September 27, 2011

I Am Already 22, Lebih Matang Mungkin?

Hehehe.. Suka pulak kan? ;P

Tahun ni punya birthday rasa macam best and sedih sikit. Best sebab seminggu sebelum birthday aku, member-member baik dah celebrate dulu dah. Aku sangat terharu sebab itu adalah surprise yang mana aku dah cerita kat post sebelum ni. (: Best jugak sebab orang ingat kat aku. Heheee.. Lepas tu dapat jugak hadiah best-best. Tu sebab dia jadi best. Hahaha..

Sedih pulak sebab ni last semester aku kat sini, Insyaallah. Lepas ni dah tak jumpa diorang dah. Dah tak jumpa budak kelas dah. Dah tak sibuk-sibuk nak jumpa lecturer dah. Bila dah habis nanti, mesti sedih bila teringat semua kenangan kat sini walaupun manis atau pahit.

Dari semester 1 aku belajar kat UTHM, Johor ni, macam-macam aku dah tempuh. Jumpa dengan macam-macam orang. Ada yang boleh jadi kawan, ada yang melebih-lebih, ada yang kutuk belakang depan baik, ada yang sweet, ada yang nak menjatuhkan and macam-macam lagi.

Agak banyak jugak benda pahit aku tempuh kat sini. Memang betul-betul aku belajar tentang hidup, bukan setakat belajar ambil exam je kat sini. Serius.

Semester 1, semester 2, semester 3... Semester yang paling aku betul-betul bangun dari jatuh. Semester yang aku belajar untuk berfikir, buat keputusan, tegas, dengar nasihat kawan. Semester yang aku pernah kecewakan Mak aku sangat-sangat.

Ingat balik, memang aku rasa macam dugaan gila. Kawan-kawan rapat aku tahu macam mana susahnya aku time tu. Along (Mashie), Suexy, Azza.... 3 orang ni yang masa awal dulu ada dengan aku sentiasa. Along yang ada dengan aku susah senang walaupun dia ni garang gila. Hehehee... Korang tak tahu kan dia garang? Aku je tau.. Hehehe... ;P

Masa aku banyak tanggung susah dulu, Along ada dengan aku. Bila aku tak ada duit langsung nak makan, Along akan share dengan aku. Beli nasik, lauk and makan sama-sama. Bila Along pulak tak ada duit langsung, aku pulak akan share dengan dia. Pernah kitorang share RM2 je untuk beli nasik makan sama-sama. Hehe.. Ingat balik memang rasa itu pengalaman hidup betul.

Walaupun kitorang kadang-kadang gaduh, biasalah. Adat manusia, perasaan tak sama. Tapi tetap jugak akan baik balik. Mungkin itu satu penghargaan terhadap diri masing-masing yang pernah tempuh susah senang sama-sama. (:

Sekarang, umur aku dah 22 tahun 1 hari. (Nak jugak sebut 1 hari tu. Haha) Aku mengharapkan hari-hari selepas ni akan lebih mudah untuk aku tempuh. Aku mengharapkan pengalaman lepas dapat aku jadikan garisan agar aku sentiasa ingat dan jadikan pengajaran hidup.

Sepanjang 3 tahun kat sini (semester ni nak masuk 3 tahun setengah dah), aku dah jumpa macam-macam orang, berkawan dengan orang yang bermacam-macam latar belakang. Macam-macam jugak dah aku tempuh. Terima kasih untuk semuanya sebab walaupun positif atau negatif, semua tu jadikan aku lebih pandai berfikir dan bawak diri. (:



Happy bithday to me. ^^

3 comments:

  1. xmolh cerita benda2 sedih ni masa happy time nie k... hehehehe
    jadikn yg lpas tue sebagai sempadan n peringatan k... kadang2 benda nie tuhan sengaja bg coz dew taw qamo boleh tempuhi.... c skang qamo dah pon jd seorang yg tabah kn... :)
    happy belated gurl... hah! kawan2 kene jaga gak k...

    ReplyDelete
  2. Kamu ni sapa? Tak habis2 dgn statement "kawan2 kena jaga".. I dun understand at all. I know what i'm doing. And I'm not telling the sad story. Kalau boleh, xyah la nak pkai anonymous.

    ReplyDelete
  3. jangan marah2 k.. qamo chill k... :)
    bukan ada maksod pape...
    bagoslah if qamo tahu apa qamo lakukn... hepi sokmo dehhh... :)

    ReplyDelete

kuman komen (: