December 17, 2010

Mari-mari, Rapat-rapat!

Hahahaa.... Sebenarnya since last post aku kat blog ni, aku busy dengan final exam. Lepas habis final exam, aku terus start training Suksis. Setiap cuti semester pun memang macam ni. Aku memang tak balik rumah. Nasib baik before exam hari tu kitorang dah cuti 3 minggu. Hehehee.. So kira aku dah qada' cuti sem ni lahh.. Tapi still rasa nak balik rumah. Adik-adik aku ada kat rumah. Hari ni Sapiq balik rumah. Lepas tu nanti Sapiq nak bawak Boy jalan-jalan gi Bukit Merah.. Cisss.... Kenapalah time ni aku tak ada kat rumah plak.. Huhuhuhu...

Ok-ok.. Kita stop cerita pasal rumah. Meh aku cerita kat korang apa yang dah jadi kat aku selama lepas exam sampai hari ni. Hahahhaa...

Aku habis exam hari Jumaat. Ahad aku dah kena daftar kat TF (Kolej Kediaman Tun Fatimah) untuk asrama la kan. Isnin dah tentu start aktiviti kawad kitorang. Huhu.. Kawad bukan kawad dalam dewan ok.. Dah tentu kat tengah panas. Setiap hari kitorang start aktiviti dengan PT (physical training) pukul 6:45 am. Time training macam ni lah aku kena paksa diri aku untuk bangun awal. Kalau tak, memang lambatlah and of course kena denda. Uhuk! Habis PT, kawad start pukul 9 am sampai 12pm.. Rehat. Lepas tu sambung balik pukul 2 pm lebih kurang sampai pukul 4pm.. Wohhh.. Panasnya cuaca toksah cakap lahh... Cuma bila panas, ada laa angin sepoi-sepoi bahasa.. Ceh ceh.. Hahaha...

Bagi budak perempuan, dah tentu akan sibuk-sibuk dengan sun block itu la, ini laaa.. Laki pun sama.. Selalunya aku memang tak pernah pakai sun block. Just pakai cream je.. Tapi Isnin lepas tetiba aku terasa nak try pakai sun block Afiey. Manalah tau... Tetiba muka aku boleh jadi tak burn sangat ke kan.. Last-last, cepat je aku hitam.. Tak ada merah-merah dah muka aku, memang terus hitam je.. Hahaha.. Padan muka aku! ;P

Isnin tu Skuad Senior terus kawad senjata. Kitorang kan dah nak tauliah dah semester depan. So kenalah ulangkaji balik kawad senjata sebab nanti masa tauliah kalau tak silap aku memang kitorang kena kawad senjata pun. Berat... Sakit tangan.. Lenguh... Huhuhuhu





Ini senjata yang kitorang guna untuk kawad senjata, M16. Berat: 2.9kg...



Kalau time training Suksis, inilah kawan-kawan yang rapat dengan aku. Kak As, Kak Nurul, Mc Pah, Asfa and Afiey. Jurulatih panggil kitorang Geng 6 Jahanam. Hahahhaaa..... Sebenarnya ada lagi sorang, Jenet tapi dia dah keluar Suksis dah masa semester 2 kot kalau aku tak silap. Sekarang tinggal 6 orang ni je lah.. ;) Tapi kitorang still mesra jugak dengan semua orang. Tak adalah sampai nak buat hal kitorang sendiri je kan.. :)

Malam hari ke-2, ada Majlis Angkat Sumpah untuk Skuad Junior. Makan malam yang sepatutnya pukul 6:30 petang di bawak ke malam tu. Adoi laaaa... Bunyi-bunyi perut den! Habis je majlis tu, dengan semangatnya aku dengan Kak As naik atas pi makan. Hahahaa.... ;P

Nampak tak line melintang kat dahi aku tu? Haaa.. Tu line bekas pakai beret time kawad yea tuan-tuan, puan-puan.. Baru hari ke-2 tu..


Ini Kak As si ikan yang suka menyotong.. Hahaaa.. Yang sebelah kiri, Alya. ^^

Kitorang ada Ujian Kawad tapi aku tak ada gambar nak letak dalam ni sebab memang aku tak ada amet gambar pun. Siapa yang nak tolong snap pun kan... Kalau kat camera Suksis ada la gambar kitorang masa ambil Ujian Kawad bagai.. Pakai full uniform. Panas, peluh, melekit, toksah cakaplahhh.... Huhuhu..

