September 23, 2011

Hargailah Yang Masih Mempunyai.

Malam ni aku kenyang gila la pulak. Tadi keluar gi beli burger, lepas tu boleh bantai makan chicken chop pulak. Ishh.. Kembang pulak tekak aku ingat semua makanan. Kenyang wehh. Tadi petang baru timbang berat. Happy sangat sebab dah turun. Hampir 4 kg okay. Orang balik raya berat makin tambah tapi aku makin kurang. Hehe... Seronoknyaa..

Aku godek-godek gambar dalam laptop ni. Terjumpa pulak gambar-gambar lama. Masa kemas rumah untuk raya hari tu, aku kemas almari kat ruang tamu tu. Aku ni jenis bila kemas, memang semua aku akan godek balik.

Tengok gambar-gambar ni semua aku teringat balik kenangan masa kecik-kecik dulu. Masa family aku masih lengkap dengan insan yang dipanggil abah.

Mungkin ada antara korang yang tak tahu. Kalau yang tak kenal aku lagilah tak tahu kan? Aku dah hilang abah aku masa aku umur 9 tahun. Masa tu adik-adik aku lagi kecik. Sapiq baru 7 tahun, Boy pulak baru 4 tahun. Kitorang masa tu pun tak faham sangat lagi. Abah meninggal sebab demam kuning.

Since abah dah tak ada, hidup kitorang memang sangat-sangat banyak dugaannya. Walaupun masa tu aku sekolah rendah lagi tapi aku faham betapa tertekannya mak aku dengan hidup dia. Kitorang masa tu kecik-kecik lagi. Mak pulak kena tanggung semuanya sendiri. Rumah, yuran sekolah, keperluan kitorang, makan lagi..

Hmm, bila ingat balik semua tu, aku sangat sedih. Tapi dengan dugaan yang macam-macam tu (not to mention here) buat mak jadi kuat. She's the Iron Lady for me and my brothers.

Bila aku dah makin besar, aku masuk asrama masa tingkatan 1 sampai tingkatan 5. Weekend biasalah, family mesti ada yang datang melawat. Masa tu baru aku rasa macam, "kalau abah ada lagi, mesti dia datang melawat aku". Abah aku tu suka jalan-jalan. Hmm, tapi takpelah. Aku tau, aku pun kuat macam mak. Masa mak hantar aku daftar, aku tak nangis pun. Tapi minggu first tu la rasa sedih sikit sebab semua nak kena buat sendiri. Hehee..

Sekarang aku dah besar, nak cukup 22 tahun dah pun. Aku pun dah boleh berfikir secara matang. Bila aku tengok anak-anak cakap kasar sangat dengan parents dia, aku rasa sedih.

Bila aku tengok orang tua cuba nak melintas jalan sorang-sorang terkial-kial tanpa ada orang yang pimpin dia, aku rasa sedih.

Bila aku tengok 1 family jalan-jalan tapi orang tuanya dibiar jalan kat belakang tanpa dipimpin aku rasa sedih.

Bila aku balik kampung, tengok orang tua yang duduk rumah sorang tanpa ada siapa pun teman dia, aku rasa sedih.

Dan bila aku fikir umur aku yang semakin meningkat dan akan berkahwin satu hari nanti dan fikir yang mak akan tinggal sorang kat rumah dan jauh dari aku, aku jadi sangat sedih..

Untuk korang yang masih lengkap ada ayah, mak, abang, adik, kakak, atuk, nenek dan yang lain tu, hargailah diorang semasa diorang masih ada ni. Buatlah segala kebaikan untuk diorang walaupun kadang-kadang korang rasa macam benci bila kena marah.

Hargailah diorang.. Gembirakanlah hari diorang. Sekarang ni, walau setitis air mata mak aku jatuh sebab rasa susah, aku akan rasa sangat bersalah. Aku terlampau sayangkan mak dan adik-adik aku.


Ni arwah abah aku. Masa ni kitorang gi holiday dekat Pulau Pangkor.







Ambillah rasa prihatin dengan apa yang aku tulis ni. Saja nak share dengan korang betapa pentingnya kita hargai orang tua kita dan keluarga kita. Setiap manusia tak lepas dari buat silap. Sedar dan perbaiki. Hubungan kita dengan keluarga ni sampai bila-bila tak akan putus. Walau jauh mana pun korang pergi, kat family jugak korang akan balik. Jagalah hubungan tu baik-baik. (:

Masa untuk tidur. Esok aku ada kelas pagi. Malam korang..

*Lama betul aku nak habis taip ni. Sebak bila tulis pasal family.

2 comments:

  1. sedihnye baca kisah nie.... u hve 2 b strong 2 k... n hadapi semua dugaan dgn tabah ea...
    hope u get better life after this... amin..

    ReplyDelete

kuman komen (: