Isnin malam yang lepas bersamaan dengan 19 September 2011 telah berlaku satu kejutan kepada aku. Haha.. Masalahnya, semua orang tau, aku sorang je tak tau. Masalahnya jugak, aku memang tak dapat agak langsung. Cuma ada instinct nak pakai short dengan baju short sleeves malam tu.
Nak tau apa kejadahnya kejutan tu?
Isnin tu Kikin ajak aku gi karok malam tu. Belum sempat aku ajak Qiqi, dia dah text aku dulu ajak lepak minum atau karok malam tu jugak. So aku fikir kebetulan je laa.
Qiqi cakap malam tu kita kumpul kat Rumah Merah (nama kedai makan yang sukati je kitorang letak) pukul 10 malam. Lepas tu malam tu dia cakap pukul 10 setengah pulak. Aku pun okay je lah. Mungkin dia ada hal. Bila aku cakap nak amet dia kat rumah, dia kata takpe-takpe. Tak payah. So aku pun fikir, mungkin dia gi dengan budak rumah dia ataupun siapa-siapa ada amet dia.
Kepelikan seterusnya berlaku apabila aku nak mandi, Kikin kata tak payahlah mandi. Kita mandi lepas balik nanti. Aku tak terasa apa-apa lagi masa tu. Tapi aku mandi jugak and siap-siap pakai jeans and sweater lengan panjang. Yang peliknya bila Azza beria nak ikut and Kikin pakai baju petang tadi. Hahaa.. Tapi aku memang tak syak apa-apa langsung.
Bila dah sampai kat Rumah Merah, aku tengok macam ramai je. Ada Maddy, Syafiqs, Acap and Qiqi. Nampak macam ada Along tapi mustahillah kan sebab dia kan dah habis belajar. Then aku call Qiqi. Dia dah ada situ. Datang sekali dengan budak-budak tu laa.
Bila aku jalan dah dekat dengan dengan meja, nampak Along!!! Hahaa.. Memang surprise! Hehe.. Aku sorang je tak tahu dia datang sini. Gemuk punya orang!
Then sampailah Ayie, Adib, Bobby, Kong, Lan dan lain-lain. Along sibuk-sibuk dengan phone dia tiba-tiba ajak Qiqi gi kereta sebab apa entah. Aku tak rasa apa-apa pun. Tapi tiba-tiba dari belakang......
Happy birthday to you,
Happy birthday to you,
Happy birthday to Nadddddddd,
Happy birthday to you....
Ishhh-ish... Birthday aku lambat lagi la wehhh. Huhu... Thanks kat Along sebab celebrate walaupun awal seminggu. LOVE u! ^^
Bila kata celebrate birthday and ada Ayie and the geng, haruslah berhati-hati ye kawan-kawan. Hahaa.. Hati-hati pun aku kena gak telur ayam setepek kat kepala time tengah tangkap gambar dengan budak-budak ni. Punyalah dengki kat aku si Ayie tuhh!
Bila birthday orang lain je, wajib aku pun kena teruk. Bila birthday aku, apsal semua orang bersih. Ishhhh... Tak adil ni..... ;P
Sambil-sambil tu makan donut Big Apple (pengganti kek) and karok. Aku siap tiup lilin tau. 22 tahun punya lilin! Hihi.. Hadiah pun dapat! ^^
Dah laaa, korang layan gambar ek. Walaupun tak banyak tapi manissssss. (:
Masih clean yea. Saya baru lepas mandi, baru lepas syampu rambut. Tengok, rambut pun basah lagi tu. Huhu..
Budak paling dengki dengan aku, Ayie!
Bila dah kena telur setepek, memang busuk wehhh!!
untunglahhh.... nama tertentu sahaja yang naik.. :)
ReplyDeletebest ada orang sambut bufday kn.. dapat hadiah best lagi... :P
papepon.. happy becoming bufday ea.. hehehe
Hahaha.. Tacin ler pulak. Kang ada yang tak boleh disebut namanya. Huhu... Jep yea update kembali.
ReplyDeletenama siapa yang xboleh disebut??? huhuhuhh
ReplyDeleteHaha.. Dah tak boleh disebut maknanya tak boleh bagitahu laa.. Hahahaa.. Tapi sebab takde kena mengena ngan aku pun. Privacy orang kena jaga jugak. (:
ReplyDeletehahahaha.... baguslahh... betul tu..
ReplyDeleteselamat menuju hari tuaaaaaa
:P