Semalam dah habis kawad. Pagi berkabus hari ni dimulakan dengan Jalan Lasak!! Berlasak!! Wohhh!!! Hahahhaa.... Aku Group 3: Samurai Malaya 3.. Hahaha... Nama group tak boleh blah.. ;P Group aku cukup korum laa.. Ada Melayu, Singh, Cina, Sabah/Sarawak.. Aktiviti ni, kitorang kena jalan 8km kat dalam ladang kelapa sawit belakang UTHM ni. Mak aihh.. Masa mula-mula masuk je, dah rasa macam kat oberseas! Hahahaa... Lalu kat tempat tinggal pekerja binaan, memang aku rasa lain macam je. Macam ada aura je. Hahaha.. Aura pe ntah aku pun tak tahu. (Apa aku merepek ni) Haaa.. Jalan punya jalan, jalan.... Jalan lagi.. Kitorang tak boleh lari. Memang kena jalan je. Tapi disebabkan semangat nak menang, jalan memang laju la. Budget macam tengah lumba jalan kaki, tangan bengkok wat macam jogging tu, bontot kiri-kanan-kiri yea kawan-kawan.. Hahahaa... Tipu je lah! :P Takkan lah nak wat macam tu.. Buang tebiat ke hape! Tapi kitorang memang jalan laju. Semangatlah katakan.. Hahahhaa...





Ada 1 part tu, kitorang kena masuk dalam parit selut yang air dia kaler hitam yang bau dia macam lumpur yang memang tak boleh nak hilang tuh.. Huhuhu.... Dalam kot.. Dah la masuk-masuk je, kaki terus tenggelam ke bawah. Hahaha.. Tapi seronok laaa... Aku kan memang suka benda-benda lasak macam ni. Handphone semua masuk kat dalam beg Malin, then campak ke seberang. Kasut semua bukak sebab Lau masuk pakai kasut dah stuck kat tengah-tengah tak boleh nak gerak. Hihihihi.... Tapi memang best lah!! :D

Sampai je kat garisan penamat (macam lah ada garisan.. Hahaha), kitorang semua terus cari paip air. Bukak kasut, stokin, basuh kaki tangan, kuku.. Huhuhu.. Lepas tu kan nak makan. Lapo kot.. Dari pagi tak makan. Huhuhu.. Tapi bau semua orang, toksah cakap lahh.. Bau kobau!! Hahahaa....




Tengok! Muka lagi hitam dari kaki dan tangan. Macam mana tuh?? Huhuhu..



Tapi benda yang paling best hari ni adalah.... Jeng.. Jeng.. Jeng..... Group Samurai Malaya 3 menang!!!!! Yahoooooooooooooooo!!!!!!!!!!! Hahahaha.. Tak sia-sia kitorang bersemangat dari mula tadi. Syabas kepada samurai-samurai sekalian.. Hahaha...




Petang dalam pukul 3 macam tu kitorang ada Musketeri iaitu Kelas Senjata. Hari ni kitorang ulangkaji balik untuk Revolver. Esok M16. Ini semua sebab Isnin nanti kitorang kena g menembak. Tak sabar! Part ni part ke-2 aku paling suka lepas berlasak-lasak. Hahaha....

Ok. Habis cerita untuk 5 hari training. Nanti kalau ada masa aku update lagi ekk.. Sok ada Test Undang-undang plak okeh. Ingat aku dah final exam dah tak ada test lagi ke? Ada kot!!! Huhu.. Tak study lagi ni... Takutnyeee.... Malam ni sesi study di meja belajar plak keyh..

Tata pretty readers! ^^

15 comments:

  1. ko nampak smart dlm uniform.. sarjan ae??? 3 balak tue??

    ReplyDelete
  2. tu diaaaaa bocah2 main lumpur woorr~

    dah hireng yayy! ;D

    ReplyDelete
  3. @fatin Hahaha.. Tenkiu2.. (:
    3 line tu maknanya senior tapi kalau lepas tauliah, kitorang mohon masuk polis, terus dapat pgkat Inspektor.. :)

    ReplyDelete
  4. @ainraus Yup2!!! Bju masa kita sekolah dlu.. Hihihi

    ReplyDelete
  5. wohoooo.. kem slm semua yerp.. haha

    ReplyDelete
  6. hehehehe.... style pkai uniform ekh... hehehe
    menarik!
    xdlh itam sgt pon... ok je tue... hehehe
    amboiiii..... cter goyang punggung bgai ea..hahaha geli aty nk bce...
    anyway,jelez gak tgok u punye aktvt nie... mcm nk join je hah... huhuhu
    g mndi r... bau k0bau!!!!

    ReplyDelete
  7. @Anonymous Hahahaaa..... Khas utk Suksis sahaja.. ;P

    ReplyDelete
  8. saving gle!!!! ;p
    xpe2.... hahaha

    ReplyDelete

kuman komen (: