sangat banyak gugurnya.. Huhuhu.. Da macam orang sakit dahh.. Takut aku!

Tapi, Cina yang gunting rambut aku tu cakap, rambut aku takde problem pon. Oke je. Rambut aku gugur takde kaitan dengan rambut panjang aku pun. Huhuu... Dia kate kulit kepala aku la problem sikit. Haa.... Takkan la dia dok cakap je kan? Mestilah lepas tu dia offer beli produk dia.. Lantak ko laa.. Aku da la nak cepat. Mak da suro beli kuih dengan sos. Last2 aku kena tinggal dengan Alim kat salun and Along dengan Kak Lela gi beli barang mak suro beli. Takut tak sempat nati.

Lepas dia potong, dia basuh. Lama ko dia syampu rambut aku. Huhuhuu... Dekat nak pukul 5 lebih baru siap bilas rambut aku. Tu belum keringkan lagi. Waaaa.... Tapi dia macam tau-tau je kan aku nak cepat. Sekali dua orang g hair-dry rambut aku. Nasib tak terkehel leher aku. Huhuuu.... Kul 6 Along da message suruh cepat. Lepas bayar aku dengan Alim gi berlari naik jejantas nak gi Melaka Sentral. Penat wehh!! Dah la puasa! Along tak puasa tak apalah.. Hihihi.. Oppssss~ :P

So sayang-sayang sekalian... Ni lah my new hair.. Masa kat salun tu aku tengok lurus je, ni da jadi lain macam plak rambut aku. Huhuhuu.. Oke la kot ni...


Tadaaaaaa!!!!~ :DD

Ni tadi petang. Tunggu bus nak balik.. Huhuhuu...

August 12, 2010

Kalaulah boleh jadi RM..


Huh!!! Tengok tuh... 4831???? Penuhnya inbox aku. Tak pernah penuh camni tawh! Waaaa... Siapa nak tolong delete? Angkat tangan!!! Aku bagi upah!!! Hehehee.... Malasssssss ni... Huuu.. Cuba korang tengok. Inbox aku penuh dengan message notification daripada Facebook. Huh! Sengal! Boleh tak kalau aku taknak Encik Facebook ni hantar notification message kat aku? Ada tak siapa-siapa yang tau macam mana nak buat ni?? Tak sukalahh.. Asyik nak kena delete je bila bukak email. Ingat aku xde kerja lain ke aku nak buat?? Huhuu...

Kalaulah 4381 tu boleh jadi RM.. Wahhhh... Kaye lerr teman!!!! ;D

August 10, 2010

Penat wehh..

Hello, hello..

Aku saja lah nak try ubah-ubah background ni, colour tulisan dia.. Tapi macam hampeh la plak.. Huhuu.. Nanti je la aku baik pulih dia. Penat dari tadi dok ngadap menda ni je.. Nak tido! Nati pukul 3pm ada kelas plak.. Mengantuknyaa... Uhuhuu....

Ramadhan Menjelang Tiba.

Bersempena dengan Ramadhan Al-Mubarak ni aku nak mintak maaf la ek kat siapa-siapa yang rasanya pernah terasa dengan aku. Aku pun manusia biasa and biasalah kalau ada silap. Tak ada siapa pun yang perfect kat dunia ni. And aku pun nak bagi nasihatlah kat korang. Janganlah sewenang-wenangnya kita nak judge orang yang kita tak kenal rapat pun. Kalau rapat pun, jangan fikir yang kita ni macam tau semua pasal diri dia. Mungkin dengan korang dia lain sebab taknak bagi korang rasa tak selesa bila dengan dia. And bila kat rumah dia lain, jadi diri dia betul-betul. Kita ni hidup sama-sama, mestilah sepatutnya support kawan tu and bagi nasihat yang bernas. Bukannya kutuk belakang, gosip sana, gosip sini. Nobody's perfect okeh.

Semoga di bulan mulia bulan Ramadhan ni kita saling bermaafan sesama kita ye. (:


Toilet memang selalunya tempat bergambar favourite perempuan kan? Hahaha.. :P

August 08, 2010

Si Comel Saya!

Hello kawan2.. Hehehe....

Kalau balik rumah, aktiviti wajib aku adalah tengok tv!! Hehehee... Sebab kat rumah sewa aku mana ada tv nak tengok.. Uhuk! Pastu adalah tertengok satu katun nehh.. Sangat comel-momel wehh.. Katun ni background dia colour putih je tapi kanak-kanak dalam tu sangat comel!! Aku yang tengok ni pon da jadi..errr....co..m.....suka tengok dia! :P

Katun Pocoto!!! Wehh..salah taip..huhu... Again yeaa.. Katun Pocoyo!!!!! Wehheeww~ :DD




Shhhhhh......


Jom kita melintas!! :D Kiri, Kanan, Kiri...



(Aku baru format lappy ni.. Hehee... Best-best! Dah boleh letak background, tukar-tukar... :P) - Ni bukan Pocoyo yang cakap, aku cakap tawh! (:



Comelnyeeeeee Pocoyo!!!!!! Mahu bear Pocoyo 1!!!!!!!

August 06, 2010

Kerja Pembersihan Loji Bersama.

Ari ni kelas aku start pukul 10 pagi and habis pukul 12 tengah hari. Tadi sampai rumah je aku tengok ada 2 makhluk tengah dok mengeluarkan barang dari peti ais kitorang. Pelik laa aku kan.. Rupa-rupanya peti ais kitorang dah diserang dengan ULAT!!!!!!!!!!!!!!! Huhuhuu.... Apalah ulat ni.. Gi la tempah lain nak duduk.. Peti ais kitorang tu tak sejuk macam peti ais. Seminggu sekali kena tutup 24jam.. Huhu.. Apparaaaaa..... So aku pon pergi la tukar baju and memulakan kerja-kerja pembersihan ulat.


Ini je barang dari dalam peti ais yang selamat. :(



Korang nampak tak macam ada bintik-bintik kat dalam peti ais tu? Tu lah ulat yang dah mati. Nasib baik da mati, kalau tak, pengsan kitorang nak menghalau mereka tu.. Huhuu..



Ni haa nyah-nyah gilo yang wat kerja-kerja pembersihan loji..eh!! Pembersihan peti ais...hihi...



Aku sebagai tukang ambil gambar. Tu sebab aku tak ada dalam ni. Bukan sebab aku dok goyang kaki tawh!!!


Haaa..... Bila dah bertungkus-lumus membersihkan peti panas tu, aku pon bagi lah peti tu wangi-wangi sebab nak hilangkan bau busuk dia.. Bagi wangi pakai air freshner (ceni ke eja dia??), LAMPE BERGER.. Produk yang sangat bagus untuk udara and diri kita jugak sebab dia ada macam-macam jenis oil..Untuk migrain, sakit kepala etc.. Siapa yang berminat boleh contact aku ekk.. (Sempat lagi nak berbisnes kat sini..hihi)



Yang colour purple atas kerusi tu la LAMPE BERGER. :)

August 02, 2010

Siapakah yang men-follow-ku ni??

Cuma entri yang pendek. Nanti-nanti baru bercerita panjang. Just nak say HI to readers...HI people!!! :D HI anda! HI angah! HI along! HI adik! HI uda! hihihi.... ;P